Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [13]

66.1K 3K 133
By mecx-zack


S

eminggu berlalu setelah hari dimana Nur Husna melihat Carl Que Alexander membunuh seorang lelaki dihadapannya.

Semua kelengkapan sudah tersedia, dia hanya mampu berserah dengan nasibnya selepas ini.

Carl Que Alexander membawanya berjumpa dengan keluarga mereka dua hari selepas kejadian itu.

Perbincangan tentang tarikh perkahwinan mereka berdua ditetapkan oleh Zara Nafisa. Carl Ayden juga bersetuju dan rancangan Carl Que Alexander berjalan dengan lancar.

Semuanya Carl Que Alexander yang aturkan dan lelaki itu juga yang menguruskannya.

Dia cuma mampu menerima apa yang lelaki itu lakukan. Tak mahu membuatkan lelaki itu mengamuk untuk kali kedua jika dia membantah atau menolak.

Teringat kembali kata-kata lelaki itu tempoh hari dan itu membuatkan Nur Husna tertanya-tanya apa kaitan lelaki itu dan dia.

Sedangkan, dia tak mengenali lelaki itu. Hanya seorang saja lelaki yang bertakhta dihatinya.

Nur Husna duduk memeluk lutut di sofa ruang tamu yang berada ditingkat bawah itu.

Rancangan tv yang ditayangkan ditonton dengan penuh minat, cuba untuk mengosongkan fikirannya yang berserabut.

"Husna."

Nur Husna menoleh ke sebelah kirinya dimana Carl Que Alexander yang baru saja melabuhkan punggung disebelahnya dengan wajah tak berperasaan itu.

Duduknya dibetulkan dengan mengubah posisi duduk bersila di atas sofa tersebut.

"Ya encik.." terkebil-kebil matanya bila melihat lelaki itu hanya merenungnya tanpa sebarang kata.

Carl Que Alexander menatap setiap inci wajah cantik gadis itu penuh minat. Rambut Nur Husna yang terikat kemas itu dirungkaikan.

Dia suka melihat rambut gadis itu terlepas bebas kerana ianya sama seperti dia bersua-muka dengan gadis kecil itu dulu.

"Kau tak ingat aku? Kau betul-betul tak kenal aku ke?"

Nur Husna menunduk kebawah sambil bermain dengan jari-jemarinya. Pertanyaan lelaki itu sukar untuk dijawab.

Sesekali dia seakan pernah kenal lelaki tersebut tapi fikirannya menolak mentah-mentah. Dia bingung.

"Saya tak kenal encik. Saya tak tahu siapa encik." tutur Nur Husna perlahan menjawab pertanyaan tersebut.

Carl Que Alexander tersenyum nipis lalu tubuh kecil Nur Husna dipaling berhadapan dengannya.

Dia tak mahu memaksa gadis itu untuk mengingatinya tapi dia cuba mengingati kembali siapa dirinya dan Nur Husna.

PRAK!

Sekali rentapan, terus terkoyak baju yang dipakai Nur Husna dibahu sebelah kirinya.

Nur Husna terus cuak bila melihat senyuman sinis lelaki itu dengan sebelah tangan yang cuba menutup bahu kirinya yang terdedah itu.

"E-encik nak b-buat apa ni." air liur ditelan kesat dengan wajah berubah pucat.

Tak dipedulikan Nur Husna yang kelihatan terkejut dan takut itu dengan perbuatannya malah dia merapatkan wajahnya pada bahu putih gadis itu seraya mengecilkan matanya.

"Kau ingat parut ni?"

Nur Husna melirik mata ke arah ibu jari lelaki itu yang sedang mengusap perlahan parut halus seakan dihiris dengan pisau tajam itu pada bahu kirinya.

Mata lelaki itu setia merenungnya. Husna masih ingat lagi tentang parut tersebut, tapi ingatannya tak begitu jelas.

"Saya.. Saya cuma ingat yang parut tu ada sebab nak tolong kawan saya. Masa tu saya nak balik sekolah. Itu je saya ingat." jelas Nur Husna sambil mengingati tentang bagaimana bahunya berparut.

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Suka dia melihat wajah membahang Nur Husna bila dia merenung bahu gadis itu.

Sebelah tangannya memeluk bahu gadis itu lalu dirapatkan pada tubuhnya.

"Kau nak tolong kawan kau yang tengah bergaduh tu kan? Masa kau balik sekolah, kau nampak dia lepastu kau nak tolong dia. Tapi, kau pulak yang terkena. Kan?"

Nur Husna mengangguk kepala dengan perasaan hairan bila memorinya mula menjengah tapi makin hairan bagaimana lelaki itu boleh tahu.

Berkerut wajahnya seketika.

"Macam mana encik tahu?" dipandang sepintas lalu wajah dingin lelaki itu.

Carl Que Alexander mendudukkan semula tubuh Nur Husna pada posisi asal. Dia bangun sambil mengambil sebatang rokok dan dikeluarkan dari kotak rokok.

"Nanti kau tahu macam mana aku boleh tahu. Kau akan tahu tapi bukan sekarang." tuturnya perlahan, belum sampai masanya lagi.

CUP!

Pipi kanan Nur Husna dikucup pantas sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu yang terkebil-kebil mencerna kata-katanya.

Nur Husna menghembus nafas panjang. Semoga hidupnya lebih baik selepas ini dan juga setelah menjadi isteri kepada lelaki itu.

Kelopak mata yang merenung kosong siling bilik perlahan-lahan tertutup rapat, dia terlena.

Carl Que Alexander menolak perlahan pintu bilik dari luar lalu melangkah masuk dengan wajah kusut.

Sebaik terpandang tubuh kecil Nur Husna yang terbaring diatas katil dia tersenyum nipis.

Tiap kali terpandangkan gadis itu selalu saja menenangkan hatinya.

Dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri sekaligus menyegarkan kembali badannya yang sedikit letih itu.

Sepuluh minit kemudian dia keluar daripada bilik air dengan hanya berseluar pendek paras lutut sambil mengelap rambutnya.

Kaki diatur menuju ke arah katil, posisi gadis itu yang tadinya terlentang kini mengiring ke kiri.

"Awal betul kau tidur. Heh!" gumamnya beserta tawa halus yang terkeluar.

Badan dibaringkan disebelah Nur Husna sambil memerhati keadaan gadis itu. Cukup menggoyahkan imannya bila melihat pakaian yang tersarung ditubuh Nur Husna.

Baju tidur satin separas bawah lutut itu sedikit terselak ke atas menampakkan betis Nur Husna.

'Calm down, Que'

Dengan tubuh kecil yang mengiring ke kiri dan juga kaki yang sedikit bengkok ke atas manakala kedua belah tangan gadis itu diletakkan pada bawah tepi wajahnya, cukup polos.

Dibetulkan sedikit pakaian gadis itu lalu diselimutkan dan ditarik hingga ke paras bahu Nur Husna.

Carl Que Alexander turut mengiring ke kanan menghadap wajah nyenyak Nur Husna dengan mulut yang sedikit terbuka itu.

"I'm sorry."

Dia tak sengaja ingin menyakitkan Nur Husna, cukup lah selama ini dia sakit membiarkan gadis itu didera Puan Maimunah tanpa dapat membantu kerana menguruskan 'hal' nya sebelum ini.

Dia cuma tak dapat mengawal barannya tika itu.

Tapi, selepas ini tiada siapa akan menyakiti gadis itu lagi dan dia sendiri yang akan berhadapan dengan sesiapa saja yang berani menyentuh gadis kesayangannya itu.

Tunggu sedikit masa saja lagi, dia akan menjaga dan melayan Nur Husna sebaik mungkin. Nur Husna akan menjadi hak miliknya kekal.

Hanya dia.

Diusap di segenap wajah mulus Nur Husna perlahan sebelum memeluk pinggang Nur Husna rapat.

Dahi Nur Husna dikucup sekali lalu mata dipejam rapat.

*

*

*

Hari yang tak disangka-sangka akhirnya tiba jua. Nur Husna memandang wajah tetamu yang hadir dalam masjid tersebut dengan perasaan bercampur-baur.

Jantungnya berdetak hebat bila melihat susuk tubuh lelaki itu yang sedang berbual-bual dengan tok kadi.

Lelaki yang bakal menjadi suaminya sebentar saja lagi. Dia terus menunduk bila lelaki itu menoleh ke arahnya.

"Nur jangan lah takut. Pengantin kena nampak cantik. Cuba Nur senyum, baru berseri sikit muka tu." lembut suara Zara Nafisa menenangkan bakal menantunya itu.

Nur Husna tersenyum nipis, usapan lembut bakal ibu mertuanya pada belakangnya sedikit sebanyak menghilangkan rasa gusar dihatinya.

Zara Nafisa faham akan perasaan berdebar Nur Husna, dari tadi dia perasan gadis itu tak senang duduk.

"Boleh kita mula?"

Semua mata tertumpu ke arah tok kadi sambil mengangguk.

Tok kadi tersebut berdehem sedikit seraya membetulkan posisi duduknya begitu juga dengan Carl Que Alexander, pertama kali rasa berdebar dalam hidupnya.

Sebelum ini dia membunuh pun tak rasa berdebar macam sekarang. Nur Husna menggenggam erat kedua belah jari-jemarinya manakala Zara Nafisa tersenyum bahagia.

Carl Que Alexander berjabat tangan dengan tok kadi yang sedang tersenyum itu. Mana tak nya, muka dia sekarang bukan main serius, nervous.

"Carl Que Alexander bin Carl Ayden."

"Ye saya."

Nafas ditarik panjang, tok kadi tersebut memerhati para tetamu yang hadir sekilas sebelum kembali memandang pengantin lelaki dihadapannya ini. Saja dia lambatkan, mahu lelaki itu bertenang.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Husna binti Zulhilmi dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai!"

"Aku terima nikahnya Nur Husna binti Zulhilmi dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai!"

Dengan sekali lafaz, Nur Husna sah menjadi isteri kepada lelaki itu. Lantang suara Carl Que Alexander menuturkan akad tersebut.

Tok kadi memandang wajah saksi yang berdekatan.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Senyuman sinis terukir dibibir Carl Que Alexander. Doa dibaca oleh tok kadi. Nur Husna mengalirkan airmata, tak disangka dia akan menjadi isteri lelaki itu pada usia sebegini.

Usai mengaminkan doa, Nur Husna terus memeluk tubuh Zara Nafisa merangkap ibu mertuanya.

Rozana turut tersenyum bahagia melihat gadis yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri itu.

*

*

Carl Hans Mikael mengecilkan matanya melihat ke arah seorang lelaki dan perempuan yang dalam keadaan mencurigakan yang berada tak jauh dari hadapan masjid tersebut.

"Bro, aku gerak dulu. See you." bahu salah seorang rakan seperniagaannya ditepuk lembut .

Setelah meminta diri, Carl Hans Mikael menghampiri pasangan yang mencurigakan itu dengan wajah tak berperasaannya.

Dari apa yang diperhatikan, lelaki itu kelihatan sedang memaksa gadis itu untuk melakukan sesuatu.

"Apa awak ni?! Hish! Saya nak balik lah! Awak ni memang muka tak tahu malu kan? Dah saya tak suka, awak nak paksa pulak! Ei!" berkerut geram wajah gadis itu sambil menepis tangan lelaki yang mencengkam lengannya.

Lelaki itu merengus kasar seraya merentap lagi kuat lengan gadis tersebut.

Pergelutan antara mereka berdua menarik perhatian orang yang berada disitu, senget-senget tudung yang dipakai gadis tersebut.

"Kan degil kan? Lamaran aku pun kau tolak! Kau nak ke tak, kau kena jadi isteri aku jugak!"

Baru saja lelaki itu ingin mengheret tubuh perempuan tersebut ke arah kereta, Carl Hans Mikael menahan bahu lelaki itu dengan sebelah tangan kanannya.

"Kau siapa? Tak nampak ke orang nak lalu? Yang kau nak halang jalan aku ni apahal?!" bongkak lelaki itu bersuara.

Gadis tersebut mengerdipkan matanya berkali-kali pada Carl Hans Mikael dengan wajah yang dipura-pura sedih, berharap lelaki itu membantunya daripada lelaki gila disebelah dia.

"Abang handsome tolong! Lelaki gila ni nak kahwin dengan saya! Dia memang tak malu nak paksa orang kahwin dengan dia! Please, abang handsome..." rengek gadis itu dengan bibir yang tercebik.

Carl Hans Mikael tak berkelip mata melihat telatah gadis dihadapannya itu dengan mulut murainya. Comel!

Lelaki disebelah gadis itu pula tercengang bila dituduh gila oleh gadis tersebut.

"Mulut kau... Ada jugak aku bagi penampar kejap lagi! Kau diam boleh tak?! Bingit tahu!" jerkah lelaki itu dengan wajah tegangnya.

"Bro, perempuan tu tak nak kan? Buat apa kau nak paksa? Lagipun dia bakal bini aku, bukan kau." selamba Carl Hans Mikael berkata sambil tersenyum sinis.

Membulat mata gadis itu dengan mulut ditekup dengan sebelah tangannya. Terkejut dan dalam masa yang sama teruja bila lelaki kacak dihadapannya itu berkata sedemikian.

"Hah! Awak dengar tu? Abang handsome ni bakal suami saya. Bukan orang gila macam awak yang terdesak nak kahwin! Jangan kacau saya lagi!"

Terus gadis itu merentap lengannya kuat yang dicengkam lelaki disebelahnya itu lalu meluru ke arah Carl Hans Mikael dan bersembunyi dibelakang lelaki itu.

Carl Hans Mikael mengangkat sebelah keningnya pada lelaki tersebut.

Baik kau pergi sekarang. Aku tak nak guna cara kasar." tenang Carl Hans Mikael berkata tetapi terdapat amaram didalamnya.

Lelaki itu merenung Carl Hans Mikael tajam. Jari telunjuk tepat dihalakan pada wajah gadis yang tersenyum mengejek padanya itu sebelum berlalu pergi dengan perasaan marah.

Tergamak gadis itu menolak lamarannya!

Setelah lelaki itu berlalu pergi, gadis tersebut tersenyum bahagia.

Dia berpaling ke belakang dan berura-ura untuk pergi dari situ juga tetapi tiba-tiba saja lengannya direntap kasar.

"Kau ingat senang-senang je kau nak pergi?" Carl Hans Mikael berbisik tepat dihadapan wajah gadis tersebut.

Terkebil-kebil gadis itu memandang wajah lelaki kacak tersebut yang serius dan tajam memandang ke arahnya. Air liur ditelan kasar.

"Er.. Ha! Terima kasih lah abang handsome tolong saya tadi. Saya dah cakap terima kasih kan? So, saya pergi dulu ya?" ujar gadis itu tersengih kecil.

Carl Hans Mikael tersenyum sinis, gadis dihadapannya itu bukan main lagi lancang bersuara padanya. Menarik.

Terus dia merapatkan wajahnya ke arah telinga kiri gadis itu.

"Kau tahu tak, aku ni pembunuh bersiri. Kalau kau tak nak mati awal, baik kau tutup mulut murai kau tu."

Terbeliak mata gadis tersebut. Pucat tak berdarah wajahnya tika ini, tambah pula lelaki itu begitu rapat dengannya.

Carl Hans Mikael menahan ketawanya melihat wajah berkerut gadis itu dengan mata yang mula berair ingin menangis.

"Good girl. Pandai pulak diam. Bagitahu aku nama kau." arahnya tak bernada dengan wajah yang serius.

Gadis itu menjauhkan sedikit badannya daripada Carl Hans Mikael dengan bibir yang terkumat-kamit membebel pada dirinya sendiri.

Jika dia tahu lelaki itu pembunuh bersiri, sumpah dia tak mintak tolong tadi. Rela ikut lelaki gila tu.

"Mia. Damia Aisyah."

Terangkat sebelah kening Carl Hans Mikael, sedap nama. Fikirannya mula memikirkan hal yang satu itu. Tak rugi dia datang ke majlis akad nikah abangnya hari ini.

"I warn you, little girl. Jangan sampai aku terserempak dengan kau lagi lepasni kalau kau tak nak jadi mangsa bunuh aku nanti." mata dikenyitkan pada Mia sebelum berlalu pergi meninggalkan Damia yang terkebil-kebil dengan wajah bingung itu.

What?

[#]DONE.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 75.5K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
714K 4.3K 11
"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu diriny...
2.8M 141K 97
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...
310K 18.7K 53
♔︎𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐝𝐨𝐞𝐬𝐧'𝐭 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐞𝐥𝐥, 𝐛𝐞𝐚𝐬𝐭𝐢𝐞♔︎ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...