LELAKI PALING BAHAYA

By CikSakuraLiyana

76.4K 4.9K 627

Bagi Ayuni, Irfan umpama Lee Min Ho. Dan orang macamnya hanya boleh lihat dan meminati Irfan dari jauh... Na... More

LPB : PROLOG
#LPB : PART 1
#LPB : PART 2
#LPB : Part 3
LPB : PART 4
#LPB : PART 5
#LPB : PART 6
#LPB : PART 7
#LPB : PART 8
#LPB : PART 10
#LPB : PART 11
#LPB : PART 12
#LPB : PART 13
#LPB : PART 14
#LPB : PART 15
#LPB : PART 16
#LPB : PART 17
#LPB : Part 18

#LPB : PART 9

3.3K 246 18
By CikSakuraLiyana


Ayuni melihat kalendar. Masuk hari ini sudah hampir seminggu peristiwa lamaran yang tak diduga itu berlaku. Bagaimanapun dia masih tak boleh melupakan peristiwa itu. Seolah-olah peristiwa itu baru terjadi semalam. Tapi dalam masa yang sama sampai hari ini dia masih kurang faham dengan apa yang telah berlaku.

Irfan lamarnya?

Seumur hidupnya yang suka berangan-angan, belum pernah lagi dia terfikir Irfan akan melamarnya. Macam tak logiklah pula. Dia hanya kenal Irfan sebagai seorang tukang masak yang handsome. Bertemu pun hanya beberapa kali. Tapi apa pula yang membuatkan Irfan tiba-tiba melamarnya?

Setelah puas memikirkan, ada beberapa perkara yang Ayuni sendiri berasa misteri tentang Irfan.

Dia mendapat diskaun VIP di kedai makan Irfan.

Irfan tiba-tiba menjadi jiran sebelah rumahnya.

Irfan tahu namanya.

Irfan sanggup hantarnya ke hospital dan bayar bil perubatannya.

Semua yang di atas merupakan klue yang tak boleh dinafikan lagi. Orang yang banyak tengok drama cinta memang mudah dapat teka. Cuma yang membuatkan Ayuni tertanya-tanya, mengapa dan bagaimana Irfan boleh melamarnya.

Jangan-jangan... Irfan sudah lama memerhatikannya. Cinta pandangan pertama! Hanya tunggu masa yang sesuai untuk ambil tindakan. Masa dia putuskan hubungan dengan Rasydan dulu, Irfan ada di sana. Mungkin Irfan telah dengar semuanya.

Ayuni cuba korek balik ingatannya. Dia masih ingat lagi selepas dia putuskan hubungan dengan Rasydan, beberapa hari kemudian, Irfan menjadi jiran barunya. Rasanya itu bukan satu kebetulan lagi.

Kalau tekaannya betul dan lamaran Irfan tempoh hari memang real!

"Dan aku pula pergi reject dia..." Ayuni mengeluh panjang.

"Apa? Reject? Kau reject siapa?" tanya Junaidah yang duduk di sebelahnya.

Ayuni terkejut. Tak sangka pula Junaidah dengar apa yang digumam tadi. Serentak itu juga dua orang kawannya yang duduk di meja hadapan mengangkat kepala. Masing-masing memandang ke arahnya dengan penuh rasa teruja. Begitu juga dengan orang kuat Dayana, Azura yang nampak berpura-pura buat kerja tapi sebenarnya sedang memasang telinga.

"Err... tak ada apa-apa."

"Tapi muka kau jelas menunjukkan macam ada apa-apa," kata Hayati kurang percaya.

"Jangan-jangan ada lelaki ajak kau keluar!" teka Suzana.

Bukan ajak keluar tapi ajak kahwin terus!

"Tak. Korang dah salah faham. Aku baru je layan drama Descendants of the Sun dan aku tak boleh nak terima heroin tu reject hero tu. Frust sungguh..." ujar Ayuni dengan harapan kawan-kawannya akan percaya.

"Ayuni... aku rasa kau tak payah kahwin pun gerenti kau boleh hidup gembira bersama dengan drama-drama Korea," kata Junaidah.

Ayuni tersengih. Mereka percaya!

"Aku dah faham. Sekurang-kurangnya drama Korea tak akan curang dengan kau," tambah Hayati.

Ayuni tersengih lagi. Drama Korea memang penyelamat hidup!

"Ayuni, bila tengok drama tu, jangan main mata ye. Big Boss tu aku punya!" Suzana bagi amaran.

"Ceh! Kau tu... semua hero Korea hak milik kau. Tak setia pada yang satu!"

"Diorang boleh bertukar-tukar heroin, kenapa aku tak boleh bertukar-tukar hero? Betul tak?"

Ayuni tergelak.

"Haiiii... patutlah tunang dia dulu diambil orang, rupa-rupanya asyik mengagungkan lelaki Korea yang plastik tu. Padan muka!" Azura bersuara. Walaupun perlahan tapi Ayuni dapat mendengarnya dengan jelas.

"Tak perlulah mengutuk orang. Cerminlah diri sendiri tu dulu. Cuba tengok desktop komputer kau tu. Janganlah pulak lepas ni kau nak kata EXO tu orang Malaysia."

"EXO ada Lay! Lay dari China!"

"Berapa kerat je dari China yang selebihnya dari Korea," balas Suzana.

"So? Apa yang kau tak puas hati?" Azura mula meninggikan suara.

"Aku tak kata pun aku tak puas hati. Kau tu yang tiba-tiba menyampuk orang lain berbual," balas Suzana lagi.

"Sebab korang bising. Aku nak buat kerja pun terganggu."

"Baru bising sikit dah rasa terganggu. Kau tu hari-hari pasang lagu kuat-kuat tak fikir pula mengganggu kami semua nak buat kerja. Orang suruh perlahankan, lagi dia kuatkan sampai department sebelah pun dengar," Junaidah pula bersuara mengejutkan mereka semua.

Junaidah bukan seperti Suzana yang lantang bersuara. Tapi bila Junaidah dah bersuara, Ayuni yang duduk sebelah pun rasa kecut perut. Serentak dengan itu Azura bangun dan masuk ke dalam pejabat Dayana.

"Itu mesti nak mengadulah tu. Menyampah!"

"Tak faham betullah. Dia tu lagi tua daripada kita semua tapi perangai macam budak-budak. Tak matang langsung. Bila dah kalah mengadu dengan Dayana," kata Suzana tak puas hati.

"Si Azura tu tak boleh tegur langsung. Lagi-lagi bila orang kutuk EXO kesayangan dia tu," tambah Hayati.

"Bukan dia sendiri yang kutuk ke? Tiba-tiba menyampuk cakap lelaki Korea plastik. Padahal fanatik dia dengan Korea lagi kronik tau. Artis Korea datang Malaysia aku rileks je. Langsung tak ada hati nak pergi tengok tapi dia punya fanatik, semua artis Korea yang jejak Malaysia, semuanya dia pergi sambut dekat KLIA. Dia ingat bila aku bercerita pasal hero Korea tu, maknanya aku fanatik sangatlah. Aku tahulah bezakan yang mana realiti dan fantasi. Salah ke kalau aku nak gedik sikit-sikit. Hidup ni, bila dah terlampau serius sangat boleh jadi bosan tau!" bebel Suzana.

"Pendek kata dia jenis orang yang selalu tak puas hati. Entah apa yang dia tak puas hati tu," ujar Hayati.

"Kau tak tahu ke?" Junaidah bersuara sambil tersengih. Bila Junaidah tersengih begitu, maknanya pasti ada sesuatu yang mereka semua tak tahu. Lagipun Junaidah memang terkenal dengan gelaran Cik Info Bergerak.

"Apa? Ada yang kami tak tahu?" tanya Hayati.

"Aku rasa dah tiba masanya aku cakap. Selama ni aku pendamkan saja. Nak beritahu tapi aku takut kau rasa tak sedap hati pulak."

"Aku?" Ayuni terkejut. Pasti hal itu ada kena mengena dengannya.

"Sebenarnya, aku pernah ternampak Azura cuba goda Rasydan dulu."

"What? Bila? Di mana?"

"Lama dah. Dekat dua tiga tahun dulu. Waktu tu dia baru je masuk kerja. Masa tu aku kerja lebih masa. Kalau tak silap hanya tinggal aku dengan Azura je. Rasydan ada dalam ofis. Yang buat aku musykil, Azura asyik tanya sampai bila aku nak stay. Aku ingat dia nak balik sekali dengan aku tapi bila aku dah nak balik, dia tak nak balik lagi sebab nak siapkan kerja. Aku pun tak fikir banyak dan terus balik tapi aku patah balik sebab hujan. Nak ambil payung. Masa tulah aku nampak Azura masuk dalam bilik Rasydan."

"Lepas tu? Apa kau nampak lagi?"

"Dia cuba goda tapi Rasydan tak layan. Mungkin masa tu Rasydan masih setia dengan Ayuni kut. Sorry, Ayuni. Aku baru beritahu pasal ni. Aku tak nak rosakkan hubungan kau dengan Rasydan masa tu."

"Tak mengapalah. Bagus juga kau beritahu sekarang. Tak adalah aku rasa sakit hati," kata Ayuni sambil mengeluh kecil.

Rupa-rupanya ramai juga yang minat Rasydan. Dulu, waktu Rasydan mula-mula datang bekerja di sini, tak ada siapa pun pandang Rasydan. Maklumlah kerja sebagai penyambut tetamu aje. Tapi bila Rasydan dinaikkan pangkat jadi pengurus dan bergaji besar, berderet orang cuba menggoda Rasydan.

"Tapi eloklah tu. Dua-dua penggoda berkawan baik. Pandai-pandailah Dayana hidup. Jangan lepas ni Azura pula rampas Rasydan daripada Dayana."

"Aku gelak je waktu tu. Biar padan dengan muka dua orang tu!" kata Suzana sambil ketawa.

"Sabar-sabar. Nah, makan gula-gula ni bagi sejukkan hati tu," kata Ayuni lantas menghulurkan sebiji gula-gula kepada kawan-kawannya setiap seorang.

Tidak lama kemudian, Azura dilihat keluar dari bilik Dayana dengan senang hati. Selang seminit, Dayana pula keluar dan masuk ofis Rasydan. Ayuni mula rasa tak sedap hati. Entah apa yang Dayana mengadu pada Rasydan kali ini. Setengah jam kemudian, baru Dayana keluar dari pejabat Rasydan. Dengan muka berseri-seri juga.

"Ahhh... bila la drama ni nak habis?" gumam Ayuni sendirian.

"Balik rumah nanti layan banyak-banyak drama Korea. Bagi hilang stress," balas Junaidah.

Ayuni tersengih. Memang pun! Layan drama Korea lagi bagus!

Tak lama kemudian, Rasydan keluar dari ofisnya.

"Lima minit lagi ada meeting. Semua berkumpul di bilik meeting," kata Rasydan dengan suara lantangnya.

"Ehem..." Dayana berdehem kuat.

"Err... semua kecuali Ayuni."

Whattt? Ayuni terkejut. Pertama kali sepanjang dia bekerja, ini kali pertama dia dikecualikan dalam menghadiri department meeting. Dia tak pasti sama ada nak ketawa atau menangis sekarang ni. Ini memang dah melampau. Dia orang buat hotel ni dah macam hotel sendiri.

"Kenapa Ayuni dikecualikan?" tanya Suzana.

"Sebab dia tak ada kena mengena dalam event kali ni," pantas Dayana menjawab.

Pulakkkk


*****


Baru beberapa kali suap, Ayuni dikejutkan dengan kedatangan tiga orang kawannya. Oleh sebab kelaparan Ayuni terus ke kantin memandangkan mereka semua masih berada di bilik meeting semasa tiba waktu rehat tadi.

"Kenapa ni?" tanya Ayuni pelik melihat perubahan wajah pada muka masing-masing. Macam tak puas hati pun ada.

"Ayuni, boleh tak kau beritahu Madam Lee supaya pecat si Rasydan tu?" kata Suzana nampak geram.

"Pasal meeting tadi ke? Apa yang dibincangkan?" teka Ayuni.

"Meeting paling merapu yang pernah aku alami sepanjang aku bekerja di sini," tambah Junaidah.

Ayuni mengerut dahi. Huh, marah teramat marah nampak! Kalau Junaidah yang jarang marah tiba-tiba naik darah, maknanya pasti ada sesuatu yang merapu dalam meeting tadi. Tapi Ayuni hanya tenang. Yang pasti dia tak dijemput dalam event kali ini.

"Rasydan dengan anak dara langsuir tu nak kahwin," kata Suzana.

Ayuni mengerut dahi. Bertambah hairan dia dibuatnya. Terkejut pun ada. Bukan terkejut sangat Rasydan nak berkahwin dengan Dayana. Tapi yang buat dia terkejut sangat-sangat, nak kahwin pun sampai panggil meeting satu department!

Dah gila ke?

"Apa hal sampai buat meeting?" tanya Ayuni.

"Dia nak buat majlis perkahwinan tu di hotel ni."

"Ohhh... patutlah aku tak dijemput masuk ke mesyuarat tu. Tapi... ini dikira aku terselamatlah ni?" Ayuni mengeluh lega. Mujurlah dia tak terlibat. Kalau tidak, pasti hatinya lagi bertambah merana.

"Seronoklah kau... Yang panas hatinya kami semua. Dayana punya idea pasal majlis perkahwinan dia memang luar alam. Nak buat tema ala-ala Cinderella," kata Suzana lagi memegang kepala. Stress!

"Bila majlis kahwin tu?" tanya Ayuni.

"Tak tahu lagi," jawab Junaidah.

"Eh?" Ayuni terkejut. "Habis tu, meeting berjam-jam tadi bincang pasal apa?"

"Pasal idea luar alam dia. Nak jemput tetamu VIP. Nak jemput artis popular menyanyi. Lepas tu dia tunjuk gambar gaun pengantin Anzalna. Kami semua dalam meeting tu ternganga. Speechless habis. Macam kami ni designer baju pengantin pula. Serius! Aku rasa dia tu mental! Macam mana la Rasydan boleh jatuh cinta dengan orang macam tu?" kata Suzana.

"Masa dia bercinta dengan kau, aku tengok dia masih waras lagi. Bila dia bercinta dengan Dayana, terus jadi tak waras. Tarikh kahwin pun belum confirm, terus nak buat meeting. Agak-agaklah," tambah Hayati.

"Tapi aku tengok Dayana tu yang nampak nak kahwin sangat. Rasydan pula aku tengok macam acuh tak acuh je nak kahwin," ujar Junaidah.

"Kau dah lupa apa yang Rasydan dah buat pada kawan kita ni? Tak hairan langsung kalau suatu hari nanti dia tak jadi kahwin dengan Dayana. Mungkin orang macam Rasydan tu tak pernah nak serius dengan perempuan. Saja nak main-main. Bila dah bosan dia akan cari yang lain," tambah Suzana geram.

"Kau ni... tak baik tau tuduh Rasydan macam tu. Mana tahukan dia terjerat dengan tipu helah Dayana..." Hayati kurang setuju.

"Kau ni kenapa? Suka sangat pertahankan Rasydan. Kau suka dia ke?" balas Suzana semakin naik angin.

"Dah, dah! Cepat pergi beli makanan. Nanti korang lapar pula," celah Ayuni tak mahu lihat kawan-kawannya bergaduh.

"Aku tak ada mood nak makan," kata Junaidah.

"Aku pun!" Suzana pun sama.

"Pulak dahhh. Cepat aku belanja!" Ayuni terus letak RM50 di atas meja.

"Err... tiba-tiba aku rasa macam nak makan nasi kukuslah..." ujar Suzana cepat-cepat ambil duit di atas meja.

"Aku pun!" Junaidah terus mengekori Suzana ke gerai nasi kukus.

"Kau tak lapar ke?" tanya Ayuni kepada Hayati yang masih duduk di hadapannya.

"Ayuni, aku ada sesuatu nak tanya kau tapi kau jangan marah ye," kata Hayati agak takut-takut mahu bersuara.

"Apa? Tanya sajalah," ujar Ayuni dengan rasa berdebar. Entah apalah yang bermain di fikiran Hayati sekarang sampai dia sendiri tak sedap hati.

"Kau memang tak kisah ke Rasydan kahwin dengan Dayana?" tanya Hayati.

Ayuni mengeluh lega. Itu rupanya soalannya. Ingatkan apalah yang merusingkan.

"Tak," jawab Ayuni sepatah.

"Kenapa?" Hayati terus bertanya.

"Sebab aku dah tak ada apa-apa dengan dia lagi," jawab Ayuni jujur.

"Serius?"

Ayuni mengangguk. Memang dia serius. Dia memang sudah tiada hati dengan Rasydan. Tapi sakit hati dengan apa yang Rasydan buat padanya sekarang. Naik menyampah pun ada. Eloklah Rasydan setuju nak berkahwin dengan Dayana. Kalau boleh dia tak mahu masuk campur dalam hal mereka.

"Macam mana kalau suatu hari nanti Rasydan nak kembali pada kau semula? Kau akan terima dia?" tanya Hayati.

Ayuni tergelak. Dia berasa lucu dengan soalan Hayati itu. Tapi Hayati masih dengan wajah seriusnya. Terus Ayuni berhenti ketawa.

"Aku tetap akan reject dia," jawab Ayuni.

"Macam mana kalau suatu hari nanti kau sedar yang kau tak boleh hidup tanpa dia?"

Ayuni terdiam. Soalan Hayati semakin lama semakin sukar pula dia hendak menjawabnya. Tapi Ayuni hanya tenang. Baginya biarpun soalan itu agak susah hendak dijawab tapi dia tak anggap soalan itu akan menghantui dirinya.

"Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Setakat ni aku tak pernah lagi rindukan dia. Jadi, jangan risau. Aku boleh hidup tanpa Rasydan," jawab Ayuni.

"Kalau macam tu baguslah. Aku harap kau akan berjumpa dengan Mr. Right selepas ni," ujar Hayati.


****


"Eh?" Ayuni memandang pelik pada hidangan yang pekerja kedai makan itu letak di atas mejanya.

"Kenapa?" tanya Munirah hairan.

"Macam lain..." ujar Ayuni merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Apa yang lainnya? Betullah ni yang kau pesan tadi," ujar Nora yakin.

"Orang lain yang masak?" tanya Ayuni kepada pekerja kedai itu.

"Ya. Hari ni orang lain. Tuan Chef kami ada hal penting. Katanya nak menuntut ilmu. Mungkin minggu depan dia akan masuk balik bekerja."

"Ohhh... patutlah," Ayuni mengangguk. Kecewa. Sejak dia reject lamaran Irfan tempoh hari, dia tak pernah lagi nampak Irfan. Rumah sebelah pun sunyi tak berpenghuni. Mungkin Irfan bawa diri...

"Hebatlah kau Ayuni. Dengan sekali tengok je kau boleh tahu siapa yang masak! Aku pun tak dapat bezakan masakan dia. Kau memang fangirl yang hebat!" kata Nora sambil bertepuk tangan.

Ayuni mengeluh panjang dan terus tak bersemangat. Dia sendiri tak faham dengan dirinya sendiri. Dulu memanglah dia minat gila dengan Irfan tapi sejak Irfan cuba melamarnya, minatnya dah bertukar jadi lebih kronik.

Dengan kata lain, cinta. Siap pakej rindu-rindu lagi.

"Kenapa ni? Rindukan Tuan Chef?" Nora tersengih-sengih.

Ayuni senyap. Langsung tak menafikan kata-kata Nora. Ya. Dia memang rindukan Irfan. Tapi hakikat yang paling dia tak dapat terima ialah dia telah reject lamaran Irfan. Rasa macam nak menjerit je!

"Ayuni, jangan kata kau rindukan dia. Parah nanti!" ujar Munirah.

"Memang dah parah pun," jawab Ayuni.

"Serius?"

Ayuni mengangguk.

"Cuba beritahu, parah sampai mana?"

"Sampai dia lamar aku tapi aku sengaja jual mahal dan reject dia tanpa sengaja."

Nora dan Munirah berhenti makan serta-merta. Masing-masing memandangnya dengan muka tak percaya. Dia sudah agak. Pasti mereka berdua akan tunjukkan muka begitu.

"Ayuni, mari aku nak rasa dahi kau. Panas ke tak," ujar Munirah.

"Kalau rasa tak boleh nak percaya jangan percaya. Aku pun payah nak percaya sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila aku sendiri reject dia tanpa sengaja," balas Ayuni tak ada masa dan tenaga untuk buat mereka percaya.

"Bila?" tanya Nora.

"Minggu lepas."

"Minggu lepas tapi kau beritahu kami sekarang?"

"Aku tengah proses dalam tempoh tu..."

"Kau ingat lamaran tu satu makanan ke? Nak proses apa lagi?"

"Proseslah. Kena tapis realiti dengan fantasi. Mana tahu aku berangan tanpa sedar. Selepas beberapa hari ni baru aku sedar dan yakin yakin lamaran tu memang real! Sekarang, aku rasa sungguh menyesal sebab pergi jual mahal dan reject dia."

"Macam mana kau boleh terfikir nak reject dia?"

"Aku tak kata aku reject dia. Masa tu aku blur. Otak aku langsung tak dapat proses. Dahlah aku tak pernah kenal dia secara dekat dan tiba-tiba dia lamar aku. Terkejutlah aku. Mujurlah aku tak kena heart attact."

"Ok. Cuba kau ceritakan dari mula sampai habis. Macam mana dia lamar kau?" tanya Munirah ingin tahu lebih lanjut.

Dan Ayuni pun menceritakan segalanya tanpa tokok tambah. Bermula dia menghadiahi Irfan apron sehinggalah dia reject lamaran Irfan tanpa sengaja. Nora dan Munirah hanya senyap sepanjang dia menceritakan hal sebenar. Habis dia bercerita pun mereka masih senyap. Macam antara nak percaya dan tak nak percaya saja.

"Kau yakin kau tak berangan tanpa sedar?" Nora mula bertanya selepas lama mendiamkan diri. Dia kenal sangat dengan kawannya itu. Suka berangan. Kadangkala angan-angannya boleh sampai tahap kritikal sampai tak boleh bezakan yang mana realiti dan yang mana fantasi.

"Aku yakin aku berada di dunia yang betul," jawab Ayuni.

"Kau ada tanya abang kau tak? Mana tahu dia pergi jumpa abang kau."

"Dia bukan kenal abang aku pun. Kalau dia nak jumpa abang aku sekali pun, dia mesti datang jumpa aku dulu. Minta nombor telefon ataupun alamat abang aku. Tapi tak ada pun."

"Mana tahu dia kenal abang kau. Kalau dia tak kenal pun, mungkin dia tahu siapa abang kau."

"Aku kenal semua kawan-kawan abang aku tak ada seorang pun yang kerja tukang masak. Aku pun dah tanya, abang aku kata mana ada lelaki paling berani datang melamar aku setakat hari ni. Aku rasa dia saja nak test aku kut... Atau dia ingat aku dah reject dia."

"Apa kata kau pergi jumpa Irfan dan tanya baik-baik," cadang Munirah.

"Tak naklah. Nampak macam aku terhegeh-hegeh nakkan dia. Lagipun macam tak real la. Apa yang ada pada diri aku sampai dia nak lamar aku? Kenal pun tak..."

"Kau yakin ke dia tak kenal kau?"

"Apa maksud kau?"

"Cuba kau fikir... Tiba-tiba kau dapat jadi ahli VIP di restoran dia."

"Itu sebab aku bertuah..."

"Dan tiba-tiba pula Irfan tinggal berjiran dengan kita."

"Kebetulan kut..."

"Dan tiba-tiba dia senyum dekat kau sampai kau demam."

"Mood dia tengah baik waktu tu kut."

"Dan tiba-tiba bawa kau ke hospital."

"Bayar bil perubatan kau..."

"Okey, stop. Jangan buat aku mengharap apa-apa lagi. Cukuplah... aku rasa ini mesti sindrom selepas putus tunang kut. Jadi, untuk mengelakkan sindrom ni berlanjutkan, aku nak umumkan bahawa hari ini adalah hari terakhir aku makan di sini."

"Kenapa?"

"Jangan tanya kenapa. Keputusan aku muktamad."

"Ayuni, kau ni harap muka saja comel tapi perangai tak comel langsung! Pasal hal ni pun sampai nak boilot satu kedai."

"Biar tak comel asalkan matang!"

"Itu bukan matang tapi nak lari daripada kenyataan..."

"Diam. Aku tak nak dengar apa-apa lagi dah!" 

Continue Reading

You'll Also Like

235K 15.5K 40
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
128K 4.7K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.1M 274K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
799K 47.3K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...