Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [29]

51.8K 2.3K 108
By mecx-zack

Damia merenung wajah Carl Hans Mikael lama. Hairan juga dia melihat wajah suram lelaki itu. Tak dingin seperti sebelum ini.

Encik serial killer pun dah tak banyak bercakap, bila ditanya hanya sepatah yang dijawab.

Ditoleh ke arah dapur, Uminya sedang menyediakan minuman petang untuk mereka.

Ingin dibantu tetapi Uminya hanya menyuruh dia berbual bersama Encik serial killer tapi lelaki itu diam sedari tadi.

"Abang handsome ada masalah ke? Kenapa muka abang handsome nampak kusut je." tegurnya dengan riak curiga.

Carl Hans Mikael bersandar di sofa lalu kepala didongak sedikit ke atas. Mata ditutup rapat.

Fikirannya berserabut dengan kejadian dua hari lepas dan juga dia turut risaukan Damia.

Musuh, hanya mencari umpan. Jangan terlepas pandang. Rambut diraup kasar ke belakang.

Bagaimana dia mahu memastikan Damia tak menjadi salah satu target musuhnya.

"Perlu ke kau tahu? Kau kan dari mula-mula lagi tak suka aku. Kau kisah apa kalau aku ada masalah pun." sinis balasan lelaki itu.

Tersentap Damia dengan balasan Carl Hans Mikael. Bukan dia tak suka, cuma Encik serial killer tu menakutkan.

Dagu ditongkat dengan kedua belah tangannya.

"Eleh! Cakap je lah abang handsome tu ada masalah. Saya bukan kisah sangat pun, tapi abang handsome nampak lagi seram kalau diam je." tak kurang juga tingkah Damia.

Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membalas lagi pedas daripada lelaki itu tapi takut juga dia bila lelaki itu mengamuk.

Dia tak rela nak hadap, mahu gugur jantungnya.

"Kau tak kisah kan? Kalau aku seram ke apa ke, bukan masalah kau. Shut the fuck up." suara dicelah gigi, perlahan tapi keras.

Carl Hans Mikael merenung tajam wajah tersebik Damia, wajahnya diraup kasar. Gadis itu memang manja dan dia tak kisah dengan perangai Damia.

Tapi dia sedang tertekan dan tak berniat untuk memarahi gadis itu. Perasaan bersalah muncul dihati.

Damia menunduk seketika, sedikit terasa dengan lelaki itu. Bantal kecil yang berada di atas ribanya dicampak ke sebelah lalu dia bangun untuk pergi dari situ.

Encik serial killer selalu marah dia.

Lelaki itu cakap sukakan dia, cara pula tergilakan dirinya tapi Car Hans Mikael seakan tak menyukainya saja bila acap kali dingin dengannya. Damia keliru.

"Abang handsome duduk lah sorang-sorang! Saya nak masuk dalam bilik!"

Baru beberapa langkah dia berjalan, tudungnya ditarik agak kuat dari belakang hingga badannya terdorong sedikit ke belakang. Beria dia menahan tudungnya daripada tertanggal.

"Kau sikit-sikit nak sentap! Cuba jangan buat perangai budak tak cukup umur, tak boleh ke? Hish!" gumam Carl Hans Mikael tertekan.

Carl Hans Mikael mencengkam lembut kedua bahu Damia lalu dipusing menghadapnya.

Lama dia merenung wajah cemberut gadis itu yang sedang menunduk ke bawah.

"Saya tanya baik-baik, abang handsome tu nak marah-marah! Saya ada perasaan, mesti lah terasa. Abang handsome kan tak ada perasaan, memanglah!" hamburnya dengan perasaan marah.

Damia tercengang saat tubuhnya ditarik kuat hingga terdorong ke depan, sebelah tangan menahan dada lelaki itu. Jarak antara mereka berdua agak rapat tika ini.

Kalau Umi nampak, bala!

Carl Hans Mikael menunduk sedikit, direnungnya tajam anak mata gadis itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Bukan niatnya untuk menyakiti hati gadis tersebut.

"Kau tak perlu risaukan aku, aku okay. Kau kena risaukan diri kau tu, aku tak selalu ada dengan kau. Jaga diri kau baik-baik, faham?"

Lembut suara Carl Hans Mikael memujuk dan berharap Damia mengambil serius kata-katanya saat ini kerana dia lebih pentingkan keselamatan gadis itu daripadanya.

Damia terdiam, cuba menghadam kata-kata lelaki itu. Suara yang serius dan penuh ketegasan di pendengarannya. Hatinya tiba-tiba saja berdetak hebat.

"M-maksud abang handsome?" soalnya dengan dada yang berdebar.

Carl Hans Mikael menghembus nafas kasar, kepala Damia yang terselindung dengan tudung itu diusap lembut. Dia sayangkan gadis yang bakal menjadi isterinya nanti.

"Aku sayang kau, kau ingat tu. Jaga diri, Damia."

Dapat dirasakan ada sesuatu yang cuba disampaikan lelaki itu padanya. Apa yang penting, ianya bukan petanda yang baik untuk dirinya.

Jantungnya berdebar-debar memikirkan hal tersebut.

'Saya pun sayang abang handsome.'

*

*

*

"Always look at the target you're punching!"

Nur Husna menghayunkan penumbuk kanannya perlahan tapi kuat.

Latihan kali ini yang diajar suaminya adalah 'punching speed bag' dimana dia harus menumbuk speed-bag bersaiz kecil dari pergerakan yang perlahan dan laju tetapi kuat.

Setengah jam berlalu, tapi suaminya tak mengizinkan dia untuk berehat. Nur Husna hanya menurut, ianya untuk dirinya juga.

"Slow and faster!"

Nur Husna menarik nafas panjang. Tangan kanan dan kiri sudah sedia digenggam membentuk penumbuk. Nafasnya laju dan kasar.

Nur Husna menumbuk perlahan, lalu diubah kembali pada posisi asal dan ditumbuk lagi menggunakan tangan kirinya pula tapi agak laju.

Diulang perkara yang sama, peluh yang menitik di dahi dihiraukan.

Tumbukan yang dibuat laju dan perlahan, matanya tetap fokus ke arah speed-bag tersebut kerana itu yang ditekankan suaminya sekaligus melatih untuk terus fokus pada target.

"Faster!"

Pergerakan tangan yang tadinya perlahan dan laju kini dilajukan lagi seperti arahan yang keluar dari bibir Carl Que Alexander.

Tumbukan diselang-selikan dengan tangan kanan dan kiri.

Carl Que Alexander tersengih sinis, Nur Husna yang gigih menumbuk itu dihampiri.

Tubuh kecil isterinya yang sedikit tersasar dari posisi sebenar dibetulkan sedikit.

Dia bersandar di dinding tangan yang memegang botol air mineral sambil memerhati isterinya. Jam ditangan ditilik sekilas lalu dia menoleh ke arah Nur Husna kembali.

Perlahan-lahan dia akan melatih isterinya, itu juga untuk kegunaan Nur Husna bila dia tak berada bersama gadis itu sebagai bekalan untuk mempertahankan dirinya.

"Push up. 10 times"

Nur Husna bernafas kencang, turun naik dadanya mencari nafas. Segera dia meniarap ke atas lantai lalu kedua belah tangan menampung badannnya.

Kaki dilunjur lurus ke belakang dengan jemari kakinya tegak menyentuh lantai.

Lantas tubuh diturunkan rapat hingga rapat ke lantai lalu dinaikkan perlahan seperti asal.

Digerakkan naik dan turun perlahan-lahan sambil menghitung disetiap pergerakan yang dilakukannya.

Wajah Nur Husna jelas merah-kemerahan dan berpeluh.

Sesekali berkerut dahinya cuba mengimbangkan badannya yang betul-betul lembik dirasakan.

"8.. 9.. 10.."

Sampai kali ke sepuluh, terus Nur Husna tertiarap di atas lantai yang berlapik dengan permaidani itu. Nafas dihela kasar, sedikit lega dibuatnya.

"V-Up. 15 seconds." arah suaminya tanpa sebarang riak.

Ternganga kecil mulutnya dengan mata yang terbuka luas.

Mahu saja dia membantah tapi dia tak boleh, suaminya bukan selalu berada di rumah. Nur Husna memejam mata sesaat.

Nur Husna mengubah posisinya daripada meniarap dia membaringkan badannya lurus dengan tangan diletakkan di sisi badan.

Sempat dipandang wajah bersahaja suaminya.

Bibir digigit lembut, menstabilkan nafasnya seketika. Perlahan badannya dibangunkan sedikit tanpa menggerakkan tangan disisi badannya.

Serentak itu, kedua belah tangan diangkat separas tepi kepalanya dan juga kedua belah kaki diangkat tinggi dan dirapatkan ke atas, tangannya diturunkan menyentuh hujung jemari kakinya.

Kini, badannya berbentuk seakan 'V'. Lalu dia kembali berbaring dan meneruskan perkara tersebut selama lima belas saat tanpa henti walaupun tak cukup nafas dibuatnya.

"Stop."

Nur Husna menghembus nafas panjang lalu kembali membaringkan badannya.

Tekak yang terasa perit dan meminta untuk diisi dengan air pun dia tak larat untuk bersuara.

Carl Que Alexander tergelak kecil, sinis bunyinya. Penutup botol air dibuka lalu dia berjalan mendekati Nur Husna, sebelah tangan dihulurkan pada isterinya.

"Nak air.. Dahaga..." pinta Nur Husna perlahan dengan nafas termengah.

Tangan isterinya yang digenggam itu ditarik perlahan hingga bangun berdiri lalu Nur Husna didudukkan ke atas kerusi.

Botol air mineral ditangan dihulurkan pada isterinya.

Nur Husna meneguk rakus air mineral tersebut, kepala disandarkan pada belakang kerusi tetapi suaminya yang berada disebelah lebih pantas menyandarkan kepalanya di dada lelaki itu.

"Take a breath, dear."


*

*

*

Carl Ayden membaca dengan teliti butir maklumat yang tertera pada fail tersebut. Dia mendongak memandang Diego sambil menutup fail tersebut.

"¿Quién es él?" (Who is he?)

Diego menghulurkan sebuah fail bewarna hitam kepada Carl Ayden yang mengandungi maklumat seperti dipinta Tuan Mudanya itu.

"Andrew Maxwell, Young Master." tegas dan ringkas jawapan yang diberi.

Carl Ayden mengangguk perlahan. Fail yang diberikan Diego ditarik perlahan ke arahnya.

Belum sempat dia ingin membuka fail tersebut, pintu bilik bacaannya dibuka dari luar.

"Thank you, you may leave." tutur Carl Ayden memberi kebenaran untuk lelaki itu keluar.

Diego menunduk sedikit padanya dan berpaling melangkah keluar daripada bilik bacaan tersebut.

Perkara yang sama dilakukan pada Zara Nafisa yang berada di muka pintu.

Zara Nafisa melangkah ke arah encik suami bersama segelas jus epal ditangannya lalu diberikan pada Carl Ayden sambil tersenyum tipis.

"Gracias, mi esposa." (Thank you, my wife)

Carl Ayden menyisip perlahan jus epal tersebut dengan mata yang terhala tepat pada Zara Nafisa yang duduk bertentangan dengannya itu. Isterinya hanya tersenyum.

"Abang dah dapat maklumat pasal lelaki yang jadi pelatih Que tu?" soal Zara Nafisa ingi tahu.

Carl Ayden mengangguk sambil meletakkan gelas di atas meja. Dia kemudian mengambil fail yang diberi oleh Diego lalu dibuka.

"Diego baru je hantar maklumat dia, memang dia yang latih Que dulu."

Zara Nafisa mengangguk. Carl Ayden mengerut kening lalu menghela nafas berat lalu fail ditutup dan ditolak ke sisi meja.

Terpaksa lah dia perlu meninggalkan isterinya beberapa hari nanti.

Dia bangun dari duduknya begitu juga dengan cik isteri. Tepi wajah Zara Nafisa dipegang dengan sebelah tangan lalu dipalingkan ke arahnya.

"Sakit lagi?" kesan lebam ditepi bibir cik isteri dielus lembut.

Tangan encik suami ditarik perlahan lu digengam erat, dia tersengih kecil pada Carl Ayden. Risau betul suaminya, padahal lebam sikit je.

"Tak sakit pun, nanti hilang lah lebam ni." senyuman kecil diberikan pada suaminya.

Carl Ayden tergelak kecil, pipi kanan cik isteri dikucup sepintas lalu. Mereka beriringan keluar daripada bilik bacaan tersebut.

"Abang tak suka tau orang sakitkan isteri abang sorang ni, nasib sikit je." hujung hidung cik isteri dicuit perlahan.

Zara Nafisa ketawa halus. Pinggang encik suami dipeluk dengan sebelah tangan sambil melangkah ke arah ruang tamu di tingkat dua itu.

Punggung dilabuhkan di atas sofa. Carl Ayden melentokkan kepala dibahu cik isteri sambil mencari siaran tv yang menarik perhatiannya. Zara Nafisa pula hanya fokus ke depan.

"Abang ada masa dua hari je lagi nak bermanja dengan sayang. Hm."

Kepala ditundukkan sedikit memandang wajah suaminya, pelik juga dia bila tiba-tiba saja suaminya berkata sedemikian. Rambut encik suami diusap lembut.

"Kenapa dua hari je? Abang nak pergi mana?" berkerut kening Zara dengan perasaan tertanya.

Carl Ayden meletak alat kawalan disebelahnya, dia mengeluh berat.

Ikutkannya, dia tak mahu berenggang dengan cik isteri tapi dia harus selesaikan kerjanya dengan segera.

Bahu cik isteri dicium pantas lalu dia mendongak sedikit ke atas, jelas wajah hairan Zara Nafisa yang sedang merenungnya itu.

"Itali."





[#]DONE.

Continue Reading

You'll Also Like

932K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
868K 48.8K 61
-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit...
1M 67.8K 46
Storm Series: 1 [STORM ITU MILIK INARA ZAHARA] Dingin? Kejam? Iblis? Itulah lelaki yang bernama Aziel Storm yang merupakan ketua keluarga mafia iait...
434K 40.8K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...