Dia Roommate Aku

By anne3993

421K 4.6K 485

"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara ora... More

DRA - Prolog
DRA 2
DRA 3
DRA 4
DRA 5
DRA 8
DRA 6
DRA 9
DRA 10
DRA 7
DRA 11
DRA 12
DRA 13
DRA 15
DRA 16

DRA 14

9.7K 240 46
By anne3993


“Hoi Makjah!” sergah suara seseorang yg teramat aku kenali di belakangku. Badanku sedikit maju ke hadapan menerima perlakuan tak sekolah Dani.

“Kau dulu sekolah belajar pendidikan moral kan? SPM dpt apa eh? Bagi la salam ke, greetings ke, sejuk jugak perut mak kau mengandung 9 bulan 10 hari” tegurku sarkastik yg mendapat jelingan maut Dani.

“Kau pernah rasa kasut tak? Kau Nampak ni?” tanya nya sambil menunjuk kakinya yg memakai kasut Nike biru pink. “Kau tu yg aku tengok dari tadi asyik tak focus je, dok mengelamun memanjang. Dah beberapa hari ni aku perati, kalau ada masalah, share lah dgn aku” sambung Dani lagi.

Aku hanya melepas nafas berat.

“Hmm.. susah Dan. Benda ni aku rasa rumit sangat.” Luahku sejujurnya. Kejadian aku mengakui perasaan sygku pada Reihan sudah seminggu berlalu. Dah berapa kali aku cuba pahamkan lagi perasaan aku pada roommate aku tu. Dan memang tak dinafikan lagi. Aku betul dah jatuh suka(?) pada dia.

Rasa nak dekat2 je tiap masa. Dan paling best aku jadi patuh sesangat, bila dia suruh aku jemur towel kat luar bilik bila mana sebelum ni aku suka jemur di pintu loker, kiwi kasut tiap minggu (kolej aku wajib pakai kasut hitam pegi kelas), cuci gelas pinggan mangkuk tiap habis minum or makan megi dan aku bila dia suruh siapkan lab report ke, turotial ke, malam tu jugak aku siapkan. She changed me, into a positive and super good Arissa.

Aku suka semua yg ada pada dia. Sikap dia, gaya bicara, gaya tidur, cara dia menulis, tekan kalkulator pun aku rasa semua menawan di mata aku. Rambut dia yg bau buah-buahan, perfume bau Rose, kulit putih bersih, bibir pink yang selalu juga aku perhatikan dan pikiran melayang tah kemana.

I like her. So much. Dari semua aspek. Aku ingat perasaan ni cuma rasa sayang kepada seorang kawan baik, atau kekaguman melihat karisma yg dia ada. Tapi ada ke bila sorang kawan ni sekadar bagi senyum dekat kau, kau rasa melambung naik sampai ke bulan, apalagi dia tertawa sebab kau. Lepastu, bila kitorang lagi tidur sekatil yg sekarang ni makin kerap, perut aku memulas dan detakan jantung aku menendang dada 10x lebih kuat dari biasa, rasa dia buat ketiak aku berpeluh-peluh.

Dan aku selalu doa agar Reihan tak pernah syak atau curiga dgn sikap aku sekarang ni.

“Arissa!” jerit Dani di sebelahku. Aku tersentak dari lamunan.

“Baru tegur dia asyik melamun, pastu buat lagi. Kau ni kenapa sebenarnya hm?” suara Dani kedengaran concern dari biasa.

Aku pandang Dani lama, lalu menggeleng lagi.
“Risaa? Kau…” Dani menggantung ayatnya. Aku menolehnya.

“Kau pregnant ke?” soalan Dani mampu buat aku tersedak air liur sendiri.

Aku segera tonyoh kepala Dani dengan jari telunjuk ku.

“Kau ni kan.. urghh, ada jugak aku kubur hidup-hidup. Macam mana kau boleh sampai situ?” aku menggeleng-geleng kepala, apalah nasib dapat kawan camni.

“ Dah kau yg cakap rumit lah, mengeluh lah, buat muka sedih lah, apa lah.. Spill it, baru aku paham kau tahu” ujarnya sambil meniru kembali ekspresi ku tadi kononnya.

“Dani, sebenarnya aku, aku…” aku berperang nak terus terang dengan dia ke tak? Aku takut Dani menjauh lepas tahu aku ada kelainan citarasa. Huh.

“Aku. Aku.. aku apaa Ris? Gagap bertempat bole tak? Jgn masa nii.” Hmm, niat nak baling botol mineral 1.5 liter berisi penuh sbelahku, aku pendamkan kali ni.

“ahhh, malas lah kau ni, aku serius tau. Tak jadi lah.” Aku bangun dari tempat tu dan mendekati Popoi dengan Hani yg sibuk sembang dengan budak tutor kelas aku. Dani berteriak panggil nama aku.

“Alaa, Arissa bagitau laa…k, skrg aku pun serius. Betul.” Ujarnya mempamerkan muka seserius yg mungkin. Aku pun mendekatkan diri lalu berbisik di telinga Dani.

“Aku, aku sebenarnya..

aku dah jatuh cinta dgn kau Dani”

Tik tok tik tok..

Mulut Dani terlopong, matanya membulat. Muka dia sgt lawak. Sapa ada kamera, tolong aku capturekan dulu. Dia tersedar apabila aku ketawa terbahak-bahak.

“Bahahahaahaha, aku rasa nak tangkap je gmbar muka kau. Terkejut beruk, beruk pun kalah huduhnyaa.. hahaha” tawaku langsung tiada tanda mahu berhenti. Perut aku rasa kram dah.

Dani yang tersedar bila tahu aku hanya mempermainkannya langsung melancarkan aksi nak kejar aku. Sedangkan aku sudah dari tadi menjauh. So, jadilah aksi kejar mengejar macam polis pencuri. Habis satu dewan Gemilang kami pusing. Dah penat keliling, kami sama2 duduk kelelahan di sudut dewan.

Huh huh huh.

“Bangang lah kau Ris, luruh jantung aku tadi.” Ujarnya nafas tersengal-sengal.

“Dah kau yg dok terkejut sgt pehal. Kalaupun aku suka gegirl, taknak aku suka dekat kau.hahaha” Dani menampar bahuku sekuatnya.

“Awwww, sakitnyaa.” Aku meringis kesakitan. Boleh tahan tamparan dia. Lebam ke tak ni nanti?

“Padan muka, gurauan kau overrr. Aku pun tak sudi la bongoks” katanya dengan muka tak puas hati.

“Laa, kau terasa ke ni? Huhu, Sori Dan. Sorii. Hehe. Meh aku yg bukannya bongoks ni belanja mi goreng plus telur mata nak?” pujukku sambil menggoncang tubuh Dani. Dengar je aku nak belanja terus mukanya berubah cerah. Senyumnya melebar.

“Betul?! Yayy.. Jomm!” kata Dani semangat lalu berdiri sambil menarik lenganku untuk berdiri sekali. Cihh, pantang dengar org nak belanja.
Kami pun berlalu ke kantin sebelah dewan Gemilang.

Sempat kami mengajak Hani dengan Popoi pergi sekali. Sepuluh minit lagi nak masuk Kokum atau Bahasa sekolahnya PJ (Pend Jasmani). Tadi aku dengan diorang terus pergi dewan lepas habis tutorial Kimia tadi. Bukannya kami pergi cari makan, Hani dengan Popoi sibuk sembang apantah dengan budak kelas aku, Dani pulak sibuk dengan nak tahu masalah aku. Jadinya, sorang pun tak ingat nak isi perut.

“Korang, sempat ke kita makan ni?” tanya Popoi yg memang paling skema antara kami.

“Sir tu selalu lambat, 10 minit pastu baru dia muncul” ujar Dani yg menerima anggukan dari Hani dan aku sekali.

“So, order lah, makan santai je. Ada apa2, Dani bertanggungjawab” aku memberi jaminan lalu menepuk2 bahu si Dani.

“Yelah tu, Ni haa tanggungjawab kau, bayar makanan aku” pesanan Dani dah siap terus berlalu meninggalkan aku di kaunter. Kuang asam! dengan air dia order sekali. Bandung cincau pulak tu. Sabar, nasib kawan.

****

Kami dalam perjalanan menuju dewan sambil sembang benda lagha. Bip bip. Fonku dalam poket seluar track aku keluarkan. Automatik bibirku tertarik membentuk senyuman bila mengetahui siapa pengirimnya.

Arissa/Alang tersayangskrg kat mana?

Rasa terbuai bila nampak perkataan sayang tuh. Mengganggu iman. Suka sekarang letak endearment yg bikin aku melayang.
Aku pun segera membalas.

Baru habis makan. Otw pegi kokum di dewan gemilang. Kenapa?  

Henfon aku masukkan kembali ke dalam poket.
Aku membuka perlahan pintu, perasaan macam tak sedap je bila takde dengar bunyi suara riuh rendah. Mataku terbelalak dan suara tawa mereka bertiga di belakangku serta merta berhenti. Semua mata yang ada di dewan tertuju pada kami. Dua org lelaki yg aku yakini adalah pensyarah juga menatap kami. Sir Fendi, lecturer kokum kami tidak kelihatan di mana2.

Apesal ramai sangat rakyat budak tutor aku ni. Kelas tutorial kami gabung dua kelas selalunya tidak seramai ini. Dan banyak muka yg baru pertama kali aku lihat.

“Kamu berempat tu cepat masuk barisan tutorial kamu” suara garau salah seorang Sir mengarahkan kami. Alhamdulillah dia tak tanya kami dari mana.

Sir Amir, pensyarah suara garau tadi sekali lagi menjelaskan yg Sir Fendi minta diorang mengambil alih menjaga kelas kami kerana dia ada hal. Setelah itu, katanya kami akan bermain Futsal. Di bhgian belakang dewan adalah gelanggang budak lelaki dan hadapan dewan untuk perempuan bermain futsal. Setelah kami di suruh berkumpul mengikut jantina, Sir Amir yg kebetulan menjaga kami para wanita memanggil kami semula.

“Yang berempat lambat tadi tu, meh ke depan jadi Team A. Korang wajib main dulu.” Dengan malasnya aku berdiri mengikuti langkah trio di depanku. Setelah itu, Sir Amir memberi arahan seterusnya. Aku yg dari tadi menunduk kerana menahan malu, kali ini memberanikan diri cuba melihat ke depan.

Deg..

Ni ke namanya jodoh? Mataku langsung bertemu dengan mata indah miliknya. Dia tengah melihatku dengan ditambah senyuman simpul. Rasanya aku bakal cair di sini. Macam mana Reihan boleh di sini? Bukan sepatutnya Kokum dia skuasy ke 2 minggu ni. Oh yaa, Sir budak akaun ke. Patutlah nampak muka baru, rupanya kami gabung dengan budak akaun. Aku menepuk dahi dalam imajinasi, itu ke sebab dia tanya keberadaanku tadi?

Team aku yg lebih kepada team budak Bio dan lawan kami team akaun. Dan aku menelan liur susah payah sebab Reihan salah seorang dari mereka. Damn!

Permainan di mulakan. Tipikal budak perempuan main, tau rebut bola je. Dok hurung bola macam semut hurung gula tu.

Waktu bola dapat dekat aku, dan aku salah seorang striker team kami pun menuju jaring lawan. Sewaktu nak pas bola dekat Dani di seberang sana, tiba2 Reihan muncul tidak jauh dihadapanku, dia defender team akaun. Aku tak tahu lah ilusi atau khayalan atau kedua2nya sekali, senyuman dia jadi sekseh dari biasa. Dia sengaja kah? Aku yg dah tak sedarkan diri dan TERbuai, pun TERtendang bola bagi dekat dia.

Oh chitt!

“Risaaa!” jerit Popoi yg lebih kurang 5 meter je dari aku.

Dani pula berlari mendekatiku dan memukul kepalaku tanpa amaran terlebih dahulu.

“Tahu lah dia roommate kau. Tapi dia bukan roommate kau dalam game ni pandaiii, shes our enemy now. Kalau tak, satu gol dah tadi” ujar Dani geram sambil menggerutu lagi tak tentu pasal. Bila Popoi dengan Dani dah ‘into’ game, seramm.

Kami mendahului dengan 1-0 hasil jaringan Dani. Aku tak dapat focus game pertama tadi pasal setelah Reihan dapat bola aku, bole pulak entah siapa pergi rampas bola dia sampai jatuh kesayangan aku. Huhu, takut dia ada luka ka apa.

Game kedua ni, Dani suruh aku jadi keeper je. Kurang asam betul. Di bilangnya aku main lembik. Aku akur tapi rasanya makin jadi malapetaka bagi aku. Amy berjaya menyumbat gol kedua untuk kami di masa kedua ni.

Aku pula, serius jadi keeper ni boring kot kecuali kalau diorang datang macam nak tendang bola tu bagi kena dekat muka kau. Naik bulu tengkuk aku.

Beberapa minit lagi masa nak tamat dengan kami masih mendahului 2-0, bola sekarang berada di pihak lawan. Aku yg kononnya nak focus dekat bola terpandang pulak dekat dia. Mataku rasa tak berkedip melihat keindahan ciptaanNya yang satu ni. Muka dia yg putih tu bertukar kemerahan akibat kelelahan mungkin. Lariannya semakin mendekat denganku.

Reihan menangkap bola yg di passing dengan senangnya. Dia menggelecek bola tu macam Pro, aku yg baru tersedar kalau dia bersedia nak jaringkan gol terus cuba menghalang bola cinta(?) dari Reihan.

PRETTTT!!!

Masa pun tamat. Team akaun bersorak gembira dan aku melihat Reihan yg tengah dikerumuni oleh rakan-rakannya. Happy betul diorang, padahal bukan team kami ke yang menang. Asal ada gol, sapa tak senang, ye dok.

“Aris, lenkali kau jangan main futsal dengan kami oke?” Popoi menghampiri dengan team member aku yg lain.

“kuang ajaq, jujur betul kau. Bukan kita dah menang ke?”

Dani datang lagi dengan gaya nak backhand aku.
“Jujur memang Ris, suh jadi striker pun salah, jadi keeper lagi lah salah.” Dani berkata dengan nada sinis. Yg lain hanya gelakkan aku.

“Kesian, tu lah kalau main dengan budak berdua terlebih atletik tu kena serius sikit, dengan kau tadi yg nampak macam nak bagi menang lawan kita pulak. Haha” Hani betul kesiankan aku ke saja nak bikin aku lagi rasa macam tak berguna.

Sekarang giliran org yg tak main tadi pula, Dani dan popoi masih mengacuhkan ku. Hani di sebelah aku, sibuk bermain game di henfonnya.

“Hai korang” sapa seseorang yg sekali lagi buat jantung aku kena bekerja keras dari main futsal tadi. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku. Bau perfume nya sejak akhir2 ni yg selalu buat aku tercari2, Rose.

“Hai Reihan” sapa mereka serentak.

“Kena pulau ke?” bisik nya tepat di telinga kananku. Aku hanya mampu mengangguk. Dia tertawa kecil.

“Apsal tak focus tadi? Kenyang sgt eh makan?” aduh, boleh pula dia tanya. Ni semua kau punya pasal Rei.

“Takdelah, haha. Saja bagi can kat korang.”

“Yeke?” soalnya dengan senyuman masih di wajah manisnya.

“hmm terserah. Oh ya, oke ke tadi? Kau takde luka kan?” tanya ku cuba mengcover perasaan terlebih khawatirku.

“haha, kalau ada,takdelah satu gol kan?” ucapnya lagi dengan tertawa senang. “Nah ambil ni, mesti haus lagi kan” dia menghulur botol mineral yang masih sejuk. Mungkin baru di beli dekat vending machine di luar dewan.

“Thanks Rei, free ke ni?” lalu mengambilnya dan terus meneguknya hingga tinggal separuh.  Prihatinnya lah dia ni. Macam mana aku tak makin sayang?

“Nak bayar pun boleh, hehe. Aku belanja la sayang” balasnya lalu mencubit pipiku sambil tersenyum menawan. Tengok tu, sayang lagi. Arghh! Aku malu diperlakukan macam ni. Aku try sembunyikan muka aku yg rasanya dah merah gila dengan pura2 mengusap wajah dgn hanky dari poket seluarku.

Bersambung….

November 2016

Continue Reading

You'll Also Like

11.1K 313 9
Kata orang dari mata turun ke hati. Pertama kali aku tatap mata dia, takkan jatuh terus ke hati? Tak mungkin ini jodoh kerana persamaan antara kami b...
7.8K 281 8
Kisah aku dengan cinta yang dikatakan pertama. permulaan cerita hidup aku mcm mana bole ada rasa terbengkok ni. rase ini biarlah aku saja yang tahu. ...
7.2K 177 18
bukan kisah cinta biasa read it fellow..n vote.😁
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...