Dia Roommate Aku

By anne3993

421K 4.6K 485

"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara ora... More

DRA - Prolog
DRA 2
DRA 3
DRA 4
DRA 5
DRA 8
DRA 6
DRA 9
DRA 10
DRA 7
DRA 11
DRA 13
DRA 14
DRA 15
DRA 16

DRA 12

8.9K 228 27
By anne3993

Aku tidur-tidur ayam je dari tadi. Lampu dekat meja study Reihan masih menyala. Aku lihat skrin fon aku, 12.23 am. Aku dengar Reihan bersembang tadi. Tak tahu dengan sapa. Tepat pukul 12 tadi hari dah berganti, hari jadi Reihan yg ke 18. Dan lepas dpt panggilan yg aku syak dari Rayyan, kekasih hati dia, Reihan masih lagi di meja belajarnya.

Bunyi bip mesej dari tadi tak henti-henti. Banyak betul org wish dia. Susah betul org hotsetap nih.

Aku masih berpikir, hari esok macam mana. Eh,  hari ni. Still have no plan. Susah ape Ris, kau wish je pagi besok pastu bagi hadiah. Kan senang. Ugh, too mainstream. Nak bagi gimik jugak.

Terasa duniaku gelap tetiba. Dia dah matikan lampu rupanya. Cepat2 aku menutup mata. Padahal bukan dia nampak pun. Kembali aku buka mata sedikit, dalam kesamaran, aku dapat melihat dia menarik selimut dan tidur menghadapku.

Selamat ulangtahun Rei!

Ucapku dalam hati sebelum dibuai mimpi indah.

*****

Aku sudah siap memakai baju T lengan panjang warna maroon cheetah ladies, seluar jean hitam dengan tudung hitam bermanik di tepi. Sandal coklat bertali aku sarung. Sempat aku melirik Reihan yg duduk di meja belajar sambil memegang fon. Dia tengah brekfas la tu. Aku tersenyum dalam hati.

"Reihan, aku pergi dulu tau, meby balik lambat sikit" aku memandang Reihan.

"Oh Oke, lambat pukul brapa?" Soalnya.

"Emm,  tak pasti. Pape nanti, aku mesej lah oke. Bai Rei" aku pun berlalu setelah memberi salam. Aku dapat melihat muka Reihan macam tak happy. Mesti dia pikir aku lupa.

Lepas je lalu pintu bilik, aku berhenti lalu berpaling. Reihan masih menatapku rupanya. Dia nampak sedikit terkejut. Aku pun tersenyum sambil melangkah masuk lagi menghampiri meja study.

"Hehe, I forgot something." Dia kemudian tersenyum. Masih menunggu apa yg aku nak cakap.

"Apa yg tertinggal? " tanya nya melihatku tanpa berkedip. Bunyi mesej yg masuk pun tak dihiraukannya. Masih fokus menatapku.

"This! Hihii." Aku mencabut cable yg tersambung dengan fon aku. Cas henfon tadi before pegi mandi.

"Bai Rei, jangan rindu aku tau." Pesanku pada Reihan terus berlalu menuruni anak tangga. Aku tersenyum riang, dia nampak kecewa sebab mungkin dia ingat aku nak wish dia. Jahatnya aku, org sedih dia hepi pulak.

I'm sorry Rei. You have to wait.

Menuju ke Cafe B, aku melihat sudah ada Aira dan yg lainnya di sana. Aku mempercepatkan langkah lalu menepuk bahu seseorang.

Dia pun menoleh.

"Arissa!!" Jerit Fika langsung berdiri dan memelukku erat. Aku hanya tertawa.

"Weh lepas laa, mati kempis aku" ujarku lalu kami sambung melepas rindu. Wekk. Haha.

Tak lama, kami pun menuju ke tempat pertemuan dengan budak yg lain. Aku naik kereta Fika manakala Aira yg memang bawa kereta sebab dia balik rumah semalam naik dengan Ija. Suzi pulak di hantar oleh Ammar, boyfriend dia.

****

Huhh, aku meletak kepala d kedua lipatan tangan atas meja study ku. Merenung sbuah kotak hitam di balut reben merah dengan tulisan berangkai kecil 'Time is Love'. Aku tersenyum cuma. Spotong kek Coklat keju dengan dihiasi sebiji buah stroberi menaikkan lagi daya tarikan kek tu. Ditepi kotak hitam tu, aku letak Teddy bear kecil memeluk bantal kecil berbentuk hati, rantai kunci sebenarnya.

Baru saja aku beli tadi dengan kek tu sebelum balik sini lepas magrib tadi. Dan tiba lepas isyak. Overnight kitorang cancel sebab masing2 ada hal. Aku bersorak gembira dalam hati bukan kepalang tadi.

Satu keluhan lagi keluar. Sudah dua jam aku menunggu d sini. Batang hidung pun tak nampak. Sejam yg lalu aku sudah menghidupkan sbatang lilin atas kek tapi aku matikan lagi kerana org yg ditunggu belum kunjung datang. Farhah bagitau yang dia pergi diskusi kumpulan di cafe. Mulanya aku rasa bersyukur sebab sempatlah aku nak set up surprise kononnye.

Jam menunjukkan 10.04 pm. Aku mulai bosan lalu beranjak keluar dari bilik.

Kelihatan seorang perempuan berkaca mata tengah berdiri di koridor sebelah bilik kami di hujung sana menatap hujan renyai2 yg turun. Aku berjalan mendekati.

"Hei" sapaku tanpa melihatnya, turut memerhati hujan yg sedang membasahi bumi.

"Hai Ris, Reihan belum sampai? " tanya Farhah.

Aku cuma menggeleng lalu menopang dagu, siku aku letak di besi pagar koridor.

Seketika kami berdua larut dalam fikiran masing2. Tapi tidak lama, Farhah bersuara.

"Kau suka hujan tak? " aku menoleh ke kanan menatap Farhah.

"Depends"

"Meaning?"

Aku tersengih.

"Tengoklah time tu aku tengah buat apa. Kalau tido kan sedap time hujan. Haha." Ujarku sambil tertawa.

"Ish kau ni"

"Hehe. Aku suka hujan sebab salah satu rahmat. Emm, Time kecik dulu, aku suka kalau hujan lebat sebab bole main air dekat depan rumah dengan kakak aku. Lepas tu naik rumah, kena bebel sepanjang malam oleh arwah mak aku" kataku lagi merenung cahaya samar lampu nun jauh di sana. Terdetik rasa sayu di tambah dengan suasana hujan yg sangat mendukung perasaan.

Kami diam lagi sejenak.

"Kau tau tak, ayah aku dah xde sejak aku darjah lima. Waktu tu, aku bingung pakcik aku datang sekolah basah2, masa tu hujan jugak macam ni. Aku pun ikut saja lah. Sampai rumah, dah ramai orang. Kebanyakan muka yg tak pernah aku nampak. Lepas tu aku nampak mak aku, abang aku tengah nangis2 sambil baca Yassin."

Aku diam tapi tidak menoleh ke Farhah. Masih menatap lurus ke depan. Dia menarik nafas dalam.

"Aku masih blank sbb tak paham apa2. Yg aku tahu, ayah aku dah takda. Bila tgok adik beradik dan mak aku nangis. Aku pun ikutlah nangis." Farhah ketawa hambar.

"Ayah aku meninggal sebab terlanggar pokok yg tetiba tumbang di tengah jalan, masa otw balik rumah. Masa tu hujan lebat sgt. Sampai sekarang, bila hujan je, aku terkenang dekat dia."
Sambungnya lagi.

"Aku paham perasaan kau Far" ujarku.

"Dah 7 tahun yg lalu Ris, dah terbiasa dengan kehilangan dia. "

Aku pun mengiyakan.

"Aku pun berharap benda sama. Kau tahu tak sebab aku masuk asrama dulu. Sebab aku rasa tak boleh duduk rumah lama2. Asyik nampak byg mak aku. That's why aku trima tawaran masuk Sekolah asrama dulu tu." Luahku pula.

"So, Risa. Jom jadi anak terbaik untuk diorang. " ujarnya lalu menumbuk udara. Aku hanya tertawa.

"Haha, apekahh?" Kataku nada mengejek. Lantas Farhah menampar lenganku.

"Gurau lahh. Jommm semangat" kami tertawa bersama. Lepas tu Farhah meminta diri katanya nak buat tutorial. Aku hanya mampu memutar bola mata. Semangat beno.

Aku sambung merenung nasib, hujan sudah mulai berhenti. Dengan langkah longlai aku menuju kembali ke bilik. Aku pandang jam tanganku yg tergantung rapi. Pukul 11 lebih 10 minit. Tak sangka lama jugak aku di luar tadi.

Barang2 nak surprise Reihan aku pandang dengan tatapan kosong. Eksaited aku dah lenyap entah ke mana.

Bunyi derapan langkah seseorang menaiki tangga membuat jantungku kembali berdetak tidak normal. diakah

Aku bergegas menghidupkan lilin di atas potongan kek lalu menyembunyikan lil Teddy bear dengan kotak hitam tadi dalam laci meja. Aku merapikan penampilan lalu memegang kek tersebut sambil menunggu dengan debaran tak terhingga, memandang lurus ke pintu bilik kami yg terbuka luas.

Aku terdengar suaranya berterima kasih dengan seseorang.

Deg

Deg

Deg

Aku mengucapkan 'Happy Birthday' dengan semangat nya apabila orang yg ditunggu tiba di hadapanku. Tapi perkataan Birthday beransur perlahan bila aku melihat Reihan penuh dengan hadiah. 2 jambak bunga, sebuah Teddy Bear putih saiz sederhana, 2 beg kertas yg aku tak ketahui apa isinya dan sebuah kotak Secret Recipe.

Reihan senyum melebar dan aku terlopong. Pipiku tetiba rasa panas. I'm super embarrassed bila nampak hadiah2 yg org bagi dekat dia berbanding aku.

Lekas2 aku meletakkan spotong kek tadi di atas meja study lalu membantunya mengangkat hadiah2 tu.

"Lang, diorang kasi surprise kononnya nak study group lah sangat. Tgok ni, abis kotor tudung kena tepung tadi." Ujarnya masih dengan nada teruja. Aku hanya tersenyum lebar meng-oh-iya-kan. Hatiku tetiba rasa pedih.

"Risaaa"

"Yah? "
Dia melihat ke arah sesuatu di belakangku.

"Lilin dah nak mati!" Aku pusing ke belakangku lalu mengambil kek kecil ku tadi.

"Oh. Haha. Selamat ulangtahun Rei" ucapku dengan senyuman seikhlasnya lalu menyuakan kek tadi menghadapnya. Lalu dia meniup lilin yg hampir cair sepenuhnya tadi. Dia menatap mataku, rasa aku boleh tenggelam ke dasar tatapannya.

"Thanks Arissa. I thought u forgot."

Aku pun tak tahan melawan main mata sapa lagi lama tak kelip pun mengalihkan pandangan dan membuka laci mejaku.

Kotak hitam bereben merah diraih tanpa little Teddy tadi. Sempat aku kerling Teddy putih tu.

"And this is for u. Hope u like it. " aku pun memberikan kotak hitam tu saja.

Reihan membuka reben tu lalu membuka kotak kecil tu perlahan. Matanya berbinar lalu seterusnya aku tak menyangka.

Dia memelukku. Erat.

"Thanks Ris, aku suka. Cantik sangat jam ni" aku hanya mampu mengangguk perlahan, trying to be cool. Wahai jantung mohon perlahankan sikit degupan kau. Aku takut dia dengar. Setelah beberapa detik barulah dia melepaskan pelukan.

Setelah itu, aku dan Reihan menghabiskan kek kecil aku dengan paksaan Reihan. Sambil itu, dia bercerita tentang surprise tadi. Aku menjadi pendengar yg cukup baik.

****

Reihan Sudah merapikan hadiah-hadiah tu kerana meja terlihat sudah kemas seperti biasa. Aku baru sahaja kembali dari toilet. Aku mengambil fon di atas meja sambil mengecek mesej2.

"Nite Rei" aku beranjak menuju katilku. Baru beberapa langkah, terdengar suara Reihan memanggil ku. Aku berpaling dan shock melihat rantai kunci lil Teddy ada di celah jarinya.

"Ni sapa punya? " tanya nya.

"I-itu... Mana kau dapat tu?" Aku bertanya balik. Gugup menguasaiku bercampur malu.

"Oh, bukan untuk aku eh?" Pertanyaannya membuat aku terdiam.

"Kau nak ke? Banding dengan Teddy putih tu. Apelah sangat" ujarku pula. Bodoh!  Aku mengutuk diri sendiri. Apesal kedengaran jeles tuh. Arghhh. Aku berperang batin.

"Apa kau ckap ni Arissa? " dia melangkah mendekati.

Aku berpaling lalu berkata.

"Oh, nothing. Aku ngantuk lah Rei."

Aku kaku. Dia. Memelukku dari belakang.

"I'm sorry.. Aku baru baca mesej kau. Dengan mesej Farhah. Lama ke kau tunggu? " ujarnya dengan nada Yang tak dpt aku pastikan. Aku hanya berdiam diri.

"Reihan, takde pape lah. Jom la tido. Dah lewat sgt ni." Kataku buat bersahaja sambil melepas tangannya yg melingkar di perutku. Perasaan ku bercampur baur. Aku pun berbaring lalu menyelimuti diriku.

"Sorry" katanya lagi lalu pergi mematikan lampu.

Selepas itu,

"Can I sleep with you? " mataku membulat spontan. Tanpa pikir panjang,  Aku pun memberi ruang untuknya tanpa bersuara. Dia terus memahami dan masuk ke dalam selimut yg sama aku pakai.

Aku berpaling menghadap dia dan perlahan mengucapkan.

"Hepi Birthday Reihan Nasuha and I'm sorry too."

Dan aku menyayangimu. Hanya berani kuungkapkan dalam hati saja.

Dalam kesamaran aku melihat senyumannya mengembang yg mampu mencairkan sesiapa saja tidak terkecuali diriku.

Hari ini aku pasti dengan perasaanku. Aku menyayangi Reihan. Melebihi dari sekadar sebagai seorang sahabat mahupun teman sebiliknya.

Bersambung...


Maaf lambat update. Enjoy gaiss... and this chapter is dedicated to someone special nun jauh disana. *wink2* 😜

Oktober 2016

Continue Reading

You'll Also Like

33.1K 829 11
✻COMPLETED✻ Zandra dan Raisha yakin bahawa kejayaan mereka hanyalah sebuah permulaan. Sekalipun hubungan mereka direstui oleh keluarga, tidak pula ak...
11.1K 313 9
Kata orang dari mata turun ke hati. Pertama kali aku tatap mata dia, takkan jatuh terus ke hati? Tak mungkin ini jodoh kerana persamaan antara kami b...
5.9K 199 15
Leftenan Tengku Sera Carcel bertunang dengan Raja Permaisuri Laura Paragon selama 20 Tahun. Ya, 20 Tahun. Mereka bertunang sejak umur Sera masih 6 Ta...
34.2K 972 18
After three years, finally, I have the courage to share with the world what exactly happen between us. To you, I wish nothing but the best. To both...