[C] Kau VS Aku

By Shieyruna

2.7M 90.5K 8K

📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tia... More

Kau VS Aku - TV Series !
TAYANGAN SERIES SUDAH MULA!
Kau VS Aku TV SERIES - Musim 2
KVSA | 1
KVSA | 2
KVSA | 3
KVSA | 4
KVSA | 6
KVSA | 7
KVSA | 8
KVSA | 9
KVSA | 10
KVSA | 11
KVSA | 12
KVSA | 13
KVSA | 14
KVSA | 15
KVSA | 16
KVSA | 17
KVSA | 18
KVSA | 19
KVSA | 20
KVSA | 21
KVSA | 22
KVSA | 23
KVSA | 24
KVSA | 25
KVSA | 26
KVSA | 27
KVSA | 28
KVSA | 29
KVSA | 30
KVSA2 : KERANA CINTA
BAKAL TERBIT 💕
CALLING FOR EVERYONE!
SPECIAL CHAPTER
𝑴𝒆𝒆𝒕 𝒶𝓃𝒹 𝑮𝒓𝒆𝒆𝒕!

KVSA | 5

50.8K 3K 223
By Shieyruna

"Yeay!" Aulia mematahkan jari jemarinya yang lenguh seterusnya mengeliat. Siap sudah kerjanya membalut buku teks.

Nak buat apa lagi eh? Nak buat kerja sekolah mana ada lagi. Akhirnya Aulia mengemas benda-benda yang bersepah sebelum keluar dari biliknya.

Matanya menoleh pada pintu bilik Adam Zarief. Senyap je.

Aulia mengetuk beberapa kali. Tiada sahutan dari arah dalam dan tiada tanda-tanda pintu akan dibuka.

Tak betah menunggu, Aulia memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan. Kepalanya terjengul sedikit ke dalam. Dia nampak Adam sedang melayan permainan video sambil memakai headphone. Patutlah pekak!

"Ohh... Main play station rupanya. Tak ajak. Kurang asam..." Aulia merapati Adam Zarief yang membelakanginya.

"Baaaaa!"

"Maaakkk!" jerit Adam melatah sehingga controller Play Stationnya melambung. Nasiblah jatuh atas karpet bulu yang lembut ni. Kalau atas lantai? Berkecai.

Aulia ketawa kuat lalu terduduk di birai katil.

"Hishh! Akak, terkejut Adam." Adam menjeling kakaknya yang masih dengan gelaknya. Headphone ditanggalkan.

"Okay okay okay," Aulia berhenti gelak.

"Cubalah bagi salam ke, ketuk pintu ke. Ni tak, main sergah je..." bebel Adam Zarief.

"Buatnya kalau Adam ada sakit jantung ke, tak innalillahiwainnailaihirojiun dekat sini?" sambung Adam lagi.

"Yelah akak minta maaf. Tapi tadi akak dah ketuk pintu, kau je yang tak dengar..."

"Akak nak apa ni?" tanya Adam. Dia memulakan semula racing game akibat kekalahan tadi.

"Saja. Buka pintu je nampak kau main game. Bukan nak mengajak, kan?"

"Yelah tuan puteri. Lepas ni patik akan mengajak tuanku untuk bermain bersama. Tapi sebelum tu, patik akan bentang karpet merah untuk tuanku dulu, ye?" seloroh Adam.

"Kau loyar buruk en..." Aulia menampar bahu adiknya.

"Hehe... tak adalah. Jomlah main."

"Eh no hal." Aulia mencapai satu lagi controller dan duduk bersila di sebelah Adam Zarief.

"Kalah jangan nangis eh..." usik Adam.

"Eh... patutnya akak yang cakap macam tu. Selama kita main game racing ni, Adam mana pernah menang," kata Aulia lalu menjelir.

Adam mencebik. Entah ilmu apa yang kakaknya pakai. Asyik dia saja yang menang. Huh!

"Akak, nak tanya sikit boleh tak?"

"Apa?"

"Akak ada gaduh dengan sesiapa ke?"

"Tak ada." Laju Aulia menjawab dan cuba bersikap tenang.

"Adam tahulah kak. Kecoh budak-budak perempuan dalam kelas Adam tu. Siap suruh Adam nasihatkan akak tahu,"

Ibu jari laju menekan dan menolak punat-punat di atas alat kawalan itu.

"Whatever!"

Kereta yang dipandu Aulia terbabas teruk di pusingan akhir menyebabkan dia mendapat tempat yang terakhir. Aulia menjerit kecil tapi Adam sudah bersorak kerana dia menang. Seraya itu, kedengaran suara Maharani dalam rumah ini memanggil.

"Aulia!" Laung Puan Shikin.

"Ye maa..." Aulia laung juga.

"Mari sekejap," balas Puan Shikin.

Aulia mengeluh. Dia bangun dan bergegas turun ke bawah. Sampai di dapur, dia mendapatkan Puan Shikin.

"Ya mama ku sayang, ada apa?"

Puan Shikin pusing dan terus menyerahkan sebuah bakul sampah berwarna hitam.

"Apa ni?" Soal Aulia.

Puan Shikin tersenyum.

"Ini bakul sayang. Dalam bakul ni ada plastik sampah. Aulia pusing, jalan depan lagi. Sampai dekat pintu, pakai selipar lepas tu jalan terus lagi sampai keluar pintu pagar. Then Aulia pergi dekat tong sampah yang warna hijau pastu buang plastik ni. Faham?" Satu persatu Puan Shikin terangkan pada anaknya yang 'dungu' ni.

Aulia Zulaikha tersengih.

"Faham. Gurau jelah ma..."

"Ehh... Ada ke macam tu pula,"

Aulia berlalu bersama bakul sampah itu. Sampai dipintu, Aulia memakai seliparnya dan melangkah ke luar pagar. Sampai di tong sampah, bakul diletak.

Tiba - tiba matanya terpandang sesuatu yang tidak jauh dari rumahnya.

Macam kenal je. Desis Aulia.

Matanya dikecilkan untuk mengecam kumpulan lelaki itu.

"Aik, tu macam Ashraf. Zaf pun ada. Apa yang diorang buat dekat sini?" bisiknya.

Setahunya, tiada di antara mereka yang tinggal di lorong ni. Mata Aulia terbeliak melihat satu figura. What?!

Danish Aryan!

Aulia berlari dan menyorok di sebalik dinding pagar. Dadanya berdebar. Dia mengintai sedikit.

Kumpulan lelaki itu beransur pulang. Danish pula masuk ke dalam rumahnya.

Wait!

Orang yang baru pindah ke rumah tu... Dia ke?

Danish Aryan duduk rumah tu? Satu taman dengan aku? Satu lorong dengan aku?

Aulia terasa mahu pengsan. Dia segera menyelesaikan apa yang patut. Kemudian berlari ke dapur dan menyerahkan bakul sampah itu pada Puan Shikin. Dia berlari ke biliknya. Pintu biliknya ditutup dan dikunci. Nafasnya turun naik.

Laungan Adam Zarief untuk menyambung game mereka tidak diendahkan.

"Mamat tu tak boleh tahu yang rumah aku dekat dengan rumah dia. Tak boleh!" kata Aulia. Kepalanya digeleng laju.

Nasib baik geng lelaki itu juga tidak tahu rumahnya. Kalau tidak? Sebab mereka tidak rapat pun. Rapat sejak minggu orientasi.

"Banyak rumah kosong dalam taman ni, kenapa rumah tu yang kau pilih? Selorong dengan aku pula tuh!" ujar Aulia geram.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Rumah itu diduduki oleh kawan papanya, mungkin papanya yang mencadangkan rumah itu pada ayah Danish Aryan.

"Maknanya... Ayah mamat tu kawan papa aku?"

Aulia pejam mata.

"Kenapalah kawan papa anak dia mesti Danish? Tak ada orang lain ke?"

Aulia memandang Ocean yang turut memandangnya.

"I'm gonna facing a bad day after this..." ujar Aulia tapi beberapa detik kemudian dia menggeleng. Dia sudah berjanji yang dia tak akan mengaku kalah.

Aulia terkejut bila pintu biliknya diketuk kuat.

"Kak! Nak main ke tak?" jerit Adam separa kuat dari luar.

Aulia membuka pintu.

"Akak ni kenapa? Lari masuk bilik macam nampak hantu."

"Memang nampak hantu pun." balas Aulia. Hantu Danish! Seriau betul tengok mamat tu.

Adam berkerut. Pelik. Hantu mana pula menjelma siang-siang ni?

"Dahlah. Tak nak main," kata Aulia dan menutup pintu biliknya. Tak ada mood terus tengok muka mamat tu.

Adam menggeleng. Dia turun ke tingkat bawah menuju ke dapur.

"Adam, kenapa dengan kak Aulia tu?" Soal Puan Shikin bila melihat anak gadisnya tiba-tiba berlari masuk ke dalam rumah.

"Entahlah ma." balas Adam sambil menjongketkan bahunya.

Adam membuka peti sejuk dan mengeluarkan kotak peel fresh. Dibawanya ke meja. Gelas dicapai dan dituang.

"Akak kata dia nampak hantu." kata Adam lalu meneguk air oren itu.

Puan Shikin menggeleng. Ada saja perangai.

***

Aulia menyisir perlahan rambutnya. Kemudian disanggul. Dia mengeluh. Tiada semangat nak ke sekolah. Perkara semalam menghantui dirinya.

Apalah nasib. Dahlah satu sekolah, satu tingkatan, satu kelas, satu taman, satu lorong dengan mamat hot tu. Lepas ni satu apa pula?

Aulia menyarung anak tudung berwarna hitam dan dikemaskan agar selesa. Kemudian, tudungnya dipakai pula.

Tiba-tiba kakinya terasa sesuatu. Aulia lihat ke bawah. Ocean sedang menggesel kepalanya pada kaki Aulia.

Dia melutut. Kepala anak kucing kesayangannya diusap manja. Selepas itu, stokin disarung dan beg merah dicapai. Aulia menapak turun ke dapur.

"Assalamualaikum." ucap Aulia lemah.

"Waalaikumussalam. Lemau je suara. Kenapa?" Soal Puan Shikin.

"Hm... Nampak hantu semalam memanglah lemau," celah Adam seraya ketawa kecil.

Aulia menjeling.

"Sekali kau dah kena baru tahu rasanya," Balas Aulia.

Usai bersarapan, Aulia dan Adam menghidupkan enjin motor mereka. Kemudian Aulia membuka pintu pagar. Ditinjaunya rumah Danish. Gelap. Baik pergi cepat.

Segera Aulia mendapatkan orang tuanya untuk bersalam. Kemudian Encik Ridhuan menyerahkan wang kertas berwarna merah pada Aulia sebelum pergi.

Sampai di sekolah, Aulia memarkir motornya disebelah motor Farisha. Tempat itu disediakan di luar kawasan sekolah. Mereka yang menunggang motor tidak risau kerana pengawal keselamatan sentiasa memantau dan tidak pernah ada kes kecurian sebelum ni.

Dia kemudian melangkah masuk ke kawasan sekolah. Tiba-tiba dia merasa seperti ada orang berjalan disebelahnya. Lantas dia menoleh.

Zafirul tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Tapi itu tidak menarik perhatian Aulia malah melihat sekuntum bunga ros merah yang berada dalam gigitan Zafirul. Seperti Romeo yang ingin berikan bunga kepada Julietnya.

"Kau nak apa?" soal Aulia sedikit kasar.

Zafirul pantas melepaskan bunga ros dari mulutnya.

"Amboi! Kerasnya suara. Nah..." Zafirul menyerahkan sekuntum bunga ros plastik kepada Aulia.

Aulia pegang di hujung tangkai bunga itu kerana tidak mahu terkena air liur Zafirul. Euw!


"Bagi dekat sweetheart aku eh? Cakap kat dia, selamat bertugas untuk hari pertama dia jadi penolong aku hari ni," katanya dan berlalu pergi meninggalkan Aulia yang tercengang.

Ceh! Tak memasal jadi post girl hari ni. Aulia mempercepatkan langkahnya ke tapak perhimpunan. Ni lagi malas, harini ada perhimpunan.

Sampai di tapak perhimpunan, Aulia mendapatkan kawan - kawannya. Bunga ros Zafirul diserah pada Nina.

"Mimpi apa kau pagi-pagi dah bagi aku bunga?" tanya gadis itu pelik.

"Bukan daripada akulah. Tuh.. Pakwe kau bagi. Dia kata 'selamat bertugas jadi penolong dia hari ni'."

Nina mencebik. Pakwelah sangat!

"Kau tak terpikat ke?" soal Aulia dengan senyuman nakal.

"Dengan siapa, Zaf? Erk.. sikit pun tak!" Balas Nina.

Aulia mencebik. Tiba-tiba dia terpandang Danish. Entah bila mamat tu sampai. Lelaki itu juga memandangnya sambil senyum sinis dan disebalik raut wajahnya bagai ada mesej yang mengatakan 'kau tengoklah nasib kau kejap lagi'.

Aulia cuba kentalkan hatinya walaupun berdebar laju. Inilah padahnya cari pasal. Padan muka kau Aulia Zulaikha.



Continue Reading

You'll Also Like

1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
1.6K 205 27
Kisah seorang gadis yang bernama Zulie yang bergantung kepada lelaki yang berada di dalam mimpinya.Biarpun dia pernah putus asa untuk hidup dia tapi...
3.5M 46.4K 24
Ranking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsu...
4.8K 703 15
"Berhenti suruh aku buat benda yang boleh buat kau semua duduk depan pintu neraka. Cukup aku seorang yang rasa neraka tu dulu." - Hugo Adriel Jibril...