Inilah irama kami

Oleh AfroNerd

3.4K 42 11

Ini fanfiction saya untuk Uta no Prince-sama~ Maji Love 1000%~ harap korang suka! Dan...jika ia mendapat sam... Lebih Banyak

Uta no Prince-sama
Sesuatu yang ingin diperkata...
Chapter 00: Part 1
Chapter 00: Part 2
Chapter 00: Part 3
Chapter 00: Part 4
Chapter 00: Part 6

Chapter 00: Part 5

268 3 0
Oleh AfroNerd

          Meskipun idola utama kegemaran peminat belum membuat kemunculan. Namun, kehangatannya dan sorakan para peminat benar-benar memberangsangkan! Tiket konsert tersebut turut laris dijual dalam tempoh hanya seminggu, dan majoriti peminat yang berada di bawah pentas tersebut merupakan pelajar Akedemi Saotome. Almaklumlah, lagu yang bakal didendangkan sebentar nanti merupakan hasil daripada penuntut di akedemi berprestij itu.

          " HA-YA-TO! HA-YA-TO! HA-YA-TO! ", antara sorakan yang boleh didengari. Sorakan itu semakin galak sebaik sahaja idola mereka muncul di atas pentas.

          " Apa khabar semua?" sapa Hayato. Suaranya bergema di seluruh kawasan konsert. Kedengaran sorakan "Baik" datang dari arah peminat.

          " Terima kasih kerana sudi menghadiri konsert mini saya hari ini...dan sekarang saya ingin menyampaikan single terbaru saya hasil oleh pelajar Akedemi Saotome...", usai kata-katanya. Sorakan pelajar-pelajar Saotome mengiringi. Sememangnya membingitkan!

          " Terimalah...Heart of Masquerade..." lampu pentas dimalapkan, sorakan peminat turut mula reda, seluruh kawasan pentas menjadi gelap, hanya lampu LED milik peminat dengan aneka warna yang masih menyala...

          Sebaik sahaja muzik dimainkan, seraya itu juga lampu sorot menumpu ke arah satu-satunya tubuh di atas pentas. Perlahan-lahan, Hayato mencelikkan matanya, dan menghulurkan tangannya...

          " Walking through the small dark strada...

           I can see the dim luce at the end...

          Try to crawl to reaches those the luce..."

          Sementara di belakang pentas, kelihatan dua orang gadis yang menonton Hayato menyanyi dari kaca televisyen di belakang pentas. Satu orang sangat teruja menonton persembahan itu, sementara seorang lagi tampak tenang.

          " Nanami, Ozawa", satu suara garau menyapa mereka dari belakang. Lantas mereka memaling.

          " Tu...Tuan Pengetua!" gugup Haruka melihat pengetua Akedemi Saotome itu mendekati mereka. Beliau melemparkan senyuman kepada mereka.

          " Tahniah kalian berdua because telah memenangi pertandingan ini...", ujar beliau penuh rasa bangga terhadap mereka. Mereka saling berpandangan apabila dipuji Tuan Pengetua.

          " Saya admit, lagu ini benar-benar fantastic! Idea kalian sangat bernas, dengan memasukkan beberapa words bahasa Italy dalam liriknya. Lagunya juga sungguh melodious dan rythymnya mengasyikkan!! " ulas Tuan Pengetua. Haruka dan Aiko tersenyum.

          " WALAUPUN! Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan niat kalian for work together hasilkan this song...saya nak lihat talent kamu yang sebenar dan hasil original dari kalian berdua...SENDIRIAN!", tegas beliau, nadanya naik turun. Air muka Haruka dan Aiko berubah suram.

          “ Tetapi, kali ini saya izinkan, ONLY FOR THIS TIME! Next time...tiada kompromi, faham?” tegas beliau. Kemudian, dia melemparkan senyuman.

          “ Good luck untuk debut graduasi nanti! Saya tak sabar ingin listen hasil kalian...”, ujarnya, sambil melangkah pergi, beliau sempat melambaikan tangan sebelum hilang dari pandangan mereka. Secara jujurnya, jarang pengetua mereka muncul secara ‘normal’ seperti itu; tegur dari belakang, dan berkata dengan normal. Walaupun bahasanya masih ‘rojak’, tetapi, nadanya kurang berlagu kali ini. Biasanya beliau penuh dengan kejutan. Mungkin kerana mereka bukan berada di akedemi?

          Haruka memandang Aiko, begitu juga Aiko; mereka cuba mengimbas semula apa yang berlaku apabila mereka menyatakan niat mereka untuk berkerjasama kepada Tuan Pengetua dan Cikgu Ringo dalam pertandingan ini...

          “ NO WAY!!” bergema bilik tersebut oleh suara Pengetua Saotome. Terhinggut bahu Haruka akibat terkejut oleh sergahan itu. Mereka tergamam, Cikgu Ringo juga.

          “ Saya tak akan benarkan! Ingat rules-nya? Penyertaan secara solo!!...dan bukannya!...pairing atau grouping!” naik turun nada beliau bercakap; kadang kala terfikir juga mereka, tidak penat ke beliau bercakap macam tu?

           “ Ta...tapi...tuan...” Tiba-tiba, Tuan Pengetua berdiri di hadapan Aiko sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan; tanda ‘tidak’! 

           “No, no, no...Miss Ozawa Aiko! Awak tahu, dunia ini sungguh cruel! And saya pasti awak faham apa yang saya maksudkan, bukan...O-za-wa? Lagipun, awak juga salah seorang professional di sini dan fasih dalam selok-belok dunia ini, kan...?” bisik Pengetua, Aiko menjeling tajam, mencebik sebaik sahaja mendengar kata-kata pengetua. Dia tak mampu nafikan kata-kata beliau itu.

          “ Tolonglah, Tuan!” kali ini Haruka pula bersuara. Pandangan Tuan Pengetua beralih ke arah Haruka. Beliau melangkah mendekati Haruka.

          “ Miss Nanami Haruka...jika awak di dunia luar, no body akan dengar rayuan awak yang halus...tidak kira betapa sympathynya awak!”

          “ T...Tapi...”

          “ Sekurang-kurangnya dengarlah lagu kami...”, pinta Haruka, dia melutut di atas lantai. Aiko terpempam melihat tindakan drastik Haruka. Begitu juga dengan dua orang pendidik di akedemi itu.

          Berkerut dahi Aiko, melihat tangan Haruka menggiggil, terlalu jelas! Dia pasti Cikgu Ringo turut menyedarinya walaupun dari kedudukan beliau yang lebih kurang dua meter dari tempat mereka. Aiko mengepal buku limanya.

          “ Betul kata Nanami!” tiba-tiba, pintu bilik pengetua dirempuh! Muncul beberapa orang pelajar di muka pintu. Aiko, Haruka, Pengetua dan Cikgu Ringo tergamam.

          “ O...Otoya?” gugup Aiko, melihat Otoya dan beberapa teman mereka muncul di bilik Pengetua secara tiba-tiba itu. Otoya memandang Aiko, senyuman dilemparkan.

          “ Tuan tak patut menolak mentah-mentah sebelum mendengar lagu mereka!” bantah Syo. Haruka terpegun mendengarnya.

          " Saya pasti Tuan akan tukar fikiran selepas dengar lagu mereka!" Kaho bersuara; yang lain mengangguk  mengiyakan kata-kata Kaho.Aiko tergamam melihat kakak kembarnya membelai mereka.

          “ Tuan boleh kata apa sahaja...tapi, selepas mendengar lagu mereka...”, ujar Ren, sambil memeluk tubuh. Tuan Pengetua membisu. Cikgu Ringo memandang beliau. Kedengaran keluhan beliau bergema dalam bilik tersebut.

          " Baiklah, suka hati kamulah, but....even kamu dah buat performance, belum tentu saya akan agreed...deal?" ujar Tuan Pengetua sambil berpeluk tubuh. Terukir riak puas hati pada wajah anak-anak muda berdarah panas itu. 

           " Faham, Tuan!!" setuju mereka. Aiko dan Haruka kebuntuan memikirkan apa yang cuba mereka lakukan. Tanpa disedari, Kaho dan Otoya yang menjadi kepala; mengetuai mereka.  Keyboard yang dibimbit Natsuki tadi diatur, Masato membantu Haruka untuk bangun, manakala, Kaho mendapatkan Aiko.

          " A...apa..."

          " Maaf kerana rancang segalanya tanpa pengetahuan kalian berdua. Kami dapat tahu dari Chika yang penyertaan kamu dibatalkan sebab kamu berganding bahu...", terang Kaho tanpa dipinta.

          " Kami tak boleh terima semua ni, segala usaha kamu, kamu sanggup berkurung dalam perpustakaan, sanggup ponteng kelas, bersengkang mata mengejar tarikh akhir...tetapi, segala kerja keras kamu selama ini ditolak mentah-mentah...", sambung Kaho, dia mengeluarkan beberapa helai kertas. Aiko kenal kertas-kertas itu.

          "Kertas-kertas tu...", beliak Aiko.

          " Kaho dan Tomochika tolong kami kumpulkan lirik dan not muzik yang kamu draf, kami cuba berlatih lagu yang kalian hasilkan tadi...", sampuk Otoya. Aiko kelu seribu bahasa. 

          " Lagipun..." Otoya memandang Haruka. "Ini merupakan impian Haruka, bukan?" Aiko memandang Haruka. Dia tersengih. Ya...ini impian gadis itu.

          " Sebab itulah...walaupun harapannya sebesar debu...kita perlu menggarapnya!!" ujar Syou penuh semangat!

          " Awak maksudkan sebesar debu tu...sebab badan awak kecil macam debu ke, Syo?" sindir Ren, merosakkan suasana. Syo mencebik.

          " Syo sebesar debu?? Kawaii~~" sokong Natsuki. Syo tersentak mendengar komen Natsuki. Tergelak mereka melihat Syo memaki Natsuki. Kaho memandang Aiko, lantas mendekatinya. Tangannya diseluk ke dalam poket skirtnya; mengambil sesuatu lalu diserahkan benda tersebut kepada Aiko.

          " I...ini..."gugup Aiko.

          "...harmonika awak..." Kaho mengukir senyuman. Aiko kelu; terlalu terharu hingga tak tahu nak kata apa...

          " Terima kasih...kalian..." ujar Aiko. Mereka tersenyum melihat Aiko. Tiba-tiba, Aiko teringat...

          "...tapi, siapa akan nyanyikan lagu ni?" tanya Aiko. Otoya tersengih-sengih. " Kami dah jemput seseorang yang sesuai dan layak menyanyikan lagu ini, lagipun dia sedarah daging dengan Hayato..."

          Tiba-tiba, muncul Tokiya di muka pintu. Haruka dan Aiko tergamam. Ichinose Tokiya? Mustahil! Lelaki itu tak akan bersetuju dengan mudah!! Aiko menafikan kebenaran itu.

           Aiko perasan yang Kaho memberikan isyarat memanggilnya. Aiko merapati Kaho, kemudian, Kaho membisikkan sesuatu di telinganya..." Sebenarnya, Otoya yang merayu dengan Tokiya...", lagi sekali Aiko tidak percaya. Otoya?

          Mereka mengambil tempat untuk persediaan persembahan, Haruka akan memainkan keyboard, Aiko akan memainkan harmonika dan Tokiya dalam posisi sebagai penyanyi. Sementara rakan-rakan mereka menjadi penonton dan penyorak.

          " Awak dah sedia, Aiko?" Aiko mengangguk. Seraya itu, Haruka mula memainkan intro lagu hasil ciptaan mereka bersama mereka. Sementara, Tuan Pengetua memerhati sambil memeluk tubuh. Cikgu Ringo pula hanya berdiri kaku di satu sudut.

          Tokiya menarik nafasnya, bersedia untuk masuk. Sebaik sahaja Aiko meniupkan harmonikanya....

          " Walking through the small dark strada...

            I can see the dim luce at the end...

           Try to crawl to reaches those the luce...

            the caldo luce and I know I'll be alright then..."


         Mereka terpegun mendengar suara Tokiya; meremang bulu roma mereka mendengar bait-baik lirik, tambahan lagunya yang ala-ala lagu majlis tari-menari malah diiringi dengan suara lunak Tokiya. Langsung tiada tandingan!

          Kaho bagaikan hanyut oleh alunan irama itu. Benarkah lagu ini ciptaan seseorang yang yang bergelar PELAJAR? Ianya seperti dihasilkan oleh cendiakawan muzik terkemuka! Sedang dia asyik, tiba-tiba, bahunya dicuit. Dia memaling. Otoya memberikan isyarat; menunjuk ke arah sesuatu. Kaho menurut telunjuknya lalu memandang ke arah yang ditunjukkan Otoya. Dia tergamam.

           Reaksi Tuan Pengetua...dan Cikgu Ringo berubah 100%...TIDAK! 1000%!! Mendengar lagu ciptaan gandingan dua pelajar komposer terbaik kelas A; Nanami Haruka dan Ozawa Aiko benar-benar membuatkan Cikgu Ringo tidak percaya bahawa dia menjadi guru kepada kedua-dua genius ini. Kedua-dua mereka terpukau mendengarnya. Kaho kegembiraan melihat reaksi Tuan Pengetua, namun, dia tidak boleh terlalu yakin...seperti yang dinyatakan beliau; beliau belum tentu akan bertukar fikiran.

          Selesai lagu tersebut, Tomochika terus menyambar Haruka, mendakap gadis itu sambil memuji-muji kemahiran dan kehebatannya memainkan keyboard tersebut. Tokiya turut kelihatan puas sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu itu. Meskipun, mereka pasti persembahan mereka sebentar tadi boleh dikatakan berjaya...tetapi, segala keputusan berada di tangan Tuan Pengetua sama ada memberi lampu hijau atau sebaliknya.

          Saat yang ditunggu-tunggu tiba...nampaknya bukan mereka sahaja yang berdebar-debar. Cikgu Ringo juga turut mengharapkan jawapan positif dari Tuan Pengetua. Tuan Pengetua membisu hampir lima minit.

          " Hmm~" tiba-tiba, beliau bersuara. Beliau mengangkat wajahnya, dingin. Mereka berdebar-debar. Haruka menelan air liurnya. Beliau melemparkan senyuman sinis, lalu memalingkan tubuhnya, menghadap tingkap. Mereka terpinga-pinga, senyumannya tadi bermaksud apa? Kedengaran hembusan nafas.

          " Saya terpaksa akuinya..."

          " ...kalian memang hebat..." Mereka terpinga-pinga lagi sekali...Jadi??

          " Baiklah...saya akan benarkan kamu bertanding!", perlahan-lahan, reaksi mereka berubah...

          " YATTA!!!!!!!!!" sorak mereka. Berjaya!! Akhirnya!! Kaho mendakap Aiko sambil menangis kegembiraan. Usaha mereka tidak sia-sia.! Aiko dan Haruka tersenyum; kegembiraan.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

6.4K 553 44
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
36.1K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
40.9K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...