Chapter 00: Part 1

458 5 4
                                    

           " Jadi, ada sesiapa yang nak sertai?", tiba-tiba soalan itu menerjah ke dalam gegendang telinganya. Dia mengangkat wajahnya. Anak matanya memamah tubuh molek guru kelasnya; Cikgu Ringo yang berdiri di hadapan kelas. Sebentar tadi dia leka dengan membaca novel dalam tangannya...hingga tak dengar apa yang cikgunya katakan. Bahkan, semenjak bila cikgunya masuk pun dia tak sedar!

          Dia bengang, sudahlah suara cikgunya halus; walaupun kenyataannya dia seorang lelaki, tetapi memakai pakaian perempuan. Sudah itu pula, kelas riuh-rendah bagaikan pasar ikan, rasanya pasar ikan pun kalah! Ditambah lagi dia yang leka baca novel sebentar tadi; hmm! Memang padan dengan muka sendirilah! Dia merapatkan tubuhnya dengan gadis yang duduk di meja sebelahnya itu.

          " Kchan, apa yang sensei cakapkan tu?" bisiknya.

          " Oh! Tentang Pertandingan Mencipta Lagu yang kita tengok posternya dekat papan kenyataan di Dewan Makan...", jelas gadis itu, senyuman manis tak lekang dari wajahnya. Berbeza dengan dia masam mencuka 24jam. Dia mengangguk faham. Ya, dia ada ingat tentang poster tersebut!

          Dia turut menyedarinya, pertandingan itu khusus untuk pelajar yang mengambil kursus 'komposer' seperti dia dan...matanya melirik ke arah gadis yang duduk tak jauh darinya, berambut pendek paras bahu, dan sangat ringkas; Nanami Haruka.

          " Ozawa Aiko-chan!" dia tersentak apabila namanya tiba-tiba dipanggil oleh guru kelasnya. Dia memandang Cikgu Ringo yang tersenyum lebar di hadapan kelas; memandang tepat ke arahnya. Langsung, seluruh kelas memandangnya.

          " Err...ya...sensei...?" sahut Aiko, gugup. Janggal rasanya bila seluruh kelas memandangnya. Aiseh! Dah macam artislah pula!

          " Awak tak mahu sertai?" tanya Cikgu Ringo. Aiko tersengih-sengih. Kenapa jugalah dia yang ditanyanya? Ramai lagi pelajar komposer dalam kelas A ni...? Aduh mak...Tiba-tiba datang ideanya.

          " Kenapa saya? Sensei tak nak tanya Haruka?" tanya Aiko, kali ini Haruka pula yang kelam-kabut bila seluruh kelas memandangnya. Nak tergelak Aiko melihat reaksi Haruka itu, dah macam anak anjing yang sesat, comel.

          " Ya, bagaimana dengan awak, Nanami-chan? Awak yang memegang markah tertinggi dalam ujian baru-baru ni, kan?" tanya Cikgu Ringo. Tepat, memang Haruka mendapat markah tertinggi dalam ujian baru-baru ini; ujian kedua. Tetapi, siapa yang memegang markah tertinggi dalam ujian pertama?

          Aiko mengepal buku limanya, baginya, Haruka merupakan pesaing dan dalam masa yang sama rakannya. Walaupun tiada sesiapa tahu tentang identiti mereka yang sebenarnya, kecuali tuan pengetua dan...Kchan atau nama penuhnya, Ozawa Kaho yang juga merupakan kakak kembarnya dan penyanyi yang baru mengeluarkan debut dua tahun lalu iaitu Kay. Tetapi...dia rasakan dirinya tercabar apabila komposer profesional seperti dirinya, tewas di tangan amatur seperti Haruka.

          Tetapi, dia tidak salahkan Haruka 100%...ya, dia pun sedarinya, dia memang agak lalai dalam ujian kedua dan dia turut memegang prinsip 'naik turun' dan 'hidup umpama roda'. Setiap orang pasti ada kegemilangan dan kejatuhan mereka; ya, dunia memang kejam. Tetapi, disebabkan dia berfikiran positif serta optimis, dia menganggap semua itu satu cabaran!

          " Saya akan sertainya, hanya kalau Haruka sertainya", sambung Aiko; mengisyhtiharkan peperangan ke atas Haruka. Haruka tergamam. Dia memandang Aiko yang sedang tersenyum sinis. Kelas A mula menjadi riuh.

          " Wah! Dua orang pelajar komposer terbaik kelas A bersaing!", takjub Tomochika sambil memandang Haruka, bersilih ganti dengan Aiko. Haruka tidak menafikannya. Memang mereka pelajar terbaik. Ozawa Aiko telah mendapat markah tertinggi dalam ujian pertama, dia telah digandingkan dengan Hijirikawa Masato dan menghasilkan lagu 'Knocking on the Mind' dan...lagu itu sebenarnya didedikasikan kepada dirinya oleh Hijirikawa...

           Lagu yang dicipta Aiko didedikasikan kepadanya? (dan Aiko tidak tahu tentang hal itu) Ianya umpama cabaran kepada dirinya! Haruka mengetap bibirnya, mengepal buku limanya, lantas wajahnya diangkat.

           " Saya akan sertai!" jawabnya, serius, sambil memandang tepat ke dalam mata Cikgu Ringo. Dia menerima cabaran Aiko. Aiko tersenyum lebar; walaupun dia tak menjangkakannya. Cikgu Ringo takjub dengan keputusan Haruka, takjub dengan semangat mereka!

           " Baiklah! Sesiapa yang menyertai, sila jumpa saya semasa rehat di Bilik Muzik 3, okey? Ada sedikit taklimat perlu dijelaskan, okey?", usai kata-katanya itu, dia melangkah keluar dari Kelas A.

                                                              ♪~~~

          " Kaho!" tegur suara seorang lelaki yang dikenalinya. Kaho yang sedang menghirup minuman kotak jus oren itu memaling. 

          " Kenapa, Otoya-kun?" tanya Kaho, langsung memalingkan tubuhnya menghadap Otoya. Tomochika yang berdiri di sisinya turut memusingkan tubuhnya.

          " Eh? Mana Nanami dan Ai-chan?" tanya Otoya, matanya melilau mencari kedua-dua gadis itu. Yalah, biasanya kalau ada Kaho mesti ada adik kembarnya; Aiko. Yalahkan, nama pun adik-beradik kembar (tapi tidak seiras); melekat bersama macam belangkas! Hmm~bila difikirkan semula, ramai pula kembar di akedemi ini; Kaho dan Aiko, Syo dan Kaoru, Tokiya dan Hayato(walaupun dia tidak menuntut di sini). Adakah trend sekarang punyai anak kembar?

          " Mereka jumpa Ringo-sensei..." jawab Tomochika tanpa dipinta. Otoya kehairanan, huh? Kenapa Ai-chan dan Nanami kena jumpa Cikgu Ringo? Takkan mereka ada masalah disiplin? Mustahil!!

          " Kan mereka sertai pertandingan tu...awak lupakah?" jelas Kaho, terjungkit kening kanannya; kehairanan mendengar soalan Otoya. Apa lelaki ni buat di kelas tadi? Tidurkah??

          " Oh, ya!" Otoya menepuk dahinya, baru dia teringat; ya kelasnya tadi riuh fasal mereka berdua yang bersaing.

          " Kononnya pemenang lagu tersebut akan dijadikan single seorang penyanyi popular..." ujar Kaho, ada nada kegusaran dalam kata-katanya.

          " Hebatnya! Tapi, kenapa awak kelihatan tak gembira, Kaho?" hairan Tomochika, dia sedari perubahan emosi pada suara dan raut wajah Kaho. Betullah, hadiah sebegitu bagaikan promosi kepada diri seorang komposer, Sepatutnya Kaho gembira kalau Aiko memenangi pertandingan tersebut.

          Kaho hanya membisu, sambil mengalihkan pandangannya ke arah poster tentang pertandingan itu yang tertampal tak jauh dari tempat mereka berdiri. Ya, dia tidak menafikan kata-kata Tomochika. Tetapi, entah kenapa dia tak mampu rasakan khabar angin itu sebagai satu 'berita gembira'. Dia meneliti poster itu; tiada pula tertera siapa penyanyi yang dimaksudkan...dia menghela berat.

           " Siapa penyanyinya, kita tak tahu..." ujarnya, tiba-tiba. Tomochika dan Otoya saling memandang, mereka mengangkat bahu. Kaho tahu, Aiko ialah seorang komposer profesional dan merupakan komposernya...dengan kata lain, Aiko tak pernah cipta lagu untuk orang lain selain dirinya dan...Masato. Itu pun dia berusaha keras untuk hasilkan lagunya dan...ketika itu Masato telah siapkan liriknya. (Selama ini, Aiko yang tuliskan lirik dan buatkan lagu untuknya)

           " Boleh ke awak lakukannya?..."

           " ...Achan?"

         

Inilah irama kamiWhere stories live. Discover now