Mr Killer's Girl |✔|

Autorstwa mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... Więcej

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [16]

60.7K 2.6K 188
Autorstwa mecx-zack


Carl Hans Mikael mengetuk pintu bilik yang didiami papa dan mamanya.

Kesempatan yang ada diambil memandangkan Carl Ayden tiada di rumah diguna sebaik mungkin untuk menyelesaikan hal yang satu itu.

"Masuk lah, mama tak kunci pintu."

Terus dikuak luas pintu bilik itu lalu melangkah masuk sebaik menerima keizinan daripada Zara Nafisa.

Jika Carl Ayden berada di rumah, memang Carl Hans Mikael tak berani untuk masuk ke dalam bilik itu. Papanya bukan main garang. Haih!

"Maaf ganggu mama. Hans nak cakap sikit boleh?" soalnya seraya melabuhkan punggung dibirai katil.

Zara Nafisa meletakkan novel yang dibacanya ke tepi lalu tersenyum lebar sambil mengangguk pada Carl Hans Mikael, anaknya yang seorang ini memang selalu meluahkan segala masalah padanya.

"Hans cakap lah, mama dengar. Kalau mama boleh tolong, mama tolong.."

Carl Hans Mikael tersenyum hambar. Dia menghembus nafas panjang seketika. Hanya mamanya saja yang boleh membantu dia, dia buntu.

"Can I sleep on your thigh?" soal Carl Hans Mikael perlahan.

Zara Nafisa tergelak kecil, kaki yang bersila segera dilunjurkan lalu tangannya menepuk lembut pehanya memberi keizinan pada permintaan Carl Hans Mikael yang ingin merebahkan kepala dipehanya.

Kepala direbahkan pada paha Zara Nafisa sambil memejam rapat matanya. Zara Nafisa pula memanjakan Carl Hans Mikael dengan mengusap rambut anaknya itu.

"Hans dah buat macam-macam untuk berbaik dengan Que. All that I've done never attracted his attention. Hans tak tahu nak buat apa lagi mama. Hans nak abang Hans yang dulu. Hans rindu abang Hans yang dulu..."

Carl Hans Mikael tersenyum sedikit dengan mata yang masih terpejam, setitik airmata lelakinya mengalir dihujung mata.

Sebak mengingati hubungan antara mereka berdua yang kian terputus.

"Que tak pernah kisah apa yang Hans cakap. Dia tak pandang apa yang Hans buat untuk dia, Hans dah cuba mama. Hans... Hans penat. Kenapa Que tak pernah nak maafkan Hans? Hans -"

Kata-katanya terhenti seketika bila suaranya serak kerana menahan bunyi tangisan yang keluar, wajahnya terus disembamkan pada perut mamanya dengan bahu yang bergegar, menangis tanpa suara.

Zara Nafisa tersenyum kelat dengan mata yang mula bergenang dengan airmata, dia faham perasaan anaknya itu yang inginkan kasih sayang seorang abang seperti orang lain.

"Sabar ya sayang. Que dah maafkan Hans, tapi mungkin dia tak bersedia lagi nak mulakan macam dulu. Mama faham, Hans nak abang Hans yang dulu.. Mama tahu Hans dah buat semuanya untuk kembalikan Que yang dulu tapi Que tak pernah hiraukan.."

Carl Hans Mikael mendongak sedikit ke atas lalu tergelak. Sebak dan pedih dihati menahan rasa yang dipendam sekian lama, hanya disebabkan Carl Que Alexander.

Airmata yang laju mengalir dibiarkan tanpa dikesat.

"Apa lagi Hans kena buat mama? Kalau Que nak Hans melutut dekat dia pun Hans sanggup. Asalkan dia maafkan Hans, dia jadi abang Hans yang dulu. Tolong Hans, mama. Hans nak abang Que. P-please." rayunya pilu sambil tersedu-sedan menangis.

Zara Nafisa mengangguk sambil mengesat airmata yang membasahi pipinya.

Ibu jarinya pula mengesat airmata yang mengalir dipipi Carl Hans Mikael, mata lelaki itu berkaca-kaca.

"Mama tolong Hans, mama tak janji tapi mama cuba. Hans dah buat apa yang Hans mampu, sabar ya"

Carl Hans Mikael mengangguk lemah sambil menunduk kebawah. Kisah yang berlaku mula terimbas kembali difikirannya serta-merta.

*

*

*

Carl Hans Mikael melangkah keluar daripada biliknya setelah selesai solat isyak sebentar tadi.

Untuk turun ke tingkat bawah melalui tangga, dia harus melintasi bilik abangnya dahulu.

Baru dia ingin melintasi bilik Carl Que Alexander, dia terdengar bunyi suara abangnya seperti berbual dengan seseorang dalam keadaan marah.

Carl Hans Mikael menyandar belakang badannya didinding sebelah pintu bilik abangnya yang terbuka sedikit itu.

Hairan bila abangnya seakan menyembunyikan sesuatu darinya sebelum ini, jjadi dia ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

"Mana kau tahu?! Kau jangan nak main-main dengan aku lah sial!"

Dia menyenget sedikit kepalanya mengintai Carl Qye Alexander disebalik pintu bilik tersebut.

Niatnya untuk turun ke tingkat bawah terbantut. Ingin sekali dia tahu apa yang abangnya sembunyikan.

"Okay, aku pergi sekarang!"

Tergamam Carl Hans Mikael bila tiba-tiba saja pintu bilik dibuka kasar daripada dalam.

Air liur ditelan kasar, bimbang jika abangnya tahu dia sedang mengintip abangnya itu.

Carl Que Alexander yang tadinya berwajah ketat turut tergamam sama melihat adiknya yang tersengih-sengih di pintu biliknya.

Kening diangkat sebelah pada Carl Hans Mikael.

"Er.. Oh! Hans nak ajak abang turun makan. Mama dah panggil tadi." senyuman lebar diberikan pada abangnya.

Carl Que Alexander mengangguk sekali. Risau juga dia bila Carl Hans Mikael mendengar perbualannya sebentar tadi.

Pintu bilik ditutup rapat lalu bahu Carl Hans Mikael dirangkul dengan sebelah tangannya.

"Jom! Kau okay kat sekolah? Aku ada hal, tak sempat tunggu kau tadi."

Carl Hans Mikael tersenyum sambil mengangguk kepalanya, dia tahu abangnya risaukan dia kerana di sekolah ada saja yang tak berpuas hati dengannya.

Carl Que Alexander saja yang melindunginya daripada terus-terusan diajak bergaduh oleh pelajar yang lain.

Dia tak mahu melawan kerana menurut pesanan yang dititpkan mamanya yang tak mahu ada masalah disiplin disekolah.

"Hans takde apa-apa. Tapi kan, ada pulak dah budak perempuan yang kirim salam dekat kau tadi. Ramai betul peminat kau kan?" bahu abangnya disenggol-senggol sambil tersengih.

TAP!

Dahi Carl Hans Mikael dijentik kuat dengan wajah menyampah. Adiknya pula menggosok dahi dengan wajah berkerut sakit.

"Banyak lah peminat kau! Aku takde masa nak layan, kau nak kau ambil lah. Aku tak berminat." bibir dicebik meluat, dia tak ada masa untuk itu.

Carl Hans Mikael tegelak kecil, dia sudah masak dengan perangai abangnya yang beku dengan perempuan. Malah, bila ditegur pun abangnya hanya buat tak tahu. Teruk betul!

"Eleh! Depan aku kau cakap tak suka lah apa lah. Entah-entah dalam hati dah berbunga-bunga, tak minat konon. Blah lah!" ejek Carl Hans Mikael seraya tersenyum mengejek.

Carl Que Alexander menoleh ke arah adiknya dengan wajah menyinga sebelum dia memeluk leher Carl Hans Mikael daripada belakang dengan kedua belah tangannya lalu dirapatkan pada leher Carl Hans Mikael seakan mencekik adiknya.

"Erhhh! Woi jangan! Aku lemas lah! Que!"

Carl Hans Mikael mencuba untuk meregangkan tangan abangnya yang berada dileher, sesak nafas dibuatnya.

Carl Que Alexander tergelak tanpa mempedulikan adiknya yang meronta itu.

"Kau perli aku lagi. Rasakan!"

Mereka berdua tertawa bersama sambil berjalan ke arah meja makan dengan Carl Que Alexander yang masih menekan leher Carl Hans Mikael.

Bingit seketika ruang makan dengan ketawa mereka.

*

*

*

Carl Que Alexander membuka jaket kulit yang tersarung dibadannya lalu disangkut pada bahu kanannya.

Kaki diatur menuju ke arah sekumpulan lelaki yang sedang santai melepak di lorong gelap tersebut.

"Tengok siapa datang! Mamat batu dah sampai. Apahal kau datang lambat?"

Raziq menyapa Carl Que Alexander sambil mengangkat sebelah tangannya manakala sebelah tangan lagi mengepit batang rokok. Yang lain pula hanya tersengih melihat Carl Que Alexander.

"Kau ingat senang-senang aku boleh keluar? Tak tahu lagi papa aku tu macam mana? Korang dah sedia nak kena hentam ke?"

Punggung dilabuhkan pada sebelah Afiq yang berada disisi Raziq, bahu lelaki itu dipeluknya kejap.

Raziq tergelak, mereka tahu betapa garangnya Carl Ayden tapi sengaja ingin melihat reaksi Carl Que Alexander.

"Ya, ya, kitorang tahu. Aku saja je. Adik kau mana?" soal Raziq dengan mata meliar disekitar lorong tersebut.

PAK!

Kepala Raziq ditepuk kuat oleh Carl Que Alexander. Suka main-main, tak pernah nak serius. Haih! Mereka berlima mula ketawa beramai-ramai melihat wajah cemberut Raziq.

"Baik kau cakap cepat sebelum papa aku datang. Mampus aku kalau dia tahu aku melepak dengan korang yang tak guna ni." kata Carl Que Alexander sambil tersenyum sinis.

Afiq dan Raziq membuat muka meluat manakala yang lain pula hanya memandang dengan sisa tawa yang masih ada. Mulut tajam betul.

"Sial lah! Kau nak main ugut-ugut pulak. Iman mana iman? Tak reti sabar? Tak guna takpa janji iman tetap ada kau tahu?"

Raziq ketawa sambil mengeluarkan telefon miliknya lalu diberikan pada Carl Que Alexander.

Rokok dicampak ke atas jalan tar lalu dipijak hingga terpadam bara api rokok tersebut.

"Mana kau dapat? Satu lagi, kau biar betul Ziq? Aku tahu kau buat taik dengan aku memang kena lah kau." katanya dengan mata yang masih lagi terhala pada skrin telefon.

Raziq tersengih sinis lalu dia berdiri dihapan Carl Que Alexander dengan wajah serius tanpa senyuman.

Tak main-main dan juga bergurau seperti tadi lagi. Afiq pula hanya berdiam diri bersama yang lain.

"Kau tahu kan aku rapat dengan dorang, tapi dorang tak tahu aku pun rapat dengan kau. Dorang dah plan nak buat dekat Hans, aku cakap ni sebab aku tahu adik kau macam mana."

Carl Que Alexander mendongak sedikit, telefon dihulurkan kembali pada Raziq dengan wajah kusut dan juga kerisauan.

Apa yang mereka mahukan daripada Carl Hans Mikael?

"Aku tak faham apa yang dorang tak puas hati dengan adik aku. Kau rasa apa patut aku buat?" soalnya serius menunduk ke bawah.

Afiq merenung Raziq lalu menoleh ke arah yang lain. Mereka bertiga yang hanya berdiam diri mengangguk kepala. Raziq pula menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

Bahu Carl Que Alexander ditepuk lembut. Dia mampu membantu dengan cara sebegini saja, yang lain dia pun buntu.

"Kalau kau nak adik kau tak jadi mangsa dorang senang je. Pura-pura bencikan Hans. Buat macam kau dengan Hans tak pernah berbaik. Itu je yang aku boleh fikir sekarang ni."

Carl Que Alexander terdiam seribu bahasa. Bagaimana dia mahu melakukan perkara itu sedangkan hubungannya dengan Carl Hans Mikael tersangat rapat.

Wajah diraup kasar berkali-kali, dia buntu.

*

*

*

Rumah yang sunyi kini bergema dengan desahan dan juga bunyi-bunyi yang penuh dengan khayalan dan nikmat yang dirasakan antara dua manusia itu.

Hanyut dalam lautan dosa mengikuti bisikan syaitan yang menghasut tanpa henti. Perbuatan terkutuk dilakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Puan Maimunah hanyut dibelai oleh lelaki yang jauh lebih muda darinya. Lelaki yang merupakan kekasihnya. Tidak peduli akan jarak umur yang jauh berbeza.

Sedang mereka hanyut dalam syurga dan nikmat ciptaan mereka, sekelip mata semuanya terhenti segala aktiviti dan senaman mereka berdua bila pintu rumah kayu itu yang diketuk bertalu-talu kedengaran.

Puan Maimunah dan lelaki muda itu mula menyarungkan pakaian masing-masing dengan keadaan tergesa-gesa bila ketukan dipintu masih kedengaran seakan mahu roboh pintu tersebut.

"Biar aku pergi tengok, kau tunggu."

Puan Maimunah membetulkan ikatan kain yang dipakainya sambil berjalan ke arah pintu rumah.

Dibetulkan sedikit pakaian dan juga rambutnya yang tak terurus itu disebabkan 'aktiviti' mereka sebentar tadi yang terbantut.

Pintu rumah dikuak kasar, panas hati bila ada yang mengganggu ketenteramannya.

Tetapi wajah Puan Maimunah terus berubah bila melihat susuk tubuh lelaki itu yang sedang tersenyum sinis memandangnya.

"Kau tengok apa?! Tak faham lagi apa aku nak?!" jerkah Carl Que Alexander dengan wajah yang berubah menyinga.

Terangkat bahu Puan Maimunah dijerkah lelaki itu. Dia tersenyum kekok dengan wajah pucat tak berdarah, lelaki itu mahu memungut hutangnya.

Puan Maimunah cuba bertenang.

"A-aku tak ada duit lagi sekarang. Tapi, aku bayar s-separuh dulu. B-boleh kan?" tergagap-gagap Puan Maimunah berkata.

Carl Que Alexander berdecit perlahan sambil meraup rambutnya ke belakang.

Wajah ketakutan Puan Maimunah dipandang tajam, muak dengan alasan yang diberikan orang tua terkutuk itu.

Dia tahu setiap apa yang dilakukan Puan Maimunah, satu pun tak tertinggal.

Termasuk perbuatan Puan Maimunah yang melakukan 'hubungan' bersama dengan lelaki muda tersebut.

"Berapa kau ada? Kalau setakat dua tiga ratus aku tak terima!" Kening diangkat sebelah pada wanita berumur itu.

Puan Maimunah terus menuju ke arah laci meja diruang tamu mengambil beg tangannya lalu 10 keping not lima puluh dikeluarkan lalu dihulurkan pada Carl Que Alexander.

Carl Que Alexander mengira duit tersebut, dia mengerut dahi dengan wajah yang membengis lalu dipandang Puan Maimunah seakan mahu dibunuhnya wanita berumur itu.

PAK!

Not lima puluh yang berda ditangannya dicampak tepat ke wajah Puan Maimunah sebelum duit tersebut berterabur di atas lantai kayu itu.

Terkedu Puan Maimunah dengan tindakan Carl Que Alexander.

"Aku dah kata, kalau kau tak mampu nak bayar jangan berhutang! Kau degil! Sekarang kau bagi aku lima ratus?! Kau fikir cukup lah! Aku tak nak!"

Carl Que Alexander merengus kasar lalu memberi isyarat mata pada dua orang anak buahnya.

Dia memeluk tubuh memerhati Puan Maimunah yang mula menggigil ketakutan itu.

"Aku betul-betul tak ada duit sekarang. Itu je yang aku ada. Aku janji lepas ni aku langsaikan hutang aku. Tolong lah!"

Puan Maimunah merayu pada Carl Que Alexander bersungguh-sunggung dengan wajah penuh berharap.

Berdebar Puan Maimunah melihat anak buah Carl Que Alexander yang menghampirinya.

"Janji kau tu semua tak pakai! Kau ingat 500 tu cukup nak bayar hutang kau yang beribu-ribu tu? Dah tua takkan takde otak nak fikir!" pedas sekali kata-kata yang ditujukan pada Puan Maimunah.

Dua orang anak buah Carl Que Alexander mula merentap tangan kiri dan kanan Puan Maimunah lalu tubuh wanita berumur itu diheret kasar keluar daripada rumah tersebut.

"Sumpah aku bayar balik! Korang nak bawak aku pergi mana ni?! Tolong lah! Aku bayar secepat yang mungkin! Tolong lah!"

Tak dpedulikan rayuan Puan Maimunah yang meronta-ronta bila diheret dua lelaki itu ke arah kereta.

Carl Que Alaxander tersengih jahat. Padahnya bila bermain api dengannya.

"Kau memang tak mampu nak bayar, kalau aku jual dekat bapak ayam pun belum tentu mahal! Setakat 5 ribu barang expired macam kau ni tak cukup lagi nak bayar hutang aku! Sedar lah sikit!"

Terus Carl Que Alexander melangkah masuk ke dalam rumah Puan Maimunah, dia ingin menguruskan lelaki yang berada dalam rumah tersebut terlebih dahulu.

[#]DONE.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

1.6M 61.6K 73
[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta...
857K 43.3K 73
◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #9 ,23 July 18 ...
301K 19.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.7M 89.3K 47
Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang...