[C] Kau VS Aku

By Shieyruna

2.7M 90.5K 8K

๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL ๐Ÿ“Œ TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tia... More

Kau VS Aku - TV Series !
TAYANGAN SERIES SUDAH MULA!
Kau VS Aku TV SERIES - Musim 2
KVSA | 1
KVSA | 2
KVSA | 3
KVSA | 4
KVSA | 5
KVSA | 6
KVSA | 7
KVSA | 9
KVSA | 10
KVSA | 11
KVSA | 12
KVSA | 13
KVSA | 14
KVSA | 15
KVSA | 16
KVSA | 17
KVSA | 18
KVSA | 19
KVSA | 20
KVSA | 21
KVSA | 22
KVSA | 23
KVSA | 24
KVSA | 25
KVSA | 26
KVSA | 27
KVSA | 28
KVSA | 29
KVSA | 30
KVSA2 : KERANA CINTA
BAKAL TERBIT ๐Ÿ’•
CALLING FOR EVERYONE!
SPECIAL CHAPTER
๐‘ด๐’†๐’†๐’• ๐’ถ๐“ƒ๐’น ๐‘ฎ๐’“๐’†๐’†๐’•!

KVSA | 8

38.6K 2.6K 185
By Shieyruna

"Pandang straight je."

Aulia hanya menurut. Matanya terbeliak saat tertancap pada satu figura itu. What!

Aulia sudah kecut perut melihat Danish Aryan yang memandangnya tajam. Rasanya sedari tadi lelaki itu sudah merenungnya.

"Kenapa dia ada dalam ni?" bisik Aulia.

"Manalah aku tahu . Daripada tadi aku dengar orang kata 'handsomenya.. handsomenya'. Aku pun carilah lepas tu ternampak dia. Ah! Dah agak..."

Dua orang guru masuk ke dalam kelas. Mereka berdiri dan mengucap salam dengan serentak.

Selepas itu, sesi melantik ahli jawatankuasa dimulakan. Aulia langsung tak ambil peduli siapa yang akan pegang semua jawatan itu. Apa yang dia tahu, dia cuma mengundi ikut suka hatinya.

Sampai di pemilihan jawatan Bendahari tingkatan empat.

"Baiklah, tingkatan empat lelaki ada sesiapa sukarela?"

Farhan dengan yakinnya bangun dan mencadangkan nama Danish Aryan. Serta - merta mendapat persetujuan daripada majaroti pelajar perempuan.

"Untuk penolong bendahari? Pelajar perempuan?" Soal guru itu lagi.

"Saya!"

"Saya..."

"Saya, cikgu!"

"Saya boleh cikgu!"

"Cikgu, pilih saya."

Berduyun-duyun pelajar perempuan mengangkat tangan mereka agar sama jawatan dengan Danish. Akan tetapi, guru mereka tidak mengendahkan.

"Aulia, apa kata kamu pegang jawatan tu?"

Aulia terkejut bila namanya diseru. Kini semua mata tertumpu padanya. Ah sudah!

"Tak apalah cikgu." Aulia menggeleng. Tak kuasa nak bekerjasama dengan mamat tu nanti!

"Cikgu, saya bolehlah..." Kata salah seorang pelajar perempuan dalam nada separuh marah.

"Tapi, kamu dah pegang jawatan ni dua tahun berturut-turut. Saya percayakan kamu. Setakat nakkan jawatan ni sebab ada budak handsome nak buat apa? Nanti tanggungjawab entah ke mana." Kata guru itu.

Hamek kau! Terus senyap masing-masing. Ingat cikgu tu bodoh sangat ke tak tahu motif korang?

Aulia memandang Danish yang menggeleng dan tersenyum sinis. Pasti lelaki itu mentertawakannya kerana takut. Mana boleh!

"Baiklah cikgu, saya terima." Aulia setuju. Terdengar keluhan mereka.

Ada aku kesah?! Jadi dia tak boleh biarkan Danish menang.

"Jadi, kamu dah boleh kutip duit untuk aktiviti yang kita akan jalankan sepanjang tahun. Kita akan bincang habis sesi nanti." beritahu guru itu.

Selesai mesyuarat, semua bersurai kecuali Aulia dan Danish. Pengerusi serta naib pengerusi juga ada. Lima belas minit selepas itu, mereka bersurai.

Di satu kawasan, Aulia mundar-mandir. Farisha dan Nina hanya memerhati.

"Hai, kenapa ni?" tanya Nuha apabila melihat Aulia begitu.

"Orang yang paling dia benci, satu unit beruniform dengan dia." jawab Farisha bagi pihak Aulia.

"Laaa ya ke!"

"Satu jawatan Bendahari pula tu," tambah Nina sambil menongkat kepalanya.

Lagi tersentak ketiga-tiga mereka dibuatnya.

"Dah tu kenapa nak risau sangat?" Syaf pula menyoal dan mengambil tempat di sebelah Farisha.

Laju Aulia duduk di sebelah Syaf dan pandang gadis itu.

"Cuba korang bayangkan kalau aku satu jawatan dengan dia, mahu tak haru nanti?" Sebelah tangan menekup wajahnya. Rasa nak menangis.

Kali ini mereka tak mampu nak tolong apa-apa. Hadap sajalah.

Satu pengumuman dibuat supaya pelajar bergerak ke Persatuan dan Kelab masing-masing. Kali ini seronok bagi Aulia kerana mereka semua berada dalam kelab yang sama.

"Aku harap Danish kesayangan kau tu tak ada dalam kelab ni," kata Nina sebaik saja kaki mereka melangkah ke dalam kelas yang dikhaskan untuk kelab mereka.

"Nina, aku tak rasa mulut kau masin kali ni." Ain menggeleng.

"Apa maksud kau?"

"Dekat sana tuh." Ain menunding. Aulia mengikut arah telunjuk Ain.

Dia kaku. Terasa jantungnya berhenti mengepam dan otaknya telah kematian sel-sel. Rasa tubuhnya nak jatuh terjelepok ke lantai.

"Hye," sapa Danish. Melihatkan wajah blank Aulia rasa nak ketawa sampai terkentut. Tapi dia cuba kawal.

Jelingan maut diberikan oleh Aulia dan terus mengambil tempat diikuti yang lain.

"Macam jodoh je. Tadi uniform sekarang sama kelab," Ashraf pandang anjing dan kucing itu silih ganti. Dia sudah dengar cerita daripada Zafirul.

"Mulut kau tu baik sikit eh. Tak ada maknanya jodoh." Danish bersandar pada kerusi dengan tangannya bersilang.

Di tempat Aulia pula, keadaan senyap sepi. Hanya memerhatikan Aulia yang sedang mengurut dahinya.

"Aulia... Kau okay?" tegur Syaf perlahan.

"Tak!" balas Aulia.

"Kenapa dia ada dekat kelab ni juga. Why why why!"

"Sabar sabar..." Ain mengusap lembut belakang badan Aulia. Jelas di wajah kawannya itu cukup tertekan hanya sebab Danish Aryan.

Tapi kalau ikut logik, Aulia yang mulakan dulu jadi tak hairanlah kalau Danish nak balas dendam

Mesyuarat terus dimulakan. Terasa lambat masa berlalu walhal dalam hati, Aulia berdoa berbanyak kali agar masa dipercepatkan dan dia boleh cepat beredar.

Menyampah bila Danish asyik memandangnya. Dahlah pandang orang, lepas tu nak jeling-jeling pula. Fikir lawa mata kau!

Akhirnya, masa yang ditunggu Aulia. Semua pelajar bergerak ke sukan dan permainan pula..

Tika Aulia berjalan dalam kumpulannya, seseorang merempuh dari belakang. Lalu dia pusing melihat Aulia.

"Hoi! Sakit tahu tak?" tengking Aulia.

"Kesah? Dahlah menyibuk. Orang masuk kadet polis, dia masuk kadet polis. Orang masuk English Club dia pun ikut sama." Danish bercekak pinggang.

"Excuse me, aku dah lama ada dalam kadet polis dan english club ni. Kau tu budak baru yang menyibuk!"

"Kalau bukan sebab cikgu yang tentukan, tak ingin aku. Baik aku masuk kelab jadi penjaga zoo daripada satu kelab dengan kau minah senget!"

Aulia tersentak.

"Ha pergilah masuk kelab tu. Sebab kau dengan binatang memang tak ada beza pun. Dasar makhluk perosak!" balas Aulia dan menjeling tajam.

"Apa? Kau panggil aku binatang? Habis kau tu-"

"Eh dah dah! Malu orang tengok woi. Mana aku nak letak muka. Jom masuk permainan masing-masing." Ashraf menarik tangan Danish dan cuba bawa jauh dari Aulia. Makin dibiar, makin menjadi-jadi pula.

Farisha dan Ain juga turut sama menarik Aulia untuk pergi dari situ.

"Kalau aku nampak muka kau yang hodoh tu ada dalam permainan, siap kau minah senget!" Danish menapak meninggalkan mereka.

Aulia mencebik menyampah. Ingat dia teringin sangat ke?

Mereka bersama-sama ke sukan bola jaring. Sukan kegemaran Aulia sedari darjah empat. Memegang posisi sebagai Goal Shooter bila jurulatih nampak kebolehannya menjaringkan bola dari jarak jauh.

Dua orang lagi sahabatnya Nina yang ambil posisi Goal Attack. Katanya dia suka menyerang dan bab rampas bola memang makanan dia. Manakala Nuha lebih selesa dengan posisinya sebagai Wing Attack dan selalu sepakat dengan Nina dalam perlawanan.

Pasukan bola jaring sekolah mereka antara yang digeruni oleh pasukan sekolah lain sejak dulu. Sebelum Aulia masuk ke alam sekolah menengah. Sejarahnya lah.

"Yes!" Aulia melonjak kegembiraan.

"Weh apa hal ni. Sawan khinzir ke apa?" Nuha pandang Aulia.

"Makhluk perosak tu tak ada." Aulia bersorak gembira. Dia menepuk tangan. Tapi kepalanya pula ditunjal perlahan oleh Nina.

"Weh ngok! Ni bola jaring. Mana ada budak lelaki."

Aulia terkebil-kebil.

"Ha'ahkan. Kenapalah aku tak terfikir?" katanya. Dungu!

"Habis, mamat tu pergi mana?"

"Kenapa, rindu?" tembak Nina mengusik.

"Huh!" Aulia menjeling ke atas.

"Masuk bola sepak kut." Kata Nuha.

Aulia tidak membalas. Malas nak ambil tahu. Nak masuk lombong pun lantaklah sana.

Tepat tiga puluh minit mereka bersurai dan ke rumah sukan masing-masing pula.

Aulia dan Syaf ke rumah sukan kuning. Nina dan Farisha pula ke rumah biru dan lagi dua orang tu rumah hijau. Kelakar, kan?

Wajah Aulia kembali masam dan tegang bila melihat wajah Danish Aryan yang turut ada dalam rumah kuning.

"Apalah dosa aku Syaf? Kenapa dia mesti ada dalam ni juga."

Syafina mengurut belakang badan Aulia. Kasihan kawannya.

"Kau janganlah menangis. Kalau dia nampak kau lemah macam ni. Mesti dia ejek kau. Kuatlah sikit. Tunjukkan yang kau tak takut." Syaf memberi semangat.

Tak tahulah dia pembakar semangat atau batu api.

Aulia yang mendagu kepalanya di atas meja terus duduk tegak. Ya, betul tu. Dia tak boleh nampak lemah di hadapan Danish.

Bila jarum jam tepat pukul 4:30 petang, tamat sudah aktiviti kokurikulum mereka. Semuanya berpusu-pusu keluar dari sekolah. Tak sabar nak rebahkan badan yang keletihan ni di atas katil empuk.

***

Danish menghempas tubuhnya ke atas katil dengan tangan terlentang. Dia memikirkan perihal di sekolah tadi.

"Macam manalah aku boleh sama dengan dia?"

"Nak tukar dah tak boleh dah. Aduh! Asyik nampak muka dia je. Semaklah minah tu," rungut Danish.

Tapi wajah kelat itu hilang dalam beberapa detik dan bertukar dengan senyuman.

"Ada baiknya. Boleh aku kenakan dia kalau ada peluang." Danish tersenyum jahat.

Handphone di meja lampu dicapai. Dan aplikasi Instagram dibuka. Bahagian notifikasi disentuh. Tersenyum dia apabila ramai yang like gambar yang dimuat turun malam semalam sebelum tidur.

Ada juga yang meninggalkan komen. Bertambah lebar senyumannya. Tapi satu pun dia tak pernah balas. Kali pertama dan terakhir adalah sewaktu Aulia Zulaikha mengutuk dirinya.

Bila diingat semula, amarahnya semakin membuak-buak. Siaplah kau Aulia Zulaikha!



Continue Reading

You'll Also Like

67.3K 7.8K 31
Sequel kepada ยปERRORยซ Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...
2.8M 104K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.9M 78.2K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

19.8K 1.9K 28
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...