[C] Kau VS Aku

By Shieyruna

2.7M 90.6K 8K

šŸ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL šŸ“Œ TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tia... More

Kau VS Aku - TV Series !
TAYANGAN SERIES SUDAH MULA!
Kau VS Aku TV SERIES - Musim 2
KVSA | 1
KVSA | 2
KVSA | 3
KVSA | 4
KVSA | 5
KVSA | 6
KVSA | 7
KVSA | 8
KVSA | 9
KVSA | 10
KVSA | 11
KVSA | 12
KVSA | 13
KVSA | 14
KVSA | 15
KVSA | 16
KVSA | 17
KVSA | 19
KVSA | 20
KVSA | 21
KVSA | 22
KVSA | 23
KVSA | 24
KVSA | 25
KVSA | 26
KVSA | 27
KVSA | 28
KVSA | 29
KVSA | 30
KVSA2 : KERANA CINTA
BAKAL TERBIT šŸ’•
CALLING FOR EVERYONE!
SPECIAL CHAPTER
š‘“š’†š’†š’• š’¶š“ƒš’¹ š‘®š’“š’†š’†š’•!

KVSA | 18

37.8K 2.5K 277
By Shieyruna

Danish Aryan meletakkan begnya. Buku latihan matematik dikeluarkan. Siapkan kerja sekolah? Excuse me, bagi aku tak guna jadi hot kalau tak pandai. Kita kena sempurna dari setiap segi. Betul tak?

Hari ini, hari pertama dia dan Aulia berjiran. Like seriously? Bila difikirkan balik, rasa menyesal pula jalankan idea hadiah katak tu. Ingatkan gempak, rupanya haprak!

Danish cuba memahami topik yang Puan Sharifah ajar semalam. Tak pasal-pasal namanya kena panggil jawab soalan dekat depan. Buat malu je dekat minah senget tu kalau tak dapat jawab.

Beberapa orang pelajar masuk. Danish tidak sedar yang Aulia sudah berdiri tegak di sebelahnya.

"Tepilah! Tak nampak ke orang nak lalu?" Kata Aulia sambil menampar kerusi Danish.

Danish menjeling mata ke atas. Kerusi ditarik merapati meja tanpa membalas kata. Memberi laluan kepada gadis itu.

"Kau ingat muat?" Soal Aulia geram. Saiz ruangnya cuma sehasta.

Syaf yang berdiri di belakang Aulia tak betah menunggu lama. Dia mengambil laluan lain untuk ke tempat duduknya walaupun terpaksa berpusing. Kalau nak tunggu lebih lama, alamatnya memang tak duduklah dia. Tengoklah kejap lagi, mesti gaduh punya.

Mendengar kata Aulia, Danish bangun dan menghadap Aulia. Dia keluar dari tempatnya sambil membawa kerusi sekali.

"Dah tahu badan gemuk macam badak air nak juga lalu sini." Katanya selamba.

Ashraf sudah mengagak pergaduhan akan berlaku lagi. Dia mengeluarkan tisu poket dan ditarik sehelai. Kemudian dia sumbat ke telinga. Sehelai lagi tisu ditarik lalu disumbat ke telinga satu lagi.

Tisu poket dihulur pada Zafirul. Lelaki itu mengambilnya dan melakukan perkara yang sama seperti Ashraf. Haih.. orang nak study pun susah.

"Suka hati akulah nak lalu mana pun. Ada nama kau ke dekat jalan ni sampai aku tak boleh lalu? Dah dengan beg berat besar gedabak macam ni kau nak suruh aku lalu tempat sempit." Aulia memeluk tubuhnya.

"Hekeleh.. habis Syaf tu boleh je lalu jalan lain. Kau je yang bengap. Sakai nak lalu sini."

Buku teks ditangan dijadikan alat membelasah Danish. Aulia memukul Danish sekuat hatinya.

"Sakitlah gila!"

"Padan muka!" Aulia berlalu ke tempatnya.

"Ee Eee... pecah juga muka kau ni kang." Danish sudah geram. Penumbuk sudah ditayang.

"Tumbuklah kalau berani." Aulia mencampak buku teksnya ke atas meja dan bersedia seperti nak bertinju.

"Woi Woi! Duduk tempat korang sekarang. Nanti kalau cikgu dengar kelas kita bising, nanti aku dengan Nina dulu yang kena marah bukan korang. Mohon faham." Kata Zafirul. Tak boleh blah betul. Dengan telinga bersumbat tisu pastu sound orang. Kau rasa macam mana ghoman eh?

Mendengar kata Zafirul, mereka berdua berhenti berperang dan duduk di tempat sendiri.

Baru tiga minit, fokus Danish terganggu. Dikerling ke sebelah kanan. Aulia Zulaikha sedang... apa benda minah ni buat? Aulia dipandang pelik.

"Ini kadboard sebagai dinding sempadan. Ini wilayah aku, tu wilayah kau," Ujar Aulia sambil jarinya menunding di mejanya menunjukkan itu wilayahnya kemudian tunjuk meja Danish menanda itu wilayah makhluk perosak tu.

"Kalau barang kau ke, sampah kau ke atau mana-mana anggota badan kau melepasi sempadan ni, aku kerat-kerat aku patah-patahkan!" Katanya lagi siap dengan gaya seperti mematahkan sesuatu.

Danish terus berdiri dan memandang Aulia.

"Aku pun tak hingin nak masuk wilayah kau. Okay, aku pun akan buat benda yang sama."

Aulia menarik muka.

Sebaik saja Puan Sharifah masuk, dengan lantang Zafirul memberi salam dan diikuti yang lain.

"Waalaikumusalam, duduk." Puan Sharifah memandang setiap pelajar kelas 4Sastera 1. Memang ada perubahan tempat duduk seperti yang dimaklumkan Puan Anis.

Saat matanya jatuh pada Aulia dan Danish yang duduk sebelah menyebelah, ada sesuatu yang tidak sepatutnya di situ. Pantas dia mendekati.

"Apa ni?" Soal Puan Sharifah.

"Dinding sempadan cikgu. Menandakan yang Danish tak boleh masuk wilayah saya begitu juga sebaliknya.." Jawab Aulia dengan senang hati.

"Bagi pada saya."

"Buat apa cikgu?"

"Puan Anis pesan, kalau ada sesuatu yang menghalang kamu berdua daripada bersemuka, saya dibenarkan untuk rampas." Jawab guru wanita itu.

"Tapi.."

"Kecuali kalau kamu berdua nak jumpa pengetua."

Ini yang tak boleh ni. Aduh..

Danish memandang Aulia, didesaknya gadis itu untuk menyerahkan kadboard tersebut.

Perlahan-lahan Aulia menarik kadboard yang dikepit antara mejanya dengan meja Danish lalu diserah pada Puan Sharifah. Kadboard bertukar tangan. Puan Sharifah meletakkannya di atas meja guru.

"Korang berdua kena ingat, kalau bergaduh nanti kena menghadap Tuan Pengetua. Ingat tu." Pesan Zafirul.

Danish merengus. Rasa macam duduk dalam penjara betul sekarang ni. Buat tu salah, buat ni salah.

Semua pelajar diarah untuk menyelesaikan soalan dalam buku modul. Puan Sharifah berjalan meronda dari meja ke meja dan membantu pelajar seandainya mereka tidak faham atau ingin bertanya.

Aulia meraba mejanya mencari kalkulator tapi mata masih melekat pada soalan. Tak jumpa! Mejanya dipandang. Tak ada?

"Hoi! Mana kalkulator aku!" Soal Aulia pada Danish. Suaranya dikawal agar tidak didengari guru wanita itu.

Danish hanya sekilas memandang.

"Manalah aku tahu." Jawabnya tanpa memandang gadis itu.

"Jangan nak tipu aku. Bagi balik kalkulator aku!" Suara ditahan dari terlontar.

"Aku cakap, aku tak tahu aku tahulah!" Danish berbisik keras.

"Tipu. Bagi balik kalkulator aku!" Aulia merampas kalkulator dari tangan Danish. Lelaki itu merampas semula.

Mereka berebut kalkulator pula. Yang lain hanya memandang. Sesekali mengintai Puan Sharifah yang tidak menyedari kejadian itu. Terdetik rasa risau di hati mereka. Takut jika keadaan mereka ditangkap Puan Sharifah.

Bila Puan Sharifah berpusing dan menghadap meja mereka, Danish pantas mendekatkan dirinya dan berpura-pura mengajar Aulia. Puan Sharifah hanya menjeling dan sembunyi senyum.

Aulia hanya mengangguk konon faham apa yang diajar Danish. Dalam situasi tadi, mereka harus sekepala. Kalau tak, kena bertapa dalam bila bilik Tuan Pengetua.

Bila Puan Sharifah sudah jauh, masing-masing menghela nafas lega.

"Kalkulator aku!" Aulia cuba merebut alat pengira tersebut dari Danish.

"Ini kalkulator akulah senget!" Ujar Danish.

Aulia merengus. Pen diambil dan dia menghadap bukunya semula.

Dua masa untuk subjek Matematik tamat. Buku dikemas dan disimpan ke dalam beg. Matanya tertancap pada sesuatu berwarna hitam. Kalkulatornya! Dia tak keluarkan ke tadi? Halamak malunya.

Sekarang subjek bahasa Inggeris. Mereka mengucap selamat pagi pada guru yang masuk. Mereka dibenarkan duduk kemudiannya.

Atas arahan Sir Rajan, mereka mengeluarkan buku dan menyalin nota di papan putih.

Keadaan kelas sepi. Masing-masing fokus pada nota. Aulia disebelah dipandang. Tekun menyalin nota. Akal mengeluarkan idea untuk mengenakan Aulia.

Tadi kau kacau aku kan. Now it's your turn.. Getus Danish. Fikir dia tak tahu yang Aulia sengaja kacaunya sewaktu subjek Matematik. Tak ada kalkulator konon.

Kaki kanannya diletak atas kaki meja Aulia dan berpura-pura seperti tiada apa yang akan berlaku selepas ini.

Saat Aulia sedang menulis, Danish terus menyepak kaki meja Aulia. Meja bergegar.

Aulia berhenti menulis. What the heck? Gegaran tadi buatkan tulisannya jadi cacat! Faham tak cacat? Lahabau betul!

Danish dipandang geram. Hatinya cuba disabarkan.

Ingat Aulia,kalau gaduh nanti kena hadap pengetua... Dia cuba memperingatkan dirinya.

Correction tape dicapai dan ditarik. Tulisan yang cacat tadi hilang dan ditulis semula. Buruk dah!

Dia kemudian kembali menyalin nota yang panjang berjela-jela itu. Sekali lagi mejanya ditendang dan tulisannya cacat!

Zafirul menahan tawa begitu juga Nina. Syaf pula bengang kerana mejanya juga bergegar. Kena tempias juga.

Aulia mencapai lagi correction tapenya dan ditarik.

Danish puas hati. Dia kembali menyalin nota. Tiba-tiba tangannya ditolak menyebabkan garisan yang panjangnya lebih kurang 12 sentimeter telah mencacatkan bukunya. Aulia dipandang.

Aulia membalas pandangannya. Gadis itu mengintai sedikit bukunya sedikit dan berpura-pura terkejut. Lalu gerak bibirnya berkata 'Sorry'. Danish tahu itu memang disengajakan bagi sesi membalas dendam.

Aulia memandang Danish sekejap yang berusaha memadam garisan dibukunya. Mulutnya terkumat-kamit. Pastinya tengah mengutuk, menyumpah seranah.

Aulia menahan tawanya. Nina memandangnya sedari tadi tersenyum dan menggeleng. Aulia hanya buat muka comel dan tunjuk peace.

***

"Untuk tajuk Bukit Emas ni, awak akan buat pembentangan dalam kumpulan. Group Danish akan buat tema dan persoalan. Group tengah buat sinopsis. Group abang-abang nerd.." Satu kelas ketawa termasuk Encik Farhan.

"Watak perwatakkan. Group belakang sana, saya nak awak sediakan 10 soalan dan group Kyla, nilai dan pengajaran."

"Susahnya kitaorang punya." Rungut Kyla. Ya Allah, buat nilai dan pengajaran tulah yang paling senang.

"Susah mende. Tak nak susah pergi masuk hutan. Banyak songeh." Balas Encik Farhan.

"Alaa cikgu, dah selalu buat perangai mazmumah, manalah reti nak buat nilai pengajaran ni." Sindir Ashraf kuat dan selamba. Satu kelas ketawa termasuk Encik Farhan.

"Diamlah kau!" Tempik Kyla. Semua sudah cemberut.

"Kertas mahjong cikgu?" Soal Zafirul.

"Beli sendiri. Botak kepala aku nak membelinya walaupun tak mahal." Seloroh lelaki itu.

"Selasa depan, saya tahu semua dah siap." Ujarnya.

Mereka mula berbincang.

"Okay, aku dengan Zaf cari tema. Nina dengan Syaf cari persoalan dan..."

"Ah tak ada! Jangan cakap yang aku kena bekerjasama dengan minah senget nih." Pintas Danish.

"Alah.. apa salahnya. Tulisan korang berduakan lawa. Aulia okay je." Kata Zafirul.

"Siapa cakap aku okay? Tak kuasa." Aulia berpaling tubuh dari Danish.

"Keputusan muktamad!" Ashraf menumbuk perlahan mejannya. Lagaknya macam hakim.

Aulia Zulaikha mengeluh berat.

"Tak naklah! Tak ada orang lain ke selain dia nih?" Bentak Aulia.

"Apa yang tak naknya Aulia?" Soal Encik Farhan yang datang menyoal tiba-tiba.

"Tak ada cikgu, saya kata saya tak nak buat dekat rumah saya. Buat dekat taman. Selesa sikit." Aulia tayang senyuman paksa.

Encik Farhan mengangguk dan berlalu pergi.

"Tolong tukar orang lain wehh.." Danish merayu.

Semuanya buat bodoh. Danish menyembam mukanya ke atas meja. Awok stress!

***

Sebaik saja habis rehat, Danish melangkah masuk ke kelas dengan senyuman.

"Wahh.. bahagia nampak. Dah kenapa tersengih-sengih ni?" Soal Ashraf.

"Mana ada aku sengih. Aku senyum ni." Balas Danish.

"Hmm.. dah jumpa si buah hati pengarang jantung, memanglah mulut tu sampai ke telinga." Kata Zafirul.

"Siapa buah hati pengarang jantung Danish?" Tanya Farhan.

"Hannisya laa.." Jawab Ashraf.

Terus berubah riak Farhan. Mati senyumannya.

"Hannisya? Wehh, tu bukan buah hati pengarang jantung, itu pokok pisang." Kata Zafirul. Mereka ketawa terbahak-bahak. Kecuali seorang yang tidak ketawa. Senyum pun tidak.

"Kejap, siapa yang cakap Hannisya tu buah hati aku? Declare pun tak." Danish menggeleng.

Farhan pandang Danish.

"Tak adalah tengok Hannisya tu bukan main menggedik. Dah ada ciri-ciri buah hati kau tau tak." Ujar Ashraf.

"Hello, aku tak couple dengan pokok pisang." Danish berseloroh. Mereka ketawa.

"So, kau tak ada apa-apa hubungan dengan dialah?" Soal Farhan minta kepastian.

Danish menggeleng. Hannisya saja yang kecoh kata mereka ada hubungan padahal tak.

"Kau kena faham Paan, Hannisya ni desperedo. Dahlah desperedo, stupido pula tu." Kata Ashraf.

Farhan tersenyum mendengar kata Ashraf. Tak kesahlah stupido ke desperedo ke, janji dia suka.

Danish menyorot matanya ke tempat lain dan terlihat sesuatu. Matanya tajam memandang Aulia yang rancak berborak dengan budak lelaki nerd di meja sebelah sana.

Bukan saja Aulia, Nuha dan Ain juga ada. Dia tidak pasti topik apa yang dibualkan. Entah kenapa dia jadi tak suka.

Puan Latipah masuk ke kelas. Semua bergegas ke tempat masing-masing. Mereka memberi salam dan membaca doa. Puan Latipah membenarkan mereka duduk.

"Seronok kau ye berborak sakan dengan mamat-mamat nerd tu." Kata Danish tiba-tiba.

Aulia laju menoleh.

"So, susahkan kau ke?"

"Gatal..."

"Kau duduk bersembang dengan budak perempuan time rehat macam buka warung kopi tak ada pula aku nak bising, kan?" Bidas Aulia Zulaikha.

"Kau intai aku eh?"

"Tak ada masa aku nak intai kau. Aku nampak masa aku nak balik kelas." Aulia menjeling. Suka hati je nak tuduh. Apa kes dowh nak intai bagai.

"Salin nota ya.." Arah guru wanita itu sambil membuka penutup marker pen dan mula menulis di papan putih.

Arahan daripada guru itu menghentikan pergaduhan kecil mereka.

"Cikgu, buku apa?" Soal Ashraf ingin mengusik.

"Buku diary kau.." Selamba Puan Latipah membalas.

"Saya tak ada buku diary.." Balas Ashraf.

"Dah takdo, diam. Memokak yo." Balasnya dengan loghat negeri sembilan.

Seisi kelas ketawa. Kemudian, mereka menyalin nota yang diberi.

Semua menunduk menyalin nota dan ada yang kejap-kejap mendongk memandang papan putih. Aulia meletakkan pennya dan jari jemarinya diletupkan. Bukan letupkan pakai bom eh!

Matanya menyorot pada sesuatu di atas mejanya. Sesuatu milik Danish yang masuk ke dalam wilayahnya. Diam-diam diambil tanpa rasa bersalah.

Pakkk!

Danish memaling kepalanya memandang Aulia. Benda di kedua-dua tangan Aulia dipandang.

What?! Ternganga mulutnya sekejap kemudian diketap geram.

Aulia membuang pembaris Danish yang sudah dipatah dua ke atas lantai. Macam tu je.

"Pembaris kau masuk dalam kawasan aku. Kau kena faham . This is my rule." Bisik Aulia lalu menyambung menulis.

Baru saja Danish nak menghamun Aulia, Zafirul sudah menegah. Kepalanya digeleng menandakan jangan. Dia merayu supaya Danish bersabar.

Danish berpusing menghadap Ashraf kini. Lelaki itu tersengih. Pembarisnya diletakkan di atas meja Danish untuk dipinjamkan.

Danish Aryan cuba mengawal emosinya. Nafasnya dah macam naga. Dadanya berombak. Bibirnya diketap.

Aulia mengerling Danish di sebelah. Dia ketawa dalam diam. Puas dia dapat lihat wajah Danish yang sedang menahan marah. Padan muka!



Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 46.4K 24
Ranking number one in romance! ā­ļø[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU āœ”ļø AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsu...
2.2K 76 22
just read that comic and laugh... i love u alls..... please comment,vote and like it for me.. i love love love love you all ~Girl I gotta go..I finis...
49.8K 2.7K 32
"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. A...
1.2M 58.7K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-šŠš€š‘š‹ š€š™š‘šˆš„š‹ Mana mungk...