Jun Part 10

10.6K 367 8
                                    

Jumaat
10.27 pm

" Jun Jun! Kau teka apa aku bawak! " Adam berlari anak dari pintu masuk ke ruang tamu. Di tangannya ada sebuah kotak besar.

Jun yang tadinya sedang berbaring di bilik, terkocoh kocoh keluar. Tadinya Adam kata ingin keluar sekejap, dan sekarang dia balik semula sambil terjerit jerit. Jun keluar bilik malas malas. Apa lagilah dia ni?

Adam meletakkan kotak tersebut di atas meja kopi. Melihatkan Jun yang masih terkial kial bergerak ke arahnya, terus tangan itu ditarik laju.

" Sabarlah Adam! Apa dia?"

Adam duduk kan Jun di atas sofa. Tangannya laju membuka bungkusan tersebut. Teruja. Haih tak rugi dia habiskan beratus untuk benda alah ni. Tak cadang pun sebenarnya, ni pun sebab masuk kedai tadi jumpa benda ni. Teringat orang rumah, tu sampai terbeli ni.

" TADAAAA!! " Adam depangkan tangan gaya buat kejutan.

Jun masih dengan muka selambanya. Sikit pun tak terkesan. Adam pandang muka Jun dengan kejutannya silih berganti.

" What Adam?"

Adam tepuk dahi. Walaweh mana perempuan ni nampak. Lupa pulak!

" karaoke set, Jun! Gila tak?! "

Jun langsung tak dapat kawal perasaannya. Dia sumpah teruja sangat bila mendengar perkataan karaoke tu. Kali terakhir dia dapat merasakan pengalaman berkaraoke adalah bila dia di tingkatan 4, itu pun sebab temankan Nena dating di Green Box sekali. Dia suka sangat menyanyi, sukaaaaa sangat, walau suaranya tak semerdu mana. Dia selalu habiskan masanya mendengar lagu lagu di radio. Meminati dalam diam suara artis yang menyanyi.

" Adam! Seriouslahh?! " tangan Adam digenggam. Sungguh dia teruja.

" Of course baby! We're not gonna sleep tonight! Dah lama aku tak nyanyi, so hari ni aku nak nyanyi puas puas, dengan kau! Boleh? " rambut Jun yang dibiar lepas diusap kasar.

" Jommmm! Let's jam all night Dam! Bring it on!"

Adam ambil wireless microphone dan serahkan ke dalam tangan Jun. Set karaoke dipasang mengikut manual.

" Ready Jun? "

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

" Ready Jun? "

Adam tekan butang play setelah lagu dipilih. Lagu yang Jun pilih sendiri.

Silhouette CintaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin