𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒

By Niemza

92.4K 10.7K 1.3K

[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup norm... More

Prologue
Perubahan
Kuasa
Bahaya
Kemalangan
3 Janji
Teori Fizik
Meja Eureka
Serah Diri
Kapten Zilgaf
Terpisah
Dome
Raizhan
Meteoris
Cocoon
Dunia Virtual Realiti
Sekutu
Kelebihan
Dieon
Dilema
Pengembaraan Bermula
Parasit
Kemanusiaan
Beban
Makna berani
Perkara yang Dilupa
Kesilapan Teknikal
Latihan Memburu
Amarah
Gerbang Pertama
Labyrinth
Terperangkap
Decode
Racun
Marksmanship
Sedar Semula
Satu-Satunya
Gema
Setia
Pendulum
Jirim
Author's Note
Tahap Seterusnya
Dalam Gelap
Hutan dan Lumpur

Rasa yang Terpendam

1.4K 188 11
By Niemza

Selepas tahu aku dapat menutup identitiku sebagai Meteoris dengan alat ciptaan abang, aku mulai yakin dengan setiap perbuatan yang aku buat. Aku juga mulai belajar untuk rasakan keseronokkan dunia VR ini.

Tak ada rasa takut, tak ada rasa gentar.

Aku belajar dari siapa? Siapa lagi kalau bukan Raizhan. Dialah yang gigih cuba mempengaruhi aku untuk merasakan pacuan adrenalin dan keghairahan memenangi suatu pertempuran dalam permainan ini.

Mengejar atau dikejar. Membunuh atau dibunuh...
atau dalam kata yang lebih sopan, menewaskan atau ditewaskan.

Game over.

Menewaskan bagiku ialah kata yang lebih tepat daripada membunuh. Kata Raizhan, "Kau membunuh tiada siapa pun di dunia VR ini, jadi rilekslah dan tetap melawan!"

Heh, memanglah dalam dunia ini, kematian adalah palsu. Tapi, Raizhan lupa. Mungkin juga semua orang sudah lupa.

Semua orang akan hidup pada akhirnya, kecuali Meteoris. Sebab itulah aku masih tak mahu menerima permainan ini sepenuhnya.

Jadi, maafkan aku Raizhan. Aku tak mahu terpengaruh dengan permainan tak guna ini. Mungkin kau sudah biasa melihatnya sebagai escapisme daripada dunia realiti tapi bagi aku permainan ini boleh menggelapkan hati.

Aku tak mahu mencederakan sesiapa sama ada virtual apatah lagi realiti! Kecuali... kalau aku betul-betul terpaksa.

Aku belajar bersungguh-sungguh dengan Raizhan cara bermain pedang. Aku mahu jadi kuat supaya aku boleh mempertahankan diri. Jika aku sudah terdesak, barulah aku mahu menyerang.

Setiap kali kami berehat sebentar di setiap perjalanan kami, Raizhan dan kadang-kadang Nikho akan ajak aku untuk bergusti. Dalam bahasa mereka, latihan itu dipanggil  sparing.

Begitulah rutin kami.
Boleh dikatakan perjalanan kami lancar. Jika ada kumpulan pemain yang menyerang kami, Raizhan dan Nikho dapat menewaskan mereka dengan mudah. Malah mereka pula yang akan bersaing siapa menewaskan lawan lebih banyak. Bila berlaku serangan, aku sentiasa disuruh bersembunyi untuk menjaga Elyssa. Tak perlukan masa yang lama, merek berdua pasti sudah berjaya menewaskan semua lawan. Jujur, mereka berdua itu raksasa. Patutlah digelar pemain lagenda.

Hanya saja, setiap pertarungan pasti akan berhujung perang mulut pula antara Raizhan dan Nikho. Aku dan Elyssa pula akan keluar dari tempat persembunyian hanya untuk mendamaikan mereka. Haih... bilalah mereka boleh akur?

Semakin lama kami meneruskan perjalanan di udara, kami semakin hampir dengan check point pertama.

Aku sedar aku harus menyiapkan diri untuk menempuhi cabaran di situ.
Niatku dalam permainan ini juga telah berubah. Aku dah tak perlu risau akan keselamatan diriku lagi. Identitiku sebagai seorang Meteoris pula akan tetap menjadi rahsiaku seorang. Dengan bantuan alat ciptaan abang, aku telah menjadi remaja yang normal. Tetapi, itu tidak akan menjamin keselamatan aku dan kawan-kawanku kalau aku gagal melewati cabaran ini.

Niatku sekarang ialah menamatkan permainan ini dengan segera. Aku sudah berjanji dengan Ellysa untuk berusaha untuk menyelamatkan Dieon. Aku akan cuba semampuku sampai saat terakhir.

Ya, aku mesti menang! Hanya dengan kemenangan akan dapat membuktikan aku benar-benar normal. Tiada siapa yang akan menuduh aku Meteoris lagi dan aku boleh pulang ke rumah dengan aman!

"Arash?"

"Hmm?" Aku tersentak dari lamunan bila mendengar ada suara yang menyeru namaku. Aku segera menoleh dan pandangan mataku bertembung mata bundar milik Elyssa.

"Jauhnya termenung!" tegurnya sambil ketawa kecil. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. "Sup dah siap?"

Aku memandang periuk kecil yang sedang berisi sup yang menggelegak. Err...apa yang aku sedang buat tadi?

"Alamak, Habislah sup ini tersejat!" Kelam-kabut aku menarik kayu api di bawah periuk itu untuk mengecilkan apinya.

Elyssa ketawa melihat tingkahku. "Tengah memasak begini pun sempat lagi kamu mengelamun? Nasib baik tak jadi apa-apa."

"Tak jadi apa-apa, kan? Tak mengapalah kalau saya mengelamun pun!" balasku sebal. Makin kuat ketawa Elyssa. Haih... nasib baiklah kau comel!

"Bagi saya rasa sup tu," pinta Elyssa sambil menghulurkan tangannya. Aku menyerahkan sudip kayu yang aku pegang dari tadi.

Dengan hati-hati, Elyssa menyudu sup cendawan yang panas itu. Aku pula yang rasa berdebar-debar. Sebab sup itu aku yang buat!

"Eii, tawar! Kata pandai masak."

"Tipu! Mana ada tawar," bantahku tak puas hati. Aku rasa tadi elok saja pun!

"Tak percaya rasa sendiri," Ellysa serahkan balik sudip itu kepadaku.

Aku menyudu dan merasa sedikit. Betullah! Tak tawar pun? Deria lidah aku dapat  kesan rasa masam, manis dan lemak sup cendawan itu. Apa yang tawarnya? Aku rasa Elyssa ini memang sengaja nak menyakat aku...

Melihat aku pasang muka cemberut tak puas hati, Elyssa ketawa lagi. Dia mengambil uncang kulit yang berisi garam. Ditaburkannya secubit dua. Sudip dalam tanganku dirampasnya untuk mengacau sup itu.

Selepas meniup-niup sedikit, dia menyuakan aku sudip yang berisi sedikit sup dan potongan kecil cendawan. "Nah, rasa yang ini pula. Mana yang lebih sedap."

Aku pandang sudip yang disuakan. Mahu tak mahu, aku merasa sedikit sup itu. Elyssa memaksa aku menghirup semua. Heish, nasib baik dah suam-suam kuku. Kalau masih panas tadi, ada juga lidah aku melecur.

"Macamana? Ini lagi sedap, kan?" kata Elyssa dengan senyuman lebar.

Aku menyapu sup yang mengalir dari hujung bibirku. "Bolehlah..." kataku perlahan.

Kalau boleh aku tak mahu mengaku. Tapi, bila Elyssa tambah garam sedikit, barulah rasa sup itu lebih terasa sedapnya. Rasa masin itu menguatkan rasa rempah yang ada di dalam sup itu.

"Eleh, tak nak mengakulah tu. Kalau nak lagi, cakap. Saya suap!"

"Ish, tak naklah! Suap-suap ingat saya budak lagikah?!"

Elyssa hanya ketawa membalas kata-kataku. Dia menyambung mengaduk sup itu. Setelah siap, aku membantunya meletakkannya di atas hamparan daun pisang.

"Mana Raizhan dan Nikho ni? Lambatnya..." rungut Elyssa sambil memandang arah utara, tempat mereka berdua menghilang sebentar tadi.

"Sekejap lagi sampailah mereka tu. Tak perlulah risau. Mereka berdua kuat, kan?" balasku memujuk. Elyssa hanya mengangguk lemah.

Sekarang aku cuma berdua dengan Elyssa. Macam biasalah. Apabila  hampir lewat petang, kami akan turun dan mendirikan khemah untuk bermalam.

Aku dan Elyssa akan sediakan makan malam. Manakala Raizhan dan Nikho pula akan pergi 'memburu'. Bukan memburu binatang untuk dimakan saja. Orang pun mereka 'buru'. Sebab, kalau mereka balik sahaja mesti akan ada bekalan barang baru.

"Saya nak pergi berlatih dululah," kataku memecahkan kesunyian. Aku mencapai pedang yang diberi Raizhan.

Baru aku hendak bingkas bangun, aku terduduk semula kerana ada sentakan pada hujung jaketku.

"Eh, Elyssa! Kenapa?" tanyaku hairan. Dia rupanya yang menarik aku. Elyssa masih tidak melepaskan pegangan tangannya. Wajahnya yang menunduk nampak merona merah.

"Umm, A-arash... boleh tak  ajar sa-saya me...memanah?" dia mengangkat wajah.

Aku sedikit terkejut mendengar permintaannya. Dia menarik sesuatu di bawah daun pisang. Ada busur panah miliknya, pemberian Nikho.

Aku duduk menghadapnya. "Kenapa nak belajar memanah dengan saya pula? Bukankan Nikho dah ajar  kamu? Dia lagi hebat daripada sayalah. Saya mana pandai memanah," kataku perlahan. Setakat ini, Raizhan cuma mengajar aku asas bergusti dan pedang. Aku hanya dapat memerhatikan Nikho mengajar Elyssa memanah dari jauh sahaja.

Elyssa menggeleng. "Memang Nikho ada ajar saya. Tapi, saya malu sebab sasaran saya asyik tak kena! Saya tak nak buat Nikho rasa terbeban dan tertekan sebab ajar saya yang lembab ni. Kalau berlatih dengan Arash saya taklah rasa segan sangat sebab level kita masih lebih kurang sama. Kita masih belajar. Tapi Nikho dan Raizhan dah berada di tahap yang jauh lagi tinggi. Saya pun nak jadi kuat juga," luahnya sepenuh hati.

Aku menghela nafas berat. Bukan sebab aku berat hati tapi sebab aku faham sangat apa yang dia rasa. Sebab itulah apa yang aku rasa!

Aku benci bila terpaksa terus bergantung dengan orang lain untuk hidup. Macam aku tak ada kudrat sendiri. Tak sangka Elyssa juga memendam rasa yang sama?

"Tak apalah. Kalau teman saya pun dah cukup..." kata Elyssa lagi. Macam berjauh hati bunyinya.

Aku senyum.

"Baiklah. Tapi, saya akan teman sahaja. Jangan harapkan saya mengajar kamu pula..." kataku seraya berdiri.

Elyssa menyambut huluran tanganku. Sekali tarik dia sudah berdiri di hadapanku. Ringan betul badan dia ni.

"Itu dah cukup bagus. Te-terima kasih Arash," Elyssa tersenyum lebar sampai sepet matanya.

Aku membalas senyumannya sekilas sebelum mendahuluinya menuju sebatang pokok yang berdekatan. Menggunakan hujung kunai milikku yang tajam, aku memahat lima bulatan untuk jadi tempat sasaran Elyssa.

"Boleh nampak tak?" kataku separuh melaung.

"Boleh, terima kasih!"

Aku segera beralih dari situ. Aku mulai membuat regangan badan sementara Elyssa mulai meletakkan anak panahnya pada busur.

Syakk!

Elyssa melepaskan anak panah yang pertama. Sayangnya ia tidak mengena sasaran sebaliknya terkeluar dari garisan paling luar.

"Cuba lagi, Elyssa!" giatku kepadanya sambil menarik tanganku ke belakang.

Dia mengangguk sambil tersipu malu. Diambilnya anak panah kedua. Bukaan kakinya dibuka seluas bahu sementara badannya mengiring.

Hmm...begitukah posisi yang betul kalau nak memanah?

Kembang kempis pipinya menghirup udara, cuba mendapatkan ketenangan. Entah kenapa aku lebih tertarik melihatnya berlatih memanah daripada menyambung latihanku sendiri. Aku duduk bersila dan menongkat dagu memerhatikan gerak-gerinya.

Mata bundar Elyssa kelihatan begitu fokus merenung bulatan tengah yang paling kecil. Tali busur panah ditarik.

Syakk!

Anak panah yang dilepaskan meluru dengan pantas lalu terpacak di dalam bulatan yang kelima.

"Yeay, kena!" Elyssa spontan meloncat gembira melihat percubaannya yang kedua kena juga pada sasaran.

Aku mengangkat kedua belah ibu jariku tanda mengucapkan tahniah atas kejayaan kecilnya itu. Elyssa tampak teruja mahu meneruskan latihannya itu. Boleh tahan.

Dia menarik tali busur panah untuk melepaskan anak panah yang ketiga.

Syakk!

"Aduh!" Elyssa tiba-tiba menjerit. Aku yang sedang memandang tempat anak panah yang terpacak, segera menoleh.

"Elyssa, kenapa?!" Aku segera mendapatkannya. Elyssa sedang memegang jari tangan kanannya dengan wajah berkerut menahan sakit.

Aku terus menarik tangannya dan mendapati jarinya itu terluka. Ada kulit jarinya yang bergelembung air kesan terkena tekanan yang terlalu kuat.

Takkan baru dua kali sudah jadi begini? Aku jarang nampak Nikho melatih Elyssa. Kecuali... Elyssa sendiri yang senyap-senyap berlatih?

"Kenapa boleh jadi begini?" tanyaku sambil mengusap jemarinya yang memerah.

"Saya tak apa-apa. Mungkin ini sebab tangan saya masih belum kuat. Tak apalah, ini sebahagian daripada latihan," Elyssa cuba tarik tangannya dari peganganku. Tetapi aku lebih cepat eratkan genggaman. Aku mengutip busur panah yang tergeletak di atas tanah mengheret Elyssa menuju longgokan beg kami.

"Balut tangan kamu dulu," arahku tegas. Aku mengeluarkan uncang kecil yang berisi ubat-ubatan dan menyerahkannya pada Elyssa.

Dia memuncungkan mulutnya tanda protes. "Tak payahlah nak balut-balut bagai. Buruklah!"

"Balut atau saya beritahu Nikho dan Raizhan?" ugutku. Dia mendengus. Mahu tak mahu, dia mulai menyelongkar isi uncang itu.

Aku ketawa dalam hati. Tau pun takut. Nikho bersikap agak protektif terhadap Elyssa. Dia betul-betul menepati janji. Elyssa dijaganya macam adik sendiri.

Raizhan pula semacam sudah berjangkit sikap Nikho. Paling pantang dia bila ada orang menghunus senjata ke arah Elyssa.

Baru-baru ini, kami ada diserang hendap ketika sedang berehat. Ketika Raizhan dan Nikho sedang sibuk menghadapi musuh yang ramai, aku yang ditugaskan melindungi Elyssa tiba-tiba dikepung musuh. Jeritan Elyssa yang didengari Raizhan menyebabkannya meluru ke arah kami dan mengamuk. Dalam sekejap, habis musuh ditewaskannya.

Hahaha... siapa tak sayang Elyssa? Kalau tak ada dia, siapa nak isi perut kami dengan makanan yang sedap?

"Huu...sedapnya bau!" tiba-tiba kedengaran suara Raizhan yang garau dan kuat. Aku menoleh dan menangkap kelibatnya keluar dari hutan. Comot!

"Makan malam! Wa lapaq gila dah ni," Nikho pula muncul di belakang Raizhan. Serabai juga keadaannya. Dengan senjata dan beberapa ekor arnab dalam genggaman, dia meluru ke arah hamparan pisang yang terhidang makanan.

Aku menghela nafas. Pulangnya mereka, bermakna bersambunglah semula rutin dalam perjalanan kami ini.

Rutinku pula, "Wei, cucilah tangan dulu!"

[1844 words]

Continue Reading

You'll Also Like

68.1K 6.5K 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus j...
110K 8K 16
"Kau tak try pun dia.Try lah!Mana tahu kau lucky" [this ff is fixed with new storyline] *cite paling tah pape author sendiri cringe 😔* Highest rank...
49 5 5
Novel Science fiction story.
Ragam Dunia By

Science Fiction

1.8K 8 1
Layan