Silhouette Cinta

By naniaxozo

216K 7K 494

[ mature content a lot of curse words] Silhouette macam hidupnya yang hanya bercorak hitam. Itu bagi Jun, ga... More

Jun Part 1
Jun Part 2
Jun Part 3
Jun Part 4
Jun Part 5
Jun Part 6
Jun Part 7
Jun Part 8
Jun Part 9
Jun Part 10
Jun Part 11
Jun Part 12
Jun Part 13
Jun Part 14
Jun Part 16
Jun Part 17
Jun Part 18
Jun Part 19

Jun Part 15

9.6K 345 14
By naniaxozo

Isnin
8.15 pm

Adam masukkan semua bajunya ke dalam backpack. Laras Glock 30 dia sumbat ke dalam beg. Tak banyak barang dia kat sini, cuma ada lah baju dua tiga pasang yang dia sempat beli. Jun tak balik lagi, dan dia tak expect pun perempuan tu balik awal macam ni, baru 8.15 pm kot. Kotak teddy bear dipunggah, laju dia mengambil semua barang miliknya. Semuanya disumbat sebelum tangannya menyentuh satu permukaan botol kaca. Bubble gum perfume yang Jun berikan dua hari lepas.

Adam akhirnya duduk bersila ke lantai. Memerhatikan botol minyak wangi yang masih penuh. Penutupnya dibuka sebelum minyak wangi disembur ke badan. Wangi, wangi macam gula gula getah. Adam spontan tarik senyum. Tak sangka gadis seperti Jun yang buat dia pakai benda benda bodoh macam ni.

Botol minyak wangi dimasukkan juga ke dalam beg sebelum zip ditarik. Adam pandang sekeliling, memerhatikan segenap ruang rumah tempat dia menumpang selama dua minggu. Macam macam rasa yang memenuhi dadanya kini.

" Adam! "

Terhenjut bahu Adam disergah dari belakang. Tak perlu dia menoleh, dia kenal benar dengan suara itu.

" Awal balik harini. " beg ditangan Jun diletakkan di atas meja.

" Saje je, kat Cafe tadi entah kenapa macam tak sedap hati. Rasa nak balik je. Eh kejap-" Jun tarik badan Adam ke arahnya dan menjengket sebelum membenamkan wajahnya pada dada milik Adam.

" wahhh wanginya Bubble Gum ni!" puas hati Jun, kerana dapat memaksa Adam supaya memakai minyak wangi yang dibelinya.

Adam hanya tersenyum hambar. Entah apa yang difikirannya bila tangannya laju menarik Jun dan mendakapnya rapat ke dadanya. Ya dia tahu Jun tak suka bila dia berbuat begitu, tapi dia sendiri tak mampu menahan dirinya kali ini.

"Adam.. janganlah, "

"Jun please.. kali ni je."

Adam kemaskan pelukannya bila tiada penolakan dari Jun. Kepalanya spontan dibenamkan pada bahu Jun. Mencium perlahan bahu gadis itu lama. Betapa dia terlalu menginginkan semua ini sebelumnya. Dan akhirnya hari ini dia berjaya menarik gadis itu dalam pelukannya. Heh, tahniah Adam.

Jun pegang dadanya yang berdegup laju. Dari di Cafe lagi entah kenapa ada rasa tak enak yang membelenggu dirinya. Tangan milik Jun akhirnya naik mengusap kepala Adam perlahan. Sebelum jarinya turun bermain pada tengkuk nya.

" Kenapa ni Adam? " akhirnya Jun bersuara.

" Jun-" Adam tarik nafas panjang.

" Kalau esok esok aku dah blah dari sini kan, kau.. jaga diri tau. Hati hati tau pergi kerja, balik kerja jangan sorang sorang. Lepas tu jangan senang senang percaya orang macam kau percaya aku tau. Uncle David tu pun jangan percaya lebih lebih. Lelaki ni kalau kau nak tahu, lagi tua lagi buas-"

" Adam! Uncle David tu dah ada cucu lah! " Jun hanya gelengkan kepala. Memang dari awal lagi Adam ni ada trust issue dengan Uncle.

Adam sendiri ketawa dengan lawak bodohnya. Biarlah.

" Jun, kat mana pun aku nanti, aku selalu sayang kau tau. " Adam leraikan pelukannya.

" Adam! Janganlah buat mood sedih! Kan lama lagi nak pergi. Takpe lepas ni kita makan, pastu kita karaoke sama sama macam hari tu! Nak? "

Adam ketap gigi. Marah dengan janjinya pagi tadi. Kau memang bodoh Adam! I guess that's what I always do. I let down the people I love.

" Jap lepas saya mandi kita pergi, tunggu kejap tau! " Jun bergerak ke dalam biliknya. Adam senyum senget.

Sweater di capai sebelum dizip ke badan. Hoodie disarungkan ke kepala.

" Bye Jun. "

Continue Reading

You'll Also Like

60.5K 318 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
256K 2.3K 30
BACAAN DEWASA BISEKSUAL Mengisahkan ikbal seorang lelaki maskulin yang tinggal bujang dengan menyewa sebuah rumah bersama seorang remaja lelaki berna...
202K 8.6K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
160K 16.9K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...