Inilah irama kami

By AfroNerd

3.4K 42 11

Ini fanfiction saya untuk Uta no Prince-sama~ Maji Love 1000%~ harap korang suka! Dan...jika ia mendapat sam... More

Uta no Prince-sama
Sesuatu yang ingin diperkata...
Chapter 00: Part 1
Chapter 00: Part 2
Chapter 00: Part 3
Chapter 00: Part 5
Chapter 00: Part 6

Chapter 00: Part 4

263 4 0
By AfroNerd

          "Eh? Awak nak ke mana Haruka?" tegur Tomochika sebaik melihat Haruka tergesa-gesa. Gadis itu baru sahaja tiba ke kelas, sudah hendak keluar balik?

          " Ah, Tomo-chan...saya nak jumpa Ringo-sensei, nak tanya pendapat tentang lirik saya...", ujar Haruka, usai dia berkata, langsung dia hilang dari pandangan Tomochika. Tomochika tersenyum, dia gembira melihat Haruka yang bersemangat seperti itu. Ternyata dia benar-benar memegang impiannya mencipta lagu untuk Hayato.

          Selepas hampir lima minit berjalan, akhirnya dia tiba di bilik guru. Matanya melilau mencari guru kelasnya itu. Dia ternampak kelibat gurunya di sebuah ruangan khas untuk pelajar bertemu guru, dia tertanya dengan siapakah gurunya berbincang. Lantas, langkahnya dibuka mendapatkan guru kelasnya itu.

          " Ah! Nanami-chan!" tegur Cikgu Ringo sebaik sahaja ternampak gadis itu berjalan mendekatinya. Tatkala itu, persoalannya terjawab sebaik sahaja dia ternampak rakan sekelasnya dan juga pesaingnya; Ozawa Aiko, berdiri menghadap guru kelas mereka.

          "  Um...Sensei...boleh tolong tengokkan lirik saya?" tanya Haruka, dengan lembut. Cikgu Ringo tersenyum lebar.

          " Wah! Awak pun sudah siapkan? Memang kalian berdua ni hebat! Baru semalam saya berikan tugasan dan taklimat, pagi ni dah kamu siapkan! " puji Cikgu Ringo sambil memandang kedua-dua anak didik kesayangannya itu. Haruka tergamam...

          Jadi...Aiko pun sudah siapkan lagu? Dan, sensei sedang periksa lagu dialah sekarang? Bisik hati kecilnya. 

          Aiko benar-benar maksudkan bila dia kata yang dia ingin mendengar Hayato menyanyikan lagunya. Lihat saja, dalam satu malam, gadis itu telah siapkan lagunya. Dia sedar, Aiko bukan calang-calang pesaing, dia tak boleh sambil lewa jika sudah tekad bersaing dengannya. Tampaknya, impiannya untuk mencipta lagu untuk Hayato bukan mudah seperti disangkakannya.

          Haruka memandang Cikgu Ringo bila beliau beralih dari lirik Aiko kepada liriknya setelah selesai memeriksa lirik Aiko. Mereka berdua sabar menanti ulasan cikgu mereka.

          " Eh?" Mereka tergamam, kehairanan melihat reaksi Cikgu Ringo. Cikgu Ringo menatap lirik Aiko, bersilih ganti pandangannya dari lirik Aiko dan lirik Haruka. Dahinya berkerut.

          " Ke...kenapa sensei?" tanya Aiko, dia kehairanan. Dia memandang Haruka, Haruka sendiri tidak jelas dengan situasi itu hanya mampu mengangkat bahu.

          " Kenapa lirik kalian lebih kurang? Dua-dua tema sama, dua-dua guna 'topeng' sebagai fokus...hmm? Kamu menirukah?" tersirap darah mereka mendengar komen mendadak Cikgu Ringo. Berkerut seribu dahi mereka dibuatnya. MENIRU?!

          " Mustahil!!" bidas Aiko, tak percaya.

          " Betul, tengok dalam lirik kamu ni...", Cikgu Ringo menyerahkan lirik mereka masing-masing. " Benarkah ini idea asal kalian masing-masing..?" soalan itu tajam menusuk ke lubuk jantung Aiko.

          " MESTILAH! Buat apa saya tiru dia..." bentak Aiko. Ya! Buat apa profesional macam dia sibuk nak tiru amatur macam Haruka? Lagipun, malam tadi dia dan Haruka langsung tidak bertemu, malahan bilik mereka jelas berlainan aras. Masakan? Tak tahulah kalau Haruka ada ilmu gelap? Ada ke?

          " Tentulah...ini hasil asal..." jawab Haruka; lemah. Dia tak terkecuali tersinggung dengan kata-kata Cikgu Ringo. Ada pula dituduhnya meniru? Semalaman dia cari bahan dari perpustakaan hingga bilik, dari selepas sekolah hingga lepas tengah malam. Bila masa pula dia hendak meniru Aiko? Dan dia pasti Aiko sependapat dengannya!

          " Jika begitu, kiranya kebetulanlah ni? Hebat kamu ni...ada telepatikah? Tapi...kalau kamu berdua nak pertandingkan dengan lirik yang punyai tema dan idea yang sama, ianya sukar. Saya pasti kamu sependapat dengan saya, kan? Tidak apalah, Ozawa, Nanami, ada masa lagi kalian nak buat baru. Saya rasa baik kamu buat semula...bila dah siap nanti berikan pada saya ya? Takut bertembung lagi...", usai kata-kata itu, Cikgu Ringo berlalu meninggalkan mereka. Mereka hanya kaku membisu sambil refleksi diri masing-masing.

                                                             ♪~~~

          Langit cerah kebiru-biruan itu dihiasi dengan tompokan putih awan kumulus dan altokumulus. Matahari pula terik di kaki langit; tiada tanda seakan-akan hendak hujan. Kedengaran decipan burung punai yang hinggap di atas pohon di tengah padang itu. Suasana yang sungguh aman dan damai!

          Namun, situasi itu langsung bertentangan dalam jiwa dua orang gadis sunti yang duduk di atas tembok paras pinggang mereka berdekatan padang rumput di kawasan Akedemi Saotome itu.

          Tiba-tiba kedengaran loceng sekolah bergema, tanda pertukaran kelas. Aiko memaling, dia teringat dia sudah ponteng dua kelas akibar tamparan tadi. Dia tak berseorangan, Haruka yang duduk tak jauh dari dia turut ponteng kelas.

          Aiko mengeluh, diikuti keluhan Haruka. Masing-masing menatap lirik mereka. Kata-kata Cikgu Ringo sebentar tadi masih berbekas dlm jiwa dan minda mereka.

          Dalam banyak-banyak perkara, Aiko paling pantang bila dia dituduh meniru. Meniru?! Lebih-lebih lagi, dia didakwa meniru seorang amatur yang langsung tidak didedahkan selok-belok muzik kecuali bermain piano?! Aiko membongkokkan tubuhnya, sikunya diletakkan atas lututnya, dan tangannya menongkat dagu. Dia memandang Haruka yang sedang merundukkan kepalanya itu.

          " Haruka..." Haruka memaling perlahan-lahan. " Awak tiada tengok P.O.T.O kan, semalam?" akhirnya, dia meluahkan soalan yang menghantuinya sebentar tadi. Haruka tercengang. 

          " P...O...TO?" ulangnya. Aiko mendengus, nampak benar yang gadis itu tak tahu apa-apa tentang The Phantom of the Opera. Jadi, memang mustahil Haruka mendapat idea dari filem yang ditonton dan menjadi inspirasinya itu. Haruka memandang liriknya.

           " Semalam...saya seharian mencari bahan di perpustakaan...idea tentang topeng ini pun saya dapat selepas terbaca katalog tentang perayaan Carneval di Itali...", ujar Haruka, sayu. Aiko tergamam.

          " Car...neval?" tanya Aiko. Haruka memandang Aiko sambil mengangguk. Dia tiada salah sebutkan, tadi?

          " Jadi, awak dah siapkan lagu? Maksud saya...muziknya?" tanya Aiko. Haruka mengangguk. Ya, dia sudah siapkan muziknya, cuma dia ragu-ragu pada liriknya. Jadi, tadi sekiranya cikgu memberinya 'lampu hijau' pada liriknya sudah tentu dia menunjukkan lagunya pula.

          " Boleh saya tengok hasil kerja awak?" pinta Aiko. Haruka terkejut, pada mulanya dia ragu-ragu dengan permintaan Aiko. Tetapi, melihat Aiko benar-benar serius dan dia kelihatan tiada niat yang tak baik...dia menyerahkan lirik dan muziknya.

          Aiko meneliti lirik Haruka, bersilih ganti dengan not muziknya. Dia akui gadis itu memang mahir menulis lagu...dan lagunya memang indah. Tetapi, dia lemah dari segi liriknya; tak hairan sebab tugas pelajar komposer hanya menulis lagu muzik, manakala lirik ditulis oleh pelajar idola. Tak hairan dia boleh kalah oleh Haruka dalam ujian tempoh hari.

          " Lagu awak memang indah...tapi, awak agak lemah dalam lirik awak..." ujarnya, dia mengeluarkan pensel mekanikalnya lalu memperbetulkan lirik Haruka.

          " Eh?!" Aiko mengangkat kepalanya. " Itu lirik saya...", sambung Haruka...mukanya jelas terkejut dengan tindakan Aiko memperbetulkan liriknya. Aiko tergamam, tiba-tiba dia tergelak.

          " Oh! Gomen, gomen!" Aiko mengembalikan lirik dan not muzik Haruka diiringi dengan sisa-sisa ketawanya. Haruka menyambutnya. Dia berfikir sejenak.

          " Itu...Aiko..." Aiko memandang Haruka. " Boleh saya tengok lirik dan muzik awak? Memandangkan awak dah tengok saya punya..." pinta Haruka. Aiko membisu.

          " Tentulah," balas Aiko dengan hati yang terbuka, sambil menyerahkan lirik dan not muziknya kepada Haruka.

          " Tapi, mungkin saya akan tulis semula...lagu saya takkan dapat saingi lagu awak..."

          " Hebat..."

          " Hah?"

          " Lagu awak bagus Aiko! Lirik awak pun! Saya sukakannya!" puji Haruka. Melalui anak mata Haruka, dia benar-benar maksudkan dalam kata-katanya! Aiko tergamam.

          " Tak hairanlah awak boleh perolehi markah tinggi dalam ujian pertama! Saya belum tentu dapat hasilkan lirik sebagus ini walaupun tulis semula", ujar Haruka, sambil berdekit. Aiko benar-benar kehilangan kata-kata.

          " A...awak terlalu memuji saya...", gugup Aiko, dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

          " Jujur!! Nampaknya sayalah yang kena buat balik", sambung Haruka. Aiko tergamam, dia merundukkan kepala. Dia tidak mahu akuinya, tetapi, peluang ini hanya datang satu dalam sejuta!

          " Itu...Haruka..." Haruka memandang Aiko dengan senyuman lebar terukir pada wajahnya.

          " Saya ada idea bernas...kalau awak tak kesah untuk bersetuju..." ujar Aiko. Haruka menelengkan kepalanya. Kehairanan. Aiko menelan air liur, dia sedar, tindakannya selepas ini mungkin akan mencalarkan maruahnya...tetapi....dia menghela nafas.

          " Itu..."

          "...Jom kita bekerjasama!"

Continue Reading

You'll Also Like

36K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.2M 93K 53
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
257K 22.9K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
9.9K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...