#LPB : PART 9

3.3K 246 18
                                    


Ayuni melihat kalendar. Masuk hari ini sudah hampir seminggu peristiwa lamaran yang tak diduga itu berlaku. Bagaimanapun dia masih tak boleh melupakan peristiwa itu. Seolah-olah peristiwa itu baru terjadi semalam. Tapi dalam masa yang sama sampai hari ini dia masih kurang faham dengan apa yang telah berlaku.

Irfan lamarnya?

Seumur hidupnya yang suka berangan-angan, belum pernah lagi dia terfikir Irfan akan melamarnya. Macam tak logiklah pula. Dia hanya kenal Irfan sebagai seorang tukang masak yang handsome. Bertemu pun hanya beberapa kali. Tapi apa pula yang membuatkan Irfan tiba-tiba melamarnya?

Setelah puas memikirkan, ada beberapa perkara yang Ayuni sendiri berasa misteri tentang Irfan.

Dia mendapat diskaun VIP di kedai makan Irfan.

Irfan tiba-tiba menjadi jiran sebelah rumahnya.

Irfan tahu namanya.

Irfan sanggup hantarnya ke hospital dan bayar bil perubatannya.

Semua yang di atas merupakan klue yang tak boleh dinafikan lagi. Orang yang banyak tengok drama cinta memang mudah dapat teka. Cuma yang membuatkan Ayuni tertanya-tanya, mengapa dan bagaimana Irfan boleh melamarnya.

Jangan-jangan... Irfan sudah lama memerhatikannya. Cinta pandangan pertama! Hanya tunggu masa yang sesuai untuk ambil tindakan. Masa dia putuskan hubungan dengan Rasydan dulu, Irfan ada di sana. Mungkin Irfan telah dengar semuanya.

Ayuni cuba korek balik ingatannya. Dia masih ingat lagi selepas dia putuskan hubungan dengan Rasydan, beberapa hari kemudian, Irfan menjadi jiran barunya. Rasanya itu bukan satu kebetulan lagi.

Kalau tekaannya betul dan lamaran Irfan tempoh hari memang real!

"Dan aku pula pergi reject dia..." Ayuni mengeluh panjang.

"Apa? Reject? Kau reject siapa?" tanya Junaidah yang duduk di sebelahnya.

Ayuni terkejut. Tak sangka pula Junaidah dengar apa yang digumam tadi. Serentak itu juga dua orang kawannya yang duduk di meja hadapan mengangkat kepala. Masing-masing memandang ke arahnya dengan penuh rasa teruja. Begitu juga dengan orang kuat Dayana, Azura yang nampak berpura-pura buat kerja tapi sebenarnya sedang memasang telinga.

"Err... tak ada apa-apa."

"Tapi muka kau jelas menunjukkan macam ada apa-apa," kata Hayati kurang percaya.

"Jangan-jangan ada lelaki ajak kau keluar!" teka Suzana.

Bukan ajak keluar tapi ajak kahwin terus!

"Tak. Korang dah salah faham. Aku baru je layan drama Descendants of the Sun dan aku tak boleh nak terima heroin tu reject hero tu. Frust sungguh..." ujar Ayuni dengan harapan kawan-kawannya akan percaya.

"Ayuni... aku rasa kau tak payah kahwin pun gerenti kau boleh hidup gembira bersama dengan drama-drama Korea," kata Junaidah.

Ayuni tersengih. Mereka percaya!

"Aku dah faham. Sekurang-kurangnya drama Korea tak akan curang dengan kau," tambah Hayati.

Ayuni tersengih lagi. Drama Korea memang penyelamat hidup!

"Ayuni, bila tengok drama tu, jangan main mata ye. Big Boss tu aku punya!" Suzana bagi amaran.

"Ceh! Kau tu... semua hero Korea hak milik kau. Tak setia pada yang satu!"

"Diorang boleh bertukar-tukar heroin, kenapa aku tak boleh bertukar-tukar hero? Betul tak?"

Ayuni tergelak.

LELAKI PALING BAHAYAWhere stories live. Discover now