BAB 14

3.2K 72 0
                                    

Puas bersiar-siar di One City, Ed menghantar Kaysa Adara pulang ke apartmen gadis itu. Motornya diberhentikan berhampiran dengan lif. Memudahkan gadis itu untuk naik ke rumah.

Dengan penuh berhati-hati, Kaysa Adara turun dari motor. Helmet dibuka. Senyuman dilemparkan saat matanya bertemu dengan mata Ed.

"I rasa next time kalau kita nak keluar date lagi, you drive ajelah kereta I," kata Kaysa Adara. Helmet diserahkan kepada Ed.

"Kenapa? Tak suka naik motor dengan I ke?"

"Suka tapi..."

Bicara Kaysa Adara terhenti sendiri. Gadis itu melarikan pandangan ke tempat lain. Tiba-tiba dia diserang rasa malu. Mungkin kerana kejadian sebentar tadi.

Ed tersenyum penuh makna. Seakan-akan mengerti.

"Oh... You takut terpeluk I lagi?"

Kaysa Adara yang sedang menundukkan pandangan ke bawah hanya mengangguk perlahan.

"I ingat you sengaja peluk I tadi."

"Tak..."

Laju Kaysa Adara menidakkan.

"I tak sengaja."

Ed masih lagi senyum dan senyumannya kali ini kelihatan nakal.

"Okeylah... Lepas ni I ambil you dengan kereta. Mungkin lepas kita kahwin nanti, kita boleh naik motor balik."

Kaysa Adara terpempan. Dia pandang Ed tanpa kelip. Apa yang Ed cakap tadi? Lepas kita kahwin...

Oh Tuhan... Tiba-tiba Kaysa Adara rasa susah nak bernafas.

Gadis itu cuba mengawal dirinya. Takkan dia nak pengsan kat sini pula semata-mata sebab Ed cakap pasal kahwin? Gila! Buat malu aje.

"You ada kereta sebenarnya?"

Ed menggelengkan kepala.

"I boleh pinjam Yusri."

"Eh, tak payahlah... I tak kesah pun kalau you nak drive kereta I. Tak payah nak pinjam orang."

"I tak pernah terfikir yang I perlukan kereta sehinggalah I jumpa you. Mungkin I dah boleh fikirkan untuk beli kereta."

Kaysa Adara terlopong.

"Ed! Tak payahlah sampai nak beli kereta untuk keluar date dengan I. Kenapa tiba-tiba I rasa benda ni boleh jadi isu? I sebenarnya tak kesah nak naik motor dengan you. I lagi suka sebenarnya sebab I jarang naik motor. Lagi-lagi motor macam you. Tapi... I seganlah bila I terpeluk you. I tak nak benda ni berlaku. Kalau dah kahwin tu lainlah..."

Nada suara Kaysa Adara bertukar perlahan di hujung bicara. Hampir tidak kedengaran. Gadis itu tersipu-sipu malu.

Ed hanya memerhati Kaysa Adara. Riak wajahnya ketika itu sukar ditafsirkan. Entah apa yang bermain dalam minda Ed tika itu.

"How was our second date? You suka?"

Kaysa Adara membalas pandangan Ed bersama senyuman yang tidak mampu disembunyikan.

"Tipu sangat kalau I cakap I tak suka, kan?"

Ed mengangguk. Selamba.

"Muka I ni dah menggambarkan segala-galanya. Thank you, Ed. You cakap you tak romantik tapi you akan cuba untuk jadi romantik. Apa yang I boleh cakap, cubaan you berjaya. I suka cara you untuk jadi romantik."

"Bahaya ni..."

"Kenapa pula bahaya?"

"Sebab you will expect more lepas ni."

DATE MEWhere stories live. Discover now