[C] Kau VS Aku

By Shieyruna

2.7M 90.6K 8K

๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL ๐Ÿ“Œ TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tia... More

Kau VS Aku - TV Series !
TAYANGAN SERIES SUDAH MULA!
Kau VS Aku TV SERIES - Musim 2
KVSA | 1
KVSA | 2
KVSA | 3
KVSA | 4
KVSA | 5
KVSA | 6
KVSA | 7
KVSA | 8
KVSA | 9
KVSA | 10
KVSA | 11
KVSA | 12
KVSA | 13
KVSA | 14
KVSA | 15
KVSA | 16
KVSA | 17
KVSA | 18
KVSA | 19
KVSA | 20
KVSA | 21
KVSA | 22
KVSA | 23
KVSA | 25
KVSA | 26
KVSA | 27
KVSA | 28
KVSA | 29
KVSA | 30
KVSA2 : KERANA CINTA
BAKAL TERBIT ๐Ÿ’•
CALLING FOR EVERYONE!
SPECIAL CHAPTER
๐‘ด๐’†๐’†๐’• ๐’ถ๐“ƒ๐’น ๐‘ฎ๐’“๐’†๐’†๐’•!

KVSA | 24

35.2K 2.4K 204
By Shieyruna

Beg sandang merah diletak kasar. Punggungnya dilabuh kasar pada bangku kantin. Tangan disilang. Giginya diketap menahan lava keluar meletus daripada kepalanya. Panas betul hatinya!

"Bangang punya perempuan! Aku cekik baru tahu!" Bentak Farisha. Buku teksnya dihempas atas meja kantin.

"Harap muka je lawa.." Tambahnya lagi.

"Memang sakit hati aku dengan Kyla tu! Apa masalah dia dowh?" Geram Nina pula. Tangannya digenggam sekuat hati.

"Bitch tak guna!" Bisik Nina keras.

"Memang sundal perangai masing-masing!" Marah Ain pula. Syaf dan Nuha juga rasa yang sama. Hati masing-masing memang sedang terbakar sekarang ni.

Aulia hanya menadah telinga mendengar omelan dan amarah rakan-rakannya. Dia menggeleng perlahan. Siapa yang buat mereka marah sangat ni?

Selesai memasukkan buku-buku ke dalam beg, Aulia menyandang pada bahunya. Mereka melangkah keluar dari kelas.

Sebaik langkah hampir sampai di tangga, bahu Aulia dilanggar dari belakang menyebabkan buku yang berada dalam pelukkannya terlepas.

Rakannya yang lain juga turut dilanggar.

Seorang gadis berkulit cerah dan rambutnya diikat satu berdiri di hadapannya sambil menyilang tangan. Buku milik Aulia yang berselerak atas lantai dipijak. Ya Allah, nasib bukan buku agama. Kalau tak, memang botak kepala minah ni datang sekolah esok.

"Kau ni asal biadap sangat pijak buku. Tahu tak tu ilmu. Ilmu." tegas Aulia.

"Whatever.." Hannisya tidak mempedulikan apa yang Aulia kata.

"Kau nak apa? Aku tak ada masa nak layan manusia tak cukup oksigen dalam kepala macam kau." Soal Aulia selamba.

"Simple. Stay away from Danish Aryan.."

Aulia melepaskan keluhan kecil. Apa bendalah minah ni. Seriously, dia ni gila tahap empat.

"Orang lain kau boleh tipu but not me. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau sengaja cari gaduh dengan dia. Hari-hari pula tu. Kenapa? Nak tarik perhatian dia. Sukalah kau kan duduk sebelah menyebelah." Kata Hannisya.

Aulia petik jari di hadapan wajah Hannisya. Bagi dia sedar sikit realitinya.

"Excuse me, kau ingat aku hadap sangat nak bergaduh dengan dia? Kau patut cakap macam ni dekat dia, bukan aku. And kau ingat aku gembira ke duduk sebelah dia? Kalau bukan sebab dia buat masalah, tak ada maknanya nak duduk berjiran dengan dia." Bidas Aulia geram.

"Apa-apa jelah Aulia. I want to remind you once again, stay away from him. He's mine. Milik Putri Hannisya."

Hekeleh.. Fikir aku selera ke dengan Danish tu. Kalau ditakdirkan dia sorang je ada dalam dunia ni, memang haktuih lah nak buat laki.

"Tengoklah kalau dia tak cari masalah."

"Well, kitaorang dah couple. So, faham jela kenapa aku suruh kau stop kejar Danish dengan cara bodoh kau tu."

"Wuu.. Congrats." Aulia bertepuk tangan perlahan dengan muka tak ikhlas.

Hannisya memandang Aulia dari bawah ke atas dengan perasaan benci. Buku teks Aulia disepak kemudian terus pergi macam tu saja. Woo.. this is too much! Suka hati mak tiri laki nenek dia je nak sepak ilmu.

"Aulia, ikut jelah kehendak Hannisya tu. Kalau tak, tak aman hidup kau nanti. Satu sekolah tahu perangai dia macam mana." Kata Kyla tiba-tiba.

"Hannisya tu bukan sesiapa pada aku. Dia bukan parents aku sampai aku nak kena dengar cakap dia."

Kyla menjeling. Pandangannya jatuh pada Nina. Perlahan-lahan dia merapati gadis itu.

"Tak lama lagi, Zaf akan jadi milik aku. Bukan selamanya dia nak tunggu kau macam orang bodoh. Wait and see, okay? Muah ciked." Kyla melangkah pergi dengam senyuman puas.

Keenam mereka saling berpandangan.

"Okay guys, abaikan aje diorang." Kata Aulia. Beg telekung disangkut pada bahu.

Semua menurut untuk melupakan apa yang berlaku semua mencapai beg telekung kecuali Nina. Sukar bagi gadis itu untuk melupakan pesanan penaja daripada Kyla Arallie. Kata-katanya memberi kesan buat dia risaukan sesuatu.

Selepas menunaikan solat Zuhur, semua pelajar diarahkan ke tempat unit beruniform masing-masing. Sementara menunggu guru penasihat masuk, seperti biasa ada yang borak, ada yang diam, ada yang tak tahu nak buat apa dan yang paling seronok ialah ramai pelajar perempuan mengerumuni meja yang diduduki Danish.

"Mak oi, ramainya."

Aulia menoleh sekilas. Melihat apa yang dikata Farisha. Kemudian, dia pandang ke hadapan semula. Malas nak ambil tahu. Bencinya pada Danish Aryan bertambah-tambah bila Hannisya sudah mula mencari pasal dengannya.

Guru-guru penasihat Kadet Polis masuk ke dalam kelas. Suara garau abang senior kedengaran memberi arahan untuk semua bangun dan memberi salam. Selepas itu, mereka dibenarkan duduk.

"Baiklah, kami guru-guru ada berbincang dengan Tuan Pengetua, satu aktiviti di mana yang terlibat hanya form 1, form 2 dan form 4. Tuan pengetua pun setuju. Selebihnya, kita tak nak kacau sebab PT3 dan SPM. Aktiviti dia kem di satu tempat yang kami akan cari nantilah.." Ujar Puan Hazwani.

Seorang pelajar senior mengangkat tangan.

"Tapi, SPM jauh lagi cikgu. Apa salahnya kami ikut?" Pertanyaan itu disokong oleh beberapa senior yang lain.

"Ini sebenarnya arahan daripada Tuan Pengetua. Dia nak yang ambil exam tahun ni, fokus pada exam. Kami tak boleh buat apa-apa." Terang guru itu.

"But.. this is our last year. Please cikgu, do something."

Guru itu berfikir sejenak dan memandang guru yang lain.

"Nanti saya cuba pujuk Tuan Pengetua,"

Pelajar itu mengangguk.

"Untuk bayaran dia RM60 seorang. Bayar pada kami, guru-guru. Bukan bendahari, okay? So, minggu depan dah boleh start bayar." Ujar guru wanita itu.

"Baik tak payah lantik bendahari macam tu." Omel Aulia dalam nada berbisik.

"Okaylah tu. Boleh duduk goyang kaki." Bisik Nina membalas.

Aulia buat muka bosan. Masa berlalu hingga tamat waktu. Semua bergerak keluar dari kelas selepas mengucap salam.

"Kenapa hari ni tak ada latihan rumah sukan?" Soal Farisha.

"Entah.."

Aulia mendapatkan Syaf, mereka berdua bergerak ke rumah sukan kuning. Aulia dan Syaf mendapatkan tempat mereka. Masih ada empat ruang kosong untuk sesiapa yang nak duduk.

"Assalamualaikum, nak duduk sini boleh?" Soal satu suara. Serentak mereka berdua berpaling.

Ashraf tersengih. Dibelakangnya ada Danish.

"Duduklah," Pelawa Syaf.

Aulia menepuk peha Syaf. Gadis itu buat muka blur. Aulia memberi isyarat mata. Syaf memandang sekilas kemudian baru dia perasan. Dia pandang Aulia semula dan berkata 'Sorry' tanpa suara.

Guru rumah kuning masuk ke dalam kelas. Katanya hari ini perbincangan untuk persiapan hari sukan nanti. Aulia tidak mahu ambil bahagian. Dah tahu sangat, kata senior je cikgu dengar. Tema, persiapan semua senior yang uruskan. Junior hanya mencengkerik.

"Kita buat tema.. minion!" Cadang salah seorang kakak senior. Tak silap Aulia, namanya Nadya. Sekepala dengan Hannisya. Nasiblah Hannisya rumah sukan lain.

"Minion dua tahun lepas dah buat. Kita buat tema bunga matahari" Cadang yang seorang lagi pula.

"Buruk... Buruk!" Yang lelaki pula menolak.

Begitulah setiap tahun. Aulia hanya melihat.

"Actually tema utama tahun ni fantasi," Ujar Puan Quilatul. Guru penasihat rumah sukan kuning.

Semua mengangguk. Main terjah je. Cikgu tak cakap apa-apa lagi. Lain kali dengar.

"Kita buat tema kayangan. Ada raja dan permaisuri." Cadang seorang kakak senior dan cadangannya diterima pakai.

Kemudian perbincangan beralih pada subjek lain pula.

"Bosan siot." Kata Ashraf lalu menguap besar.

"Samalah. Bosan menghadap ni. Menghadap anak orang tu.." Suaranya meleret perlahan tapi masih mampu didengari Aulia.

Aulia mencerlung pada Danish.

"Kau apa hal?!"

"Apa? Orang tak cakap dia pun, malu.."

"Kau ingat aku buta? Kau cakap lepas tu pandang aku."

"Salah ke nak pandang orang? Orang pandang oranglah."

"Memang salah. Tak habis-habis cari gaduh. Orang dah tak buat apa-apa tu kira baguslah." Balas Aulia.

"Siapa cari gaduh sekarang ni? Kau ke aku? Siapa yang kutuk aku dekat Insta dulu? Kau, dan kau yang mula cari pasal."

"Yang kau sibuk nak balas dendam tu kenapa? Sekarang ni, se-ka-rang ni kau yang cari pasal dulu!" Aulia tak membalas tak mahu kalah.

"Ada masalah ke Danish, Aulia?" Puan Anis muncul tiba-tiba dan menyoal.

Semua empat kepala itu serentak berpaling. Aulia pejam mata lima saat. Lupa dia yang Puan Anis juga guru penasihat rumah sukan kuning.

"Tak ada apa cikgu. Biasalah, bergurau." Danish tayang senyum.

"Ohh.. Ya ke? Ingatkan nak jumpa Pengetua tadi," Seloroh guru wanita itu.

Mereka berdua tersengih.

"Saya ada surprise untuk kamu berdua dalam menyumbang markah untuk rumah sukan kita."

"Apa dia cikgu?" Soal Aulia. Jantungnya berdegup laju.

"Kamu berdua akan tahu nanti." Puan Anis senyum sebelum meninggalkan kumpulan meja itu.

"Seramlah Cikgu Anis sekarang." Kata Ashraf perlahan.

***

Mata Farhan kejap-kejap mengerling pada seseorang. Kenapa matanya tak boleh tahan melihat si gadis yang tidak jauh di hadapannya.

"Kau ni aku tengok kejap-kejap pandang orang. Ada crush ke dekat sini?" Mata Imran laju meliarkan mencari siapa yang dipandang Farhan.

Perbincangan tentang rumah sukan langsung tak menarik perhatian dia.

"Mana ada." Farhan menafikan.

"Kau suka Hannisya ehh.." Tebak Imran.

Farhan tersedak.

"Mana ada!"

"Yeke ni? Sebab kau asyik pandang depan je." Kata lelaki itu.

"Mana adalah. Aku tak pandang Hannisya pun."

Imran mengalah. Dia bukan suka-suka nak serkap jarang tapi jika dilihat dari sudut pandangan Farhan, dihadapannya ialah Hannisya, Kyla dan Lily. Ketiga gadis itu juga duduk tidak jauh dari mereka. Cuma selang satu meja dari meja yang diduduki mereka.

Nak kata pandang manusia di meja sebelah mustahil sebab semuanya lelaki. Otaknya terfikirkan sesuatu. Takkanlah Farhan..

Imran memandang lelaki dengan muka cuak. Perasan akan diri dipandang, Farhan menoleh.

"Apa hal kau?"

"Kau gay eh?" Kata Imran terus.

Laju dahi Imran makan jentikan Farhan. Kuat pula tu. Menjerit kecil Imran.

"Kau ni dah kenapa?" Soal Farhan keras. Merepek je!

"Dah kalau kau tak pandang Hannisya, takkan kau pandang abang-abang senior ni pula." Imran masih dengan rasa cuaknya.

Farhan pandang meja dihadapannya mereka.

"Aku termenunglah tadi." Katanya.

Imran berkerut. Termenung dengan kerling bukan lain ke perbuatannya. Salah seorang mereka. Pasti!

***

Puan Emilda mengemas meja makan. Pinggan dan cawan kotor diletak dalam sinki. Meja dilap

"Sabtu ni jadikan buat kenduri?" Tanya Puan Emilda.

"Jadi," Jawab Encik Muzaffar.

"Ermm.. abang tak akan tak ada contact Ridhuan lagi.."

"Ridhuan mana?" Encik Muzaffar pura-pura tidak tahu.

"Ish! Ridhuan kawan sendiri pun tak kenal. Suami Shikin la.."

"Saya tak tahu dia dekat mana sekarang. Kitakan dah lama lost contact dengan diorang." Ujar Encik Muzaffar.

Puan Emilda mengeluh perlahan. Terpancar riak kecewa.

"Saya rindulah dekat Shikin. Dekat Ikha. Macam manalah diorang sekarang. Abang cubalah cari lagi." Pintanya.

Encik Muzaffar memandang isterinya dan tersenyum punggung diangkat dan melangkah keluar dari dapur tanpa berkata apa-apa.

"Ish! Orang tua ni, kita tengah cakap dengan dia!" Puan Emilda menarik muka.

***

Malam itu, selesai saja solat Isyak, badan terus direbah atas katil. Auww.. selesanya. Dia teringatkan kucing putih kesayangannya.

"Ocean.. Ocean.." Aulia memanggil dan membuat bunyi untuk menarik perhatian kucing itu.

Mata pandang pada tempat tidur kucing itu. Tak ada. Aulia turun dari katilnya dan keluar dari bilik pergi tingkat bawah.

"Ma, ada nampak Ocean?" Soal Aulia hanya berdiri di tangga.

"Tak ada. Hari ni mama tak nampak dia keluar ke apa." Jawab Puan Shikin.

Aulia naik semula tapi kakinya ke bilik Adam Zarief. Pintu bilik diketuk. Bila pintu terbuka terus dia menyoal.

"Ocean ada dalam bilik Adam?"

"Tak ada." Balasnya sambil menggeleng.

Aulia masuk ke biliknya semula. Pintu bilik ditutup dan dia bersandar pada pintu. Termangu sendiri.

"Okay, kalau aku jadi Ocean, aku pergi mana?" Soalnya pada diri sendiri.

Tiba-tiba dia terdengar satu bunyi datang dari bawah katil. Aulia mendekat. Dia melutut. Kepala ditunduk sedikit menjenguk di bawah katil. Tiada apa-apa melainkan sebuah kotak. Tangan mencapai dan menariknya keluar.

"Laa.. dekat sini rupanya." Aulia memandang makhluk putih dan berbulu itu.

"Meoww.."

"Tengok ni, badan dah kotor." Aulia mengangkat Ocean keluar dari kotak dan tubuh makhluk itu dibersihkan dari sawang dan habuk.

Di dalam kotak itu hanya ada beberapa buah buku cerita kanak-kanak. Berhabuk. Dah berapa lama kotak ni ada bawah katilnya? Almaklumlah, kalau kemas bilik, kemas gitu-gitu je. Janji bersih dan rapi.

Malah ada sebuah patung.... ultraman? Aulia pelik. Macam mana boleh ada dalam ni?

Dia bangun dan menapak semula ke bilik Adam Zarief. Pintu bilik diketuk.

"Tak ada.." Kata Adam sejurus pintu dibuka.

"Ocean dah jumpa. Nak tanya, ni Adam punya ke?" Soal Aulia sambil menunjuk patung ultraman.

Mata Adam memandang benda di tangan Aulia.

"Ee.. orang tak minat ultramanlah.." Kata Adam.

Adam Zarief memang tak minat ultraman. Daripada cerita sampailah kepada permainannya. Baginya cerita itu tak logik.

Aulia kembali ke biliknya. Pintu ditutup seraya memandang patung itu.

Entah-entah patung puja tak?

Hishh! Mengarutlah Aulia Zulaikha ni.

Semua sudut anggota patung itu dibelek. Dan tiba-tiba matanya difokuskan pada satu bahagian iaitu kaki patung itu. Terdapat tulisan kecil disitu.

"A...yan."

"Ayan? Siapa Ayan?"

Muka Aulia berkerut. Nama manja dia dulu ke?

"Ayan... Aulia... Auya... Alia. Eh! Lainnya bunyi. Tak kena langsung."

Sudahnya, patung itu diletak semua ke dalam kotak dan ditolak ke bawah katil.




Continue Reading

You'll Also Like

3.5K 523 9
Bismillah "Something is off..." -Yusuf Zayyad- "Kita dah kahwin sejak tahun lepas, Yusuf Zayyad " -Adkayra- Ketidak sefahaman demi ketidak sefahaman...
611 172 15
๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ ๐“๐ก๐ž ๐ˆ๐ฆ๐ฆ๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ซ๐ข๐ž๐ฌ๐ญ Seorang lelaki yang bernama Ming, diberi gelaran The Immortal Priest. Dia disuruh turun ke Wilay...
2K 155 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
101K 8.8K 29
"AKU TAU suara aku ni sexy. Sebab tu kau suruh aku senyap. Kau takut cair, kan?" - Hazree Okey, aku tak tau nak terangkan macam mana, tapi aku betul...