Semuanya Adalah Engkau

69 10 1
                                    

Kau adalah merdu dalam syair cinta,
Sepi dalam sebuah tangisan hiba.

Kau adalah tenang laut di hari yang damai,
Bau hangus dalam sebuah api kemusnahan.

Kau adalah tangga landai ke syurga,
Jalan paling mudah ke neraka.

Kau adalah segalanya yang aku mahu,
Segalanya yang aku benci.

Kau adalah sebuah paradoks yang ganjil,
Kau hidupku, kau jua matiku.

Renyai HujanWhere stories live. Discover now