Hikayat Pintu Sebelah

By _ljskwb

400K 23.4K 2.2K

[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pa... More

Welcome!
Meet Shin & Ayen
Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
53
54
55
56
57
Bonus, Not Really
Epilog

52

7.7K 418 41
By _ljskwb

PUAN Anita dan Puan Azwa memandang Ayen dengan pandangan yang tak tahu Ayen nak describe macam mana. Tapi kesudahannya Ayen yang mengalihkan pandangan terlebih dahulu.

Rasa bersalah.

Dia tunduk memandang jari jemari sendiri. Tubir matanya yang baru berhenti menakung air mata kejap tadi kini dah terasa panas semula. Setitik air mata jatuh lalu terkena pada tangannya.

"Ayen..." Tujuannya nak mengucapkan maaf tetapi suaranya tersekat dikerongkong. Tak terkeluar ayat yang nak dikatakan olehnya.

Dan belum sempat Ayen nak mencuba lagi untuk bersuara, dia terasa tubuhnya didakap erat oleh Mama Nita. Belakangnya diusap perlahan.

"Tak pe. Bukan salah Ayen."

Mendengarkan itu, tangisan Ayen menjadi semakin kuat.

"Salah Ayen," ujarnya dengan suara yang tak jelas kerana berselang tangisan. "Ayen tak ikut pesan mama. I shouldn't wear the heels."

Ketika ini, Ayen benci dirinya sendiri. Kerana walaupun dengan berkata begitu, dia rasa dia sedang mencari alasan untuk melepaskan diri sendiri. Dia cuba menyalahkan kasut yang dipakainya sedangkan yang cuai ialah dirinya sendiri.

"Tak. Jangan cakap macam tu. Benda dah nak jadi kan. Kita tak boleh nak buat apa." Mama Nita masih cuba memujuk. Dia meneruskan usapan pada belakang Ayen bagi meredakan tangisan Ayen yang bagaikan tak ada sudahnya.

"It won't happen if I take your advice seriously." Ayen mengaku salahnya tanpa segan silu.

"Mama tahu apa yang Ayen rasa. Tapi tak elok cakap macam tu, sayang. Jangan salahkan takdir." Suara Mama Nita kedengaran tenang je. Walaupun tak mampu lagi mahu memujuk hati Ayen.

"Allah lagi sayangkan dia." Puan Azwa yang dari tadi memerhati menyampuk. Katil ruangan kecemasan itu dihampiri lalu dia duduk di birai katil.

Bahu Ayen ditepuk lalu diusap perlahan.

"Sebab tu Allah ambil dia dulu."

Tangisan Ayen bergema. Hilang rasa malu menangis begitu. Dia dah tak kisah keadaan di sekelilingnya.

"Or maybe because..." Dalam sendu suara itu kedengaran. "...I don't deserve something precious like that."

Ayen sepatutnya lebih menghargai apa yang dia miliki disekelilingnya, sementara semua itu masih ada. Tapi Ayen benci diri sendiri kerana dia gagal untuk buat macam tu.

Dengan baby dia yang dah diambil semula, juga dengan Shin.

Dia langsung tak hargai dan dia hanya fikirkan tentang dirinya sendiri.

"Jangan nangis. Ni tandanya Ayen tak redha dengan apa yang dah diaturkan untuk Ayen," ujar Puan Azwa lembut sambil memegang tangan Ayen.

"Abang Shin kat mana?" Ayen bertanya perlahan. Tangisannya dah reda walaupun dia tak pasti bila tangisan yang sama akan pecah semula.

"Ada kat luar. Ayen nak mama panggil?" Puan Anita dah nak berdiri tetapi terhalang apabila Ayen menggeleng.

Dan kedua-dua wanita itu tak sedar wajah Ayen yang berubah.

"Abang Shin marahkan Ayen ke?" Soalan itu terlepas. Dan bagi Ayen jawapannya sudah jelas. Shin dah tentulah marahkan dia.

"Tak. He just need some time alone to calm down." Puan Anita menjawab untuk menyenangkan hati Ayen. Sambil itu berbalas pandangan dengan Puan Azwa.

"A'ah. Shin terkejut lagi tu. Sekarang ni Ayen rehat okey. Tak payah fikir apa-apa," pujuk Puan Azwa.

Ayen diam tak membalas. Namun bagi menyenangkan hati kedua-dua orang wanita itu, dia pejamkan juga matanya.

Shin mesti marahkan dia. Dah tentu lelaki itu terkejut sebab dia hanya dapat tahu tentang anaknya dengan cara sebegini.

Dan sekali lagi, Ayen bencikan dirinya sendiri.

"Lepas ni Shin masuk. Jaga Ayen. Temankan dia. Jangan biarkan Ayen seorang-seorang," pesan Puan Nita bertalu-talu dan dengan nada tegas.

"Shin tak jumpa Ayen lagi kan?" Puan Nita pasang soalan perangkap. Bukan susah sangat pun nak meneka.

"Nantilah dulu," jawab Shin, toneless. Wajahnya tak menggambarkan apa-apa.

Puan Nita dan Puan Azwa saling berpandangan sebelum kedua-duanya menghela nafas perlahan.

"Mama dengan ibu nak balik ni. Esok kami datang lagi," ujar Puan Azwa.

Shin hanya membalas dengan anggukan. Mulutnya terkunci.

"Shin jaga Ayen elok-elok. Don't leave her alone. She need you the most, right now."

Sekali lagi Shin angguk tanpa perasaan.

Ayen terjaga ketika wad sudah kelihatan suram. Lampu dah dimatikan. Ayen bergerak sedikit, nak mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja sisi. Tapi sebelum sempat dia bertindak,

"Pukul 10:43." Suara Shin kedengaran. Ketika itu barulah dia menyedari Shin yang sedang duduk disisi katil tersebut.

Dalam kesuraman itu, dia nampak mata Shin yang sedang memandangnya. Dan pandangan itu membuatkan perasaan sebak menyapa Ayen kembali.

"Ayen lapar? Nak makan?" Shin menyoal. Tapi sesuatu pada nada suara Shin membuatkan Ayen takut.

Dia dah dapat agak Shin akan marahkan dia. Itu reaksi normal. Ayen tahu Shin ada hak untuk marah.

"Ayen?"

Mendengarkan namanya dipanggil, Ayen pantas menggeleng. Bagi menjawab soalan yang awal tadi.

"Nak minum?"

Sekali lagi gelengan diberikan menjadi jawapan.

"Kalau macam tu, Ayen tidur." Selimut Ayen dibetulkan sedikit. "Close your eyes."

Ayen tak menurut arahan Shin. Malahan pandangannya ditala tepat ke arah Shin.

"Abang marahkan Ayen?"

Bagaikan dah menduga soalan itu akan keluar daripada mulut Ayen, wajah Shin kekal tak menunjukkan apa-apa emosi. Hanya bebola matanya yang bergerak membalas pandangan Ayen.

"It's alright for you to be mad at me," ujar Ayen dengan nada suara yang kendur sedikit. Sekali lagi, air matanya dah bersedia untuk mengalir keluar.

"Ayen minta maaf," ucapnya. Benar-benar ikhlas dan benar-benar maksudkannya. Dia sungguh rasa bersalah. Lebih-lebih lagi pada Shin.

"Ayen yang salah." Dia mengakui lagi. "If I didn't went out, I might not lost the baby."

Air mata Ayen dah mula mengalir keluar. Dan semakin banyak tatkala Shin kekal mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa.

Dalam keadaan emosi Ayen sekarang ni, diam Shin sebenarnya lebih menghukum. Lebih-lebih lagi kerana wajah Shin tak menggambarkan apa-apa emosi. Apapun yang berada di dalam minda lelaki itu, Ayen tak dapat nak agak.

"I'm really sorry. I really am," ucap Ayen dalam esak tangisnya.

Shin menghela nafas panjang. Baru kelihatan responnya selepas sudah hampir seminit mendiamkan diri.

"Memang Ayen yang salah," ujar Shin, toneless. "Ayen tak hati-hati. And you doesn't even tell me about it."

Meskipun dah menduga, tapi Ayen tetap sentap dengan kata-kata itu.

"Ayen rasa apa perasaan abang when I found out that I'm going to be a dad after we already lost the baby?"

Senyap. Kesunyian yang bagaikan menghukum Ayen.

"But crying like this won't solve anything. And it won't bring the baby back." Nada suara Shin berubah tenang.

Untuk seketika, Ayen keliru dengan perubahan itu. Lebih-lebih lagi apabila tangan Shin dah mengelap air mata Ayen terlebih dahulu.

"Bila Ayen nangis macam ni, it looks like Ayen menyalahkan takdir. Which is something you're not supposed to do." Nada suaranya berubah lembut.

"Benda kalau dah nak jadi, kita cuba nak elak pun akan terjadi juga. Kalaupun Ayen tak keluar pagi tadi, tak semestinya benda ni takkan jadi. Something which is bound happened, will happen anyway." Suara Shin kedengaran tenang.

"Ayen tahu tak... ada sesetengah perkara yang memang bukan milik kita, tapi Allah bagi pinjam sekejap. Because He want to show us something or maybe to bring us back to the path that we almost forget. The baby is one of it." Kali ini tangan Shin memegang tangan Ayen. Jemari itu digenggam perlahan.

"Rather than blaming yourself, cuba fikir balik why did Allah take the baby back from us? Maybe because it's not the right time yet for us or maybe He wants to remind us about something we almost forget."

"Dan semua tu bukan salah Ayen seorang. Maybe He take the baby back because the baby deserves something better. Or maybe it's because of ourselves. We are not ready enough to be someone's parents. Kita masih tak layak untuk pegang amanah yang berharga macam tu. Dan mungkin, kalau Allah tak ambil the baby semula, we will end up become a bad parents. We never knows."

"One more thing." Shin menyambung. "Let's take this as a reminder for us. Maybe we doesn't realized, but we forgot about Him. Mungkin kita perlu baiki diri kita dulu and our relationship with Him."

Nafas panjang dihela sebelum dia menyambung lagi.

"Maknanya bukan Ayen seorang yang salah. Abang pun salah juga. Kita perlu betulkan diri kita masing-masing sebelum kita betul-betul layak untuk jadi parents. Alright?"

Tersentuh. Air mata Ayen mengalir lagi.

"Everything happened for a reason, remember? So, there might be many good reasons behind this. We just don't know yet. Let's trust Him." Shin tersenyum nipis dihujung ayat. Jarinya sekali lagi mengelap air mata Ayen yang masih tak berhenti mengalir.

"Stop crying, okay?"

Ayen mengangguk. Hatinya terasa sedikit tenang dan mindanya menjadi kurang sarat mendengar kata-kata Shin.

Everything happened for a reason. There is always a good reason behind something.

Kun faya kun... be and it is.

❤❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

159K 11.2K 19
Hidup tak sama macam cerita yang dikarang atas kertas. Hidup jugak tak semua indah macam fairytale. "Tell me, siapa je yang nak cacatkan keturunan de...
2.4K 235 21
[ the boyz series 3 ] ° not that's good, but maybe can give you some mood ° Aura Rian yang menarik membuatkan Elly tertarik. Apa yang boleh dibuat? S...
HeaLove By Jiyan

Short Story

152K 11K 28
[MALAY SHORT STORY] 8th Wattpad Story by _ljskwb. "Pernah dengar tak? Two broken people trying to heal each other is love." Hafis Luthfi dan Liya Ka...
7.6K 479 35
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒂𝒓𝒊 ʏᴀɴᴀsᴀᴍᴍ_ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ][sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶 𝓧 𝓝𝓲𝓴 𝓛𝓲𝔂𝓪𝓷𝓷𝓪 Kau Jalan pakai...