[C] Kau VS Aku

By Shieyruna

2.7M 90.6K 8K

๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL ๐Ÿ“Œ TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tia... More

Kau VS Aku - TV Series !
TAYANGAN SERIES SUDAH MULA!
Kau VS Aku TV SERIES - Musim 2
KVSA | 1
KVSA | 2
KVSA | 3
KVSA | 4
KVSA | 5
KVSA | 6
KVSA | 7
KVSA | 8
KVSA | 9
KVSA | 10
KVSA | 11
KVSA | 12
KVSA | 13
KVSA | 14
KVSA | 15
KVSA | 16
KVSA | 17
KVSA | 18
KVSA | 19
KVSA | 20
KVSA | 21
KVSA | 22
KVSA | 24
KVSA | 25
KVSA | 26
KVSA | 27
KVSA | 28
KVSA | 29
KVSA | 30
KVSA2 : KERANA CINTA
BAKAL TERBIT ๐Ÿ’•
CALLING FOR EVERYONE!
SPECIAL CHAPTER
๐‘ด๐’†๐’†๐’• ๐’ถ๐“ƒ๐’น ๐‘ฎ๐’“๐’†๐’†๐’•!

KVSA | 23

37.2K 2.4K 248
By Shieyruna

"Esok genap dua minggukan, kau duduk sama dengan Danish?" Soal Syaf kemudian menyuap sesudu nasi lemak makcik kantin yang sedap ni.

Dan sekarang telah masuk bulan Februari. Minggu depan cuti sempena Tahun Baru Cina. Haih.. dapatlah rehat-rehat juga.

"Hahaha... apa maksud kau 'duduk sama'? Duduk sama tu banyak maksud.. macam duduk serumah. Detail sikit boleh tak?"

"Duduk sebelah menyebelahlah. Berjiran. Itu pun tak faham. Tapi manalah tahu aku doakan kau duduk serumah dengan dia satu hari nanti.. Ahakkk!" Ketawa Syaf.

"Amiinnn.." Nina turut mengamin kuat.

"Jangan nak mengada. Kau Nina, mulut dahlah masin," Buat termakbul doa Shanina ni, naya je!

Nina hanya tayang senyum.

"Pleaselah nak duduk serumah. Duduk berjiran ni pun macam anjing dengan kucing. Kadang tu aku rasa macam nak cekik je dia." Ujar Aulia dengan penuh geram.

"Tapikan.. best juga kelas tu. Meriah je dengar korang bergaduh . Lagi-lagi time cikgu tak ada," Tambah Nina.

"How sweet!" Ain menambah. Dan ujarannya disokong semua.

"Lepas ni waktu Sastera. Harap ada benda gempak berlaku." Farisha bangun dan membuang plastik sampah ke tempatnya.

Seraya itu, loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah pun tamat. Mereka bangun dan bergerak ke kelas dalam kumpulan.

Dari jauh, Hannisya menangkap figura Aulia berjalan bersama rakan-rakannya. Dia tersenyum herot.

Hari tu kau kenakan aku kan, kau ingat kau siapa?  Getus Hannisya dalam hati.

Dia berbisik pada kawan-kawannya dan semua mengangguk. Mereka dalam kumpulan berjalan ke arah kumpulan Aulia.

Jarak semakin dekat. Tanpa disedari Aulia yang sibuk berbual dengan Syaf, Hannisya melanggar kuat bahu Aulia hinggakan gadis itu jatuh ke terduduk ke belakang.

"Hoi! Buta ke?" Tengking Hannisya.

Aulia yang masih duduk memegang bahunya yang sakit. Bahu besi ke weh? Gila sakit!

"Kaulah yang buta, langgar orang!" Nina menjerit kuat di sisi Hannisya lalu melutut mendapatkan Aulia. Begitu juga yang lain. Mengerumuni Aulia dan melindungi gadis itu serta memandang tajam pada Hannisya.

"Oh yeke? Do I care?" Hannisya terus berjalan dan dengan sengaja dia menyepak kaki Aulia. Dapat juga tu.

"Berambuslah setan!" Farisha menolak tubuh Hannisya menjauhi Aulia.

Hannisya menunjukkan jari tengah dan berjalan catwalk ke arah bangunan kelas mereka.

"Fikir lawa jari tengah kau?" Jerit Farisha. Sama ada Hannisya dengar atau tidak, itu perempuan tu punya pasal. Tapi dia berharap sangat Hannisya dengar. Perangai macam sundal. Jalan dahlah macam angsa.

"Aulia, kau okay?" Soal Nina.

"Sikit je ni."

"Kenapa ni?" Satu suara garau membuatkan mereka berpaling.

"Ratu sekolah pergi langgar bahu dia tadi." Nina menjawab pertanyaan Danish.

Berkerut dahi Danish. Ratu sekolah? Bila masa pula sekolah ni ada ratu.

"Siapa ratu sekolah?" Soal Danish. Almaklumlah, dia kan budak baru dekat SMK Tasik Indah ni, manalah dia tahu.

"Siapa lagi kalau bukan pokok pisang kau tu." Jawab Ashraf.

Danish mengerti. Dia mendekati Aulia dan bertinggung di hadapannya.

"Kau okay tak?" Soal Danish lembut. First time ni!

"Sibuklah kau. Dah dia langgar aku sampai jatuh terduduk ni mestilah sakit. Tanya lagi." Aulia mengesat air matanya yang bertakung akibat pedih yang dirasa pada bahagian bahu.

Serious weh, sakit dia tu umpama kau hantuk tangan kau kuat dekat tiang besi. Memang sahlah bahu Hannisya ni besi!

"Kau ni, aku tanya baik-baik. Jawablah baik-baik." Balas Danish dengan nada yang masih lagi lembut.

"Kan aku cakap tak payah sibuk!" Rengus Aulia.

"Hey! Ni apa berkumpul ramai- ramai dekat sini. Masuk kelas sekarang!" Arah seorang pengawas perempuan yang meronda di kawasan itu.

"Sabarlah. Kawan aku jatuh tadi." Kata Danish dan dengan selamba, tangannya mencapai tangan Aulia untuk membantu gadis itu bangun.

Zup! Aulia merasakan seperti tangannya terkena renjatan elektrik saat Danish mencapai tangannya. Lidahnya kaku. Renjatan itu bagaikan mengalir ke seluruh tubuhnya. Dapat dirasa sakit pada bahagian bahunya berkurang.

"Oh ya ke? Elok-elok dengan kawan tu, nak saya tolong?" Tiba-tiba suara si kakak pengawas yang tadi macam petir berubah macam suara snow white bila ternampak Danish.

"Tak payah.." Mendengar jawapan dingin daripada Danish, si pengawas itu berlalu pergi.

Danish memimpin Aulia menuju ke kelas mereka. Lagi beberapa tapak nak sampai di muka pintu, Aulia tersedar dari alam renjatan elektriknya. Cepat-cepat tangannya ditarik.

"Kau ni kenapa caring sangat?" Soal Aulia pada Danish. Nasib berlapik!

"Laa.. tadi okay je."

"Kau nak ambil kesempatan eh? Nasib baik berlapik tahu. Tak pasal-pasal aku nak kena samak nanti. Sental bagi hilang semua kesan kau."

"Hello, aku bukan lelaki macam tu. Kau fikir aku heran sangat dengan perempuan yang macam kau?" Danish berlalu masuk ke kelas diikuti rakannya yang lain.

Aulia terdiam. Lalu Ain pula yang memimpinnya masuk ke kelas. Tiba di muka pintu, wajah pertama yang dipandang ialah Encik Farhan.

"Ingatkan tak nak masuk kelas tadi." Sindir Encik Farhan.

"Maaf cikgu, tadi Aulia kena langgar dengan ratu sekolah." Adu Syaf bagi pihak Aulia.

Kening Encik Farhan bertaut.

"Ratu sekolah?"

"Putri Hannisya lah cikgu. Siapa lagi. Dengan geng dia.." Sampuk Ashraf.

Kyla Arallie yang ada di tempatnya mencebik.

"Tak apalah. Duduk."

"Kita sambung tugasan yang saya bagi. Mula dengan group Danish sebab kamu semua masuk lambat tadi," Kata Encik Farhan dengan selamba.

Semua ahli kumpulan meja Danish mengeluh malas. Nak tak nak kena pergi juga. Zafirul mengeluarkan gulungan kertas putih itu. Dibuka dan ditampal pada papan putih.

Semua hanya berdiri menghadap kelas seperti menunggus sesuatu. Tiga minit berlalu tanpa apa-apa buat mereka berpandangan sesama sendiri.

"Nish, kau mula dulu. Bagi salam semua.." Bisik Ashraf.

"Apa hal aku? Zaf lah."

"Tak nak! Ninalah.." Zafirul menyuruh Nina pula.

Shanina menggeleng laju.

"Hoi! Kau mula dululah." Bisik Danish pada Aulia.

"Kaulah!"

"Kau!"

"Lelakikan pemimpin.."

"Lady's first. Utamakan kaum wanita.."

"Kepala otak kau. Masa-masa macam ni baru nak utamakan perempuan. Lady's first konon. Habis kau membuli aku tu, apa kes?"

"Kau memang perempuan tapi kategori lain. Perempuan yang skru otaknya longgar. Kalau skru longgar, otak jadi tak betul. Bila otak dah tak betul mulalah buat benda yang entah apa-apa. Contohnya macam... kutuk gambar orang." Kata Danish panjang lebar tapi menyindir.

Aulia bercekak pinggang lalu pusing menghadap Danish. Danish juga pusing dan tunduk sedikit merenung Aulia memandangkan gadis itu pendek sedikit darinya. Masing-masing sudah tidak peduli orang disekeliling.

"Skru otak aku longgar? Habis skru otak kau tu, ketat sangatlah? Kerja membalas dendam tu bukan entah apa-apa juga?" Soal Aulia. Nada sindiran diselitkan.

Pergaduhan seperti sebelum ini berlaku lagi. Di hadapan guru pula tu. Mereka ni betul-betul lupa apa habuan jika mereka bergaduh semasa keberadaan guru didalam kelas.

Encik Farhan ternganga seketika dan kemudian menggeleng.

"Aku buat semua tu sebab kau yang mula dulu." Balas Danish keras.

"Nampak sangatlah kau tak matang. Benda macam ni kau nak ambil peduli,"

"Memanglah. Habis jatuh reputasi aku. Kau bukan nak bertanggungjawab pun."

Suara antara mereka semakin naik volumenya.

"Ehem, awak berdua kalau nak bergaduh di bilik pengetua. Saya dengan sukarelanya nak hantarkan ke sana.." Sampuk Encik Farhan dan duduk bersandar pada kerusi sambil menyilang tangan.

Mereka berdua serentak memandang guru lelaki itu kemudian berpandang sesama sendiri. Mereka kembali pada kedudukan asal dan mengunci mulut.

Ashraf memulakan kata untuk membentang tugasan mereka. Terpaksalah dia ketuai memandang masing-masing takut. Redha jelah. Bukan buat apa pun kan?

***

Petang itu, geng lelaki berkumpul di gelanggang Squash. Hanya batang hidung Farhan je yang belum muncul.

Danish hanya memerhati Zafirul dan Imran bermain Squash. Begitu juga Ashraf dan Zafry yang duduk di sebelahnya memerhati lagi dua manusia main.

"Weyh, mana Paan ni?" Rungut Zafry. Penat betul menunggu makhluk seekor ni.

"Ada hal lah tu.." Danish yang menjawab. Matanya masih melekap pada permainan Zafirul dan Imran.

"Kepala abah dia ada hal. Dia sendiri janji nak datang pukul 3. Ini dah satu jam.." Tambah Ashraf dengan muka geram.

Zafry mendail nombor seseorang. Handphone dilekap ke telinga.

"Weh.. Paan. Kau dekat mana? Berak ke apa?" Soalnya tanpa berlapik. Nasib baik dewan Squash ni tak ramai orang.

Dari kerlingan Danish, dilihat wajah pasrah Zafry. Handphonenya diletak tepi beberapa saat kemudian.

"Dia lambat sikit. Tadi dia sakit perut," Kata Zafry.

Zafirul dan Imran keluar dari kotak kecil itu dan berjalan ke arah tempat mereka. Imran duduk di depan Danish dan meneguk air yang dibawa. Zafirul mengah sedikit. Tuala kecil dicapai dan peluhnya dilap.

"Nish, tak nak main?" Imran menghulur raketnya.

"Aku tak reti." Jujur Danish.

"Serious ah?!" Terkejut dia mendengar pengakuan dari instafamous seorang ni.

"Habis, apa yang kau reti?"

"Ermm.. bola sepak..."

"Apa barang.. budak handsome dan hot macam kita-kita ni kena buat sesuatu yang lain. Jaranglah tengok budak laki pandai main Squash. Instafamous lelaki lain, selfie sikit.. giftreview... modelling. Apa bendanya. Pergi gim bajet angkat berat. Tak ada ciri-ciri maskulin langsung. Bajet handsome je.." Betapa panjang lebarnya kutukan Ashraf.

"Ehh.. aku tak. Tapi, selfie sikit tu adalah." Danish tersengih.

"Cara main dia senang je." Kata Zafirul.

"Kau dah tengok kitaorang main tadi kan? Sekarang kau main pula." Imran menyerahkan raketnya.

Perlahan-lahan raket disambut Danish.

"Go Danish go! You can do it!" Sorak Zafry perlahan. Hanya boleh didengar oleh mereka.

Danish dan Zafirul melangkah satu persatu anak tangga kecil dan masuk ke dalam gelanggang.

"Hey guys!" Sergah Farhan tiba-tiba dengan sedikit mengah.

"Dah satu jam ni bro.." Zafry menunjukkan jam tangannya menandakan yang Farhan tersangatlah lewat.

"Sorry. Sakit perut." Balas Farhan.

"Mana Zaf dengan Danish." Soalnya dan mencari kelibat dua orang kawannya. Kemudian dia pandang Ashraf. Lelaki itu memuncungkan mulut tunjuk pada satu tempat.

Mata Farhan beralih. Dia mengangguk faham.

"Jom arh.." Zafry mengajak Farhan. Ditangannya sudah siap dengan raket. Bersedia untuk kalahkan Farhan.

Farhan dengan tangkas mengeluarkan raket dari sarungnya dan membuntuti Zafry.

Dalam gelanggang lain, dua orang lelaki ini saling bersaing. Dalam diam, Zafirul kagum dengan Danish. Cepat betul dia belajar cara bermain Squash walaupun cuma memerhati.

"Kau serious ke tak tahu main?" Soal Zafirul seraya memukul bola.

Bola melantun ke dinding dan giliran Danish pula untuk membuat pukulan.

"Betul lah.." Jawabnya.

"Aulia macam mana?" Soal Danish tapi matanya masih melekat pada bola.

"Macam mana apa?" Zafirul memukul bola.

"Bahu dia sakit lagi ke?" Soalan dibalas soalan lagi.

Risau pula dia melihat keadaan Aulia. Dia yakin, Hannisya melanggar Aulia dengan kuat. Kalau tak, masakan gadis itu hampir keluarkan air mata.

Eh?! Kenapa dia mesti risau? Biarlah bahu dia nak sakit ke, kepala nak tertanggal ke. Nak kesah sangat kenapa?

"Risau je bunyi. Dalam hati ada taman ke?"

"Taklah. Kalau betul sakit sangat, bolehlah aku sound Hannisya tu." Jawabnya bagi menutup keterlanjuran katanya.

Bola dipukul lagi oleh Danish.

"Laa.. buat apa nak sound? Kau patutnya suka sebab si pokok pisang tu dah tolong kau sakitkan hati Aulia. Tak gitu?"

Zafirul tidak dapat memukul bola. Mereka seri sekarang ini. Mereka ke pusingan kedua pula.

Betul juga tu.. Bisiknya dalam hati. Tapi jiwanya meronta-ronta nak tahu keadaan Aulia. Tapi apa dia jawab pada Zafirul?

Danish mula membuat pukulan. Dia cuba mencari idea untuk berkata.

"Tak adalah, buatnya Aulia petik nama aku cakap aku yang langgar dia. Tak kena marah dengan parents dia. Aku kenalah tahu juga." Danish menggunakan alasan itu.

"Ye yelah tu Danish.."  Zafirul tidak percaya.

"Cepatlah. Dia macam mana?" Desak Danish. Lantaklah Zafirul nak fikir apa pun. Hatinya betul-betul nak tahu.

"Manalah aku tahu Danish oii.. Aku bukannya duduk serumah dengan dia. Kau call lah Aulia."

Kalau dia boleh call, dah lama dia buat. Tapi nanti apa pula tanggapan Aulia. Tadi je dia tak sedar yang dia terlebih ambil berat.

"Takkan kau tak tanya Nina?" Danish berusaha lagi dengan tanya benda lain.

"Nina tu asyik tak balas Whatsapp aku je. Tak tahulah kenapa. Nak kata aku buat salah, aku buat apa?" Kata Zafirul lalu melepaskan geram dengan memukul kuat bola itu. Sungguh dia tak mengerti gadis itu.

Cuba beritahu, apa salah dia dan apa yang kurang? Cara apalagi supaya dia boleh tawan hati Nina.

Danish mengeluh. Nak tak nak dia kena tanya juga. Hati ni tak tenteram. Kenapa dengan dia ni?

"Weh, apa ni.." Zafirul macam tak percaya. Danish menang.

Danish tersenyum nipis dan hanya menjongketkan bahu. Dia berjalan keluar dari gelanggang diikuti Zafirul.

"Siapa yang menang?" Soal Imran sejurus mereka duduk.

"Abang handsome kitalah." Jawab Zafirul.

"Terrorlah! Boek Danish.." Ashraf menepuk bahu Danish dan ketawa.

Kini mereka menyaksikan pula pertarungan antara Farhan dan Zafry. Danish mengeluarkan handphonenya dari beg dan aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Aulia dicari. Bila jumpa, Danish menaip sesuatu dan... Send.

Assalamualaikum..

Danish menunggu balasan daripada Aulia. Beberapa minit kemudian, bunyi detingan menandakan mesej baru masuk.


Aulia Jebonzzz🐒
Waalaikumusalam. Nak apa!

Bahu kau sakit lagi ke?

Aulia Jebonzzz🐒
Asal sibuk nak tahu?😒 Kau sukalah kan?!

Aku tanya ni!!😠

Aulia Jebonzzz🐒
Tak

Betul???

Aulia Jebonzzz🐒
Hishh!! Betul lah!

Mustahil tak sakit lagi😮

Aulia Jebonzzz🐒
TAK PAYAH SIBUK! Aku tahu kau suruh Nisya langgar aku lepas tu kau pura-pura datang jadi hero. Puih💩

Mana ada!!😡√√

Aulia hanya memberinya bluetick. Haih lah minah ni.

Di bilik, Aulia mencampak handphonenya ke tepi.

"Apa kenalah mamat ni?"  Soalnya sendiri. Rengusan kecil dilepaskan.

Bahunya dipegang. Dah tak rasa sebarang kesakitan lepas dia menyuruh Adam menumbuk bahunya. Sakit tu jangan ditanya. Itu saja caranya kalau nak cepat baik. Kalau diurut makan masa untuk baik.

Apa pun dia masih musykil dengan Danish yang terlalu ambil berat hari ni. Satu keluhan dilepaskan. Dia berharap yang perkara macam ni takkan berlaku lagi. Dia tidak mahu hati kecilnya terusik dengan sebarang sikap atau tingkah laku Danish. Tadi saja jantungnya berdebar tak menentu.

Ahh... Gawat!

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
91.7K 2.1K 50
Bosan? Jom belajar slang Sabah!Simple and boleh digunakan untuk sehari-hari...Boleh kenakan kawan korang.Hahaha! Cover:MisZnerD 3
27.3K 1.2K 33
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
1.3K 60 30
Dari seorang kawan sehingga melangkah ke alam perkahwinan. He's the one. *COMPLETE* Jangan lupa vote!๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š