Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [23]

59.4K 2.7K 114
By mecx-zack

'Kau kena fokus seratus peratus!'

'Anggap target kau, musuh paling kau benci!'

'Tak ada belas kasihan, ingat!'

Nur Husna mengulang ayat yang dikatakan suaminya dalam kepala berkali-kali.

Itu yang sering Carl Que Alexander pesan setiap kali suaminya membuang masa dengan menembak di dalam bilik khasnya.

Pintu besi bilik yang dilengkapi dengan pelbagai senjata itu ditolak perlahan hingga terbuka luas memandangkan kod untuk bilik tersebut telah diberitahu suaminya.

Sepanjang dia berlatih menembak setelah dipaksa Carl Que Alexander, dia masih lagi belum mahir untuk menembak tepat pada sasaran.

Selalu tersasar kerana dia belum betul-betul berani dan bersedia.

Hatinya yang berdebar tak dihiraukan. Dia tak mahu membuat suaminya berasa sia-sia melatihnya sebelum ini.

Jadi, dia akan cuba berlatih sendiri dengan berbekalkan apa yang diajar dan dipesan suaminya.

Takut.

Perasaan itu harus dihakis mulai sekarang. Dia harus faham dengan risiko yang ditanggungnya setelah menjadi isteri kepada lelaki itu; pembunuh.

Mungkin sekarang tak perlu, tapi suatu hari nanti dia mungkin akan memerlukan untuk melakukan hal yang satu ini; menembak.

Pelbagai jenis pistol yang terdiri daripada saiz kecil dan besar diperhati satu persatu.

Lalu dia mengambil sepucuk pistol yang selalu digunakan ketika berlatih bersama suaminya.

CZ 85B 9mm dicapai bersama beberapa butir peluru lalu Nur Husna melangkah keluar daripada bilik tersebut menuju ke halaman belakang rumah yang menjadi tempatnya berlatih.

Pistol yang dipegang dengan kedua belah tangannya dihalakan kedepan. Air liur ditelan kasar, pertama kali dia nekad untuk menembak tanpa diawasi suaminya.

'Kau kena fokus seratus peratus!'

Kelopak mata ditutup rapat sesaat sebelum membuka kembali matanya, terus anak mata mengukur jarak dan juga membetulkan sedikit pistol ditangannya pada sasaran.

Papan kayu sederhana besar. Itu targetnya.

Nafas ditarik dalam, sukar untuk dilakukan jika tiada Carl Que Alexander yang selalu menegur dan membetulkan kedudukan pistol ditangannya.

'Anggap target kau, musuh paling kau benci!'

Seketika, dia terkebil memikirkan pesanan kedua itu. Dia tak pernah bermusuh dengan sesiapa, benci pula lagi mustahil.

Benci dan tak suka lebih kurang samanya, jadi dia menganggap targetnya kali ini-

Lipas!

Berkerut wajahnya sebelum dia tersengih lucu memikirkan lipas yang dibencinya. Tak kisah lah, asalkan benda yang dia benci. Kepala digeleng perlahan sebelum kembali fokus.

'Tak ada belas kasihan, ingat!'

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Hatinya memang lembut dan mudah tersentuh tapi dia harus lakukan seperti apa yang diingatkan suaminya.

Mata bulatnya mula memancarkan sinar penuh kebencian pada 'lipas' yang menjadi sasarannya iaitu papan kayu yang sederhana besar tersebut. Cuba untuk mengeluarkan aura ' tiada belas kasihan' dalam dirinya.

Setelah memastikan semua pesanan suaminya, Nur Husna mula menyentuh picu pistol tersebut. Mata ditutup rapat dan dibuka kembali, serentak itu -

BANG!

Badan kecilnya mula mengeras, masih tak terbiasa dengan bunyi tembakan yang kuat menyapa gegendang telinganya.

Nafas yang tak sekata akibat terperanjat itu cuba distabilkan.

Nur Husna menggenggam erat pistol ditangannya yang sedikit menggigil itu. Sebaik dia memandang ke hadapan dimana sasaran yang ditargetnya tadi, dia ternganga kecil.

Tembakan yang dilepaskan tepat mengena ditengah-tengah papan kayu sederhana besar yang mempunyai tompokan putih ditengah-tengahnya. Ini bermakna tembakannya tepat pada sasaran!

"Yess!" jeritnya halus seraya menepuk tangannya perlahan dengan senyuman dibibirnya.

Teruja dengan apa yang dilakukannya. Butir peluru yang lain dimasukkan dan bersedia untuk menembak untuk kali yang kedua dan seterusnya.

*

*

*

Carl Que Alexander membuka pintu bilik perlahan dengan jaket kulit yang tersangkut dibahu kanannya.

Wajahnya yang kusut sebentar tadi berubah tenang sebaik melihat isterinya sedang menyangkut kain telekung dipenyangkut.

"Abang."

Nur Husna tersenyum nipis melihat susuk tubuh suaminya, dia melangkah ke arah Carl Que Alexander lalu tangan kanan suaminya dicapai sebelum tunduk mencium belakang tapak tangan lelaki itu.

"Abang dah makan? Nak Husna hidangkan?" soalnya lembut, prihatin.

Dahi Nur Husna dikucup lama tanpa menjawab soalan isterinya terlebih dahulu. Dia merenung wajah Nur Husna dalam sebelum tersenyum.

"Aku dah makan tadi."

Nur Husna mengangguk sambil mengambil jaket kulit suaminya lalu dia menuju ke arah penyangkut, tuala dicapai lalu diberikan pada Carl Que Alexander.

Carl Que Alexander mengambil tuala yang dihulurkan Nur Husna, sempat dikucup pipi kanan isterinya sekilas sebelum berlalu ke arah bilik air meninggalkan Nur Husna yang membahang malu itu.

Pakaian suaminya diambil lalu diletakkan di atas katil, dia bersandar dikepala katil menunggu Carl Que Alexander selesai membersihkan diri. Sambil itu dia mengemas tempat tidur seadanya.

Sepuluh minit kemudian, Carl Que Alexander keluar daripada bilik air.

Nur Husna mengambil pakaian yang diletakkan di atas katil lalu diberikan pada suaminya dengan mata yang dielakkan daripada memandang dada suaminya yang terdedah itu.

Sebaik Carl Que Alexander menyarungkan baju dibadannya, dia menunduk kebawah.

Masih malu melihat suaminya dalam keadaan begitu. Carl Que Alexander tersengih nakal.

"Pipi kau merah. Kenapa?"

Membulat mata Nur Husna sebelum bibir diketap rapat. Makin membahang wajahnya bila suaminya perasan dengan perubahan pada wajahnya. Kepala digeleng kecil.

"Er, t-tak ada apa-apa." katanya perlahan seraya berpaling melangkah ke arah katil.

Carl Que Alexander menahan ketawanya, ada saja tingkah Nur Husna yang kadang takut-takut. Kadang gelabah semacam dan itu makin menarik perhatiannya.

Badan direbahkan bersebelahan dengan isterinya setelah siap berpakaian. Nur Husna yang mengiring berhadapan dengannya dipandang sesaat.

"Kau sayang aku tak?" soalnya perlahan lalu jari-jemarinya disatukan dengan jemari kecil isterinya.

Nur Husna mengangguk perlahan sambil menunduk melihat tangannya yang berada di dalam genggaman tangan kekar suaminya.

"Aku nak dengar kau cakap." suaranya mula ditekankan.

Anak matanya menangkap mata helang suaminya lalu dia tersenyum nipis. Dia sayangkan lelaki itu dimana setelah dia sah diijab kabulkan.

"Husna... Husna sayang abang."

Carl Que Alexander tersenyum.Jari mereka berdua yang bersatu didalam genggamannya dibawa ke bibir lalu belakang tapak tangan Nur Husna dikucup lama.

"Betul?" soalnya lagi dengan wajah yang sengaja diseriuskan.

Laju Nur Husna mengangguk kepalanya. Sebelah tangan isterinya ditarik lembut tanpa melepaskan sebelah tangan lagi yang digenggamnya dan diletakkan pada pinggangnya.

"Lepasni, kau tidur macam ni. Kau peluk aku macam ni dan kau akan buat setiap hari, okay? Atau lagi-"

Matanya merenung Nur Husna yang terkebil menanti kata-kata yang seterusnya sebelum dia mendaratkan ciuman pantas dibibir isterinya.

"Kiss my lips." sambungnya dengan senyuman sinis dipamerkan pada Nur Husna.

Telan air liur dia dengan permintaan suaminya dan dalam masa yang sama dia juga turut geram dengan Carl Que Alexander yang sengaja ingin menyakatnya.

"Tapi- "

"No buts." pantas Carl Que Alexander mencantas.

Nur Husna mahu atau tak terpaksa juga menurut permintaan suaminya yang satu itu. Dia merapatkan wajahnya pada wajah selamba suaminya.

CUP!

Laju saja dia mencium bibir lelaki itu sebelum menyembunyikan wajahnya pada tepi bahu Carl Que Alexander yang tertawa kecil itu.

"Good girl, goodnight dear."

Dagu diletakkan di atas kepala Nur Husna yang terlentok dibahunya itu lalu mata dipejam rapat. Berharap dia dapat menjaga perempuan itu sebaik mungkin.

*

*

*

Nur Husna duduk di kerusi yang disediakan dalam bilik latihan milik Carl Que Alexander.

Ralit dia memerhati suaminya yang sedang menumbuk dan menendang punching bag tersebut tanpa henti.

Bergema bunyi yang terhasil dalam bilik itu.

Tak dinafikan, Carl Que Alexander memang cekap dan pantas dalam setiap pergerakannya. Kagum juga Nur Husna yang menjadi penonton.

BUK!

Seketika, Carl Que Alexander menendang sekali pada punching bag tersebut sebelum melangkah ke arah isterinya. Badannya yang bermandi peluh tak dihiraukan.

Nur Husna segera bangun lalu mengambil botol air mineral dan juga tuala yang disediakan dalam bilik tersebut.

"Air." botol air mineral dihulurkan pada suaminya sambil tersenyum.

"Thanks."

CUP!

Pipi kiri Nur Husna dikucup pantas sebelum meneguk rakus air mineral tersebut menghilangkan dahaganya.

Nur Husna pula laju saja mengesat manik-manik peluh disekitar wajah kacak suaminya.

Carl Que Alexander menggenggam botol air mineral ditangannya sebelum duduk di atas kerusi.

Wajah polos isterinya yang sedang mengelap peluh dileher dan dadanya dipandang dalam.

"Ready?"

Nur Husna mengangguk walaupun berdebar-debar. Sudah menjadi rutin hariannya jika suaminya berada di rumah, dia akan berlatih dengan lelaki itu.

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Lengan cik isteri ditariknya lembut menuju ke tempat anak buahnya berlatih.

Isterinya itu masih tak biasa dengan bunyi tembakan yang bergema.

Itu tak menjadi masalah kerana isterinya akan terbiasa dengan bunyi tembakan tersebut. GLOCK 26 dicapai lalu salah satu pintu bilik ditolak perlahan, dan ianya jelas ruang yang besar dan luas.

"Semua tu kena berlatih ke? Kenapa?" soal Nur Husna hairan.

Berpuluh orang lelaki berbadan sasa tekun berlatih secara individu dan juga berpasangan.

Ada yang fokus dengan pisau ditangan yang dilayangkan secara rawak dan ada yang bertumbuk sesama mereka dan bermacam lagi.

Ianya boleh dikatakan sebagai gelanggang yang disediakan dengan pelbagai peralatan, senjata dan juga kemudahan. Bilik persalinan juga turut disediakan.

Terpegun Nur Husna seketika.

"Killer always beware wherever they are. Silap sikit, you are nothing. Dorang kena berlatih sebab aku tak suka yang lembab dan lembik."

Penjelasan yang diberikan Carl Que Alexander sedikit sebanyak menggerunkan Nur Husna.

Sentiasa berjaga-jaga, mungkin seorang pembunuh itu selalu diburu kemana saja mereka pergi fikirnya.

Carl Que Alexander melangkah ke arah sudut bilik lalu dua buah patung yang diperbuat daripada logam separas perut itu ditarik perlahan.

Anak buahnya hanya memandang sekilas sebelum kembali berlatih.

"Shoot. Sampai hancur. Fast and mark on right target. Understand?" tegas suaranya berkata pada Nur Husna.

Isterinya hanya mengangguk. Lalu GLOCK 26 yang berada ditangannya dimasukkan lima butir peluru ke dalamnya.

"Tengok, nanti kau buat." kepala Nur Husna yang terlindung dengan tudung itu diusap perlahan.

Pistol dihalakan tepat ke arah dahi patung tersebut dengan jari yang bersedia menekan picu pistol untuk melepaskan tembakan.

KLAK!

Sebaik ditekan rapat, peluru mula meluncur dan tepat mengena ke arah yang disasarkan.

Pantas Carl Que Alexander menembak patung tersebut sehingga habis ke lima-lima butir peluru itu.

Dahi patung itu mula hancur dan serpihan kecil berterabur di atas lantai.

"Now, kau buat. Aku nak tengok."

Kini giliran Nur Husna pula untuk melakukan perkara yang sama seperti suaminya. Pistol yang diberikan Carl Que Alexander diambil perlahan.

Dengan itu, Carl Que Alexander menghabiskan masanya mengajar isterinya cara untuk menembak dengan betul.




[#]DONE.

Continue Reading

You'll Also Like

298K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
164K 12.8K 45
#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Perte...
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
310K 18.7K 53
♔︎𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐝𝐨𝐞𝐬𝐧'𝐭 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐞𝐥𝐥, 𝐛𝐞𝐚𝐬𝐭𝐢𝐞♔︎ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...