Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

4M 181K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [24]

60.6K 2.6K 113
By mecx-zack

Nur Husna duduk di atas sofa dalam bilik mereka sambil melihat hasil lukisannya yang dibuat sebelum ini.

Matanya tertancap ke arah satu lukisan dimana dia sedang tertidur sambil bersandar di sofa diruang tamu.

Lantas bibirnya mengukir senyuman dengan wajah yang mula membahang malu.

Ianya dilukis oleh suaminya sendiri ketika hari dimana lukisannya telah dikotorkan oleh Carl Que Alexander.

"Abang! Habis lukisan Husna kotor.."

Carl Que Alexander terdiam sejenak. Wajah terpana Nur Husna dipandang bersilih-ganti dengan lukisan isterinya yang sudah kotor itu.

"Bukan aku buat, kau lah tak nak bagi aku tengok sangat. Padan muka!" dengan riak tak bersalahnya dia membalas.

Terkebil-kebil mata Nur Husna merenung wajah tak bersalah Carl Que Alexander, sedangkan suaminya yang merosakkan lukisannya itu.

"Tapi-"

"Shhh.. Aku tak salah okay, lukisan kau ni nanti kau buat balik. Settle "

Carl Que Alexander memegang bahu Nur Husna dengan kedua belah tangannya lalu tubuh kecil isterinya ditolak lembut hingga ke arah sofa di ruang tamu lalu didudukkan.

"Kau duduk diam-diam dekat sini, nanti aku datang balik."

Nur Husna memerhati susuk tubuh Carl Que Alexander yang berlalu pergi lalu dia merapatkan kedua belah lutut di dadanya.

Terkilan apabila lukisan yang dibuat mengambil masa yang lama musnah begitu saja.

Setengah jam berlalu, suaminya masih belum muncul. Nur Husna menyandar di sofa dengan mata yang mula memberat sebelum dia terlena disitu.

Carl Que Alexander tersengih sinis sebaik melihat isterinya terlena di atas sofa.

Dia sengaja membiarkan Nur Husna menunggunya kerana ingin menggantikan lukisan isterinya yang telah kotor itu tanpa pengetahuan Nur Husna.

Lalu, segala peralatan melukis diambil dan dia melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan isterinya.

Senyuman sinis terukir dibibir sebelum tangannya mula melukis figura Nur Husna yang sedang terlena itu.

Siapa tahu, dia juga berbakat dalam melukis tetapi tak ditunjukkan kerana sewaktu berada di Itali dulu.

Aressa merangkap anak saudara Andrew yang mengajarnya. Andrew; lelaki yang begitu banyak menolongnya.

Dua jam kemudian, lukisan yang dibuatnya siap dibuat.

Dia tersenyum puas melihat hasil lukisannya sebelum mengemaskan peralatan melukis tersebut.

"My girl.."

Tubuh kecil Nur Husna dicempung berhati-hati, tak mahu mengganggu lena isterinya lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

Setelah membaringkan Nur Husna, badan isterinya diselimutkan.

Lukisan yang dibuatnya sebentar tadi diletakkan di atas meja kecil dan juga sticky note bewarna merah yang tertulis 'I'm sorry, babygirl' sebagai tanda maafnya sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Nur Husna mengangkat lukisan hasil daripada suaminya. Dia juga baru tahu bahawa suaminya itu pandai melukis. Lelaki bengis dan menakutkan macam suaminya pun pandai juga melukis.

Lukisan tersebut diusapnya lembut. Tika itu dia baru saja selesai solat isyak, suaminya pula berada ditingkat bawah bersama anak buahnya yang lain.

Bila ditanya, Carl Que Alexander hanya mengarahkan supaya dia duduk di dalam bilik saja.

"Hijo de puta!"

Nur Husna tersentak, bergema suara yang penuh dengan amarah suaminya ditingkat bawah. Tergesa-gesa lukisan yang dipegangnya diletakkan ke atas meja.

Jantung yang berdetak hebat disentuh lembut, risau dia memikirkan suaminya dan dalam masa yang sama tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

PRANG!

Bunyi kaca pecah menambahkan lagi ketakutan Nur Husna. Matanya mula bergenang dengan airmata.

Nur Husna duduk memeluk lutut di dinding biliknya yang berhampiran dengan pintu bilik tersebut.

BANG!

"Fuck!"

Carl Que Alexander merenung tajam ke arah lelaki yang telah ditembaknya itu. Lelaki tersebut menyentuh lengan kanannya yang berdarah dengan wajah berkerut sakit.

"Chris.. d-dia nak kau." lemah lelaki itu bersuara menahan sakit di lengannya.

Anak buah Carl Que Alexander yang melihat wajah tegang dan juga bunyi gigi berlaga lelaki itu mula menunduk ke bawah.

Baran dan amarah Carl Que Alexander menggerunkan mereka, serasa mahu lemah kaki untuk berdiri.

"GET OUT!" penuh keras nada Carl Que Alexander.

Sekali jerkahan, terus lelaki tersebut bangun dan berlalu keluar daripada rumahnya dengan langkah longlai.

Carl Que Alexander merengus geram seraya menghempas kasar punggungnya di atas sofa.

Amarahnya memuncak naik saat mendapat tahu dia mula memunculkan diri setelah sekian lama menyepi dan paling menaikkan api kemarahannya apabila ramai anak buahnya dibunuh oleh dia.

Gudang yang membekalkan dan juga menjual senjata api dan senjata tajam berlesen itu hampir saja musnah dan diletupkan oleh si dia.

Lelaki tadi yang menjadi mangsa amukannya kerana lelaki itu yang diarahkan untuk mengawal gudang tersebut.

Kini, dia harus lebih peka dan berhati-hati kerana dia juga licik sama sepertinya.

Nampaknya, peristiwa lama akan berulang untuk kali kedua dan yang paling ditakutinya jika dia akan menjadikan Nur Husna sebagai umpannya.

Tak! Dia tak akan biarkan!

"Buat kerja macam biasa. Keluar!"

Anak buahnya yang lain akur dan semuanya bergerak keluar daripada rumahnya.

Carl Que Alexander mengusap pelipisnya perlahan, cuba menenangkan hati yang sedang menggelegak tika ini.

"A-abang."

Serentak dia menoleh ke arah suara isterinya yang berada di anak tangga teratas dengan wajah pucat.

Nafas ditarik dalam sebelum bangun dari duduknya.

Carl Que Alexander menghampiri Nur Husna sambil tersenyum sedikit. Sisa airmata isterinya yang masih ada dihujung mata dikesat dengan ibu jarinya.

"Nothing happen, selagi aku ada dengan kau, kau tak perlu takut." ujarnya separuh berbisik.

Rambut Nur Husna yang terjuntai di dahi itu diselak ke tepi. Nur Husna hanya diam dan terkebil-kebil, dia cuma risaukan suaminya saja.

"Naik atas tukar pakaian. Aku nak bawak kau keluar." arahnya tegas dengan wajah yang serius.

Nur Husna mengangguk sebelum berpaling naik ke atas masuk ke dalam bilik.

Dirumah, dia hanya mengenakan pakaian yang disukai suaminya saja. Walaupun masih ada rasa malu tapi diikutkan saja.

Carl Que Alexander memejam matanya seketika lalu dibuka kembali. Rambut diraup kasar ke belakang.

Dia harus selesaikan secepat yang mungkin memandangkan lelaki itu sudah kembali.

"Bastard!" gumamnya perlahan.

Sebaik melihat kelibat isterinya yang berpakaian lebih tertutup dan bertudung, terus tangan Nur Husna ditarik lembut keluar daripada rumahnya.

Dia akan tinggalkan Nur Husna di rumah Rozana bersama beberapa orang anak buahnya.

Ada perkara yang perlu dia uruskan dan mungkin juga dia tak pulang ke rumah malam ini. Jadi dia tinggalkan Nur Husna bersama Rozana.

*

*

*

Joe menarik kerusi dihadapan Carl Hans Mikael lalu dia duduk bersandar dengan tangan yang disilangkan ke dada.

Carl Hans Mikael terpinga-pinga melihat Joe yang sedang tersenyum memandangnya.

"Macam mana abang kau? Dah tak sayang lagi adik dia? Haih, kesian aku dengan kau Hans." pelipisnya diusap perlahan.

Carl Hans Mikael menutup buku rujukan yang terletak elok di atas meja itu.

Kata-kata Joe menarik perhatiannya, dan juga buat dia tertanya-tanya apa kaitan Joe dengan Carl Que Alexander sehingga lelaki itu mengetahui tentang hubungan mereka berdua.

"Apa maksud kau? Apa yang kau tahu pasal aku dengan Que?" soalnya serius.

Joe tersenyum lebar, dia menarik buku rujukan Carl Hans Mikael lalu diselak perlahan-lahan. Lalu dengan riak bosan buku tersebut ditutup kasar.

"Aku tahu Hans. Que kan dah jadi musuh kau. Aku bukan apa, cuma nak cakap sikit lah. Kau tahu, Que- "

Katanya terhenti seketika, kepala diangkat sedikit memandang wajah hairan dan serius Carl Hans Mikael dengan senyuman sinis dibibir.

"Dia sendiri cakap dengan aku yang kau bukan adik dia. Dia tak pernah ada adik macam kau, dia cakap lah. Aku tak sangka Que sendiri tak mengaku kau adik dia. Hm." Joe mengeluh berat seraya berpura-pura sedih.

Carl Hans Mikael terkesima. Hatinya seakan ditoreh dengan pisau belati apabila abangnya sendiri tak mengaku dia adiknya. Air liur ditelan kasar, terasa berpasir.

"Kau tak tahu apa-apa. Que abang aku, dia tak akan cakap macam tu. Aku adik dia, aku tahu siapa abang aku."

Joe mengangkat sebelah keningnya sambil tersengih kecil.

Rapatnya hubungan Carl Hans Mikael dengan Carl Que Alexander sehingga Carl Hans Mikael tak percaya kata-katanya.

"Kau adik dia, betul. Aku sendiri yang dengar dia cakap macam tu. Aku kesian sebenarnya dengan korang berdua. Kembar paling malang, haih!" keluh Joe sinis.

Joe berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya.

Carl Hans Mikael turut bangun dengan memikirkan kenyataan daripada Joe sebentar tadi. Benarkah abangnya begitu? Tapi -

"Aku kenal abang aku Joe, kalau kau nak burukkan dia aku tak kisah sebab aku lagi percayakan abang aku daripada orang lain."

Beg sekolah diambil lalu disangkut pada bahu kanannya dan berura-ura untuk pergi.

Tapi ditahan oleh Joe yang menyentuh lembut bahunya, wajah tersenyum Joe dipandang.

"Kalau kau nak tahu, kau tanya dia sendiri. Kau sayangkan abang kau, tapi kau tahu tak? Kau sendiri punca abang kau bencikan kau. Semuanya sebab kau." dalam suara Joe bersuara sambil merenung sinis Carl Hans Mikael.

Carl Hans Mikael kelu untuk bersuara. Joe pula tersenyum sinis melihat Carl Hans Mikael yang seakan tergamam dengan bicaranya lalu dia meninggalkan lelaki itu dengan hati yang puas.

Joe yakin, dia pasti kali ini rancangannya akan berjaya. Mahu lihat sejauh mana keakraban kembar berdua itu.

Segalanya akan memusnahkan perhubungan Carl Hans Mikael dan juga Carl Que Alexander, tunggu saja nanti.

Carl Hans Mikael menggengam tangannya membentuk penumbuk, hatinya sebak bila dikatakan puncanya disebabkan dia.

Tak mungkin! Terus dia berlari keluar dari kelas mencari abangnya.

▣▣▣

"Kau tipu aku kan, Que? Kau cakap aku adik kau tapi kau sendiri tak mengaku aku adik kau depan orang lain? Kan?!" bahu abangnya ditolak berkali-kali.

Carl Que Alexander mengetap bibirnya kuat, dia sejujurnya sedikit tersentak dengan kata Carl Hans Mikael. Dimana adiknya itu tahu akan hal tersebut dia tak pasti.

"Kau merepek apa ni Hans? Memang kau adik aku! Tak faham ke? Dah, jangan kacau aku!" tangan Carl Hans Mikael ditepis lembut.

Carl Que Alexander menahan rasa hatinya yang perit dan juga pedih melihat riak wajah dan juga nada suara kecewa adiknya. Dia tak sanggup melihat adiknya sebegitu.

"Aku tak merepek! Kau yang tipu aku, Que! Kau jauhkan diri dari aku semuanya sebab aku kan?! Sebab aku hubungan kita retak macam ni! Kenapa Que?! Kenapa?!" airmatanya mengalir laju ditubir mata.

Carl Que Alexander melangkah laju meninggalkan Carl Hans Mikael dengan mata yang bergenang dengan airmata, tak dihiraukan butir bicara lelaki itu. Serasa ingin saja dia memeluk adiknya itu.

Tapi, langkah kakinya terhenti sebaik melihat Joe dan rakannya yang lain. Kini dia tahu, semuanya pasti rancangan Joe.

"Sial!"

Kepala ditoleh ke arah Carl Hans Mikael yang berada dibelakangnya dengan pandangan tajam.

Adiknya terpinga-pinga melihat Joe dan rakannya yang lain berjalan ke arah mereka dengan kayu ditangan masing-masing.

"Blah! Kau balik sekarang Hans!" arahnya keras.

Carl Hans Mikael mengerut dahi, hairan apa kaitan abangnya dengan Joe.

Baru saja dia ingin membantah, tubuhnya ditolak kasar oleh Carl Que Alexander menyuruhnya pergi dari situ.

"Aku tak nak balik. Apa yang jadi Que? Aku tak kisah, aku nak tahu apa kena mengena kau dengan Joe. Aku tak kira!"

Carl Que Alexander mengetap gigi, manakala Joe dan rakannya yang lain sudah berdiri dihadapannya dengan wajah sinis.

Dia mengundur ke belakang dengan tangan yang didepa luas ke sisi, melindungi adiknya.

"Kau dah lupa janji kau dengan aku, Que." ujar Joe perlahan dan keras.

Belum sempat Carl Que Alexander menjawab, dengan tiba-tiba perutnya ditendang kuat oleh Joe. Wajahnya berkerut, senak diperutnya.

"Lari Hans! Lari bodoh!" arahnya untuk kali kedua.

Carl Hans Mikael yang tergamam hanya terkaku seketika sebelum mengundur perlahan-lahan ditolak oleh Carl Que Alexander dan juga terkedu melihat rakan Joe yang menghampiri dengan kayu ditangan.

BUK!

Que menahan lengannya di wajah Carl Hans Mikael yang ingin dipukul oleh rakan Joe itu.

Mahu patah lengannya dihentak dengan kayu tersebut. Joe tersenyum sinis melihat Carl Que Alexander.

"Tolong Hans. Kalau kau sayang aku, kau balik! Cepat!" rayunya perlahan dengan mata yang berkaca-kaca pada adiknya.

Carl Hans Mikael dengan mata yang bergenang terus berlari laju meninggalkan kawasan tersebut.

Dia tak sanggup mendengar abangnya yang merayu, dia terpaksa meninggalkan abangnya seorang diri.

"See? Kau sayang betul adik kau kan? Nak sentuh sikit pun tak sempat. So, kau lah ganti adik kau." Joe tersengih jahat.

Serentak itu, Joe dan rakannya mengelilingi Carl Que Alexander dalam bentuk bulatan.

Masing-masing tersenyum penuh makna pada Carl Que Alexander.

BUK! BUK!

Mereka beramai-ramai mula memukul badan Carl Que Alexander dengan menggunakan kayu ditangan masing-masing secara serentak.

Carl Que Alexander terus tertiarap di atas jalan raya bila dia tak terdaya untuk melawan.

BUK! BUK!

Belakang badannnya dihentak kuat hingga terdongak ke atas Carl Que Alexander dengan wajah kesakitan teramat.

Kepalanya juga turut menjadi sasaran hingga berdarah di tepi dahinya.

Bukan saja dipukul, malah dipijak dan ditendang oleh mereka berlima tanpa rasa simpati. Carl Que Alexander terbaring lemah dengan wajah yang dipenuhi darah.

Mulutnya juga pecah, matanya lebam kebiruan dengan darah pekat yang mengalir.

Sungguh sakit dirasakan tapi demi Carl Hans Mikael dia rela dipukul, dia tak akan membenarkan sesiapa menyentuh adiknya.

Joe tergelak sinis, wajah Carl Que Alexander yang berlumuran dengan darah dan terbaring tak bermaya itu dipandang dengan perasaan puas.

Lunyai tubuh Carl Que Alexander dikerjakan mereka berlima.

Dipukul dengan kayu serentak, ditendang dan juga dipijak beramai-ramai ibarat sebuah patung yang tak bernyawa.

"Kau bodoh percayakan aku Que. Tak dapat adik kau, kau pun aku tak kisah! Rasakan!"

Terus mereka berlima meninggalkan Carl Que Alexander yang terbaring tak berdaya itu. Carl Que Alexander terbatuk-batuk dengan darah yang keluar dari bibirnya.

Pandangannya berbalam-balam dengan kepala yang berpinar, pun begitu dia masih lagi memikirkan keselamatan adiknya.

Airmata yang bercampur darah di dahinya itu mengalir dihujung mata sebelum semuanya gelap.

Pengsan.

*

*

*

Aris mengheret seorang lelaki yang sedang berusaha untuk melepaskan diri, hampir terhenti nafasnya sebaik perbuatannya berkomplot bersama seorang lelaki; Chris untuk meletupkan gudang senjata milik Carl Que Alexander terbongkar.

"Kau melawan sikit je lagi, aku akan pastikan Que seksa kau lagi teruk! Sial!"

Leher lelaki itu dicekik kuat oleh Aris, geram dengan lelaki tersebut yang tak henti-henti meronta.

Sudah lah berat, dengan kerja yang dilakukan tergendala sebentar disebabkan lelaki itu.

Pintu bilik dimana khas untuk penyeksaan ditolak kasar lalu tubuh kurus lelaki itu dihumban ke dalam bilik tersebut. Pintu bilik ditutup rapat.

Telefon bimbit yang berada dalam poket jeans sebelah kanannya dikeluarkan.

"Bos, budak ni dah ada."

"......."

"Okay bos!"

Telefon bimbitnya disimpan kembali. Carl Que Alexander akan datang sebentar lagi dan dia perlu menyediakan alatan yang telah diminta oleh lelaki kejam itu.

Kalau terlambat, kepala dia pula yang hilang nanti.

BANG!

"Shit!" carut Aris tatkala bunyi tembakan kedengaran dalam bilik lelaki itu.

Segera pistolnya dikeluarkan, terlupa untuk merampas senjata lelaki itu sebentar tadi.

Kalau terlepas satu masalah pula untuk menghadap Carl Que Alexander. Bergegas dia menuju ke arah bilik tersebut.

Butang kecil bewarna merah ditepi sebelah kiri pintu bilik penyeksaan itu ditekan.

Ianya akan mengeluarkan asap putih pekat yang mampu menyesakkan nafas seseorang dan juga mampu membuat seseorang itu koma selama 30 minit.

Bunyi pintu bilik yang diketuk bertalu-talu dari arah dalam tak dihiraukan. Aris tersenyum sinis sebelum kembali untuk melakukan tugasnya.

Lelaki itu dibiarkan lemas dan sesak nafas dalam bilik tersebut.

"Get some rest, man."


[#]DONE.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 93.8K 57
AYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya watt...
452K 41.6K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...
1.1M 38.6K 89
1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa...
1.4M 62.9K 62
𝙇𝙚𝙫𝙞𝙖𝙩𝙝𝙖𝙣 𝗗𝗲𝘃𝗹𝗶𝗻 𝗕𝗲𝗰𝗸𝗵𝗮𝗺 One word can describe him. A devil. 𝙍𝙤𝙨𝙚 𝙀𝙡𝙚𝙖𝙣𝙤𝙧 𝘼𝙪𝙙𝙚𝙡𝙞𝙖 His angel. Reminder⚠️ •new...