Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [22]

60.2K 2.7K 78
By mecx-zack

BANG!

Sepantas kilat anak mata Carl Que Alexander mencari arah tembakan yang dilepaskan.

Kelibat lelaki yang ingin meluru ke arahnya juga sempat diliht bersembunyi disebalik tiang tempat letak kereta tersebut.

Senyuman sinis terukir dibibirnya sebaik melihat susuk tubuh Jack yang sedang melepaskan berdas-das tembakan ke arah lelaki disebalik tiang itu.

BANG!

"Abang!"

Terbeliak mata Nur Husna apabila suaminya ditembak tanpa sempat mengelak.

Carl Que Alexander mengetap kuat giginya, rahangnya bergerak-gerak menahan pedih di bahu kanannya yang ditembak itu.

"Tunggu sin! Aku okay!"

Menggigil kecil tubuh Nur Husna dengan mata yang bertakung dengan airmata.

Suaminya yang sedang memasukkan peluru menggunakan sebelah tangan dipandang cemas. Sebelah tangan lagi memegang bahu yang berdarah itu.

BANG! BANG!

Jack mendengus kasar, amarahnya kian bangkit bila lelaki yang dianggap sebagai anaknya itu ditembak.

Terus muncung pistol dihalakan pada tiang itu, dengan tembakan pantas secara berselang-seli antara dia dan Carl Que Alexander akhirnya terkena juga pada lelaki tersebut.

Jack memberi isyarat tangan pada Carl Que Alexander sebelum meninggalkan kawasan itu. Dia juga secara kebetulan lalu dikawasan tersebut.

Bahu yang perit dia abaikan lalu tangannya sempat mengunci kereta dari arah dalam sebelum berlari ke arah lelaki yang terbongkok-bongkok berjalan untuk melarikan diri setelah peluru terkena di betis kanannya.

BANG!

"Arghh!"

Serentak itu, kedua belah kaki lelaki tersebut ditembak dari jarak beberapa inci saja.

Dengan wajah yang menyinga dia menghampiri lelaki tersebut yang terjelupuk jatuh ke lantai.

Pistol diselitkan pada belakang pinggangnya lalu tangan diseluk ke dalam poket seluar sebelah kanan mengeluarkan telefon miliknya.

Ditekapkan telefon pada telinganya setelah nombor anak buahnya didail.

"Kau cari masalah betul dengan aku!" tuturnya dengan suara dicelah gigi.

Hoodie yang menutup wajah lelaki tersebut dibuka kasar, terpampang wajah lelaki yang berkerut sakit itu. Carl Que Alexander berdecit perlahan.

"Macam biasa, dekat parking. Jangan lambat!" arahnya tegas pada pemanggil disebelah talian sebelum panggilan dimatikan.

BUK! BUK!

Wajah lelaki itu ditumbuk bertubi-tubi walaupun bahunya masih lagi terasa perit.

Panas hatinya bila ada yang suka mengganggu sewaktu dia bersama dengan isterinya.

"Kau nak sangat bunuh aku kan? Heh! Sebelum tu aku bagi kau rasa sakit macam mana!"

Lelaki tersebut lembik tak bermaya dengan nafas termengah-mengah.

Bibir dan matanya lebam dan juga berdarah dibelasah Carl Que Alexander, pistol juga turut dipatahkan oleh lelaki itu.

Carl Que Alexander meraup rambutnya ke belakang lalu kakinya diangkat tinggi sebelum menendang bawah dagu lelaki itu. Darah tersembur keluar dari mulut lelaki tersebut.

"Bukan kau yang bunuh aku, tapi aku yang akan bunuh kau. Bodoh!" hamburnya dingin dengan mata yang tajam.

Kaki diatur menuju ke keretanya, anak buahnya yang baru sampai terus meluru ke arah lelaki itu lalu diheret masuk ke dalam kereta.

Nur Husna menggenggam erat tangannya. Ditoleh sekilas ke arah suaminya yang tenang memandu tanpa sebarang riak diwajahnya.

Bahu suaminya masih lagi jelas dengan kesan tembakan.

Bibir digigit kuat dengan fikiran yang bercelaru. Semuanya sebab dia ke suaminya terpaksa menghadapi situasi sebentar tadi?

Jika ya, apa yang perlu dia lakukan? Dia tak rela melihat suaminya begitu untuk hari yang akan datang.

Tangan kiri Carl Que Alexander yang berada di atas peha itu dicapai lalu ditarik lembut.

Reaksi pelik suaminya dibalas dengan senyuman hambar.

"Husna mintak maaf kalau semua ni sebab Husna, abang yang kena. Kita pergi klinik ya?" ujarnya lembut dengan perasaan serba-salah.

CUP!

Belakang tangan suaminya dikucup lembut lalu tangan kasar itu digengggamnya kemas seakan menyatakan rasa bersalahnya.

Carl Que Alexander hanya diam tanpa sebarang respon.

Bukan salah isterinya, tetapi memang itu yang selalu dia hadapi selama bertahun-tahun. Kini, bila ada Nur Husna dia mesti lebih berhati-hati.


*

*

*

Damia menutup kelopak matanya rapat lalu ditarik selimut menutup separuh badannya.

Dia yang sedang menggumam bait-bait lirik lagu kegemarannya terus terhenti sebaik mendengar enjin kereta Carl Hans Mikael.

"Mia! Keluar sekarang! Hans dah ada dekat bawah ni!" laung Puan Laila dari arah ruang tamu sambil mempelawa lelaki itu masuk.

Carl Hans Mikael tersenyum sambil menunduk sedikit.

Niatnya datang ke rumah Puan Laila untuk meminta keizinan membawa Damia berjumpa dengan papa dan mamanya.

"Mia tak larat lah Umi.. Mia demam.."

Berkerut dahi Puan Laila, balasan suara Damia dapat didengar walaupun perlahan kerana jarak bilik Damia dan ruang tamu tak begitu jauh.

Hairan dia bila anaknya itu tiba-tiba saja demam.

Tadi elok saja, suara gadis itu bernyanyi kecil sempat didengarnya. Puan Laila tersenyum pada Carl Hans Mikael yang turut berkerut hairan.

Damia pastinya sengaja kerana tak mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Minggu lepas anaknya bukan main menangis-nangis tak mahu berjumpa lelaki tersebut. Katanya, Carl Hans Mikael pembunuh bersiri.

Mana mungkin lelaki itu pembunuh kalau tidak sudah lama dia sendiri dibunuh.

Puan Laila tahu, Carl Hans Mikael sengaja mahu menggertak Damia saja kerana lelaki itu sudah menjelaskan segalanya yang berlaku tempoh hari.

Lelaki itu tiada niat lain selain ingin berkenalan dengan anaknya.

"Damia Aisyah! Jangan nak tipu Umi! Tadi bukan main menyanyi dalam bilik, sekarang demam pulak! Turun cepat!"

Tersekat air liur dikerongkong Damia. Dahi ditepuk berkali-kali dengan muka berkerut geram dan kesal. Mengapa Uminya tak pandai simpan rahsia? Dia sudah katakan tak mahu bertemu lelaki dingin itu.

Tapi, jika nama penuhnya disebut Puan Laila maknanya itu adalah satu amaran sebelum Uminya bertukar garang.

Dia bukannya berani sangat mahu mengingkar arahan Uminya. Apa lah nasib!

'Umi! Kenapa tak back up Mia? Mia tak nak jumpa dia!' jeritnya dalam hati.

Dengan mulut yang terkumat-kamit membebel pada diri sendiri kerana lakonan yang baru saja dilakonkan tak berjaya malah terpaksa juga bersemuka dengan Carl Hans Mikael.

Tudung disarung dikepala, baju dibetulkan sedikit. Encik serial killer tu dah maklumkan awal-awal mahu membawanya keluar. Kemana pun dia tak pasti.

"Biar Hans yang tolong panggilkan dia dalam bilik." sengaja suaranya dikuatkan.

Menggelabah Damia membuka pintu biliknya apabila terdengar suara lelaki itu.

Dia tak rela jika lelaki itu masuk ke dalam biliknya, cukup lah kejadian minggu lepas. Dia serik! Encik serial killer memang menyakitkan hati!

"Keluar pun. Apa yang lama sangat dalam bilik tu? Hans ada kerja lain pulak nak dibuatnya, bukan nak tunggu Mia bersiap. Hish." bebel Puan Laila seraya merenung tajam wajah terkulat-kulat Damia.

Carl Hans Mikael tersenyum mengejek seraya mengangkat sebelah kening pada Damia yang memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

Dia berdiri sambil memakai kacamata yang tersangkut di kolar bajunya.

"Mia dah siap, Hans dengan Mia pergi dulu ya."

Puan Laila mengangguk. Carl Hans Mikael sudah meminta izin membawa Damia ke rumahnya berjumpa ibu bapa lelaki itu sewaktu Damia sedang bersiap di dalam bilik seketika tadi.

"Mia pergi dulu, assalamualaikum." pipi Puan Laila dikucup beserta tangan wanita itu penuh sopan.

"Muka tu cuba senyum sikit, apa cemberut macam tu. Buruk tahu, tak malu ke Hans tengok muka buruk Mia macam tu?"

Ternganga kecil Damia bila Uminya mengutuk wajahnya. Bibir dicebik geram dengan wajah berkerut. Puan Laila tergelak kecil, sengaja mahu menyakat anaknya itu.

"Biarlah buruk pun. Nanti senang hidup Mia kalau abang handsome tu dah tak suka sebab muka Mia buruk! Huh!" kutuk Damia tanpa rasa bersalah.

Usai berkata dia melangkah ke arah pintu rumah lalu keluar menuju ke kereta Encik serial killer yang sedang menunggunya.

Bibirnya dipaksa untuk mengukir senyuman.

"Manja! Sikit-sikit buat muka." perli Carl Hans Mikael sebaik gadis itu masuk ke dalam kereta.

Damia memukul bahu Carl Hans Mikael sekilas dengan beg tangannya apabila lelaki itu sengaja mahu menyakitkan hatinya. Sehari tak buat macam tu memang tak tenang gamaknya hidup dia!

"Biar lah manja pun. Asalkan bukan serial killer macam abang handsome!" balas Damia tak kurang juga dengan gelarannya.

Terbeliak mata Damia bila dia tersasul untuk kesekian kali menggelar lelaki itu dengan panggilan tersebut.

Terus ditunduk kepalanya ke bawah, seram melihat renungan membunuh lelaki itu.

Carl Hans Mikael tersenyum sinis. Gadis itu selalu saja mencuit hatinya. Ditoleh sekilas ke arah Damia sebelum memfokuskan mata pada jalan raya dihadapan.

"Aku tinggalkan kau dekat simpang hujung sana. Balik sendiri."

Damia terpana, laju saja dia menoleh ke arah Carl Hans Mikael dengan wajah cuak dan juga bingung. Tak faham dengan apa yang lelaki itu katakan.

"Kenapa nak tinggal saya dekat situ? Abang handsome cakap nak ajak saya keluar, sekarang nak tinggal pulak. Jangan lah main-main!"

Damia meramas hujung bajunya dengan mata yang tak lepas dari memandang lelaki itu, wajahnya juga sudah berkerut ingin menangis. Tak boleh dibayangkan jika dia ditinggal sendirian.

" lKau tanya pulak. Memang lah aku ajak kau keluar tapi sebab mulut kau tu, aku terpaksa tinggalkan kau dekat situ." senyuman sinis dilemparkan pada Damia.

Carl Hans Mikael tergelak dalam hati melihat wajah cuak gadis itu. Dengan mata bulat yang berkaca-kaca, bibir yang tersebik dan juga dahi yang berkerut. Alahai, comelnya.

"Alaa.. Saya mintak maaf lah abang handsome. Saya tak sengaja cakap macam tu. Lagipun abang handsome suka sangat sakitkan hati saya. Macam mana saya tak marah. Maaf lah.."

Tercengang Carl Hans Mikael sesaat, sesungguhnya gadis comel itu tak pernah terpisah dengan mulut bisingnya itu. Dalam meminta maaf padanya sempat lagi menyalahkannya.

"Kau nak salahkan aku lah ni? Okay, sekarang jugak kau turun dari kereta aku." suaranya diseriuskan.

Kereta diberhentikan serta-merta di tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Isyarat mata diberikan pada Damia menyuruh gadis itu keluar.

Tumpah jua airmata gadis itu, esak tangisnya mula kedengaran walaupun perlahan tapi jelas dipendengaran Carl Hams Mikael. Damia menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan.

"Saya tak nak! Saya dah mintak maaf. Abang handsome tak salah. Jangan lah suruh saya keluar, saya takut.. Tak nak keluar.." tersekat-sekat Damia bersuara dengan bahu yang bergegar halus menangis.

Carl Hans Mikael mengemam rapat bibirnya yang sedang tersenyum nakal itu.

Badannya dirapatkan pada Damia yang menunduk itu lalu tangan kecil Damia yang terlekap di wajah gadis itu ditarik perlahan.

Damia terkebil-kebil memandang Carl Hans Mikael dengan sisa airmata yang masih lagi mengalir, matanya juga sedikit kemerahan.

Dia sendiri bingung dengan sikap lelaki itu, terkadang baik terkadang bengis.

"Betul tak nak turun?" soalnya perlahan, terasa bersalah pula membuat gadis itu menangis.

Laju Damia mengangguk. Carl Hans Mikael tersenyum nipis seraya mengesat airmata Damia dengan ibu jari kanannya.

Wajah Damia yang memerah itu dipandang lama. Aish manja!

"Shhh. Aku gurau je, jangan nangis." kepala Damia yang dilitupi tudung itu diusap lembut sebelum menjarakkan badannya dan mula menggerakkan semula keretanya.

Damia pula makin memerah pipinya diperlakukan sebegitu oleh Carl Hans Mikael.

Wajah dipaling ke luar cermin kereta lalu mata dipejam rapat. Carl Hans Mikael yang perasan riak malu Damia tersenyum sinis.

'You will be mine.'

*

*

*

Rozana menutup kotak first-aid kit setelah selesai membalut dan membuang butir peluru di bahu Carl Que Alexander.

Nur Husna hanya terkebil-kebil memandang suaminya yang sedang bersandar sambil memejam mata itu.

"Terima kasih, aunty." ujar Nur Husna seraya tersenyum nipis.

Rozana hanya mengangguk sambil tergelak kecil. Dia perasan wajah kerisauan Nur Husna semasa membuang butir peluru tadi, sayang juga pada Carl Que Alexander.

"Tak apa, aunty selalu je buat bila anak buah Que yang kena. Biasalah kena tembak sekali sekala." balas Rozana bersahaja.

Telan air liur Nur Husna dengan kata-kata Rozana, seakan tak percaya itu perkara biasa apabila ditembak.

Dia juga teringin untuk merawat suaminya tetapi dia tak berapa pandai. Tak apa, nanti dia minta Rozana ajarkan.

Carl Que Alexander membuka kelopak matanya, wajah Nur Husna dipandang sepintas lalu sebelum memandang ke arah Rozana. Wajah diraup lembut.

"Husna, masuk dalam bilik." tegas arah diberikan.

Nur Husna mengangguk lalu bangun daripada sofa, tangan Rozana dikucup sebelum berlalu ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Suaminya mungkin ada perkara yang perlu diselesaikan.

Carl Que Alexander memang misteri dan juga perahsia orangnya. Zara Nafisa merangkap ibu mertuanya juga ada memberitahu hal yang satu itu dan dia diminta untuk bersabar saja.

Setengah jam berlalu.

Rozana meminta diri untuk pulang. Boleh saja menumpang tidur di rumah Carl Que Alexander memandangkan hari telah lewat malam tetapi dia ada urusan yang perlu diuruskan.

Carl Que Alexander menghembus nafas lega apabila perkara yang dibincangkan bersama Rozana akan dilakukan dengan sebaik mungkin.

Nur Husna satu-satunya hak milik dia, keselamatan isterinya itu harus diutamakan.

Anak buahnya yang berada di pintu utama rumah dan juga dihalaman depan diperhati seketika.

Tak mahu anak buahnya terlepas pandang, siang tadi saja pasti sudah ada yang merancang jadi harus lebih berhati-hati.

Masuk saja ke dalam bilik, dilihat isterinya sedang duduk memeluk lutut di atas katil dengan wajah gusar dan muram.

Dapat diagak isterinya risaukan dia. Tersungging senyuman sinis dibibirnya.

"Dear, kau termenung apa? Dah lewat, tidur lah."

Nur Husna tersenyum sedikit, matanya memerhati suaminya yang merebahkan badan di atas katil.

Dia juga turut melakukan perkara yang sama sambil mengiring kekiri menghadap suaminya.

"Husna nak tanya boleh?" kepala didongak sedikit ke atas.

Carl Que Alexander mengangkat sebelah keningnya pada Nur Husna.

Kepala Nur Husna diangkat sedikit dengan sebelah tanganya lalu diletakkan di atas lengan kanannya lalu dipeluk bahu isterinya itu.

"Nak tanya apa? Hm." bahu Nur Husna yang dipeluknya diusap perlahan.

"Pasal dekat pasaraya tadi.. Kenapa dorang buat abang macam tu? Sebab Husna ke? Husna tak nak abang sakit macam tadi.. " digigit bibirnya dengan mata bulat yang terkebil-kebil merenung suaminya.

CUP!

Dahi Nur Husna dikucup lama. Wajah comel isterinya dipandang lama sebelum kelopak matanya dipejam rapat.

"Kau tahu kan aku siapa? Memang ada yang akan target aku, tak kira kemana pun aku pergi. Kau kena faham tu. Bukan salah kau, Husna."

Nur Husna merapatkan wajahnya di dada bidang Carl Que Alexander yang terdedah itu.

"Husna faham, tapi Husna cuma tak nak abang tinggalkan Husna nanti. Husna nak jaga abang macam mana abang jaga Husna."

Carl Que Alexander tersenyum, kelopak mata dibuka lalu wajah isterinya yang tersembam didadanya didongak sedikit.

"Everything's gonna be fine, girl. Kau kena jaga diri kau tanpa aku dulu baru kau boleh jaga aku. Faham? Takpe, nanti kau tahu. Sleep, dear."

Nur Husna tersenyum lebar, kepala diangguk faham sebelum menutup matanya begitu juga dengan Carl Que Alexander.

"Selamat malam, abang."




[#]DONE.


Continue Reading

You'll Also Like

4.6M 177K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...
296K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
868K 48.8K 61
-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit...
642K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...