HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]

By mjqish

1.8K 279 39

Jiran baru ? More

Sepatah dua kata
HP1
HP2
HP3
HP4
HP5
HP6
HP8
HP9
Happy 1K ?
HP10
HP11
HP12

HP7

99 19 5
By mjqish

Ketika Hyemin melintasi rumah Jooheon, Hyemin ternampak kelibat Jooheon yang sedang duduk seorang diri di laman rumahnya.

"Dah pukul 11 malam kott. Dia buat mende kat situ pulak ?" Hyemin bermonolog sendirian.

Hyemin teringat permintaan Changkyun tadi.

Tanpa membuang masa, dia terus mendekati Jooheon.

"Hai Jooheon"

Jooheon menoleh ke arahnya.

"Oh kau. Ada apa ni ?" balas Jooheon.

"Tak sejuk ke duduk kat luar ni ?"

Jauh di sudut hati Hyemin ... Dia tidak menyangka bahawa dia sendiri akan bertanya sedemikian kepada Jooheon.

"Aku dah biasa"

Jooheon langsung tidak senyum kepadanya.

"Changkyun ada cerita tak siapa pemilik sebenar rumah ni ?" soal Hyemin.

"Kenapa pulak aku nak kena amik tahu sejarah pasal rumah ni ? Kenapa ? Rumah ni dulu ada pemilik yang mengamalkan ritual mistik ? Ada kes bunuh diri ? Ada kes pembunuhan kejam ?"

Hyemin menepuk dahinya.

Banyak sangat tengok cerita hantu dia ni.

"Nampak sangat Changkyun langsung tak cerita"

Hyemin duduk berdekatan di mana Jooheon duduk.

"Rumah ni dulu rumah kawan baik aku. Changkyun pun kenal dia. Dia ni kawan aku dari aku kecik lagi" Hyemin memulakan penceritaannya.

"Dah. Berhenti sampai situ je. Aku taknak dengar apa-apa cerita dari kisah silam kau. Aku tak berminat" pintas Jooheon.

"Okay" Hyemin bangun semula dari tempat duduknya dan mula berjalan meninggalkan Jooheon untuk pulang ke rumahnya semula.

Jooheon hanya memerhati kelibat gadis itu meninggalkankannya. Hatinya mula berasa sedih.

***

"Changkyun !"

Changkyun memandang ke arah si pemilik suara.

"Senior Wonho ?"

"Dah tu siapa lagi kalau bukan Shin Hoseok yang kacak lagi bergaya"

Changkyun membuat muka apabila Wonho berkata sedemikian.

"Masa bila kau balik sini ? Jooheon macam mana ? Okay dah ?" bertubi-tubi soalan yang ditanyakan kepada Changkyun.

"Lama dah aku balik. Jooheon ... Macam tu jugak lah dia. Haih. Geram pulak aku dengan pompuan tu. Dah lah bagi harapan, lepas tu menghilang macam tu je. Ergh" Changkyun menumbuk-numbuk tapak tangannya sendiri kerana geram.

"Hahahah apa kau ingat kaum kita je ke ramai yang buat perangai macam tu ? Perempuan pun ada lah. Nasib baik lah aku ni setia orangnya" sekali lagi Wonho memuji dirinya sendiri lagi.

"Hah ye nasib baik kau setia. Malangnya, sorang pompuan pun tak lekat dengan kau"

Wonho hanya tersengih malu memandangkan dia baru sahaja putus hubungan dengan bekas kekasihnya.

"Hah Changkyun. Aku dengar cerita dari adik aku katanya Hyemin balik sini semula. Betul ke ?" soal Wonho.

"Haah betul lah tu. Memandangkan dia dah ada kat sini, aku mintak tolong dia tengokkan Jooheon sebab mereka berjiran" kata Changkyun dengan selamba badaknya.

"... Berjiran ? Jooheon dengan Hyemin berjiran ?"

"Ya berjiran"

"Jooheon tinggal kat rumah lama Puan Jeon ?"

"Ya"

Wonho hanya memberikan riak wajah APA-KAU-DAH-BUAT kepada Changkyun.

***

TOK TOK TOK TOK TOK !

Tergesa-gesa Hyemin meluru ke pintu dan membukanya. Sebaik sahaja dia membuka pintu ...

"HYEMIN ! HYEMIN ! KAU OKAY TAK ??? JOOHEON ADA BUAT AP-"

Dush !

Wonho melekat ke dinding setelah ditumbuk oleh Hyemin.

Pasangan kembar yang dipaksa ikut oleh abangnya hanya terkedu di hadapan pintu.

"Macam tu ke cara tetamu datang ke rumah ?"

***

"Abang Wonho je yang kelam-kabut sensorang. Kami dah tahu lama dah" bebel Eunyoung kepada abangnya.

Wonho hanya tersengih malu.

"Aku tak tahu pun kau balik sini semula" kata Wonho kepada Hyemin.

"Takkan dua orang adik kesayangan tak bagitahu ?" balas Hyemin.

Wonho merenung tajam adik-adiknya. Pasangan kembar itu hanya buat tidak nampak sahaja.

"Jadi, ada apa datang ke sini ?" soal Hyemin.

"Takde apa. Saje jenguk kau. Hmm pasal Jooheon tu ..."

"Dia tak buat-buat apa pun lah. Biasalah orang mabuk ni otak dia terbalik" pintas Hyemin.

"Jadi ... Kau tahu lah tabiat buruk dia ?"

Hyemin menganggukkan kepala.

"Tak payah ikut sangat cakap Changkyun tu. Kalau Jooheon buat perangai lagi, kau call je aku. Biar aku yang handle dia" cadang Wonho.

"Mana boleh"

"Kenapa pulak ?"

"Sebab kau ada dua orang adik perempuan"

"Habis tu kau yang sorang-sorang ni macam mana pulak ?"

Hyemin terdiam.

"Takpe Hyemin. Abang Wonho kan ada dengan kami" Eunrin menyebelahi abangnya.

"Haah. Jooheon boleh tumpang bilik Abang Wonho" tambah Eunyoung pula.

Hyemin ligat memikirkan pelawaan secara sukarela Wonho dan adik-adiknya untuk menjaga Jooheon.

"Kalau mereka jaga Jooheon, aku takkan lalui benda tu lagi" bisik hati Hyemin.

"Okay" kata Hyemin.

"Apa yang okay ?"

"Pasal nak jaga Jooheon bila dia minum lagi"

"Hah macam ni lah ! Jangan risau Hyemin. Kami cuma nak pastikan Hyemin selamat je" kata Wonho dengan semangatnya.

"Eunrin. Eunyoung"

"Ya ?" jawab kembar itu serentak.

"Kalian kena sayang lebih sikit abang kalian ni" kata Hyemin.

Pasangan kembar itu hanya mencebik menyampah dengan abangnya.

"Hah kau ada terjumpa dengan Mingyu"

Tudiaaaa. Sudah lama Hyemin tidak mendengar nama itu selepas Mingyu berjaya menamatkan zaman persekolahannya bersama-sama dengan Wonho.

"Tak" jawab Hyemin ringkas.

Wonho hanya mengeluh.

"Aku tahu Mingyu tu sakitkan hati kau dulu sebab Won-"

"Takpelah. Benda dah jadi pun" pintas Hyemin lagi.

"Cuma nak bagitahu. Mingyu baru balik sini semalam. Goodluck" kata Eunrin pula.

***

Hyemin dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan. Pada masa yang sama, dia teringat akan kata-kata Eunrin.

Bagaimana sekiranya dia terserempak dengan Mingyu nanti ?

Sesampai sahaja dia di rumah, dia terpandang sesuatu benda yang terlantar di hadapan rumah jirannya.

"Jangan-jangan ..."

Hyemin terus berlari ke rumah Jooheon.

"Dah agak"

Hyemin mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarnya mencari nombor telefon sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

***

"MANA ABANG NI ???"

"YAAA ADA APAAA ABANG KAT DAPUR NI"

Itulah mereka ketika di rumah. Laung sana, laung sini.

"Hyemin telefon suruh abang datang sana" kata Eunrin.

"Sekarang ?"

"Takkan tahun depan pulak"

"Okay adik-adik yang abang sayangi, tolong masak kejap. Abang pergi sana. JANGAN HANGUS, JANGAN HANGIT, JANGAN TERBAKAR" Wonho meninggalkan dapur dan mula bersiap untuk ke rumah Jooheon.

***

"Tak boleh ke kalau kau tak usik benda tak guna tu ???" bebel Hyemin sambil menarik Jooheon masuk ke dalam rumah Jooheon.

"... Aku ... Dah cuba ..."

"Apa yang kau cuba ?"

"Cuba cari kau"

Hyemin semakin pening kepala melayan Jooheon yang masih tidak berpijak di bumi nyata.

"Apa-apa jelah. Kejap lagi Wonho datang amik kau" Hyemin menyandarkan Jooheon ke dinding rumah menunggu Wonho tiba.

Krik krik.

Hyemin mengerling ke arah Jooheon di sebelahnya.

"Tidur ke ?"

Jooheon tidak bergerak sedikit pun. Hyemin hanya membiarkan sahaja menunggu Wonho tiba.

Sedang dia menunggu Wonho, sebelah bahunya terasa berat. Hyemin terus memandang ke sebelahnya.

Jooheon sudah terlentok di atas bahunya.

.........

"... Shit you"

Hyemin menolak kepala Jooheon dengan jari telunjuknya supaya melentok ke arah lain.

Tidak lama selepas itu, Wonho pun tiba.

"Jooheon macam mana ? Ada buat benda pelik pelik ?" soal Wonho sambil memapah Jooheon.

"Tak. Nak tanya ni"

"Apa ?"

"Kau larat ke papah mamat gemuk ni ???"

Wonho tergelak mendengar kata-kata Wonho.

"Gemuk ???" Wonho menyambung ketawanya.

"Kat mata aku, dia gemuk"

Wonho hanya ketawa.

"Jangan risau. Aku kuat. Kau ni lupa ke dulu kan aku ketua kelab sukan. Setakat papah Jooheon ni apedehal"

Hyemin mencebik.

"Tu dulu. Sekarang ntah ntah segala otot kau dah kendur agaknya" kata Hyemin.

"Aku kuat lagi, jangan risau"

Gedebuk !

Hyemin hanya mengeluh melihatnya.

Continue Reading

You'll Also Like

117K 7.8K 43
✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning ⚠⚠⚠ Yaoi detected!! 😂💢 Dan mempunyai part 🌈 jadi sila hati² ya 😂🦑 Sinopsis ⤵⤵⤵ Highschool AU!! Boboiboy, seor...
1.2K 131 14
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
68.1K 5.5K 41
290K 662 9
Kisah perhubungan antara menantu, mertua & jirannya.