Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [28]

51.5K 2.5K 94
By mecx-zack

Carl Ayden tersenyum sinis, dia menghampiri lelaki yang ditembak untuk kali ketiga oleh Carl Que Alexander.

Dia duduk bercangkung di sebelah lelaki itu lalu dicengkamnya kasar rambut lelaki tersebut.

Wajah kesakitan lelaki itu dipandang tajam sebelum melepaskan rambut yang dicengkamnya.

"Take him to the torture room." arahnya dengan suara dicelah gigi.

Anak buah Carl Ayden mengangguk kepala lalu mengangkat lelaki itu untuk dibawa ke bilik seksaan.

Carl Ayden berpaling ke arah Zara Nafisa, gigi diketap rapat apabila terpandangkan tepi bibir isterinya yang berdarah dan sedikit lebam itu.

"Masuk!" tegas suaranya mengarah anak dan menantunya masuk ke dalam rumah.

Carl Que Alexander mencempung tubuh kecil Nur Husna lalu berjalan masuk diikuti Zara Nafisa dan Carl Ayden dibelakang.

Carl Hans Mikael pula dari awal sudah masuk bersama dengan anak buah Carl Ayden.

Masuk ke dalam biliknya di tingkat dua rumah agam itu, tubuh isterinya didudukkan di atas katil lalu dia berjalan keluar daripada bilik tanpa sebarang kata.

Wajah yang bengis tanpa secalit senyuman itu menggerunkan Nur Husna untuk bersuara.

Seketika, dia kembali bersama dengan seorang doktor perempuan dibelakangnya.

Nur Husna yang bersandar di kepala katil tersenyum sedikit pada doktor perempuan itu.

Sebaik melihat suaminya ingin berlalu keluar, lengan suaminya digenggam lembut.

"Abang-"

Pandangan tajam Carl Que Alexander menghentikan kata-kata Nur Husna.

Seluar satin yang dipakai isterinya diselak ke atas, lama dia merenung kesan lebam kebiruan di betis Nur Husna.

"Keep your mouth shut and be a good girl." ujarnya perlahan tapi tegas.

Lambat-lambat Nur Husna mengangguk. Wajah takut-takut isterinya direnung dengan pandangan redup lalu tubuh kecil Nur Husna dibaringkan ke atas katil. Dahi isterinya dikucup lama.

"Kalau mengantuk, kau tidur dulu. Aku ada kerja nak buat."

Nur Husna memandang risau ke arah Carl Que Alexander, bukan dia tidak tahu apa maksud suaminya. Pun begitu, dia faham.

"That fucker touched what's mine and I'm going to give him a lesson."

Usai berkata dia melangkah keluar, doktor perempuan itu terus menunduk sebaik lelaki itu melepasinya.

Kecut juga perut melihat wajah menyinga lelaki tersebut.

Nur Husna menelan kasar air liurnya. Berdebar-debar juga hatinya jika dia penyebab suaminya naik angin.

Carl Que Alexander menjenguk sedikit kepala disebalik pintu bilik milik Carl Ayden yang terbuka kecil itu.

Mata tertancap ke arah Zara Nafisa yang sedang mengelap tepi bibirnya dengan tuala kecil tangan.

Susuk tubuh papanya tak kelihatan, mungkin sedang berjumpa dengan anak buahnya yang lain. Pintu diketuk sekali.

"Que. Masuk lah." ujar mamanya lembut.

Kaki diatur menuju ke arah mamanya lalu punggung dilabuhkan pada birai katil.

Tuala kecil yang berada ditangan mamanya diambil lalu dia mengambil alih mengesat bibir Zara Nafisa yang berbekas lebam itu.

Penuh lembut dan berhati-hati dia mengesat tepi bibir Zara Nafisa yang mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali saat airmata mula bertakung ditubir mata.

Sungguh dia rindukan Carl Que Alexander dan dalam masa yang sama terharu dengan lelaki itu yang mengambil berat tentangnya.

"I'm sorry, mama." perlahan dan sedikit berbisik suaranya.

Zara Nafisa tersenyum kecil. Seego dan keras kepala Carl Que Alexander, dengannya lelaki itu selalu merendahkan ego deminya.

Carl Que Alexander meletak tuala diatas meja kecil sebelah katil setelah siap mengelap bibir mamanya.

Pipi kanan dan kiri Zara Nafisa dikucup sekilas sebelum bangun dari duduknya.

"Mama rehat lah, Que keluar dulu. Goodnight." tuturnya perlahan dan suaranya cuba dilembutkan.

Keluar daripada bilik, dia melangkah laju masuk ke dalam lif untuk ke bilik seksaan.

Sapaan daripada anak buah dan pembantu rumah Carl Ayden tak dihiraukan.

*

*

*

Hatinya menggelegak dengan lelaki yang menceroboh rumah Carl Ayden sekaligus menyakiti isteri dan mamanya.

Pintu bilik dirempuh kasar, sebaik melihat lelaki itu yang diikat pada tiang besi terus dia meluru ke arah lelaki tersebut lalu wajah lelaki itu ditumbuk bertubi-tubi dengan sepenuh hatinya.

Carl Ayden tercengang seketika sebelum tersenyum sinis.

Anak buahnya yang diarahkan untuk mencari maklumat lelaki itu tak berkelip matanya melihat lelaki yang diikat itu dipukul bertubi-tubi.

Dihentak dengan lutut kanannya pada wajah lelaki itu. Darah laju mengalir keluar dari hujung mata, hidung dan juga mulut lelaki tersebut.

Wajah yang berlumuran darah itu dipandang sinis.

"For who?" soal Carl Ayden sambil merenung anaknya itu.

Carl Que Alexander menoleh ke arah Carl Ayden, tajam matanya menikam wajah papanya. Besi panjang dicapai lalu diletak di atas bahu kanannya.

Wajah lelaki dihadapannya yang berlumuran dengan darah itu dipandang seakan ingin dibunuhnya lelaki itu tapi tak puas jika tak menyeksanya terlebih dahulu.

"For my mother and my wife." balasnya ringkas.

Serentak itu, besi tersebut dihentak sekuat hati pada perut lelaki itu. Darah yang tersembur keluar terkena pada seluarnya tak dihiraukan.

Lantas besi tersebut dihayun dan dihentak kuat pada lutut kanan lelaki itu berkali-kali.

Lelaki tersebut mengerang kuat sebelum melungsur jatuh terduduk di atas lantai.

Lutut kiri lelaki itu pula dihentak kuat hingga mengeluarkan bunyi retak tempurung lutut lelaki itu.

Lelaki tersebut yang terkulai lemah itu dipandang sekilas. Bibirnya tersungging sengihan sinis lalu besi dicampak ke atas lantai.

"Kill him." arah Carl Que Alexander keras.

Carl Ayden tersenyum jahat. Tangan dihulurkan pada anak buahnya lalu kapak yang tersedia ditangan anak buahnya diambil.

Carl Que Alexander bersandar di pintu bilik dengan tangan yang disilangkan di dada. Dia hanya memerhati apa yang ingin papanya lakukan.

"Goodnight."

PAK!

Wajah lelaki itu ditetak dari depan hingga terbelah dua wajahnya.

Ditarik keluar kapak tersebut yang terbenam pada wajah lelaki itu lalu ditetak untuk kedua kalinya.

Carl Ayden berdecit perlahan apabila darah yang memancut seperti air paip itu terkena pada bajunya.

Kapak diangkat tinggi, dia tersenyum sinis.

PAK!

Sekali hayunan kuat pada mulut lelaki itu secara melintang, mulutnya terbelah panjang dan dalam hingga ke telinga. Tubuh lelaki tersebut basah dengan darah yang mengalir keluar.

Carl Que Ayden tergelak sinis. Puas hatinya melihat lelaki itu yang tak serupa manusia lagi wajahnya. Dia melangkah keluar daripada bilik tersebut.

Carl Ayden melepas nafas panjang, kusut dia memikirkan musuh yang tak henti bertandang.

Dia terpaksa kotorkan tanganya kali ini. Bukan kemahuannya tetapi mereka yang menyerah diri padanya.

Singa yang lenanya diganggu tak akan berdiam diri. Selalu menghidu daging segar untuk dibahamnya menjadi santapan.

"Bakar mayat dia."

Carl Ayden mengeluarkan sebatang rokok yang berada di poket seluarnya lalu dinyalakan. Asap disedut panjang dan dihembus perlahan.

Anak buahnya mengambil botol berisi cecair minyak petrol lalu dituang ke seluruh tubuh kaku lelaki itu. Kepala ditunduk sedikit pada Carl Ayden.

Carl Ayden menyedut asap rokok dalam, pemadam api dihidupkan lalu dibiarkan sesaat api yang menyala itu sebelum dicampak ke arah lelaki tersebut.

Sesaat, tubuh lelaki itu terbakar dengan api yang menyala.

Carl Ayden tersenyum sinis dan perlahan berjalan keluar daripada bilik tersebut.

*

*

*

Joe menghentak tapak tangannya kuat di atas meja pejabatnya. Rambut diramas kasar, orang yang diupah untuk membunuh Nur Husna telah mati.

Rancangannya gagal kali ini.

"Arhh! Sial!"

Nafasnya turun naik menahan perasaan, begitu sukar untuk membunuh perempuan itu. Dia sedar Carl Que Alexander sememangnya sudah bersedia dari awal.

Lihat saja lah, perempuan yang dilihatnya di rumah lelaki itu tempoh hari menggunakan senjata.

Tapi tak apa, dia pasti rancangan yang seterusnya berjalan dengan lancar.

Seketika, Joe tersenyum sinis. Dia tahu siapa yang harus menjadi umpannya kali ini.

Dia berdiri lalu menghampiri dinding biliknya yang dipenuhi dengan gambar Carl Que Alexander dan Carl Hans Mikael.

Cuma kali ini ditambah dengan gambar seorang perempuan.

Marker pen bewarna merah diambil lalu gambar perempuan yang baru saja ditampal pada dinding tersebut ditanda 'X'.

"Sekarang, aku tak dapat. Tapi-"

Dia berjalan kembali ke arah meja, pisau yang berkilat tajam itu dicapai.

Joe merenung tajam gambar perempuan tersebut sambil mengusap pisau ditangannya perlahan.

"Aku boleh bunuh." bisiknya penuh yakin.

ZAP!

Pisau tersebut dicampak tepat ke arah gambar perempuan yang terlekat di dinding bilik itu.

Joe ketawa jahat dengan mata yang liar.

*

*

*

Carl Que Alexander menghampiri Nur Husna yang sedang duduk termenung dihadapan tv yang terpasang lalu punggung dilabuhkan bersebelahan dengan isterinya.

Sebelah tangan diletakkan pada bahu cik isteri dari belakang, wajah blur isterinya dipandang.

Nur Husna terkebil-kebil sesaat bila tiba-tiba saja suaminya berada disebelahnya.

"Kau termenung apa? Aku dekat sebelah pun kau baru perasan. Hm?"

Nur Husna tersenyum kecil. Segala yang diceritakan ibu mertuanya dua hari yang lepas terimbas kembali di layar fikirannya.

Dia harus menjernihkan keadaan antara Carl Que Alexander dan keluarganya.

"Husna nak tanya. Tapi janji abang tak marah Husna. Boleh?" soalnya sedikit teragak sambil merenung wajah suaminya.

Carl Que Alexander tergelak sinis, entah apa yang ingin ditanya isterinya.

Bahu Nur Husna yang dipeluk dengan sebelah tangannya ditarik rapat pada tubuhnya. Lalu tubuh kecil itu disandarkan pada dadanya.

"What is it? Tanya je lah.." meleret saja nada suaranya.

Nur Husna mengeluh lega.

Jari-jemari Carl Que Alexander yang melingkar di bahunya itu dimainkan satu-persatu sambil menyusun ayat yang sesuai supaya tak menaikkan kemarahan suaminya itu.

"Kenapa abang tak berbaik dengan Hans? Papa pun sama. Abang tak nak kongsi dengan Husna?"

Mendengar soalan daripada isterinya, dia terdiam seketika.

Berura-ura untuk bangun, mengelak daripada menjawab pertanyaan yang membuatkan dia mengingati semua yang mereka lakukan padanya dulu.

Tapi Nur Husna pantas, tangan besar suaminya digenggam erat lalu dikucup lama. Menghalang suaminya pergi tanpa menjawab pertanyaannya.

"Husna tahu abang tak nak jawab soalan Husna.. Tapi, Husna cuma nak tahu kenapa. Husna nak tolong baiki hubungan abang dengan Hans dan papa.."

Kepala didongak sedikit ke atas dan dalam masa yang sama Carl Que Alexander turut merenungnya tajam.

Wajah penuh berharap dipamerkan pada suaminya, dia harus menunaikan permintaan mamanya.

"Husna cuma nak tolong. Husna tak nak abang pendam sorang diri." pipi kanan suaminya diusap lembut.

Carl Que Alexander memejam mata rapat. Sentuhan lembut isterinya memadamkan api kemarahan yang ingin meluap naik.

Kelopak mata dibuka, jelas terpancar pelbagai perasaan dalam anak matanya.

"Tolong? Kau tak perlu tolong, kau tak ada di tempat aku kau tak akan rasa apa yang aku rasa, Husna." ringkas saja balasannya.

Nur Husna tersenyum kecil. Posisi badan diubah dari bersandar di dada lelaki itu dia duduk tegak menghadap suaminya yang mempaerkan riak tak berperasaan itu.

"Husna dah tahu semuanya. Mama dah ceritakan semuanya pada Husna. Abang tak nak ke kembali macam dulu? Apa gunanya Husna jadi isteri abang kalau tak boleh nak tolong abang."

Carl Que Alexander mengeluh berat, wajah sayu dan penuh berharap Nur Husna ditenung dalam sebelum dia cuba menjelaskan pada Nur Husna.

"Aku tak pernah benci dorang semua. Tapi.."

"Abang ego."

Buntang mata Nur Husna saat dia terlepas cakap. Bibir bawahnya digigit kuat.

Carl Que Alexander mencerlung tajam ke arah isterinya, tak dinafikan dia juga terpukul dengan kata-kata Nur Husna.

"Ma-maaf." segera matanya dialihkan dengan pandangn maut suaminya itu.

Dengan nafas yang berat, Carl Que Alexander mula menceritakan semula apa yang berlaku diantara dia dan keluarganya dari mula.

Makin senang Carl Que Alexander bercerita bila isterinya tekun dan seriua mendengar tanpa memotong atau mempertikaikan apa yang dilakukannya.

Tika itu, Nur Husna bertekad untuk membuat suaminya kembali ke pangkuan keluarganya seperti biasa dengan sebaik mungkin.




[#]DONE.

Continue Reading

You'll Also Like

932K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
714K 4.3K 11
"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu diriny...
1.2M 45.7K 73
"Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau" - Matheo. Segalanya berubah apabila Aeris tersalah ha...
2.3M 81.7K 77
‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut...