[✔] 나는 네가 필요해 I Need You

By jimochijk

37.6K 5.6K 2.1K

"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan o... More

001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
058
059
060
061
062
063
064
065
066
067
068
069
070
071
072
073
074
075
076
077
078
079
080
081
082
083
084
085
086
087
088
089
090
091
092
093
094
095
096
097
098
099
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
Promote FF sendiri😂

023

318 54 35
By jimochijk

20 - 91

Televisyen di buka, dia melabuhkan punggung di atas sofa. Keningnya berkerut apabila melihat cerita bahasa Cina yang di tak berapa nak faham. Hampir bercantum keningnya.

Mulut sudah ternganga tak faham, boleh pening kepala macam ni ceritanya. Baru ingat nak cuba tengok cerita Cina tanpa ada sarikatanya. Tapi, dia yang pening kepala. Makanan ringin yang dia bawa bersama di masukkan ke dalam mulut. Kepala terangguk angguk tentang apa yang di bualkan orang orang yang berada di dalam televisyen tersebut, sedangkan entah apa benda diaorang cakap pun tak faham ni.

Dahi di picit sendiri, dah mula rasa pening kepala dah ni. Jadi tidak mahu rasa pening ni berlarutan, terus diaenghidupkan sarikatanya. Sekarang barulah dia mampu nak ketawa sendiri apabila dia sudah memahaminya.

Dia tonton sekejap, lepas tu dia capai telefon atas meja tengah ruang tamu lalu membukanya. Gambar dia bersama Baekhyun jelas di situ kerana dia membuatkan gambar itu menjadi wallpaper nya. Senyuman terukir di bibir, dia rasa rindu pula pada satu satunya kawan yang paling rapat dengan dia ni.

"Patut ke aku telefon dia? Entah dia tengah sibuk sekarang ni macam mana? Ke tunggu waktu dia rehat nanti je? Tapi macam tak sabar pulak nak cakap dengan dia. Ah, telefon je"

Akhirnya Chanyeol mengambil keputusan untuk menghubungi Baekhyun. Telefon di tekapkan pada telinga, sementara menunggu Baekhyun menjawab panggilannya sempat dia masukkan makanan ringan ke dalam mulut.

Panggilan di angkat.

On Call

Baekhyun:
Yeoboseyo, Chanyeol!

Chanyeol:
Amboi, bukan main lagi kau sebut sebut nama aku, kenapa? Rindu sangat ke hah?

Baekhyun:
Rindu. Rindu gila. Duh, bila kau nak balik sini ni? Aku rasa macam kau dah pergi lama sangatlah.

Chanyeol:
Tak sampai seminggu lagi aku dekat sini, kau dah bising. Tunggulah, aku akan kembali. Aku bukannya nak duduk dekat sini terus pun, jangan drama sangat. But, aku nak kau tahu jugaklah yang aku pun rindukan kau jugak. Duduk sini bosan tak ada kawan nak ajak lepak sama.

Baekhyun:
Ingatkan tak rindu orang dekat sini dah tadi. Tapi aku nak bagitahu kau yang bola sepak hari tu pasukan aku dengan Tiffany minat menang. Kau dengan Taeyeon tabah je lah erk, kalah dah pun.

Chanyeol:
Yaka? Aduh... jadi Taeyeon kena belanja korang dua lah?

Baekhyun:
Ya. Mestilah, macam selalu.

Chanyeol:
Sebut pasal tu kan, aku tak sempat pun nak tengok hari tu. Kau macam mana dekat hospital? Kau dah jumpa kawan yang boleh makan tengah hari dengan kau belum?

Baekhyun:
Dah. Tak perlu cari, Taeyeon dengan Tiffang sudi temankan aku makan tengah hari dekat hospital ni. Tapi esok lusa terpaksalah aku makan sorang sorang, diaorang berdua nak pergi bercuti pulak. Aduh...

Chanyeol:
Hahaha... sabarlah ya. Nanti aku balik, aku makan tengah hari macam biasa dengan kau. Eh, kau tak ada kerja ke cakap dengan aku lama lama ni?

Baekhyun:
Kau telefon aku tepat pada masanya sebab elok kau call aku baru keluar dari bilik pesakit. Buat pemeriksaan

Chanyeol:
Pandai jugak aku, kan. Tak apalah, nanti aku call kau lagi. Nanti pihak atasan marah kau pulak.

Baekhyun:
Yalah, annyeong.

End Call

Chanyeol senyum sendiri, rasa tenang sikit hati bila dapat berbual dengan kawan dia tu. Hilang sikitlah rasa rindu pada dia tu, dia kembali sambung menonton televisyen seperti tadi.

"Boleh gila aku macam ni kalau omma dengan appa aku suruh kahwin dengan mamat kawan Yerin tu. Entah apa apa, semalam boleh tahan panjang jugak bebelan omma aku. Lepas tu malam tu appa aku pulak sambungkan untuk omma aku, tabah je lah hati ni dengar diaorang bebelkan aku macam macam. Macam nak balas pedas pedas tapi nanti berdosa pulak aku" Taeyeon mengadu pada Tiffany apa yang terjadi semalam apabila mereka berjumpa hari ini.

Tiffany tunduk pandang pasir pantai, senyuman yang tertahan tadi terukir apabila dia pandang bawah. Tak tahan nak ketawakan Taeyeon ni, tapi nanti kawan dia ni juga yang merajuk. Susah nak memujuk pula. Terpaksalah simpan rasa nak gelakkan orang ni.

Setelah mampu menahan senyum kembali, Tiffany mengangkat kepala. Taeyeon sedang membuang pandangan jauh ke tengah lautan.

"Jadi lepas kau kena bebel dengan omma appa kau tu, kau setuju ke diaorang nak satukan kau dengan mamat tu?" Tanya Tiffany ingin tahu. Kalau setuju, maknanya apa yang mahu dia bagitahu pada Taeyeon nanti akan terkubur begitu sahaja.

Kepala di geleng. Memang taklah dia nak kahwin dengan lelaki tu, dia lebih rela kena bebel tiga hari tiga malam daripada berkahwin dengan lelaki itu.

"Tak ada masa aku nak kahwin dengan mamat tu, tak kuasa nak berbaik dengan perempuan yang seorang tu" Taeyeon buat muka buruk.

"Dah tu, yang hari tu kau suruh Baekhyun bagi perempuan tu peluang tu kenapa pulak?" Tiffany silang tangan.

"Ha'ahkan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, mungkin aku simpati dekat perempuan tu kut. Tapi seriously aku nampak yang perempuan tu ikhlas cintakan Baekhyun tu" Taeyeon berpeluk tubuh.

"Pelik peliklah kau ni"

"Apa yang pelik"

Tiffany menggelengkan kepala. Dia membuka zip beg tangannya, lalu sesuatu di keluarkan dari beg tersebut. Tersenyum senyum dia memandang Taeyeon yang sudah mengerutkan dahi.

"Kau kenapa?"

"Tiket kau"

Riak Taeyeon sudah berubah ceria, bukan main gembira lagi dia bila tengok tiket pergi ke Malaysia sudah ada di depan mata.

"Gosh. Kita pergi pergi lusa malam?" Taeyeon senyum sambil pandang Tiffany.

"Ya. Takkan kau tak pandai baca pulak kut, kau sendiri pun dah bacakan apa yang dia tulis dekat tiket tu. Lagi mahu tanya?"

"Sekejap. Sekarang hari ke berapa erk?" Tanya angkat kening.

Tiffany angkat bahu. Manalah dia tahu, bukan dia yang perlu cari calon tu semua. Taeyeon je.

Taeyeon masukkan tiket ke dalam beg tangannya lalu mengeluarkan kalendar kecil yang wajib berada di dalam beg sepanjang berjalannya tempoh mencari calon itu.

"Hari ni hari ke dua puluh, jadinya lusa malam kita bertolak dah masuk hari ke dua puluh dua hari. Sampai mesti dah masuk hari ke dua puluh tiga. Tak lama dah aku akan dapat tahu tentang idea gila kau tu. Wah! Tak sabar rasanya" Taeyeon menggoyang goyangkan bahu Tiffany. Sudahlah badan Tiffany tu tak sebesar mana, terhuyung hayang jadinya.

"Ya, ya. Aku tahu, tolong berhenti goyangkan badan aku" Tiffany tolak tangan Taeyeon dari terus memegang bahunya.

Taeyeon spontan bangun dari duduk lalu terlompat lompat dan menari sendiri. Beberapa orang yang sedang memandang ke arahnya langsung tidak di ambil peduli lagi. Apa yang dia tahu dia seronok sebab tidak lama lagi dia akan tahu idea gila Tiffany nak kongsi bersama dia.

Tiffany pandang sekeliling, spontan dia menutup mukanya. Dia menyumpah seranah Taeyeon, dah kenapa nak lompat lompat dan menari macam orang bodoh dekat tempat terbuka macam ni? Dia pandang Taeyeon sambil mengetap bibir, geram pula tengok Taeyeon macam tak kisah langsung orang pandang dia sambil senyum senyum. Yang bisik bisik pun ada juga tu.

Tak nak malukan diri sendiri, pantas dia bangun dan berjalan tinggalkan Taeyeon sendiri.

Semua tingkah laku Taeyeon terhenti apabila melihat Tiffany berjalan tinggalkan dirinya. Cepat cepat dia ambil tangannya lalu berlari anak mendapatkan Tiffany yang sudah menjauh ke depan sana.

"Kau tinggal aku kenapa?"

Taeyeon pegang bahu Tiffany, serentak menghentikan langkah Tiffany.

"Kau terlompat lompat dengan menari macam orang gila terlepas, aku tinggallah. Orang pandang kau lain macam tahu tak, yang yang senyum. Berbisik lagilah banyak" Tiffany selitkan rambutnya ke belakang telinga.

Taeyeon toleh belakang, ada orang pandang ke arah mereka. Tapi yang paling tepat adalah mereka memandang ke arahnya. Senyum, senyum. Tumbuk baru tahu.

Baru sekarang dia merasa malu, jadi cepat cepat lengan Tiffany di tarik pergi dari situ.

"Tahu pun kau malu" Tiffany jeling Taeyeon.

"Tadi aku tak mampu nak tahan sangat sebab tu jadi macam tu. Sekarang aku dah sedar balik," Taeyeon sengih.

"Doktor, kenapa doktor comel sangat?" Soal Yerin sambil menongkat dagu memandang Baekhyun yang duduk di hadapannya.

Baekhyun tidak mengendahkan kata kata yang keluar dari mulut Yerin, buang masa sahaja dia layan perempuan yang seorang ini. Makin layan nanti, makin menjadi jadi kegedikannya itu.

Yerin muncungkan mulut, dia agak kecewa melihat Baekhyun langsung tidak mengangkat kepala memandang ke arahnya.

"Doktor, kenapa doktor handsome sangat? Doktor buat saya jatuh cinta tau" ujarnya lagi. Tak boleh putus asa.

Baekhyun ketap gigi, dia nak isi tentang pesakit dia pun tak senang dengan hanya mendengar suara perempuan itu.

Dia dekat kafeteria sebenarnya ni, bukan saja saja dia duduk berdua dengan Yerin ni. Tapi tadi dia datang sini bersama Dr. Jonghyun. Nak berbincang sedikit pasal pesakit yang mereka berdua sama sama handle.

Sekarang masalahnya adalah Dr. Jonghyun di panggil doktor yang lain. Jadi, tinggallah dia dengan perempuan sorang ni, dia berharap akan ada orang yang datang selamatkan dia sekejap lagi. Tak bolehlah dia nak duduk berduaan dengan yang sah gila ni.

"Doktor. Cuba doktor cakap dengan saya, tak boleh ke?" Yerin mula merungut. Geram. Dari tadi dia sahaja yang bercakap, yang Baekhyun diam langsung tak bersuara.

Baekhyun angkat kepala juga akhirnya memandang Yerin. Dia mengangkat kening.

"Nak saya cakap apa?"

"Apa apa saja, janji doktor tak diam macam tadi je. Suara doktor menenangkan hati saya" Yerin senyum.

"Saya tak nak cakap dengan awak, tolong diam. Sebelum saya sepak awak masuk dalam tong sampah belakang sana" Baekhyun tundukkan kepala kembali.

Dalam hati Baekhyun sudah mula mengharapkan ketibaan Dr. Jonghyun atau sesiapa sahaja yang boleh menyelamatkan dia dari perempuan ini.

Kepala kembali di angkat, dia pandang sekeliling. Sempat juga dia pandang Yerin yang sudah masamkan wajahnya. Dia kembali menyambung pandang sekeliling kafeteria.

Tiada sesiapa yang bagi pandangan dia akan selamatkan dia dari perempuan ini.

"Maaflah buat kau tunggu, dan maaf jugak sebab tinggal kau berdua dengan Yerin" Jonghyun tepuk bahu Baekhyun lalu berbisik.

Senyuman di berikan pada Jonghyun, dalam hati sudah mengucapkan beribu ribu terima kasih kerana datang dengan secepat yang mungkin.

"Yerin, awak tak nak beli makanan ke? Kejap lagi habis dah waktu rehat" Jonghyun menegur.

"Saya nak pergilah ni, doktor Jonghyun nak makan apa? Saya boleh tolong belikan, doktor Baekhyun?" Matanya teralih ke arah Baekhyun.

"Tak nak"

"Maaf aku lambat"

Mereka bertiga toleh ke arah suara itu, kelihatan seorang perempuan menayang muka bersalahnya pada Baekhyun.

Semakin melebar senyuman Baekhyun apabila melihat susuk tubuh ini di hadapannya. Dia bangun, lalu datang mendekati orang tu. Senyuman paling ikhlas dia beri sebelum tangan kanannya menggenggam sedikit rambut perempuan tersebut.

Rambut itu di tarik.

"Aku datang ni bersyukurlah sikit, kalau tak datang baru kau tahu. Lepaslah, orang tengok tu" Taeyeon pegang tangan Baekhyun.

Genggaman di lepaskan. Dia pandang sekeliling, memang orang sedang tengok apa yang dia lakukan pada Taeyeon itu. Termasuklah Jonghyun dan juga Yerin, wajah perempuan yang seorang ini sudah kembali masam. Tapi kali ini dua kali ganda lebih masam dari yang tadi.

Jonghyun bangun. "Tak apalah, kau pergi makan dulu dengan Taeyeon, nanti bincang lain pasal pesakit. Yerin?"

"Saya tak makan kut, tiba tiba selera hilang. Maaf doktor, saya pergi dulu" Yerin bangun dan terus meninggalkan mereka.

"Kalau doktor nak join kitaorang makan pun tak apa, tak ada masalahlah" ujar Taeyeon.

Jonghyun senyum. "Tak apa, makanlah berdua. Saya mintak diri dulu"

"Jumpa kejap lagi"

Jonghyun mengangkat tangan sebelum keluar dari situ.

"Serius, aku mintak maaf. Bukan sengaja, aku keluar dengan Tiffany pergi pantai tadi. Dia bagi aku tiket pergi Malaysia tu, lepas tu baru teringat pasal kau. Maafkan aku erk?" Taeyeon mengedip ngedipkan matanya.

"Bila kau pergi sana?"

"Lusa. Aku mintak maaf ni, kau tak nak maafkan aku ke?" Taeyeon kerutkan dahi.

Baekhyun mengeluh. "Nampaknya aku kena makan sorang soranglah sementara kau tak ada dekat sini." Baekhyun sengaja mengelak daripada maafkan Taeyeon.

Lengan Baekhyun di tarik supaya duduk, Taeyeon juga duduk. Berhadapan.

"Kau boleh makan dengan Jonghyun tu, kan. Dan sekali lagi, maafkan aku" pinta Taeyeon.

"Yalah, yalah. Aku maafkan kau, ingat sengaja nak buat tak tahu" Baekhyun hela nafas.

"Jangan lupa keropok lekor aku tu, tak ada aku merajuk"

"Ya, aku ingat. Kau jangan risaulah, aku akan belikan untuk kau. Tapi betul ke keropok lekor tu asal Terangganu?"

"Yalah. Tu pun kalau tak silap akulah, pandailah kau cari sampai ada bila dekat sana nanti"

Taeyeon ternganga macam tak percaya, Baekhyun suruh dia cari bila dekat sana? Habis, kalau cari tetap tak ada, macam mana? Takkan balik bagitahu tak jumpa, dan Baekhyun merajuk dengan dia?

"Aku cuba cari untuk kau"

"Kau pergi beli apa apa makanan untuk kau makan, aku tak nak"

"Lah, kalau kau tak nak makan buat apa aku datang sini? Tak kira, kau kena makan jugak, kalau tidak aku tak nak datang sini lagi dah" Taeyeon pandang Baekhyun dengan muka serius.

Baekhyun menggulingkan mata ke atas, main ugut ugut pula dah.

"Fine. Aku makan, kau pergi belikan aku apa apa makanan yang kau suka. Aku makan, jangan risau"

Taeyeon angguk dan bangun. "Kalau aku belikan kau timun, kau tak makan aku sumbat dalam mulut jugak"

"Janganlah, aku tak makan timun, jangan buat buat tak tahu pulak" Baekhyun mengetap gigi.

Taeyeon sengih macam kerang busuk, tanpa membalas kata kata Baekhyun dia melangkah meninggalkan Baekhyun sendirian. Memang taklah dia akan belikan Baekhyun timun.

---

Update. Terasa lambatlah pulak tapi jangan cakap apa sebab AhYeon suka buat macam ni. Entahlah kenapa, hahaha!

Apa apa pun jangan lupa tekan bintang tu dengan comment.

Thank You!

Continue Reading

You'll Also Like

1M 39.5K 92
𝗟𝗼𝘃𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗮𝘀 𝗹𝗶𝗸𝗲 𝗽𝗹𝗮𝘆𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗳𝗶𝗿𝗲, 𝗹𝘂𝗰𝗸𝗶𝗹𝘆 𝗳𝗼𝗿 𝗵𝗲𝗿, 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗲𝘀 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝗽𝗹𝗮𝘆𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 �...
450K 6.9K 81
A text story set place in the golden trio era! You are the it girl of Slytherin, the glue holding your deranged friend group together, the girl no...
154K 3.2K 46
"You brush past me in the hallway And you don't think I can see ya, do ya? I've been watchin' you for ages And I spend my time tryin' not to feel it"...
219K 11.2K 44
╰┈➤ *⋆❝ 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐢'𝐝 𝐩𝐚𝐬𝐬 𝐮𝐩 𝐚 𝐟𝐫𝐞𝐞 𝐭𝐫𝐢𝐩 𝐭𝐨 𝐢𝐭𝐚𝐥𝐲? 𝐢 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐦𝐲 𝐩𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐢𝐧 𝐦𝐲 �...