[✔] 나는 네가 필요해 I Need You

By jimochijk

37.6K 5.6K 2.1K

"Mana boleh. Omma nak Taeyeon cari calon mulai sekarang, kalau tak..." Puan Kim "Kalau tak appa dengan o... More

001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
058
059
060
061
062
063
064
065
066
067
068
069
070
071
072
073
074
075
076
077
078
079
080
081
082
083
084
085
086
087
088
089
090
091
092
093
094
095
096
097
098
099
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
Promote FF sendiri😂

014

391 69 20
By jimochijk

11 - 91

"Kau patut cakap dengan Baekhyun balik pasal Yerin tu. Entah entah dia tengah pertimbangkan apa yang kau cakap dekat dia semalam" Tiffany letak cawan yang baru di ambil di dapur tadi, lalu duduk bersama keluarganya dan juga Taeyeon.

Tuan Hwang dan Puan Hwang berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka mengalihkan pandangan ke arah Tiffany dan juga Taeyeon.

"Tengoklah nanti" Taeyeon sumbat roti dalam mulut.

"Kau ni. Pergilah jumpa Baekhyun atau telefon je lah dia. Cakap balik pasal semalam kau cakap dekat dia" Tiffany capai roti yang sudah siap di bakar dan sudah siap di sapu dengan jam. (jem ke jam sebutannya?😂)

"Kejap. Apa yang Tiffany dengan Taeyeon tengah cakap pasal Baekhyun dengan Ye... apa nama perempuan tu tadi" Puan Hwang inginkan penerangan.

"Tak ada apa. Pasal kawan je, erk kawan lama kitaorang. Kebetulan Baekhyun pun kenal dia" sengihan diberikan kepada omma dan appa nya.

Taeyeon mengangguk laju. Mengiakan apa yang Tiffany kata pada omma dan appa nya.

"Kau!" Tiffany tinggikan suara.

Taeyeon jegilkan mata. "Yalah, yalah. Sekejap lagi aku call dia lah" terpaksalah dia bagi jawapan sebentar pada Tiffany.

Tiffany senyum puas. "Good"

Omma dan appa Tiffany diam tidak masuk campur pasal mereka lagi memandangkan mereka sudah berbual tentang kawan. Lagipun mereka berdua sudah besar panjang, pandailah mereka.

Masuk bilik Tiffany terus memaksa Taeyeon membuat panggilan pada Baekhyun. Dah macam tak ada waktu lain dia nak telefon Baekhyun.

Yang Taeyeon pun macam Tiffany tu bawa pisau nak bunuh dia kalau dia tak ikut cakapa. Tangan cepat saja cabut wayar yang bersambung dengan telefonnya untuk memenuhkan bateri telefonnya.

Nombor Baekhyun di tekan, tak perlu di cari cari lagi memandangkan dia sudah setkan nombor Baekhyun pada nombor yang penting. Sama seperti keluarga dia dan Tiffany.

Dia menarik nafas panjang, telefon di lekapkan ke telinga.

"Kuatlah, aku nak dengar jugak"

Taeyeon mencebik lalu menekan speaker. Dah nak dengar sangat.

Panggilan telefon di jawab.

On Call

Baekhyun:
Yeoboseyo, kau nak apa?

Taeyeon:
Aku tarik balik apa yang aku cakap dengan kau semalam. Kau tak perlu bagi dia peluang, tapi terpulanglah.

Kata kata Taeyeon itu mendapat tamparan daripada Tiffany. Jegilan mata di berikan pada Tiffany yang tiba tiba tampar dia. Apa, salah ke apa yang di cakap tadi?

Tiffany memberikan jegilan juga, tak setuju dengan kata kata Taeyeon tadi pada Baekhyun. Tak payah nak bagi peluang sangat dekat perempuan tu!

Baekhyun:
Peluang apa ni? Untuk siapa?

Taeyeon:
Peluang untuk Yerin tu lah. Takkan kau lupa macam tu je? Tak mungkin. Aku tarik balik pasal tu. Kau boleh dapat yang lebih terbaik dari dia.

Baekhyun:
Lah pasal tu ke. Ingatkan apalah tadi. Yalah. Tapi kalau kau tak cakap pun aku tak nak bagi peluang pada dia walaupun semalam hati aku macam berbelah bagi sikit.

Telefon yang di pegang Taeyeon terus di rampas Tiffany kasar. Mana boleh Baekhyun nak bagi peluang pada perempuan tu, habis macam mana dengan orang ni?

Tiffany:
Kau tak payah nak bagi peluang dekat perempuan tu, dia SANGAT SANGAT tak sepadan dengan kau. Kau berhak dapat perempuan yang lebih terbaik lagi dari dia. Aku tak setuju tau!

Baekhyun:
Yalah. Yang kau emo sangat ni dah kenapa pulak? Macam aku ni adik kau abang kau je cakap tu.

Tiffany:
Whatever lah apa pun. Janji kau dengan perempuan tu takkan ada apa apa hubungan pun. Kawan tak apa, aku tak kisah.

"Apa kau sibuk sangat ni? Biarlah dia nak buat macam mana pun dengan hidup dia" dalam tengah bercakap tu Baekhyun dapat dengar Taeyeon seperti tidak setuju dengan kata kata Tiffany tu.

Tiffany:
Okey. Annyeong.

Baekhyun:
Ah, nae.

End Call

Telefon di hulurkan kembali pada tuan punya badan. Tubuh di hempaskan di atas katil, terasa macam hilang segala beban.

Taeyeon pandang Tiffany pelik. Memang pelik betul dia dengan kawan dia ni, dari semalam lagi langsung tak setuju dengan apa dia cakap pasal Yerin tu. Bila kata dia suka dia cakap tak suka pun. Nak kata diaorang adik beradik pun bukan. Tiffany kenal dengan Yerin? Tahu perangai sebenar Yerin? Tak mungkinlah, masa Yerin datang birthday party dia Tiffany nampak sangat tak pernah jumpa dengan Yerin ni. Tapi apa salahnya kalau bertanya, kan.

"Kau kenal Yerin ke? Maksud aku kau kenal Yerin sebenarnya ke?"

Tiffany pandang Taeyeon. "Tak. Langsung tak. Aku tak tahu kenapa tapi aku memang tak berkenan kalau dia dengan Baekhyun ada apa apa hubungan istimewa."

"Ke betul kau ada perasaan dekat Baekhyun?"

"Tak. Betul betul aku cakap aku tak ada feeling langsung pada Baekhyun, aku anggap dia macam sahabat aku je walaupun dia tak rapat pun dengan aku macam dia rapat dengan kau" balas Tiffany dengan nada tegas tetapi lembut suaranya.

Cebikan di berikan kepada Tiffany, dia tak faham sungguh dengan kawan dia sorang ni. Pelik pun ada.

Kening bagai mahu bercantum apabila memikirkan kembali apa yang di cakap Taeyeon tadi. Taeyeon tak kisah lagi, yang dia kisah dengan kata kata Tiffany tu. Macam pembangkang nombor satu negara pun ada juga.

Baekhyun betulkan pakaiannya lalu dia bersandar pada kerusi. Mata di pejam rapat, dah cuba mencerna apa dua gadis tadi cakap.

"Yang seorang semalam bukan main lagi cakap aku patut bagi perempuan tu peluang tapi sekarang dia cakap dia tarik balik apa yang dia cakap? Dah kenapa? Kalau tak tarik pun aku tak kisahlah, macamlah aku akan dengar cakap dia sangat. Seorang lagi tu, bukan main lagi bangkang pasal peluang tu" Baekhyun berbicara sendiri dengan mata terpejam rapat.

Senyuman terukir secara tiba tiba, terbayang pula Taeyeon dengan Tiffany macam mana gaya diaorang masa menelefon dia. Pasti muka Tiffany tak puas hati gila.

"Hoi, senyum apa? Terbayang perempuan seksi ke?"

Senyumannya hilang, bayang dua gadis itu juga hilang. Perlahan lahan mata di buka, dan terserlahlah sesusuk tubuh sedang berdiri sambil memegang beberapa fail rekod pesakit.

"Kau nak apa?" Dia rasa Chanyeol menganggu sahaja dia nak bayangkan budak dua orang tu.

"Ni rekod rekod pesakit kau tu, jangan lupa buat kerja. Aku tak tahulah nanti bila aku tak ada dekat sini siapa yang nak tegur kau pergi buat kerja ikut masa" keluh Chanyeol.

"Mulut. Hei, kau ingat aku ni dua puluh empat jam nak kena kau ingatkan ke? Aku boleh buat semuanya sendirilah, jangan perasan yang kau setiap kali tegur aku. Aku rasa dalam bulan ni baru dua tiga kali," Baekhyun tarik kasar fail rekod pesakitnya dekat.

"Yalah. Kau ni, apa salahnya bagi aku perasan sikit sekali sekala. Langsung tak bagi peluang, dahlah aku nak tinggal kau lama"

"Tak payah drama sangat, kau bukannya pindah pun. Nak pergi sekejap je pun, propa je lebih" Baekhyun selak helaian rekod pesakitnya satu per satu.

Chanyeol mencebik menyampah. Dia mengambil tempat. "Kau ada jumpa dengan Yerin tak dua tiga hari ni?" Soalnya.

"Manalah aku tahu perempuan tu, lantak dia. Aku tak kisah, aku lagi seronok lagi adalah kalau dia tak ada dekat sini. Tak adalah menyibuk dekat sini memanjang, rimas" Baekhyun tulis sesuatu pada kertas rekod yang ada.

"Kau ni, cuba prihatin sikit. Dia bukan orang lain tau, dia salah seorang daripada kita jugak. Tak salah kalau kau layan dia baik baik sikit" Chanyeol memang tidak setuju dengan layanan Baekhyun berikan pada Yerin itu.

"Memang dia sebahagian daripada kita semua, sebagai doktor. Tapi semua tu tak membuatkan aku perlu berbaik dengan dia, sedangkan doktor perempuan lain pun aku buat pandang tak pandang je. Yerin tu je lebih lebih, yang lain tak kisah pun" Baekhyun mencebik.

Chanyeol gelengkan kepala. Susah nak cakap dengan orang macam Baekhyun ni. Kita pusing sana, dia pusing sini. Kita belok kanan, dia belok pula kiri.

"Tak payah sibuk nak fikir perasaan orang, kau jaga perasaan kau sendiri sudah. Kalau kau dapat gembirakan hati Yerin tu, belum tentu dia dapat gembirakan hati kau suatu hari nanti" ujar Baekhyun.

"Cakap dengan kau ni memang susah,"

"Dah tahu, cakap apa lagi pasal perempuan tu dengan aku? Membazir air liur kau je"

Memang. Memang Chanyeol mengaku yang dia sudah menghabiskan air liurnya semata mata nak cakap perkara yang susah orang depan dia ni nak dengar. Keras hati.

"Kau jangan lupa."

"Urm... tapikan sekarang aku pelik dengan kau. Kenapa kau tanya aku pasal perempuan tu sedangkan kau adalah orang bertanggungjawab untuk dia?" Baekhyun pandang Chanyeol dengan dahi berkerut.

Chanyeol kelipkan mata. Dia pun tanya dalam hati juga soalan yang sama Baekhyun tanya dia sekarang ni. Macam mana dia boleh tak tahu erk?

Akhirnya Chanyeol mengangkat bahu sebagai jawapan dia sendiri tak pasti tentangnya.

"Aku bukan dua puluh empat jam dengan Yerin. Aku keluar dulu"

Baekhyun perhatikan susuk tubuh Chanyeol keluar dari biliknya.

"Okey, berbalik pada tadi." Baekhyun letak kepala atas meja. Memikirkan kembali tentang Taeyeon dan Tiffany.

"Tak boleh ke kau cepatkan lagi hari tu?" Tanya Taeyeon.

Berkerut dahinya mendengar soalan daripada Taeyeon. Dahlah tanya soalan macam apa lagi.

"Apa benda pulak kau ni?"

"Cepatkan hari kau nak bagitahu idea kau dekat aku tu. Tak boleh bersabar lagi dah nak tahu pasal tu"

Tiffany mengangguk angguk kepala dia. Baru dia faham.

"Boleh erk?" Wajah Taeyeon berubah riak apabila melihat anggukan daripada Tiffany.

Pantas Tiffany geleng. "Mana boleh. Tunggu je lah. Tak lama dah pun, sekarang dah hari keberapa?"

Wajah Taeyeon kembali kelat. "Hari ni baru hari ke sebelas, lambat lagi. Bagitahulah esok ke lusa ke erk?" Taeyeon pegang lengan Tiffany sambil buat muka comel yang akan membuatkan Baekhyun tampar kalau dia tengok.

Tiffany menggeleng lagi. Takkan sesekali dia beritahu. Dia perlu kuatkan semangat dari tersimpati dengan Taeyeon kali ini.

"Jebalyo..." rayu Taeyeon. Kali ini suaranya di lembutkan seperti kanak kanak.

"Kalau aku cakap tak boleh, tak bolehlah jawapan dia. Tunggu." Tiffany tetap dengan keputusannya.

Taeyeon mengeluh. Getah rambut yang mengikat rambut di tarik perlahan. Dia putus asa. Nampaknya kali ini hati Tiffany agak keras daripada biasa. Kalau tidak senang je dia nak memujuk ni.

"Apa kata kita pergi berjoging ke sekarang, aku perasan yang badan kau macam dah naik sikit" Tiffany pandang tubuh badan Taeyeon.

Tak ada perubahan pun, masih seperti sebelumnya. Sengaja Tiffany nak lari dari perbualan mereka sekarang.

Taeyeon pegang pipi sendiri, macam risau gayanya dengan kata kata Tiffany katakan tadi.

"Jomlah. Aku tak nak badan naik, nanti lagi susahlah aku nak jumpa calon suami. Masa makin berjalan ke hadapan, bukan berjalan ke belakang" tangan Tiffany pantas di tarik Taeyeon. Risau habis ni.

"Ya, ya. Kau pergi tukar baju yang sesuai dulu dengan apa yang kita nak buat, aku dah okey dah ni"

Tiffany senyum sendiri selepas Taeyeon menghilangkan diri. Entah kenapa dia nak kutuk Taeyeon sengal sekarang ni. Percaya sahaja apa yang dia cakap, sedangkan dengan mata sendiri boleh tengok badan sendiri yang langsung tak ada perubahan tu.

---

Update. Seriously AhYeon rasa down gila bila vote untuk ff AhYeon berkurang. Bukan sikit, tapi banyak.

Tak apalah, AhYeon sedar yang ff AhYeon memang tak best pun.

Thank yang mana still support ff AhYeon tu. AhYeon sangat menghargainya.

Continue Reading

You'll Also Like

97.9K 3.4K 34
❝ if I knew that i'd end up with you then I would've been pretended we were together. ❞ She stares at me, all the air in my lungs stuck in my throat...
1.2M 53.2K 99
Maddison Sloan starts her residency at Seattle Grace Hospital and runs into old faces and new friends. "Ugh, men are idiots." OC x OC
847K 10.8K 44
You're rafe Cameron's girlfriend. He's controlling, manipulative, and insanely jealous over you. (13/01/24) #1-Rafecameron (12/03/24) #1-Outerbanks ...
426K 28.9K 43
♮Idol au ♮"I don't think I can do it." "Of course you can, I believe in you. Don't worry, okay? I'll be right here backstage fo...