Chapter 00: Part 3

281 4 0
                                    

          Pensel mekanikal dalam tangannya itu diputar-putarkan. Buku nota muzik di hadapannya masih putih tidak bertulisan. Dia mengalami kekangan idea; cakap besarnya tadi sekadar satu gimik untuk memprovok Haruka. Kenyataannya, dia masih belum melahirkan sebarang idea.

          Hayato...nama yang memang tak asing bagi remaja-remaja di Jepun. Namun, apa yang dia tahu tentang lelaki itu? Berusia 17 tahun, selebriti televisyen dan penyanyi, abang kembar Ichinose Tokiya...itu sahaja? Aiko mengeluh berat, rambutnya dielus-elus. Dia merebahkan kepalanya di atas meja. Tiba-tiba, dia teringat kata-kata Kaho sebentar tadi...

          " Awak pasti ke nak sertai pertandingan itu, Achan?" Aiko mencebik bila soalan sedemikian lahir dari bibir kakak kembarnya, Kaho.

          " Awak ragu-ragu pada adik kembar sendiri ke, Kchan? Saya jugakan komposer lagu-lagu awak...", ujar Aiko dengan dingin. Tetapi, ada nada tersinggung dalam kata-katanya itu.

          " Sebab awak komposer sayalah, saya risau..." balas Kaho. Aiko terdiam, dahinya berkerut sedikit. Lantas, kerusinya dipusingkan; menghadap Kaho.

          " Apa maksud awak?"

          " Kita bersama semenjak bayi, Achan...awak kenal benar saya, perwatakan saya, kelemahan saya, kelebihan saya...dan semua lagu yang awak hasilkan berdasarkan fahaman awak terhadap perwatakan saya..." terang Kaho. "...dan awak telah tetapkan semenjak mula berkecipung industri ini, awak hanya nak hasilkan lagu untuk saya..."

          " ...apa yang awak hasilkan selama ini hanyalah lagu untuk saya..." Aiko tergamam, matanya memandang tepat ke dalam anak mata Kaho yang serius.

          " Sedangkan awak langsung tak tahu apa-apa tentang Hayato...bagaimana awak nak nak hasilkan lagu untuk dia?" soalan itu bagaikan terngia-ngia di gegendang telingannya. Dia lagi sekali menggaru kepalanya. Dia akui, kata-kata Kaho ada benarnya.

          Tangannya mencapai MP4 dan earphone lalu disumbatkan di telinganya. Ibu jarinya lincah memicit punat MP4, mencari lagu Hayato dalam playlistnya. Sebaik sahaja menemuinya, dia menekan punat 'Play'.

         Dia menghela nafas. Tempoh pertandingan hingga Sabtu minggu hadapan. Hari ini sudah masuk hari Jumaat. Hanya ada seminggu sahaja tempoh untuk mereka siapkan lagu tersebut.

         " Adakah Haruka sedang cipta lagu sekarang? Adakah lagunya dah siap?" terdetik pelbagai soalan dalam mindanya. Dia mengeluh berat, modnya langsung hilang bila soalan tersebut ligat di mindanya. Lagu kegemaran yang sedang bermain itu pun seperti tawar mendengarnya. Lalu, dia mematikan MP4 tersebut.

          " Achan!" tiba-tiba pintu bilik tersebut berkuak, muncul Kaho di muka pintu. Dia memandang Kaho; satu pandangan kosong.

          " Awak nak sertai kami tonton Phantom of The Opera?" tanya Kaho. Aiko membisu. Baru dia teringat, setiap malam Jumaat merupakan malam pelajar-pelajar perempuan di akedemi menonton filem barat yang disiarkan oleh stesen televisyen. Ada segelintir mereka ada televisyen di bilik sendiri, tetapi entah kenapa dan semenjak bila 'Kelab' menonton televisyen di lobi beramai-ramai ini di adakan? Alasannya, lebih mudah emosional kalau tengok cerita romantik dan lebih berani kalau tengok cerita seram. Tapi, apapun alasannya dia tak kisah, kadang-kala dia pun sertai mereka juga.

          " Hmm~okaylah...saya ikut..."ujar Aiko, dia berdiri dan membontoti Kaho. Pintu biliknya dikunci dan anak kuncinya diselukkan ke dalam poket. Dia sertainya bukan kerana dia beria-ria hendak menontonnya, kebetulan otak dia sedang tepu. Baik dia lepaskan tekanan dengan budak-budak perempuan dengan menonton filem tersebut. Lagipun, entah sudah berapa kali dia tonton filem 'The Phantom of the Opera'. Dari alih suaranya Bahasa Inggeris bersarikata Bahasa Jepun hinggalah dialih suara ke dalam Bahasa Jepun.

          Semasa mereka menuruni anak tangga menuju ke lobi, mereka berselisih dengan Tomochika yang turut dalam perjalanan ke lobi untuk menyertai 'kelab' menonton filem itu.

          " Eh? Awak seorang saja, Chika?" sapa Kaho.

          " Ha...ya, Haruka saya ajak juga, tapi dia tak nak ikut...", jawab Tomochika.

          " Eh, kenapa?" Tomochika mengeluh.

          " Tahulah...dia tengah bersemangat tulis lagu untuk idola dia tu..." Tomochika teringat yang Aiko turut salah seorang peserta. " Eh, awak tak tulis lagu awak, Aiko, atau awak dah siap?", tanya Tomochika.

          " Huh? Taklah...saya tengah cari bahanlah ni, duduk dalam bilik je tak akan ke mana...sekurang-kurangnya kalau saya sertai kamu, mungkin idea mencurah..." jawab Aiko sambil tersengih.

          " Haha...betul juga..." tanpa mereka sedari, mereka telah pun tiba di lobi asrama puteri. Kelihatan telah ramai 'ahli' yang memenuhi ruangan hadapan televisyen.

          " Eh? Dah suku cerita?" Aiko memandang tepat ke arah kaca televisyen sebesar 42 inci. Dia tahu plot Phantom of the Opera; ianya bermula apabila khabar angin yang sebuah panggung Opera yang terkenal di Perancis dihantui oleh Hantu Opera yang jahat. Sementara, Christine Daae yang merupakan penyanyi baru opera di panggung tersebut dan dia diajar oleh "Malaikat Muzik" yang juga sebenarnya ialah Erik iaitu Hantu Opera. Erik merupakan seorang cendekiawan muzik yang berbakat tetapi hodoh dan dia sangat obses terhadap Christine hingga sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis itu. Manakala Raoul ialah pemuda bangsawan yang merupakan kawan sepermainan Christine dan juga kekasihnya. Menjadi konflik cinta antara Christine, Erik dan Raoul apabila terpaksa menghadapi kenyataan bahawa hanya seorang sahaja lelaki yang dapat memenangi cinta Christine...

          Aiko tergumam...matanya tidak lekang dari terus menatap kaca televisyen. Tiba-tiba, dia memalingkan badan, meluru ke arah tangga.

          " Eh, Achan? Nak ke mana?" hairan Kaho, sambil melihat adiknya; dia baru muncul dari dapur asrama sambil membawa jus dalam tangannya. Aiko yang sedang mendaki tangga itu memandangnya.

          " Balik bilik!" jawabnya.

          " Tapi, kita baru saja turun...",

          " Saya nak tulis lagu!" langsung hilang dia dari pandangan Kaho. Kaho mengangkat kening kanannya, kehairanan.

          " Peliknya, cepat betul dapat idea..." ujarnya, sambil menghirup jus yang di tangannya. Tanpa memperdulikan Aiko, dia meneruskan tontonannya.

                                                                  ♪~~~

          Anak kunci biliknya dimasukkan ke dalam tombol lalu dipulasnya. Dia meluru ke dalam sebaik pintu biliknya terbuka. Kerusi Pejabatnya ditarik, sementara lampu mejanya dinyalakan, dia menghempukkan punggungnya di atas kerusi lalu dimarakan ke meja belajarnya.

          Tangannya mencapai pensel mekanikalnya lalu ditekan-tekan untuk mengeluarkan mangsi penselnya.

          Benar, memang saya tak tahu apa-apa tentang Hayato...tapi...saya terlupa sesuatu yang penting, yang menjadi panduan setiap komposer untuk menghasilkan sesebuah lagu...iaitu...

          " TEMA!" Tangannya mula mencatit sesuatu di atas kertas kajang itu. Dia sedar dia terlalu fikirkan apa yang dikatakan Kaho, hingga terlupa 'ramuan' utama dalam prosedur mencipta lagu.

          " Inikah komposer profesional?" dia memerli dirinya, sambil berdekit. Dia mula hanyut dalam dunia muziknya...

Inilah irama kamiWhere stories live. Discover now