Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [9]

65.7K 3.1K 127
By mecx-zack


"

Dulu, cita-cita nak jadi gengster ke?"

Carl Que Alexander merenung tajam wajah hairan lelaki tersebut. Kesempatan yang ada diambil oleh Carl Hans Mikael.

Dengan pantas dia menendang perut lelaki berkepala botak itu menggunakan kaki kanannya dari arah belakang hingga lelaki itu turut terdorong kebelakang.

BUKK!

Wajah lelaki yang memegang kayu besbol di sebelah kirinya pula diberi tumbukan padu bertubi-tubi.

Sementara Carl Que Alexander laju menerpa ke arah lelaki berkepala botak itu yang dilihat sedang menekan-nekan perutnya dengan wajah berkerut sakit.

"Arghh!"

Lelaki yang memegang pisau ditangannya tadi meraung kesakitan bila tanpa dalam keadaan bersedia Carl Hans Mikael menendang tepi kepalanya kuat hingga lelaki itu rebah di atas jalan tar. Kepalanya berpinar-pinar seketika.

Lelaki yang memegang kayu besbol tadi juga turut bersandar lemah ditepi kereta setelah ditumbuk Carl Hans Mikael bertubi-tubi, wajahnya dipenuhi dengan kesan darah yang mengalir keluar.

Carl Que Alexander pula mengangkat tinggi kaki kanannya lalu dilayangkan pada bawah dagu lelaki berkepala botak itu, darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Call Syuk!" arah Carl Que Alexander pada adiknya lantang.

Carl Hans Mikael mengangguk, sempat ditendang kepala lelaki yang tersandar lemah di pintu kereta sebelah pemandu miliknya. Lelaki itu meraung sakit dalam keadaan terlentang di atas jalan tar.

Carl Que Alexander menghampiri lelaki berkepala botak itu dengan nafas yang turun naik sambil mengukir senyuman sinis dibibirnya.

Dari awal lagi dia perhati gerak-geri lelaki itu yang berkomplot dengan orang ternama untuk membunuh adiknya .

Siapa sangka, dalam diam dia mengawasi adiknya dari jarak jauh. Penyiasat juga diupah untuk menyiasat maklumat mengenai musuh dalam selimut Carl Hans Mikael.

Dia akui, adiknya itu mempunyai ramai pesaing yang mahu menjatuhkan adiknya.

"Aku tahu kau nak duit kan? Bagitahu aku siapa yang upah korang?" soalnya dengan nada dingin dan pandangan tajamnya.

Lelaki berkepala botak itu memejam rapat matanya dengan wajah berkerut dan mulut yang sedikit terbuka, perit dan pedih dirahangnya dirasakan.

"Aku tak tahu!" dalih lelaki berkepala botak itu sesikit tercungap.

Carl Que Alexander berdecit perlahan. Leher lelaki itu dicekiknya dengan sebelah tangan lalu ditarik ke atas supaya berhadapan dengan wajahnya.

Dia menoleh sekilas ke arah dua orang lagi lelaki yang masih dalam keadaan lemah.

"Pisau." pintanya pada Carl Hans Mikael tanpa menoleh ke arah adiknya.

Carl Hans Mikael tanpa berlengah terus mengambil pisau yang berada agak jauh dari lelaki berdua itu, mungkin terpelanting ketika mereka bergelut tadi lalu dilempar pada abangnya.

"Aku boleh bagi kau duit. Berapa kau nak kau cakap je. Tapi bagitahu aku dulu siapa yang upah kau!" desaknya dengan wajah tak beriak.

Lelaki berkepala botak itu tetap enggan memberitahu siapa yang mengupah mereka malah dia tergelak kecil dengan darah yang terpercik di mulutnya. Mengejek Carl Que Alexander.

Kepala digeleng sekali, lelaki berkepala botak itu benar-benar membuatkan dia hilang sabar.

Senyuman sinis terukir dibibir lalu pisau yang berada ditangannya diangkat tinggi.

"Kirim salam dekat boss kau."

ZAP!

Pisau tersebut ditusuk kuat pada halkum lelaki itu. Ditarik keluar dengan kasar lalu ditikam kembali pada leher lelaki tersebut.

Darah yang terkena pada bajunya diabaikan.

ZAP!

Melihat lelaki itu sudah nyawa-nyawa ikan yang ternganga dengan badan yang menggelupur memuaskan hatinya.

Tak cukup dengan itu dia berdiri lalu kaki kirinya memijak leher lelaki itu yang berlubang sekuat hati.

Carl Que Alexander menghela nafas kasar setelah lelaki tersebut kaku tak bergerak.

Dia mencampakkan pisau ditangannya ke atas jalan tar sebelum berlalu pergi meninggalkan Carl Hans Mikael disitu.

Dua lagi lelaki telah diuruskan oleh anak buahnya yang lain yang diketuai oleh Syuk dan lelaki berdua itu akan dikurung di salah satu bilik yang juga berada di rumah banglo dua tingkat milik Carl Que Alexander.

*

*

*

Hampir sepuluh kali juga Carl Que Alexander menguap, semalaman dia berjaga melakukan kerjanya yang tak siapa pun tahu.

Semalam juga dia dan adiknya bermalam di rumah Shay, mana mungkin mahu pulang dalam keadaan lebam-lebam itu, tak nya ditengking si singa di rumah mereka nanti.

Carl Hans Mikael dan Carl Que Alexander duduk bertentangan di sofa di ruang tamu rumah Shay.

Rumah mummy kesayangan mereka sejak dari kecil lagi. Hanya Shay saja yang mengetahui apa yang kembar berdua itu lakukan.

"Thanks. Mujur ada kau, kalau tak aku tak tahu lah. Aku tak larat nak lawan budak-budak tu." ujar Carl Hans Mikael ikhlas seraya menggosok belakang lehernya. Kekok.

Kata-kata adiknya tak dihiraukan malah dia dengan wajah tak berperasaanya menghembus asap rokok ke udara seakan Carl Hans Mikael tak wujud dihadapannya.

"Que, aku mintak maaf pasal sebelum ni aku berkasar dengan kau. Aku tahu kau dah maafkan aku tapi kau ego- kau tak nak mengaku yang kau pun nak kita berbaik macam dulu, kan?"

Carl Hans Mikael cuba untuk mengajak abangnya berbual, tetapi reaksi yang sama diterimanya.

Diam .

Carl Hans Mikael mengeluh halus. Dia sendiri buntu mencari cara untuk berbual seperti biasa dengan abangnya seperti dulu.

Tapi tak apa, perempuan yang berada di rumah Carl Que Alexander harus menolongnya.

Shay menghampiri kembar berdua itu sambil membawa dulang makanan untuk diberikan pada Carl Hans Mikael. Carl Que Alexander seperti biasa, dingin sepanjang masa.

"Hans makan dulu. Nanti mummy ambil pakaian untuk Hans. Nak mummy suap ke?" tanya Shay seraya meletakkan dulang di atas meja.

Carl Hans Mikael tersenyum nipis. Ini yang dia suka datang ke rumah mummy nya itu, mereka akan dilayan bagai anak kecil oleh Shay.

"Tak payah lah mummy, Hans makan sendiri je. Terima kasih."

Shay mengangguk lalu menoleh ke arah Carl Que Alexander pula yang sedang bermain dengan telefon ditangannya. Wajah lelaki itu pula bukan main bengis.

"Que nak makan ke? Nak mummy hidangkan?" tanya Shay lembut, faham dengan perangai lelaki yang seorang ini.

Dia bangun lalu mengusap kasar rambutnya, wajah Shay yang hairan melihatnya itu dibalas dengan senyuman kelat.

"Tak, tak payah. Que dah nak balik, ada hal sikit. Lain kali lah mummy." jawabnya perlahan seraya mengucup dahi Shay sekilas.

Dengan itu Carl Que Alexander berlalu keluar meninggalkan Carl Hans Mikael dan juga Shay. Sedikitpun tak ditoleh ke arah adiknya.

Tujuan utamanya untuk pulang hanya untuk menatap wajah gadis kesayangannya. Entah apa yang gadis itu buat dari semalam hingga ke petang ini dirumah itu.

*

*

*

Nur Husna telan air liur melihat susuk tubuh lelaki itu dihadapannya kini. Dengan baju t-shirt yang dipakai lelaki itu sedikit ronyok dipenuhi darah dan lengan kiri juga yang berdarah membuatkan gadis itu sedikit cemas dan ketakutan.

Carl Que Alexander memandang pelik ke arah Nur Husna yang berwajah pucat tak berdarah itu sambil merenungnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah setelah pintu rumah dibuka oleh Nur Husna sebentar tadi.

"Kau kenapa?" soalnya tak bernada dengan mata tajam merenung gadis tersebut.

Setapak dia melangkah, setapak juga Nur Husna mengundur ke belakang. Gadis itu kelihatan benar-benar takut dengannya.

Dia mula memerhati dirinya sebelum bibir diketap rapat, dia terlupa untuk menukar pakainnya tadi.

Patutlah takut semacam, fikirnya. Tapi tak apa, Husna harus membiasakan diri dengannya, kerana gadis itu tak akan kemana-mana selepas ini.

"Aku naik atas dulu. Kau buatkan aku air. Aku tunggu dalam bilik."

Segera Carl Que Alexander berlalu melepasi gadis itu dengan wajah yang sengaja dibengiskan.

Dia mengarahkan gadis tersebut membuat air untuknya hanya alasan semata-mata untuk dia mengelak daripada gadis itu mula tahu akan identiti dirinya yang sebenar.

Nur Husna terkaku disitu dengan mata yang masih lagi memandang susuk tubuh lelaki itu hingga hilang dipandangan matanya.

Dia cuma terkejut melihat keadaan lelaki itu sebenarnya dan dia takut melihat baju lelaki tersebut yang penuh dengan kesan darah.

Tertanya-tanya juga Nur Husna siapa lelaki itu dan apa pekerjaannya. Bila difikirkan balik, segala kelengkapan dan kemudahan yang tersedia semuanya cukup lengkap.

Dari penampilan juga dia dapat meneka bahawa lelaki itu mungkin orang berpangkat besar.

Rumah yang dia tinggal sekarang juga dikelilingi dengan hutan dan tak kurang juga pengawal yang berkawal di sekeliling kawasan rumah.

Ingin keluar dan bebas meneroka dalam rumah itu pun dia tak berani bila melihat pengawal yang berada diluar rumah sentiasa memegang senjata api ditangan masing-masing.

"Husna!"

Terhinjut bahu Nur Husna mendengar suara lantang lelaki itu yang menjerit memanggilnya ditingkat atas.

Terus dia berlari anak menuju ke arah tangga untuk ke tingkat atas.

"Ya Allah! Dia suruh aku buat air tadi!"

Baru di anak tangga keempat dia mula teringat pesanan lelaki itu, tergesa-gesa dia berpatah semula menuruni anak tangga untuk ke dapur.

Hatinya berdebar-debar bila memikirkan lelaki itu akan memarahinya.

Seketika, dia berjalan laju menaiki anak tangga ketingkat atas lalu dia masuk ke dalam bilik dan menghampiri lelaki itu yang sedang bersandar di kepala katil sambil bermain dengan telefon ditangannya.

Carl Que Alexander memerhati tingkah gadis kecil itu yang menunduk ke bawah sambil menghulurkan segelas air padanya.

Gelas tersebut diambil lalu diteguk rakus sehingga habis dan diberikan kembali gelas itu pada Nur Husna.

"Letak atas meja je. Aku ada benda nak cakap dengan kau."

Nur Husna akur, gelas kosong itu diletak ke atas meja di sebelah katil. Dia duduk dibirai katil, wajah ketat lelaki itu dipandang sekilas sebelum bermain dengan jari-jemarinya.

Tak selesa dan juga dia masih lagi memikirkan apa yang berlaku pada lelaki itu semasa pulang tadi.

Carl Que Alexander meletak telefon bimbitnya di sebelahnya lalu dia berpaling ke arah Nur Husna yang berdiam diri itu.

Perkara ini harus diberitahu dengan segera supaya gadis itu lebih bersedia nanti.

"Pandang aku Husna." arahnya perlahan tetapi tetap dingin suaranya.

Air liur ditelan kasar, perlahan dia mendongak ke atas dengan mata terkebil-kebil memandang lelaki itu.

Dan itu juga yang buat Carl Que Alexander tertarik dengan mata terkebil gadis tersebut. Comel betul budak ni!

Dia memusing tubuh Nur Husna menghala ke depan, bermakna posisi gadis itu sedang membelakanginya. Nur Husna hanya membiarkan apa yang lelaki itu lakukan padanya.

"A-awak nak cakap apa?" tanya Husna sedikit tergagap, gementar berhadapan dengan lelaki tersebut.

Carl Que Alexander melabuhkan dagunya pada bahu kanan Nur Husna, kedua belah tangan disatukan dengan jari jemari halus Nur Husna lalu dimainkan satu-persatu.

Tindakan spontan itu berlaku bila berada dengan gadis itu.

"Minggu depan aku bawak kau jumpa family aku."

Nur Husna terpana.

*

*

*

Carl Que Alexander bersandar di kepala katil sambil menyedut asap rokok yang dikepit pada jari tangan kirinya. Dia mendongak kepala ke atas sambil menghembus kasar asap rokok ke udara.

Kepala ditoleh sebelah ke arah Nur Husna yang sedang nyenyak tidur dengan kepala yang terlentok di lengan kanannya. Mulut gadis itu terbuka sedikit.

Tengahari tadi semasa di pejabat, Zara Nafisa menelefonnya memberitahu untuk membincangkan tentang tarikh pernikahan dia dengan Nur Husna.

Jadi, dia akan bawa gadis itu bertemu kedua orang tuanya.

Walaupun hubungannya dengan Carl Hans Mikael dan juga Carl Ayden agak renggang tapi dia akan cuba untuk memulihkan kembali hubungan mereka yang kian retak setelah selesai segala urusannya nanti.

Tak terdetik dihati untuk menjadikan Nur Husna sebagai perempuan simpanannya dan juga menculik serta mengurung gadis itu. Tapi dia lakukan semua itu bersebab.

Dan salah satunya kerana peristiwa dulu.

"Abang. Abang buat apa duduk dekat sini? Kan tengah hujan, nanti abang demam pulak."

Dia menunduk sedikit, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu sedang berdiri dihadapannya sambil memegang payung.

Hujan pada malam itu agak lebat, dia bersandar di dinding deretan kedai sambil berpeluk tubuh menahan kesejukan.

Melihatkan lelaki tersebut yang pasti dalam kesejukan, kanak-kanak perempuan itu menghampiri lelaki itu dengan lebih dekat.

"Abang nak payung tak? Abang ambil yang kita je, kita naik kereta dengan ayah. Kesian abang, mesti abang sejuk kan? Nah!"

Kanak-kanak perempuan itu menghulurkan payung tersebut padanya yang hanya diam memerhati budak kecil itu sedari tadi, dengan rambut yang ditocang satu dan memakai baju sejuk yang agak besar. Comel saja.

"Tak payah lah, aku tak nak." tolaknya dengan suara yang cuba dilembutkan sehabis mungkin.

Budak perempuan itu mengerut wajah dengan mata membulat seakan ingin menangis bila lelaki dihadapannya itu menolak pemberiannya.

Kesian pula dia melihat, mahu tak mahu dia terpaksa terima.

"Okay, aku ambil payung kau ni. Terima kasih. Nanti aku pulangkan balik."

Dia mengambil huluran payung budak perempuan tersebut sambil tersenyum hambar. Sungguh dia terharu dengan kebaikan budak perempuan itu.

Mungkin sudah nasibnya malang begini bila hanya dengan satu salah faham, dia dihukum begini.

"Sama-sama abang. Saya balik dulu, ayah dah tunggu. Abang balik lah jugak, ayah cakap bahaya duduk sorang malam-malam. Bye abang!"

Dia memerhati budak kecil itu berlari kearah sebuah kereta yang tak jauh dari tempatnya berada dalam kebasahan. Payung yang diberi padanya direnung sebak. Kenapa hidup dia tak macam budak tu?

"Kau buat aku terlalu nak kan kau Husna."

Dahi Nur Husna dikucup sekilas. Dia memadamkan bara api rokok dalam bekas yang disediakan di meja kecil sebelah katil itu seraya turun daripada katil.

Selimut yang berada di paras pinggang Nur Husna ditarik sedikit ke atas hingga paras bahu.

Seketika, kotak rokok dimasukkan ke dalam poket seluarnya dan mengambil kunci keretanya bersama sebelum berlalu keluar daripada bilik itu.

[DONE]

Continue Reading

You'll Also Like

434K 40.8K 40
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal...
3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...
294K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
4.7M 181K 52
[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma sayang kau. Hanya kau. Lebih dari diri ak...