Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

4M 181K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [35]

48.2K 2.2K 193
By mecx-zack

ZAP! ZAP!

Lelaki yang ingin menikam perut Damia rebah ke atas lantai apabila bahunya ditikam daripada belakang manakala lehernya dikelar hingga laju darah memancut keluar.

Damia mengundur ke belakang dengan badan yang menggigil ketakutan. Puan Laila yang turut tergamam ditengah ruang tamu tegak berdiri dengan wajah terkejut.

"Hantar mayat dia depan rumah!"

Dua lelaki itu mengangguk seraya mengheret tubuh lelaki yang sudah tak bernyawa itu dan melaksanakan seperti yang diarahkan oleh bos mereka.

Black membuka hoodie yang menutup dikepalanya lalu dia merenung ke arah Damia.

"Jaga diri kau baik-baik, ada yang perhatikan kau. Nanti Hans datang." pesannya serius dengan wajah dinginnya.

Serentak itu, Black melangkah pergi meninggalkan Damia dan Puan Laila yang terkebil-kebil memandangnya.

Dari jauh dia perhati Joe mengupah anak buahnya untuk membunuh Damia.

Puan Laila terus memeluk tubuh Damia erat. Teresak-esak dua beranak itu menangis antara takut dan terperanjat dengan apa yang berlaku.

Puan Laila menutup pintu rumah rapat lalu dikunci dengan tangan yang menggigil.

"Mia takut Umi.." tutur gadis itu dengan teresak-esak menangis ketakutan.

Belakang badan Damia diusap perlahan, Puan Laila juga turut risau akan keselamatan anaknya itu.

Tetapi fikirannya kini tertumpu pada Carl Hans Mikael, tertanya-tanya apa kaitan lelaki itu dengan kejadian sebentar tadi.

Carl Hans Mikael memberhentikan keretanya secara mengejut dihadapan rumah Damia.

Enjin kereta dimatikan dan dia tergesa-gesa melangkah keluar daripada kereta menuju ke arah pintu rumah dengan wajah cemas.

Kelihatan Puan Laila sedang termenung di atas sofa manakala Damia yang tertidur dengan kepala yang berada di peha Puan Laila.

Wajah gadis itu agak pucat dan sembab, Carl Hans Mikael mengeluh berat.

"Umi.. Umi dengan Mia okay?" soalnya dengan tekak yang terasa berpasir.

Puan Laila sedikit tersentak dengan teguran Carl Hans Mikael, fikirannya yang melayang dengan kejadian sebentar tadi hilang serta-merta. Tak perasan dengan kehadiran lelaki itu.

"Umi risaukan Mia je, apa yang Umi tak tahu? Kenapa ada kaitan dengan Mia? Tolong jelaskan dekat Umi, Hans." pinta Puan Laila dengan rasa ingin tahu.

Wajah diraup kasar seraya menghembus nafas kasar. Riak muram Puan Laila direnung lama sebelum dia menjelaskan serba-sedikit berkenaan kaitan antara Damia dan juga musuhnya.

Puan Laila serius mendengar apa yang diceritakan Carl Hans Mikael. Dari cara lelaki itu dia tahu Carl Hans Mikael turut tak menjangka dengan apa yang berlaku.

"Hans mintak maaf kalau dah kaitkan Mia dalam masalah Hans sekali " ujarnya serba-salah mengakhiri penjelasannya.

Puan Laila terkelu lidah untuk bersuara. Dari apa yang dijelaskan Carl Hans Mikael, ianya agak sulit untuk diselesaikan. Wajah lena Damia diribanya dipandang seketika.

"Umi cuma harap Hans dapat jaga Mia sebaik mungkin kalau satu hari nanti Umi dah tak ada disisi dia. Itu je permintaan Umi." perlahan Puan Laila bersuara.

Puan Laila tersenyum kelat dengan wajah penuh berharap memandang Carl Hans Mikael. Bahu Damia digoyang lembut membangunkan gadis itu.

Carl Hans Mikael yang melihat segera menghampiri Puan Laila. Dia tak mahu mengejutkan Damia dari lenanya, mahu gadis itu tenang dahulu.

"Biar Hans je hantar dia dalam bilik. Umi tidur lah, jangan risau. Hans dah upah orang kawal rumah Umi. Lagipun Hans nak kena balik."

Carl Hans Mikael mencempung penuh berhati-hati tubuh kecil Damia, manakala Puan Laila yang turut bangun itu memandang ke arah anak gadisnya sekilas sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.

Carl Hans Mikael melangkah ke arah bilik tidur Damia yang terletak bersebelahan dengan bilik Puan Laila, tubuh gadis itu dibaringkan ke atas katil lalu selimut ditarik menutup tubuh Damia.

"Aku mintak maaf." bisiknya perlahan.

Lama dia menatap wajah yang kelihatan agak pucat Damia. Dan untuk pertama kalinya dia melihat gadis itu tanpa tudung dikepala. Rambut lurus Damia yang panjang separas bahu diusap perlahan.

Badan ditundukkan sedikit lalu dahi Damia dikucup perlahan sebelum dia melangkah keluar daripada bilik gadis itu. Pintu bilik Damia ditutup rapat.

*

*

*

Joe merenung tajam ke arah anak buahnya yang sedang menunduk memandang lantai. Pistol di tangannya digenggam erat dengan wajah tegang.

"Perempuan sorang tak boleh nak handle! Korang bodoh sangat ke?!" tengkingnya dengan riak wajah tertekan.

Terangkat bahu tiga orang lelaki itu ditengking oleh Joe.

Joe mengetap rahangnya sambil memejam rapat kelopak mata, tak habis fikir dia dibuatnya bila lelaki yang diupahnya telah dibunuh.

Dia mendekati tiga orang lelaki itu. Chris yang bersandar disofa dengan kedua belah kaki yang dilunjurkan ke atas meja hanya memandang kosong anak buah Joe. Asap rokok dihembus perlahan.

"Sorang dah mampus! Korang pun patut mampus sekali! Kerja macam tu pun tak boleh buat!"

BANG! BANG!

Lelaki yang berada ditengah-tengah antara dua orang lelaki yang berada disebelah kiri dan kanannya terbaring diatas lantai apabila ditembak oleh Joe di dahinya.

"Sorry boss, tapi ada orang yang selamatkan perempuan tu!" ujar lelaki disebelah kiri dengan wajah yang pucat tak berdarah.

Joe tergelak sinis, pistol ditangan dipandang sepintas lalu sebelum dihalakan pada lelaki yang bersuara itu. Alasan yang diberikan langsung tak boleh diterimanya.

"Sebab kau bodoh!" hamburnya penuh berang.

BANG! BANG!

Mangsa kedua Joe kini tertiarap di atas lantai dengan darah yang mengalir keluar dari kepalanya, dua das tembakan tepat terkena pada kepala lelaki tersebut.

"Kau! Aku nak kau bunuh je dua-dua! Kali ni aku lepaskan kau! Faham?!"

Lelaki tersebut mengangguk laju, kecut perutnya dengan Joe yang dikuasai amarah tika ini. Mujur saja dia tak menjadi mangsa seterusnya lelaki itu.

Joe memberi isyarat mata pada anak buahnya itu supaya berlalu pergi lalu dia mengambil tempat bertentangan dengan Chris yang sedang meneguk arak tanpa riak diwajahnya.

"Apa yang susah sangat nak bunuh perempuan tu?! Sial!"

Chris tergelak kecil, gelas yang berisi minuman keras itu digenggam kemas sambil memerhati wajah tertekan dan tak puas hati Joe.

"That bitch is under Hans protection. It's difficult to kill her. Am I right?" sinis dia bersuara dengan bibir yang mengukir senyuman kecil.

Gelas ditangannya diletakkan ke atas meja, lalu dia bersandar di sofa dengan tangan yang disilangkan pada dadanya. Wajah Joe dipandang sekilas.

"But, let me think about Que's girl. Seems like they're loving couple. Why not I ruin his life. Hmm?"

Senyuman jahat terukir dibibirnya. Joe mendongak memandang Chris, perlahan bibirnya mengukir senyuman. Kali ini, dia akan pastikan semuanya seperti yang dirancang.

*

*

*

Nur Husna berenang bebas di dalam kolam renang tanpa menghiraukan sesiapa.

Memandangkan kolam renang tersebut terletak dibahagian yang sedikit tersorok, rambut panjangnya dilepaskan.

Aressa yang hanya mengenakan bikini merah ditubuhnya melangkah ke arah Nur Husna, punggung dilabuhkan di tepi kolam renang dengan kaki yang bermain dengan air yang berkocak itu.

"Ciao Miss Sunshine!" (hye) tegurnya mesra sambil tersengih kecil.

Berkerut dahi Nur Husna dengan panggilan yang digunakan Aressa padanya. Sunshine? Wajahnya diraup perlahan setelah lama menyelam.

"Sunshine? Kenapa awak panggil saya macam tu?" soalnya hairan.

Aressa tertawa kecil, dia berdiri sambil membuka ikatan rambutnya.

Nur Husna mengalihkan anak matanya ke arah lain saat terpandangkan pakaian gadis itu yang terlalu seksi. Segan pula dia dibuatnya.

"Xander told me meaning of your name, Nur is light. So, I think sunshine suit for you, right?" jelas Aressa ringkas.

Lalu dia melompat masuk ke dalam kolam renang tersebut. Nur Husna terdiam sejenak, dia hanya memerhati Aressa yang sedang berenang itu.

Dari apa yang dilihatnya, sejak hari Carl Que Alexander meminta maaf padanya Aressa kelihatan peramah dan mesra dengannya.

Tiada lagi senyuman sinis ataupun kata-kata sindiran daripada mulut gadis itu.

Suaminya pula masih lagi cuba memujuknya tetapi dia seringkali mengelak, ingin suaminya rasa apa yang dia rasa sebelum ini.

Mereka pula tidur di bilik berasingan, suaminya tak mahu mengganggunya.

"Sunshine! Come here!"

Nur Husna tersenyum kecil memandang Aressa yang melambai tangan ke arahnya. Dia mula berenang perlahan menghampiri Aressa yang berada di sudut dihujung sekali.

Aressa memercikkan air pada wajah Nur Husna sambil ketawa melihat Nur Husna yang tak cukup nafas itu.

Sebaik Nur Husna ingin membalas kembali, Aressa melarikan diri dengan ketawa yang makin kuat.

"Jangan lari! Tak adil lah macamtu!" ujar Nur Husna geram tapi tetap juga tersenyum.

Dia berenang laju mengejar Aressa yang jauh didepannya lalu kaki gadis itu ditarik sekuat hati hingga gadis itu terjerit kecil. Nur Husna ketawa geli hati melihat wajah cuak Aressa.

Dari jauh, Carl Que Alexander hanya memerhati Aressa dan Nur Husna yang bergurau senda sesama mereka.

Rokok yang terkepit pada bibirnya disedut dalam lalu asap dihembus kasar.

Wajah ceria isterinya direnung dalam, Nur Husna yang sedang tersenyum, yang berkerut geram diperhati penuh minat.

Dia sendiri bingung mahu memujuk isterinya. Haih!

*

*

*

Damia menggeleng kepala perlahan, sebelah tangannya menolak sudu yang berisi bubur itu.

Suhu badannya naik mendadak pagi tadi sewaktu bangun dari tidurnya, terkejut dengan apa yang berlaku semalam.

"Makan lah sikit, Mia dari tadi lagi tak makan apa pun. Macam mana nak sihat? Umi suap ye?" pujuk Puan Laila lembut.

Tetap juga kepalanya digeleng tanda tak mahu. Puan Laila mengeluh halus, bukan dia tak tahu Damia memang tak suka dengan bubur. Damia memejam rapat matanya.

Puan Laila menoleh ke arah pintu bilik sebaik melihat susuk tubuh Carl Hans Mikael yang baru muncul.

Tadi sudah dimaklumkan pada lelaki itu mengenai Damia yang tiba-tiba saja demam.

Carl Hans Mikael menyalam tangan Puan Laila lalu dia memandang ke arah Damia yang terbaring di atas katil.

Sesekali wajah gadis itu berkerut. Mangkuk ditangan Puan Laila diambilnya.

"Hans suapkan dia, Umi pergi lah rehat dulu. Hans tak lama pun, singgah kejap tengok dia. Dua jam lagi dah nak bertolak pergi London."

Puan Laila tersenyum nipis. Terbit rasa simpati melihat wajah kusut lelaki itu, dengan melayan kerenah Damia lagi, uruskan hal syarikat lagi. Bahu Carl Hans Mikael diusap lembut.

"Kalau Hans sibuk, tak payah lah susah-susah jenguk Mia. Umi ada, boleh jaga dia." tutur Puan Laila dengan raut wajah simpati.

Carl Hans Mikael tersenyum sedikit, jelas terpancar riak penat dan tertekan lelaki itu.

Dia akan menetap di London selama tiga hari untuk berjumpa dengan klien yang bekerjasama dengan syarikatnya.

"Hans tak kisah lah Umi. Umi pergi lah rehat dulu." senyuman tipis dilemparkan pada wanita itu.

Puan Laila mengangguk sebelum keluar daripada bilik anak gadisnya itu, pasti Damia tak akan berdegil jika Carl Hans Mikael yang menyuapnya bubur.

Anak gadisnya itu terkadang berani, terkadang takut dengan Carl Hans Mikael. Haih!

"Mulut murai, bangun makan sikit."

Pipi kanan gadis itu yang makin berkurang suhu panasnya ditepuk lembut membangunkan gadis tersebut. Damia mendengus geram saat tidurnya diganggu.

"Bangun lah. Kau macam nak mati sangat dah aku tengok. Makan dulu, lepastu tidur lah." ujarnya sedikit geram.

Damia mencelikkan matanya sedikit sebaik mendengar suara yang dikenalinya itu.

Kepala yang berdenyut menyukarkan dia untuk melihat dengan jelas susuk tubuh yang sedang merenungnya itu

"Umi.." rengeknya perlahan sambil bangun bersandar di kepala katil.

Carl Hans Mikael tergelak kecil melihat Damia yang merengek seperti budak kecil itu.

Rambut Damia yang menutup mata gadis itu disangkutkan pada belakang telinga.

Setelah pandangannya jelas, hampir terjerit Damia dibuatnya bila yang dilihatnya Carl Hans Mikael bukan Uminya. Terkebil-kebil matanya memerhati lelaki itu.

"Encik serial killer buat apa dalam bilik saya? Umi mana? Saya nak Umi." soalnya dengan dahi berkerut hairan.

Tanpa menghiraukan soalan Damia, sesudu bubur disuakan ke arah gadis itu yang berkerut dahi memandangnya. Mata dipejam sesaat, geram pula bila gadis itu menolak sudu tersebut.

"Buka mulut kau, makan bubur ni sikit." ujarnya yang lebih kepada arahan.

"Tak nak.."

Damia menggeleng lagi, dia memang tak suka bubur tambah lagi tekaknya terasa loya melihat bubur tersebut. Damia mula berbaring semula ke atas katil.

Carl Hans Mikael menggeleng kecil dengan gigi yang terketap rapat.

Lantas, mangkuk bubur diletak agak kasar ke atas meja kecil itu lalu dia menarik perlahan lengan Damia menghalang gadis itu daripada berbaring.

"Saya nak tidur lah.. Abang handsome jangan lah kacau.."

Damia menepis perlahan tangan Carl Hans Mikael yang mencengkam lengannya itu. Sekali rentapan perlahan terus tubuh Damia berubah kepada posisi terduduk.

"Kau sakit-sakit pun nak melawan lagi! Nak suruh makan pun susah!" gumam Carl Hans Mikael perlahan dengan suara yang tertekan.

Punggung dilabuhkan diatas katil lalu tubuh tak bermaya Damia disandarkan pada badannya dengan kepala gadis itu berlabuh di dadanya. Mangkuk bubur dicapai.

"Tak nak makan lah. Hish!" marah Damia dengan wajah tak puas hati.

Damia cuba untuk bangun daripada terus bersandar ditubuh Carl Hans Mikael tetapi Encik serial killer pantas memeluk kemas pinggangnya dengan sebelah tangan.

"Kau kena makan. Nak ke tak aku peduli apa. Kau jangan degil sangat! Sakit tu buat cara sakit!" buat pertama kalinya Carl Hans Mikael membebel.

Sudu disuakan ke arah mulut kecil gadis itu, Damia yang ingin menolak terbantut niatnya bila Encik serial killer mengetatkan lagi pelukannya. Mahu atau tak, terpaksa dia membuka mulutnya.

Carl Hans Mikael tersengih sinis, makan juga budak kecil ni! Selagi tak paksa, tak ugut, selagi tu tak mahu makan. Degil dia ya tuhan! Wajah masam mencuka Damia diabaikan.

Damia hanya diam tanpa bicara, suapan demi suapan selamat masuk ke dalam mulutnya. Mahu saja dia memarahi lelaki itu kerana memaksanya, tapi dia tak larat.

"Senang je kan? Aku suap kau makan, ni tak.. Keras kepala! Degil! Dah sakit baru mulut kau tu reti nak rehat! Padan lah muka!" Damia menjeling geram manakala Carl Hans Mikael mencebik bibirnya.

Manja!




[#]DONE

Continue Reading

You'll Also Like

936K 48.7K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...
237K 10.4K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
PSIKO✔️ By Ayyeesa🍀

Mystery / Thriller

74.2K 2.7K 23
[FIRST PSYCHO ROMANCE EDITION] "Just fall for me then I will catch you" Syah Awani si gadis kecil yang acah berani walaupun...
1.2M 66.1K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...