𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒

By Niemza

92.4K 10.7K 1.3K

[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup norm... More

Prologue
Perubahan
Kuasa
Bahaya
Kemalangan
3 Janji
Teori Fizik
Meja Eureka
Serah Diri
Kapten Zilgaf
Terpisah
Dome
Raizhan
Meteoris
Cocoon
Dunia Virtual Realiti
Sekutu
Kelebihan
Dilema
Pengembaraan Bermula
Parasit
Kemanusiaan
Beban
Makna berani
Perkara yang Dilupa
Rasa yang Terpendam
Kesilapan Teknikal
Latihan Memburu
Amarah
Gerbang Pertama
Labyrinth
Terperangkap
Decode
Racun
Marksmanship
Sedar Semula
Satu-Satunya
Gema
Setia
Pendulum
Jirim
Author's Note
Tahap Seterusnya
Dalam Gelap
Hutan dan Lumpur

Dieon

1.4K 234 42
By Niemza

Dan dia berhenti di situ.

Aku tahan nafas sambil mendongak ke atas. Salah satu pisau kecil itu sudah aku genggam menghala ke atas, bersedia kalau-kalau ada kepala yang menjenguk ke dalam gua ini.

Elyssa tutup mata sambil kemam bibir. Aku nampak badannya menggeletar hebat.
Aku pula sampai merasa degupan jantungku sendiri, kedengaran bingit di telingaku seperti bunyi gendang perang.

'Sedia, Arash... dia akan muncul bila-bila masa,' aku mengingatkan diriku sendiri.

"Srak...Sraak...srak..."

Aku mendengar lagi bunyi dedaunan kering diheret kaki yang melangkah.

Dia semakin dekat...

Semakin kuat genggaman tanganku. Dia akan datang dalam...

Satu...

Dua...

"Argh!" Terdengar jeritan kuat tanpa diduga. Tersentak aku dibuatnya. Laju tangan Elyssa menggenggam hujung bajuku, ketakutan.

Sesaat kemudian, kami mendengar esak tangis, halus. Lama-kelamaan semakin kuat.
Aku dan Elyssa saling berpandangan.

"Si...siapa yang menangis?" bisik Elyssa. Aku angkat bahu.
Perlahan-lahan kami berdua menjenguk ke luar gua.

Di sebalik batang pokok yang tumbuh tidak jauh dari pintu gua, kami nampak sesorang sedang duduk menyandar membelakangi kami.

Aku tak nampak orangnya dengan jelas. Tetapi, mengagak dari bentuk badannya yang kecil dan suaranya, aku tahu dia seorang budak lelaki. Mungkin lebih muda daripadaku.

Lupa, semua remaja Rionzess yang berumur 11 sehingga 19 tahun ada di dalam dunia VR ini. Kami sama-sama memasuki dunia VR ini atas nama menjalani ujian mengesan Meteoris. Jadi terdapat 9 golongan mengikut kelompok umur dalam kalangan pemain.

Elyssa merenung aku. Matanya yang redup itu kemudian beralih kepada sesusuk tubuh yang sedang menyandar pada pokok itu, masih menangis.

Aku faham maksud pandangannya itu. Perlahan-lahan aku memanjat batu besar yang menutupi pintu gua. Elyssa mengekori aku rapat, memegang hujung jaketku.

Kami melangkah perlahan-lahan, takut-takut mengejutkan budak itu.

Baru hendak menegurnya, tiba-tiba kakiku terpijak ranting.

"Prakk!"

Bunyinya yang kuat buatkan aku terkejut.

"Siapa?!" Budak lelaki itu segera bingkas bangun.

"Shingg!"

Tidak semena-semena, hujung pedang yang tajam dihunuskan tepat ke arah wajahku.

"Gwaahh!" Jeritku kerana terkejut. Spontan aku melompat ke belakang, berundur.

"Ahh!" Elyssa menjerit, terperanjat dengan tindakanku yang tidak dijangkakan itu.

Sepantas kilat aku menariknya ke belakangku. Tangan kiri aku depangkan, sementara tangan kananku mengacukan pisau kecil yang aku pegang sejak tadi.

"Siapa kau, hah?!" Bentak budak lelaki itu kasar. Dia menggenggam erat pedangnya yang tajam berkilat dengan kedua-dua belah tangannya. Matanya yang merah dan masih berbaki air mata merenung aku tajam. Setajam haiwan pemangsa yang ingin menerkam.

Dia maju selangkah ke hadapan, membuatkan aku terpaksa berundur dua tiga langkah kebelakang.

"A... adik, bertenang! Kami takkan mencederakan kamu! Tu... turunkan pedang tu," Kataku sedikit panik.

"Penipu!" Bentaknya lagi. "Bila aku jatuhkan pedang aku, kau akan serang aku, kan? Sebab kau sama macam orang lain! Semua orang dalam dunia VR ini pengkhianat! Sanggup membunuh orang lain semata-mata nak menang!" bentaknya penuh emosi. Aku telan liur. Dalam keadaan emosinya begini, aku yakin dia tidak akan mahu mendengar cakap.

"Ba... baiklah, baiklah...,"

Aku tiada pilihan lain nampaknya. Perlahan-lahan aku menurunkan pisauku itu ke tanah. Dari ekor mata, aku tahu dia masih memerhatikan aku dengan penuh curiga. Susah betul budak ini. Kalau aku salah sedikit, nyawa aku dengan Elyssa akan dalam bahaya!

"Tengok, abang jatuhkan senjata abang," Aku mepaskan pula ikatan tali pinggang yang bersemat pisau-pisau kecil. Berdentingan pisau-pisau itu apabila berlaga ketika terjatuh ke tanah.

Aku mengangkat kedua-dua belah tanganku ke atas, menyerahkan diri.

"Abang dah tiada senjata. Percayalah, abang takkan cederakan kamu! Abang tahu kamu takut. A... abang pun takut. Kamu bawa bertenang. Abang bukan orang jahat..." Pujukku lembut, cuba berdiplomasi.

Wajahnya yang garang sebentar tadi mulai kelihatan kendur, kembali kepada wajahnya yang sebenar.
Naif dan rapuh. Wajah seorang remaja yang baru terluka dalam.

Melihat dari raut wajahnya, aku tahu dia sangat muda. Mungkin umurnya 11 tahun.

Dia menggetap bibir, tunduk merenung tanah. Ada mutiara jernih yang mulai terbit dari tubir matanya. Pedangnya yang tadi diangkat tinggi perlahan-lahan merendah.

Lembutkah sudah hatinya? Berjayakah aku memujuknya?
Aku melangkah, cuba mendekati.

"Jangan dekat!" Jerkahnya tiba-tiba. Terperanjat aku! Nyaris aku terjatuh ke belakang.

"Aku tak akan percaya sesiapa lagi! Sebab kakak Dhiene percaya orang lain, dia dibunuh! Kakak saya baik! Kenapa mereka bunuh kakak? Kenapa mereka tikam belakang kakak? Kenapa?!" bentak budak lelaki itu. Makin deras pula air matanya mengalir turun. Lama-kelamaan, dia akhirnya teresak-esak menangis.

Aku pula terkedu. Apa aku nak buat ni? Nak membiarkan tak sampai hati. Nak mendekat boleh jadi aku yang ditebas dua nanti. Aku mencengkam rambutku dalam kekeliruan.

Dalam sekelip mata, Elyssa tiba-tiba meluru melepasi kawalanku lalu menerpa budak itu.

"Elys..." Belum sempat aku menegah, Elyssa menolak pedang yang terhunus lalu merangkul budak lelaki itu.

Aku dan budak lelaki itu sama-sama terkaku.

"Tingg...clank!" Pedang yang dipegang budak itu terlepas dari tangannya.

"Jangan takut. Kami ada... kamu tak sendirian. Kamu tak sendiri..." bisik Elyssa perlahan. Tidak lama kemudian, aku mendengar esak Elyssa pula.

Dan, kata-kata itu buatkan budak itu meraung sepuas-puasnya. Dia terduduk dalam pelukan Elyssa.

Elyssa hanya membiarkan budak lelaki itu menangis semahunya. Dia biarkan bahunya basah. Tangannya menepuk-nepuk belakang badan budak itu. Persis seorang kakak penyayang kepada adik kecilnya. Budak lelaki itu memeluk erat Elyssa.

Betapa hebatnya Elyssa. Kasih sayang, keikhlasan dan ketulusannya berjaya menghancur-leburkan tembok curiga yang dibina budak itu terhadap kami.

Sungguh, aku tidak dapat membayangkan betapa terlukanya perasaan budak lelaki itu. Sampai seteruk itu?

Apakah yang mungkin telah menimpa dia dan kakaknya? Aku tertanya-tanya sendiri. Tapi, melihat keadaannya, aku tahu dia sedang menanggung derita selepas berhadapan kekejaman dunia VR ini.

"...dunia VR memang ironi..." terngiang-ngiang kembali kata-kata Nikho sebentar tadi.

Nikho dan Raizhan. Mereka berdua sudah biasa dan sudah lali dengan ranjau dunia VR.
Tetapi, budak lelaki ini baru mengenal dunia VR ini.

Mungkin juga dia baru mengenal kejamnya realiti kehidupan. Justeru, dia cedera parah apabila pertama kali tersungkur jatuh oleh pengkhianatan.

Aku melepaskan nafasku. Tak sedar dari tadi tertahan-tahan. Cepat-cepat aku memalingkan wajah sambil menyeka air mata yang nyaris tumpah.

Tak guna betul.

Aku mendekati mereka berdua yang masih terduduk di atas tanah.

"Hei," tegurku pelahan. Elyssa dan budak itu menoleh kearahku. Aku menyambung, "Boleh abang tahu, siapa nama kamu? Abang, Arash."

"Kakak pula Elyssa," sampuk Elyssa sambil tersenyum manis.

Budak itu menghapuskan air matanya dengan cepat. Dia akhirnya menayangkan senyuman. Senyumannya sekejap sahaja, tapi cukup buatkan aku rasa lega.

"Di...Dieon. Namaku Dieon," balasnya pendek. Dieon. Kedengaran comel bagiku. Secomel orangnya.

Dieon ada wajah kanak-kanak yang masih kelihatan polos seperti bayi. Aku menggosok kepalanya yang berambut hitam lebat itu, seperti abang selalu buat kepadaku. Dieon tersenyum nipis.

Aku bangun dan memandang sekeliling. Nampaknya, Raizhan dan Nikho belum kembali lagi. Eish, manalah mereka ni pergi?

"Dieon, mari ikut kakak dan abang masuk ke dalam gua itu. Di luar ini tidak selamat." Aku menuding ke arah gua.

"Marilah," pujuk Elyssa pula.

Dieon mengangguk. Dia berdiri lalu mengutip pedangnya. Sementara itu aku memerhatikan kawasan sekeliling. Elyssa tiba-tiba menepuk bahuku.

"Macamanalah kamu boleh lupa?" sindir Elyssa sambil menyuakan set kunaiku.
Aku hanya tersengih sambil menerima senjataku itu semula. Segera aku lilitkan kembali ke pinggang.

"Dieon, marilah!" Aku melambai Dieon yang berada di belakang kami.

"Se...sekejap!" sahutnya. Dia terkial-kial memasukkan pedangnya ke dalam sarungnya semula. Aku dan Elyssa tergelak. Sudah kuduga, Dieon tak pandai pun menggunakan pedang itu.

"Bolehkah?" Aku melangkah ke arahnya untuk membantunya.

Tiba-tiba, sesuatu meluru dengan pantas ke arah Dieon dari arah belakang.

"Dieon, tunduk!" Aku menjerit kuat. Tapi, Dieon malah menoleh ke belakangnya. Dia terkaku melihat sebatang anak panah sedang melaju ke arahnya.

"TIDAKK!" Kami bertiga menjerit serentak.

Aku yang dalam jarak 20 langkah dari Dieon, spontan  memecut.

"Tunduk, Dieon. Tunduk!" Hatiku menjerit bagai nak gila. Habislah, aku takkan sempat! Antara aku dan anak panah itu, anak panah itu mungkin lebih awal menyentuh tubuh Dieon.

Ketika hujung jariku sedepa darinya, sesuatu sangat yang aneh berlaku! Tiba-tiba sahaja masa bagai membeku. Anak panah itu tidak mengenai Dieon, tetapi ia terhenti di situ!

"Apa yang terjadi?!" tanya Dieon. Terbeliak matanya melihat anak panah itu tepat-tepat di hadapan wajahnya.

Aku yang beberapa langkah sahaja lagi daripada Dieon pula tidak dapat bergerak! Seolah-olah tersekat pada satu lapisan dinding medan kuasa.

Sekejap. Dinding medan kuasa?!!

Pada saat aku menyedari hal itu, aku terpelanting jauh ke belakang.

"Ahh!!" jeritku.

"Abang Arash!" jerit Dieon.

"Dia Meteoris!!" Kedengaran seseorang menjerit dari kejauhan.

Aku yang sedang melayang di awangan nampak seseorang meluru ke arah Dieon dari belakang. Dan, dengan pantas dia menusukkan pedangnya tepat menembusi perut Dieon.

"ARGH!" Raungan kesakitan Dieon bergema tepat-tepat ketika badanku mendarat di atas tanah.

Aku segera bangun, hanya dapat melihat tubuh kecil Dieon terjelopok ke tanah. Di belakangnya pula, berdirinya Raizhan.

Raizhan tersengih sambil mencabut pedangnya semula. Dia berkata, "Lu, game over."

Aku hanya mampu tergamam. Kejutan tidak terhenti sampai di situ.

Dieon yang masih nyawa-nyawa ikan tiba-tiba di kelilingi bulatan cahaya yang amat terang. Tubuhnya terangkat lalu terapung-apung di dalam bulatan cahaya itu.

Wajahnya benar-benar cemas dan ketakutan. Dihalakan tangannya ke arahku. Terkapai-kapai dia di udara. Bagai berkata, "Abang Arash, tolong!"

"Tahniah!" suara virtual persis wanita bergema entah dari mana. Kami semua tersentak lalu mencari-cari sumbernya.

"Kamu telah berjaya mengesan dan mengalahkan seorang Meteoris! Sebagai ganjaran, kamu boleh meminta sesuatu yang memudahkan pengembaraan kamu!"

"Wohoo! Dapat drop item!" 

Aku mendongak dan melihat Nikho berdiri di atas dahan pokok yang rendang. Dia bersorak dengan menjulang busur panahnya.

Apa?!!

"Turunlah wei!" laung Raizhan. Nikho melompat turun dan mendarat di atas tanah dengan cantik.

"Mintak hoverboard, Raizhan!" kata Nikho sambil berlari ke arah Raizhan.

Raizhan berpaling memandang Dieon semula. Dieon tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya terkulai lemah dalam sfera cahaya itu.
"Sudah menentukan hadiah ganjaran yang kamu mahukan?" suara itu bergema lagi.

"Sudah, kami mahukan 4 buah hoverboard." kata Raizhan dengan lantang.

"Permintaan ditunaikan!"

Sfera cahaya yang mengurung Dieon semakin bercahaya terang dan berpusar. Percikan-percikan elektrik memenuhi sfera cahaya itu.

"Ah, ah...Argh!!!"

"Swarshh!"

Sekujur tubuh Dieon ditelan cahaya yang teramat terang. Sekali lagi, jeritan kesakitan Dieon bergema menggegarkan hutan itu.

Sfera cahaya itu menghilang bersama Dieon. Apa yang tinggal hanyalah empat buah papan seluncur berwarna biru metalik.

Aku mulai bernafas laju dan tidak terkawal. Wajahku terasa panas yang membahang. Pada masa yang sama tanganku terasa sejuk seperti ais.

Jeritan.

Aku mendengar jeritan Dieon. Bergema dalam kepalaku berulang-ulang. Aku mencengkam kepalaku kuat, namun jeritan menyayatkan hati itu berterusan.

Aku, aku pengkhianat! Aku pengkhianat!!

Pandanganku mulai kabur. Sesuatu di dalam diriku mendesak aku untuk bingkas bangun dan berpusing arah.

"Arash, lu mahu pergi mana?!" Terdengar jeritan Nikho.

Aku tak peduli.
Tubuhku bergerak sendiri tanpa kawalan minda sedarku. Antara sedar dan tidak, aku redah sahaja apa-apa yang ada di hadapanku.
Nafasku semakin kencang seiring langkah larianku. Kemana aku lari, aku tak tahu!

Apa yang aku tahu, aku mesti LARI!

"ARASH!"

[1784 words]

P/s;
Macamana? Okey tak episode kali ini? Bagitau sikit apa pendapat korang? Hehehe...

Sejujurnya, saya terikut-ikut merasakan debaran semasa menulis episode ni. Sebaik saja menekan noktah, baru saya sedar dada saya rasa sempit. Sesak nafas!

Arash nampak sendiri Raizhan dan Nikho membunuh Dieon, budak lelaki 11 tahun yang baru sahaja jadi mangsa pengkhianatan.

Lebih ironi, dia nampak dengan mata kepalanya sendiri nasib yang akan menimpa Meteoris seperti dia!

Lalu, Arash lari tanpa hala tuju. Dia ingin lari sejauh mungkin. Tetapi, perasaan bersalah terus mengikat kuat hatinya seperti akar berduri tajam.

Kalau korang jadi Arash, apa perasaan korang?
Apa yang akan jadi dengan persekutuan dan hubungan mereka berempat?
Apa yang akan terjadi pada Dieon?
Mampukah Arash menghadapi tekanan perasaan ini?

Segalanya akan terjawab dalam episode seterusnya! Mahu saya update secepatnya?
Berikan sokongan, votes dan komen korang!
Terima kasih!

Continue Reading

You'll Also Like

9.4K 379 7
Buku asalnya bertajuk Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-Alam Min Mutsallats Barmuda atau dalam bahasa Melayu, "Awas Dajjal Menggempur Dunia Dari S...
6 0 7
Aku tertegun mendengar kata-katanya. "Alam semesta imajinasiku? Tapi bagaimana mungkin ini terjadi?" tanyaku, penuh kebingungan. Lelaki tua itu menga...
143 47 8
Rizwan, seorang anggota tentera daripada Malapura yang menganggotai angkatan Tentera Bersepadu Asia Tenggara ke-11 untuk memantau operasi perlombonga...
68.1K 6.5K 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus j...