DATE ME

By karyaseni2u

75.5K 1.4K 72

Tajuk: DATE ME Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-50-1 Harga: RM26.00 (Seme... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15

BAB 14

3.2K 72 0
By karyaseni2u

Puas bersiar-siar di One City, Ed menghantar Kaysa Adara pulang ke apartmen gadis itu. Motornya diberhentikan berhampiran dengan lif. Memudahkan gadis itu untuk naik ke rumah.

Dengan penuh berhati-hati, Kaysa Adara turun dari motor. Helmet dibuka. Senyuman dilemparkan saat matanya bertemu dengan mata Ed.

"I rasa next time kalau kita nak keluar date lagi, you drive ajelah kereta I," kata Kaysa Adara. Helmet diserahkan kepada Ed.

"Kenapa? Tak suka naik motor dengan I ke?"

"Suka tapi..."

Bicara Kaysa Adara terhenti sendiri. Gadis itu melarikan pandangan ke tempat lain. Tiba-tiba dia diserang rasa malu. Mungkin kerana kejadian sebentar tadi.

Ed tersenyum penuh makna. Seakan-akan mengerti.

"Oh... You takut terpeluk I lagi?"

Kaysa Adara yang sedang menundukkan pandangan ke bawah hanya mengangguk perlahan.

"I ingat you sengaja peluk I tadi."

"Tak..."

Laju Kaysa Adara menidakkan.

"I tak sengaja."

Ed masih lagi senyum dan senyumannya kali ini kelihatan nakal.

"Okeylah... Lepas ni I ambil you dengan kereta. Mungkin lepas kita kahwin nanti, kita boleh naik motor balik."

Kaysa Adara terpempan. Dia pandang Ed tanpa kelip. Apa yang Ed cakap tadi? Lepas kita kahwin...

Oh Tuhan... Tiba-tiba Kaysa Adara rasa susah nak bernafas.

Gadis itu cuba mengawal dirinya. Takkan dia nak pengsan kat sini pula semata-mata sebab Ed cakap pasal kahwin? Gila! Buat malu aje.

"You ada kereta sebenarnya?"

Ed menggelengkan kepala.

"I boleh pinjam Yusri."

"Eh, tak payahlah... I tak kesah pun kalau you nak drive kereta I. Tak payah nak pinjam orang."

"I tak pernah terfikir yang I perlukan kereta sehinggalah I jumpa you. Mungkin I dah boleh fikirkan untuk beli kereta."

Kaysa Adara terlopong.

"Ed! Tak payahlah sampai nak beli kereta untuk keluar date dengan I. Kenapa tiba-tiba I rasa benda ni boleh jadi isu? I sebenarnya tak kesah nak naik motor dengan you. I lagi suka sebenarnya sebab I jarang naik motor. Lagi-lagi motor macam you. Tapi... I seganlah bila I terpeluk you. I tak nak benda ni berlaku. Kalau dah kahwin tu lainlah..."

Nada suara Kaysa Adara bertukar perlahan di hujung bicara. Hampir tidak kedengaran. Gadis itu tersipu-sipu malu.

Ed hanya memerhati Kaysa Adara. Riak wajahnya ketika itu sukar ditafsirkan. Entah apa yang bermain dalam minda Ed tika itu.

"How was our second date? You suka?"

Kaysa Adara membalas pandangan Ed bersama senyuman yang tidak mampu disembunyikan.

"Tipu sangat kalau I cakap I tak suka, kan?"

Ed mengangguk. Selamba.

"Muka I ni dah menggambarkan segala-galanya. Thank you, Ed. You cakap you tak romantik tapi you akan cuba untuk jadi romantik. Apa yang I boleh cakap, cubaan you berjaya. I suka cara you untuk jadi romantik."

"Bahaya ni..."

"Kenapa pula bahaya?"

"Sebab you will expect more lepas ni."

Kaysa Adara melepaskan tawa.

"You rasa tertekan ke nak puaskan hati I?"

Ed menggeleng perlahan.

"Good! You jangan rasa tertekan tau. After this, I nak simple hangout dengan you. Mungkin tengok wayang."

"Wow. Dah ada plan?"

Kaysa Adara melakarkan sebuah senyuman. Nafas ditarik dan dihela perlahan. Jam di pergelangan tangan dikerling.

"Okeylah, Ed. Dah lewat ni. I naik dulu. Good night."

"Good night."

Kaysa Adara mula mengatur langkah, meninggalkan Ed. Lelaki itu masih di motornya. Memerhati Kaysa Adara sehingga gadis itu masuk ke dalam lif. Terasa ada getaran di pahanya, Ed terus mengeluarkan telefon pintar. Nama Yusri terpapar di skrin telefon.

"Helo," sapa Ed setelah menjawab panggilan.

"Kau kat mana?"

"Kenapa?"

"Jom lepak mamak."

"Okey. Aku on the way."

Kaysa Adara yang baru tiba di rumah berasa pelik apabila keadaan di rumah sunyi sepi. Tidak riuh seperti selalu. Matanya dihalakan ke arah Syaz dan Yara di ruang tamu. Yara masih lagi lengkap bertudung. Pasti gadis itu pun baru balik daripada bertemu Yusri.

"Kenapa muka kau orang serius semacam aje ni? Nak kata tengok cerita hantu, TV tak terpasang pun."

Kaysa Adara mendekati kawan-kawannya. Punggung dilabuhkan berhampiran dengan mereka berdua. Pandangan mata dihalakan ke arah Syaz dan Yara. Silih berganti.

Tanpa sebarang bicara, Yara menghulurkan telefon pintar Syaz yang berada di tangannya. Dalam keadaan yang teragak-agak, Kaysa Adara mengambil telefon Syaz dan menumpukan pandangan pada skrin telefon yang memaparkan conversation Syaz bersama Aizat.

Terkejut Kaysa Adara apabila melihat semua mesej yang Syaz hantar pada Aizat setelah lelaki itu meninggal dunia sudah bertanda biru, menandakan mesej-mesej itu sudah dibaca. Riak wajahnya kini sama seperti riak wajah Syaz dan Yara. Terkejut.

Kaysa Adara menumpukan pandangan ke arah Syaz. Memerhati gadis itu yang seakan-akan kaku di tempat duduknya. Syaz tunduk pandang lantai. Jari-jemari yang berada di atas paha kelihatan sedikit menggigil.

"Kau memang hantar mesej dekat Aizat ke, Syaz?"

Dengan nada yang setenang mungkin, Kaysa Adara mengajukan pertanyaan. Selama ini dia tidak tahu pun Syaz menghantar mesej kepada Aizat walaupun lelaki itu sudah tiada.

Syaz mengangguk perlahan.

"Tapi kenapa? Kau tahu kan dia tak akan baca."

Diam.

Lama.

Yara tidak memberi sebarang komen.

"Sekarang ni, mesej-mesej yang kau hantar semua dah blueticks. Jangan beritahu aku yang kau ingat Aizat yang baca semua ni. Itu tak mungkin terjadi."

Sepi lagi.

Syaz tiba-tiba menoleh ke arah Kaysa Adara dengan mata yang berair.

"For a second, I think it was him."

Tersandar Kaysa Adara ke belakang. Nafas dihela berat.

"Syaz..."

Kaysa Adara kehilangan bicara. Tak tahu macam mana dia nak yakinkan Syaz yang Aizat sudah tiada. Sudah meninggalkan mereka.

"Aku cuba call nombor Aizat. Ada bunyi tapi tak ada siapa jawab," beritahu Yara setelah lama mendiamkan diri.

"Mungkin famili Aizat yang buka phone Aizat dan terbaca WhatsApp Syaz."

"Mungkin juga," balas Yara.

Kaysa Adara kembali memandang Syaz yang sudah tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia ingin bersuara tetapi lidahnya kelu. Dia ingin memberikan kata-kata nasihat kepada Syaz tetapi dia tak tahu apa yang harus dia cakapkan. Sudahnya, dia hanya merenung Syaz.

Deringan telefon pintar Kaysa Adara memecah kesunyian yang tercipta. Melihat nama mama yang terpapar di skrin telefon, gadis itu terus menjawab panggilan. Telefon dilekapkan ke telinga. Salam dihulurkan.

"Kaysa kat mana?"

"Rumah."

"Hari ni tak pergi mana-mana ke?"

"Ada."

"Keluar dengan siapa?"

"Kawan."

Sepatah-sepatah bicara Kaysa Adara yang menjawab pertanyaan daripada Puan Saafia. Dia tiada mood untuk berbual dengan mamanya ketika ini. Mungkin disebabkan dia baru tahu yang Syaz masih menghantar mesej kepada Aizat. Tapi kalau nak diikutkan, bila masanya yang Kaysa Adara ada mood untuk berbual dengan keluarganya?

"Kawan yang hari tu?"

"Hmmm..."

"Apa nama dia? Ed, kan?"

"Haah."

"Betullah apa yang kawan mama cakap..."

Kaysa Adara terpempan. Dahinya berkerut.

"Apa yang kawan mama cakap?"

"Hmmm, barulah nak bertenaga sikit cakap dengan mama. Tadi tu macam malas aje," rungut Puan Saafia.

"Kawan mama cakap apa?" soal Kaysa Adara lagi.

"Dia cakap dia nampak Kaysa dengan seorang lelaki kat One City. Kaysa keluar dengan Ed dekat situ ke?"

Kaysa Adara menghela nafas perlahan.

"Betul ke kawan mama yang beritahu mama? Bukan spy mama?"

Puan Saafia tergelak lucu.

"Kaysa ingat mama ni apa? Mama tak ada masa nak upah spy untuk spy anak sendiri. Buang masa aje."

"Manalah tahu. Mama tu kan unpredictable."

"Amboi! Kaysa ni suka sangat fikir yang bukan-bukan. Cubalah bersangka baik sedikit dengan mama sendiri."

"Sorry..."

"Mama tak ambil hati pun. Dah lali dengan perangai Kaysa. Hujung minggu ni jangan lupa balik sini."

"Hah? Buat apa? Kaysa dah dua minggu balik sana. Minggu ni Kaysa malaslah nak balik sana."

"Kaysa dah lupa ke?"

"Lupa apa?"

"Kan papa suruh ajak Ed datang rumah. Kaysa kenalah balik sini. Tolong mama masak untuk boyfriend Kaysa. Lagipun, along dengan bini dia nak balik rumah kita minggu ni. Mama nak semua orang ada kat rumah."

Kaysa Adara mengetap bibir. Alamak! Dia terlupa. Dia belum beritahu Ed pun lagi pasal ni. Macam mana nak beritahu Ed? Ed tak kesah ke nak jumpa famili dia? Tidak semena-mena, Kaysa Adara berdebar. Berdebar sebab cuak.

"Kak Elly pun ada ke nanti?"

"Eh, mestilah... Dia kan kakak ipar Kaysa."

"Mama nak jemput Ed hari apa? Sabtu malam?"

"Haah."

"Hmmm, tengoklah macam mana. Kaysa tak beritahu dia lagi. Tak tahulah kalau dia free atau tak."

"Kalau dia tak free, suruh dia free kan diri dia," balas Puan Saafia cukup bersahaja. Seakan-akan berseloroh tetapi kedengaran serius.

"Ma... Sebenarnya Kaysa baru ajelah kenal dia. Tak payahlah papa dengan mama jumpa dia lagi. Nanti-nantilah..."

"Kalau dia serius dengan Kaysa, dia tak akan kesah untuk jumpa papa dengan mama. Kaysa tak payah bagi banyak alasanlah. Dia nak bawa anak mama keluar, dia kena jumpa mama dulu."

"Ma..."

Masalahnya Kaysa pun tak pasti dia serius dengan Kaysa ke tak... Tutur Kaysa Adara dalam hati.

"Jangan bagi alasan, Kaysa. Macam yang papa cakap... Sama ada dia jumpa papa, atau papa pergi jumpa dia."

"Ma... Janganlah malukan Kaysa."

"Malu apanya? Kalau Kaysa tak nak malu, bawa dia jumpa kami."

Satu keluhan berat terlepas dari bibir Kaysa Adara.

"Okey."

Suasana di kedai mamak yang Ed dan Yusri selalu lepak kelihatan meriah waktu itu. Hampir semua meja penuh. Hanya beberapa buah meja yang masih kosong. Ed yang baru tiba, terus memesan secawan teh tarik dan roti naan. Kebetulan masa dia baru duduk tadi, seorang pekerja datang dan hantar minuman untuk Yusri.

"Aik! Tak kenyang ke? Bukan kau keluar date dengan Kaysa ke?" tanya Yusri.

Ed tayang sengih. Kenyang tu memanglah kenyang. Kenyang makan Grilled Teriyaki Chicken Spaghetti tawar yang dia masak. Tapi dia rasa macam tak puas. Tekak rasa lain macam. Itu yang dia oder roti nan.

"Tadi budak kafe cakap kau guna dapur untuk masak spaghetti. Letak dalam bekas untuk dua orang. Lepas tu, masa aku keluar dengan Yara, Yara cakap kau keluar dengan Kaysa."

Mata Yusri makin mengecil. Tubuhnya didekatkan ke arah Ed.

"Kau masak spaghetti untuk Kaysa ke?"

Ed menganggukkan kepalanya. Bersahaja.

Mata Yusri membesar semula. Terkejut. Jatuh rahang lelaki itu.

"Kau serius ke dengan Kaysa?"

"Kau serius ke dengan Yara?"

"Eh, of course aku serius. Sekarang ni, aku tanya kau... Kau serius ke?"

Ed melepaskan tawa kecil. Pandangan dilarikan ke arah lain. Dengan nada yang sinis, dia mengutuk Yusri.

"Playboy."

"Amboi, kutuk kawan sendiri nampak. Bila masa pula aku playboy?" soal Yusri tidak puas hati.

"Kalau bukan sebab perangai suka berfoya-foya kau tu, kau tak akan kena belasah malam tu. Dan aku tak payah nak selamatkan kau."

"Itu cerita lama. Lima enam tahun yang lalu. Tak payahlah nak ungkit. Tapi kalau aku tak kena belasah malam tu, kita tak akan kenal dan kita tak akan duduk berdua melepak macam ni. Red pun mungkin tak wujud."

"Red tetap akan wujud tanpa kau."

"Ceh! Berlagak. Padahal aku yang beria-ia suruh kau jadi penulis. Aku yang terbitkan novel kau."

Ed menyeringai.

"Berbalik pada soalan aku tadi... Kau serius ke dengan Kaysa?"

Kepala Ed dianggukkan. Yakin.

"Setahu aku, kau baru aje cakap tak ada istilah cinta dalam hidup kau. Habis tu, kenapa tiba-tiba kau dengan Kaysa pula? Musykil betul aku."

"Mungkin dia dah curi hati aku masa kat Sabah dulu," balas Ed cukup bersahaja.

Ed memilih untuk merahsiakan rancangannya daripada Yusri. Tiada siapa perlu tahu rancangannya.

Yusri melepaskan tawa. Tawa yang dibuat-buat. Tawa yang mengejek.

"Kau dah boleh buat novel cinta lepas ni, Ed. Apa kata kau selitkan unsur romance dalam novel kau. Pembaca-pembaca kau pun asyik request kau masukkan elemen cinta."

Ed senyum senget. Teh tarik yang baru tiba terus diteguk sebelum dia mula menjamah roti nannya.

"Kau nak?" tanya Ed.

"Tak nak. Aku kenyang."

"Kau bawa Yara pergi mana?"

"Adalah. Rahsia. Sibuk aje nak tahu."

"Just asking," balas Ed dengan nada nakal.

Sedang Ed mengisi perut, dia menerima panggilan daripada Kaysa Adara. Terus dia berhenti makan. Telefon pintar dicapai dan panggilan daripada gadis itu dijawab.

"You dah sampai rumah ke?" tanya Kaysa Adara setelah berbalas sapaan dengan Ed.

"Tak. I lepak dengan Yusri. Kenapa you call?"

"Hmmm... Errr..."

Gadis itu kelihatan berat hati untuk menuturkan bicara.

"Apa yang you nak cakap sebenarnya, Kaysa?" soal Ed apabila Kaysa Adara masih lagi teragak-agak untuk memberitahunya.

"Hmmm, macam ni... Errr... Parents I ajak you makan malam dekat rumah I."

Ed terdiam. Wajah Khairul Anuar terus muncul dalam minda.

"Errr, tapi kalau you tak nak pergi tak apa. Pandai-pandailah I cakap kat dia orang."

"Bila?"

"Hah?"

Kaysa Adara seakan-akan terkejut. Mungkin tidak menyangka Ed akan menerima pelawaan keluarganya.

"Errr, sorry... Sabtu malam ni. You nak datang ke?"

"Yeah... Why not."

"Ed... Kalau you macam rasa tak selesa nak jumpa parents I, tak apa. I faham. I boleh cakap you ada hal."

"No. I tak kesah langsung. I okey aje nak jumpa parents you."

"Serius?"

"Ya, I serius. Tapi Sabtu malam tu tak dikira date ya."

Kaysa Adara tergelak.

"Okey. It's not a date. Mana ada orang date dengan famili, kan?"

Bibir Ed tersenyum nipis.

"See you on Saturday night."

Yusri yang mencuri dengar perbualan Ed dengan Kaysa Adara sudah tersenyum-senyum nakal. Sebaik sahaja Ed mematikan talian, dia terus mengusik kawannya itu.

"Sah! Memang sah kau dilamun cinta. Aku macam tak percaya aje..."

Ed menyeringai sebelum kembali menjamah roti nannya.

Continue Reading

You'll Also Like

9.8M 296K 52
Anna Krause is in her senior year and more than ready to leave high school behind and start a new fresh life without homework, what she didn't expect...
3.1M 130K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
2.7M 60.7K 81
Diana is an 18 year old girl about to start her senior year until she bumps into a woman at the bookstore who has quite the personality. The woman ta...
614K 31.1K 32
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...