Renyai Hujan

By oudraabdulaziz

13.2K 1.2K 221

Ribut di dalam jiwa. Puisi dan semuanya. More

Warna Kasih
Debu
Bersama Dia
Tersisih
Hati
Feminis
Princess
Gray
Selamat Harijadi Sayang
Kotak Kasut
Break My Heart
Berbeza
Gila
My Darling
Filem Hati
Bunga
Ghairah
Always
Mimpi yang di nantikan
Fear
Lies
Next to You
Esok
Fastfood
Hikayat Semalam
Unfinished
Yang Benar Mencintai
Esok Hari
Hikayat Cinta
Sembuh
Sendu
le passรฉ et le prรฉsent
Flashback
Kosong
Biarkan Aku
Broken
Monster
Memiliki
Perfection
Come Home With Me
Malam Pertama
Kenangan Lalu
Cinta Katun
Kacang
Lagu Kita
Cinta
Cuma Teman
Senandung
Tenang
Masih Bernafas
Cerita Sarina
Sabar Aku Tidak Sempurna
DANCE
Tiada Gunanya
Jiwa Tiada Ehsan
Awan
Redup
Sepi Yang Harum
Overwhelmed
Perempuan Yang Kuat
Lena
Cantik
Rumah Hati
Tarian Hidup
Semuanya Adalah Engkau
Bima Sakti
Goodnight
Lagu Cinta
Menyintaimu
Cry Me A River
Melupakannya.
Selepas
Tanpa Kamu
Yakin
Singgah Sebentar

Butang Baju Melayu

120 14 3
By oudraabdulaziz

"Wah. Segak habih kau ni Nasir."

Nasir tersenyum simpul, dan tertampaklah lesung pipitnya yang di gilai gadis-gadis keWahnalannya. Tanpa menoleh kepada kawannya yang memuji, dia dengan tenang memasang butang melayu di kolar bajunya. Butang itu pemberian Zaidah di Syawal tahun lepas. Kerana terlalu menghargai dan sayang kepada butang-butang itu, cuma sekali itu sajalah dia memakainya; di hari Raya tahun lepas. Dan kini untuk kedua kalinya, dia santuni hadiah itu sekali lagi. Kerana hari ini hari yang istimewa.

Tersangat istimewa.

"You sure you're doing this?" Soal sahabatnya, mungkin untuk kali yang ke seratus. Kening lelaki berkumis jarang itu bertaut dan matanya mengecil, tanda risau dengan keputusan Nasir.

"Rasheed, aku kan dah cakap. Muktamad keputusan aku."

Dia meletakkan songkok di kepalanya. Songkok hitam baldu dengan deretan corak emas di sekeliling bawahnya. Sesuai dengan sampin benang emas yang di pakainya. Di belek-belek imej tampannya di cermin. Dia kena nampak paling terbaik hari ini. Itu penting.

Tersangat penting.

Di hari-hari biasa pun dia memang kacak, apatah lagi berpakaian pengantin. Sedondon dia berbaju melayu dan sampin kuning cair seperti lelaki Melayu terakhir. Dan bukan hanya Zaidah yang cair dengan rupanya, malah Siti, Sheila, Nurhidayah semuanya tanpa malu-malu ingin memilikinya. Mereka saban hari menghantar mesej, saban hari menggodanya. Nasir tahu, dalam memilih teman hidup, dia ramai calun. Tetapi cinta tidak boleh di paksa. Dia jatuh cinta pandang pertama dengan Zaidah. Nasir cuma mahukan Zaidah, dia tidak perlu yang selainnya. Dan dalam cinta, Nasir sangat setia orangnya.

Entah kenapa, dari awal lagi Rasheed sentiasa meragui Zaidah. Sejak dia memberitahu kawan karibnya itu yang dia ingin mengahwini Zaidah, Rasheed sentiasa mempersoalkan keputusannya. Padahal dia pun sama-sama kenal Zaidah. Rasheed tahu betapa sopannya Zaidah bila berbicara. Betapa hemahnya Zaidah bila bergaul. Betapa manisnya senyuman Zaidah. Dan yang paling penting, betapa jelasnya rasa cinta Zaidah kepadanya.

Dia tidak pernah bertanya kenapa Rasheed bersikap begitu kerana dia tidak ingin tahu. Rasheed sudah dia kenali sejak di rumah kebajikan lagi. Mereka sama-sama yatim piatu sejak kecil lagi dan keakraban mereka sudah seperti adik beradik. Dia tidak mahu hilang sahabat sejati kerana perempuan dan dia tidak mahu hilang cinta sejati kerana sahabat. Dengan sebab itu, dia larang dirinya untuk bertanya. Biarlah.

"Jom."

Rasheed mengangguk. Dia menurut sahaja langkah Nasir dari belakang. Dia cuma memakai kemeja lengan pendik dan seluar slack warna hitam. Pada awalnya, Nasir menyarankan supa Rasheed berbaju melayu, tetapi dia enggan. Rasheed tidak biasa berbaju melayu. Baju melayu membuat dia rasa rimas.

"Engkau lah drive." Ujar Nasir.

Hatinya terlalu gemuruh untuk memandu. Nanti dia akan berdepan dengan hadiran tetamu-tetamu yang ramai. Dia akan berhadapan dengan Zaidah yang berpakaian pengantin yang indah. Masakan hatinya tidak gemuruh. Dia berharap agar lidahnya tidak akan terlalu kelu untuk berbicara.

Kereta myvi kecil Nasir meluncur ke destinasi. Dia tahu, Rasheed kerap kali  memandangnya. Mungkin kerana Rasheed  dapat mendengar degupan jantungnya yang kuat.

"Bro, engkau okay?"

"Aku okay. Okay tapi gabra." Jawabnya sampai ketawa kecil.

"Still ada masa untuk tukar fikiran."

Nasir abaikan pujukan Rasheed. Dia cuma senyum dan geleng-gelengkan kepalanya. Dan dia cekalkan hatinya.

Sudahpun tiba di destinasi yang di tuju. Rasheed menghentikan kereta di tepi rumah yang berhadapan dengan rumah ibubapa Zaidah. Empat buah khemah putih tersergam cantik di atas jalan. Meja-meja makan di hiasi alas meja dan bunga-bunga hiasan berwarna ungu. Memang Zaidah sukakan warna ungu. Bahkan Raya tahun lepas, mereka berdua sedondon berbaju raya berwarna ungu. Kembang hati Nasir bila di puji-puji rakan taulan. Dia dan Zaidah bagai pinang di belah dua, dia tahu itu.

"Nanti kita kawin, Ida nak buat thema warns purple. Semua purple. Ya kan bang? Purple ya bang? Boleh tak?"

Terlalu sering Zaidah mengulangi permintaannya itu. Dan setiap kali Nasir akan mengangguk setuju atas cadangan Zaidah. Mana mungkin untuk menidakkan, manja Zaidah sentiasa membuat dia kalah.

Tetamu-tetamu yang hadir semuanya memerhatikan Nasir. Anak-anak gadis dan wanita-wanita mengintai-ngintai segaknya Nasir. Nasir berjalan mendabik dada, langkahannya yakin dan sederhana laju. Dia mencari Zaidah.

Zaidah cintanya yang pertama.

Dan di atas pelamin yang penuh gah dia bertemu Zaidah. Bersongket ungu dengan tudung panjang terjurai ke lantai. Di dalam mimpi pun Zaidah tidak pernah secantik ini. Bergetar jiwa Nasir. Keindahan Zaidah terlalu istimewa buatnya. Agungnya kuasa Tuhan mencipta seorang perempuan secantik itu.

Dia bergerak ke depan. Dia melihat mata kekasihnya berkaca dengan air mata. Dia melihat gugup dalam wajah kekasihnya. Dan dia melemparkan senyumannya yang paling manis. Hatinya berkata ...

Senyumlah kekasihku. Kerana ini hari yang bahagia untukmu.

Dan di hadapan kedua mempelai itu, dia menadah tangan sambil berdoa dengan kuat dan tenang.

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau berkati lah perkahwinan kedua mempelai ini. Kau kurniakan lah mereka zuriat-zuriat yang molek pekerti. Kau panjangkan umur mereka. Kau berikanlah mereka rezeki halal yang melimpah ruah seluas lautan. Kau panjangkanlah jodoh mereka hingga ke Jannah. Kau bahagiakan lah mereka, ya Allah. Aamiin ya  rabbal' alamin."

Kemudian dia bersalaman dengan pengantin lelaki yang kelihatan terpingga-pingga. Saudara-mara yang melihat semuanya terdiam. Ada yang ternganga. Ibubapa Zaidah tidak keruan berdiri tercegat memandang satu sama lain. Mereka kenal Nasir.

Masakan tidak kenal. Ketika bumbung rumah tiris, Nasir lah yang mengupah orang membaikinya. Ketika mereka putus duit kerana si ayah kemalangan, Nasir lah yang menghulurkan bantuan. Sudah empat Raya, Nasir lah yang membeli beras ketupat dan ayam untuk di rendang. Semuanya dengan gaji tak seberapa Nasir.

Nasir memberikan senyuman paling manis dan tunduk membisik di telinga Zaidah ...

"Idah, abang halalkan segalanya. Dan abang maafkan kecurangan Idah. Setia lah dalam perkahwinan ini."

Dan kemudian dia bergerak membelakangi pengantin untuk meninggalkan rumah itu. Masih mendabik dada. Masih tersenyum. Masih gagah. Dia bangga kerana dalam percintaan ini, dia pertahankan kesetiannya.  Kecewanya cinta ini bukan kerana kegagalannya. Malah, secara ikhlas, dia turut gembira Zaidah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Mungkin jodoh ini lebih baik dari dia sendiri. Lalu, di iringi Rasheed, Nasir terus berlalu hilang dari pandangan Zaidah dan keluar dari hidup Zaidah.

Air mata hiba Zaidah terus turun laju seperti hujan di musim tengkujuh. Kerana tiba-tiba dia terasa kehilangan.

Terlalu kehilangan.

Continue Reading

You'll Also Like

204K 8.4K 101
quotes yang mungkin akan menaikkan semangat anda (insyaallah) ๐Ÿ˜Š cheer up ! ๐Ÿค— BE YOURSELF & BELIEVE IN YOURSELF ๐Ÿ‘‘ bila dah baca tu, hayati dan faha...
106K 4.4K 84
"Even though we spoke a million word each days,our eyes never made a single sound"โœจ๐ŸŒˆ . I'm trying to do a story with this genre๐ŸŒธ
500 63 35
ุญูŽุณู’ุจููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ ู„ุงูŽ ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุชูŽูˆูŽูƒูŽู‘ู„ุชู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุฑุดู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู Cukuplah hanya Allah bagiku, tidak ada Tuhan yang berhak dis...
186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.