Cinta Roller Coaster -Ery Aie...

By EryAieril

10.2K 227 28

Sebuah cerita suspense romance yang penuh dengan kejutan dan debaran. kisah pasal Faizul Arman dan Zahrah Ima... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 15

Part 14

477 9 4
By EryAieril

Sebaik saja Adam masuk ke pejabatnya, dia menuju ke kerusi kerjanya. Sebaik saja dia duduk, badan mula bersandar di kerusi dan wajah yang sugul mendongak ke atas memandang siling bilik. Ada sesuatu mengetuk buah fikiran.

"Encik Adam..."

"Just call me, Adam."

Cinta tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Saya nak tanya Adam sikit, boleh?"

"Cinta nak tanya apa?"

"Resort Adam okay? Maksud saya perkembangan perniagaan resort ni. Ramai atau tak orang yang datang. Orang datang sini disebabkan apa? Ada event atau hendak bercuti?"

Adam tersenyum lalu memperbetulkan kedudukannya. Kedua-dua tangannya mula diletakkan di atas meja. Baru mengenali beberapa jam, dia berasa selesa dengan Cinta Maisarah. Mungkinkah disebabkan perempuan itu seorang yang peramah atau suka berkawan?

"Alhamdulillah. Resort saya okay. Orang sentiasa datang walaupun bukan pada hari cuti umum. Kalau cuti umum tu, target seperti yang saya sasarkan. Ramai yang datang ke sini untuk bercuti dengan keluarga dan ada yang buat event untuk syarikat. By the way, kenapa Cinta tanya saya macam tu?"

"Kalau macam tu, Adam sedar tak kenapa resort ni boleh maju?"

"Hah?"

Cinta masih tersenyum. "Mesti ada sebab kenapa resort ni boleh maju. Mungkin disebabkan usaha Adam yang ohsem? Kalau Adam perasan sekitar tempat ni, memang strategik. Sudahlah sekitar sini ada ramai penduduk, resort ni pula berdepan dengan pantai. Dekat pantai tu macam-macam boleh buat. Siapa yang tak suka dengan pantai kan?"

Adam terdiam dan masih terkejut. Dia masih memikir kenapa perempuan itu bercakap pasal hal itu pula. Motif? Takkan perempuan itu hendak caras perniagaannya pula? Tak sanggup pula kalau perempuan sebaik dan secantik Cinta Maisarah hendak mencaras perniagaannya. Apa pun dia kena berfikiran positif.

"Lagi pun dekat sini hanya ada resort Adam aje. Sestilah orang akan datang ke sini. Sudahlah cantik, menarik pula tu. Orang mesti suka tempat yang cantik. Kalau tak cantik, orang takkan datang. Kalau Adam ada pesaing sekalipun di sekitar sini, Adam kena melihat dari sudut positif dan berusaha untuk menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik daripada pesaing terutama dari segi kos dan kualiti. Adam juga kena mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pesaing untuk merancang perancangan yang strategik untuk mengatasinya."

"Cinta..."

"Ya, saya."

"Kenapa awak cakap semua tu dekat saya?"

Cinta terketawa kecil.

"Salah ke saya cakap macam tu?"

"Tak salah tapi saya pelik."

"Kenapa pulak nak pelik?"

"Cinta nak caras perniagaan saya ke?"

Cinta tergelak kembali dan hanya menggeleng. Boleh pula lelaki itu membuat anggapan seperti itu. Kenapalah anggapan itu boleh muncul di benak fikiran lelaki itu. Haih... rasa macam tak boleh nak henti ketawa aje.

Adam tayang muka blur.

"Cinta..."

"Be positive, Adam."

"Saya tak faham."

"Saya cuma nak tolong Adam aje. Manalah tahu dengan apa yang saya cakap tu boleh mengingatkan atau memberitahu Adam supaya boleh memajukan lagi resort Adam ni. Takkan Adam nak resort ni mati? Mesti nak berkekalan lama kan? Maybe anak-anak Adam mewarisi resort Adam ni. Boleh faham maksud saya?"

Adam tersengih kelat.

Belum kahwin mana nak dapat anak?

Calon pun tak ada lagi.

"Satu lagi. Adam menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pekerja yang terlatih dan mempunyai kemahiran yang tinggi dapat membantu melicinkan operasi perniagaan. Cakap pasal pekerja, saya nak minta maaf dekat Adam."

"Minta maaf untuk apa?"

"Pekerja dekat sini semuanya bagus. Peramah dan murah dengan senyuman. Saya suka dan berasa selesa dekat sini. Saya tak salah memilih tempat ni untuk bercuti dan menenangkan fikiran saya. Saya sengaja cakap pasal pekerja dekat sini tak mesra alam sebabnya saya cuma nak tarik perhatian Adam aje."

Kali ini Adam pula yang nak terketawa. Kenapa Cinta hendak menarik perhatiannya? Sungguh dia tak faham. Jus oren diambil di atas meja dan disedut perlahan. selesai menyedut, dia meletakkan kembali jus tersebut di atas meja.

Cinta masih berlagak tenang.

"Adam bukan seorang yang sombong."

"Cinta beranggapan saya macam tu?"

"Ya. Saya tengok penampilan Adam pun, saya dah tahu Adam mesti pemilik resort ni. Muka Adam nak ketat aje sampai saya lalu sebelah Adam tadi pun, Adam langsung tak nak balas senyum saya. Orang jenis apa macam tu? Tak eloklah kalau hidup di bumi Allah ni, nak menyombong. Saya paling pantang bila saya senyum dekat orang tu, orang tak nak balas senyum saya. Well... bila kita berdua bercakap macam ni, saya boleh buat kesimpulan yang Adam bukan seorang yang sombong."

Adam menongkat dagu pula dan memberi senyum lebar kepada Cinta.

"Thanks untuk apa yang Cinta cakap tadi. Saya hargai sangat-sangat"

"Topik kosong aje tu. Permulaan kata."

"Saya offer something dekat Cinta, nak tak?"

Dahi Cinta pantas berkerut. "Offer apa pulak?"

"Nak tak Cinta jadi pemilik kedua resort ni?"

"What?"

"Cinta kahwin dengan saya, secara automatik Cinta menjadi pemilik kedua resort ni. Apa yang si suami ada, kepunyaan si isteri juga. Saya nak kongsi apa yang saya ada, kebahagiaan saya, dengan orang saya sayangi."

Cinta terkedu berganda-ganda. Apa yang lelaki itu merepekkan? Sedar atau tidak apa yang dikatakan itu? Dia harus beri reaksi dan bercakap apa? Tak pasal dia pula yang membahang rasa malu. Dia memandang ke kiri perlahan-lahan. Pukulan ombak di persisiran pantai jelas kelihatan di layar mata.

"Cinta..."

Cinta perlahan-lahan memandang ke arah Adam kembali. Dia tersengih kelat.

"Memandangkan Cinta sukakan tempat ni, saya ikhlas hendak mengambil Cinta sebagai isteri saya. Sebabnya... saya dah mula suka dengan Cinta. Saya nak cinta menjadi penasihat hidup saya sama ada dalam hal peribadi atau hal resort ni. Mungkin kedengaran seperti mengarut, tapi saya tak nak Cinta jatuh ke tangan lelaki lain."

Adam tertunduk. Dia melepaskan keluhan. Semakin susah untuk dia lepas dari mengingat kisah lalu. Tak mungkin dia hendak menjual resort yang dimilikinya dan mencari resort lain. Dia sayangkan resortnya. Selama ini pun resortnya itulah memberi punca pendapatan kepadanya dan berjaya menjadi salah satu resort yang terkenal di mata masyarkat.

Telefon bimbit berbunyi dan pantas mendapatkan di atas meja. Setelah swipe di skrin, diletakkan di tepi telinga pula.

"Yes, ma."

"Adam balik ke tak ni? Dah nak malam ni."

"Tak tahu lagi. Adam ada banyak kerja yang nak kena diselesaikan."

"Esokkan boleh. Kerja tak pernah habis. Buat esok aje ya?"

"Ma... Adam takkan buat apa yang mama tak suka."

"Tapi mama..."

"Trust me, ma. Give me time."

Khalijah mengeluh. Kalau anaknya berada di resort, dia tidaklah risau sangat. janganlah pergi ke tempat lain yang boleh merosakkan akhlak. Walaupun si anak sudah menginjak dewasa, dia masih berasa risau terhadap anak satu-satunya itu. Doa sentiasa dipinta kepada Allah, semoga anaknya sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Talian telefon dimatikan. Bahagian mesej menjadi hala tuju.

Aku nak jumpa kau. Kalau kau free, beritahu aku.

Mesej dihantar.

Satu nafas lega dilepaskan.

+++++

"Bang!"

"Apa dia?"

"Abang perasan tak apa yang saya perasan?"

"Awak perasan apa?"

Fatimah cepat mendapatkan suaminya di meja makan. Nak duduk di kerusi pun, kerusi ditarik perlahan-lahan. Ibrahim yang melihatnya sudah pelik melihat tingkah si isteri. Isterinya hendak bercakap apa? Sampai kerusi pun ditarik perlahan. Tak pasal dia pula yang rasa berdebar. Surat khabar dilipat.

"Pasal anak dan menantu kita tulah."

"Kenapa dengan dia orang?"

"Abang ingat tak apa yang saya cakap lepas?"

"Awak cakap yang mana?"

"Ish abang ni! Takkan dah lupa kut. Vubalah ingat balik."

Ibrahim cuba mengingat apa isterinya beritahu yang lepas. Masa tu jugalah otak tak boleh nak beri kerjasama. Kalau bab mengingat, dia memang lemah sikit. Dia memandang si isteri kembali. Fatimah yang melihatnya, bagai sudah faham dan menggeleng saja.

"Haih! Apa yang abang ingat?"

"Abang ingat awaklah. Takkan nak ingat bini orang lain pulak kut."

Fatimah pantas menepuk tangan si suami. Ibrahim hanya menyengih aje. Sajalah nak mengusik tapi dia memang tak ingat apa yang isterinya beritahu dulu.

"Anak dan menantu kita macam dah berbaik aje."

"Okaylah tu. Taklah kita risau."

"Masa dia orang berdua sampai ke sini, masing-masing buat hal sendiri. Senyum pun tak nak. Saya yang tengoknya, naik risau. Sekarang saya tengok dia orang dah boleh bergurau senda lagi." Terang Fatimah lagi panjang lebar.

"Baguslah tu kalau dah boleh bergurau senda."

"Itu yang saya pelik."

"Kenapa awak nak pelik pulak?"

"Dulu kenapa dia orang bermasam muka? Bergaduh pasal apa?"

"Awak ni! Sibuk aje nak ambil tahu. Cuba jangan nak masuk campur sangat. Anak kita tu dah berkahwin. Biar ajelah hal dia dan suami dia tu. Kita tak payah nak masuk campur. Kita ada mata, lihat aje."

Fatimah mencebik. Suami tak menyokong betul apa yang dia mahukan. Dia memang hendak tahu apa penyebab anak dan menantunya bermasam muka. Selagi tak tahu, dia asyik terfikir. Tak mungkin tiba-tiba nak bermasam muka tanpa sebab. Mungkinkah anaknya yang buat hal? Malas nak buat kerja sampai si suami hilang sabar? Liur ditelan paksa.

"Dah! Jangan nak fikir lagi! Dia orang dah okay, kita sepatutnya gembira. Bukannya sibuk nak cari tahu apa penyebab dia orang bermasam muka. Tak payah nak fikir yang lepas lagi. Faham?"

"Saya tak tenanglah, bang."

"Sudah! Kalau masalah tak selesai, bolehlah kita masuk campur. Ini dah selesaikan? Biar aje dia orang hidup macam biasa. Anak dan menantu kita bahagia, kita pun turut bahagia."

Si isteri masih mencebik lagi. Tengok suaminya macam nak bagi cubit aje. Ibrahim perasan renungan mata si isteri yang lain macam.

"Kenapa tengok abang macam nak makan orang?"

"Tak sporting lah, abang ni."

"Lebih baik awak fikir nak masak apa untuk berbuka nanti."

"Saja nak tukar topik."

"Air soya abang jangan lupa pulak."

"Yalah. Yalah. Saya tak lupa."

"Ini nak sayang awak lebih ni."

Fatimah mencebik. Ibrahim pula tersenyum bahagia dan membuka kembali lipatan surat khabarnya.

+++++

Masuk sahaja ke bilik, Zahrah terdengar deringan telefon. Bukan telefon miliknya tapi telefon milik Faizul. Anak mata Zahrah sudah terarah di meja solek. Dia teringin hendak tahu siapa yang menelefon suaminya pada malam itu. Tiba-tiba aje dia berasa begitu. Belum sempat dia hendak menyambung langkah, pintu bilik dikuak dari luar.

Zahrah sedikit terkejut. Dia memberi laluan kepada Faizul. Faizul hanya tersenyum saja kepadanya. Zahrah membalas dengan segaris senyuman nipis. Nampak sangat panggilan telefon tu penting. Kelam kabut aje dibuatnya.

"Hello..." sapa Faizul setelah menjawab panggilan tersebut.

Tubuh Faizul masih dilihat oleh Zahrah. Dia mahu tahu siapa gerangan yang menelefon Faizul. Jikalau perempuan, dia sudah mula berfikir macam-macam. mungkinkah lelaki itu berlaku curang kepadanya? Susah pula dia hendak memberi jawapan yang tepat. Dia sedar, lelaki itu mempunyai nilai kekacakan yang tinggi. Mana-mana perempuan yang melihat Faizul, pasti akan terpikat dan tergoda.

"Mestilah Faizul sayang. Tak pernah tak sayang." Faizul terus berlalu dari situ. Sempat lagi dia menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Zahrah yang berada di sisi katil. Lelaki itu hilang di sebalik daun pintu.

Sayang?

Terus membulat mata Zahrah apabila mendengar ungkapan sayang yang keluar dari mulut Faizul. Mulalah dia hendak mengamuk. Siapa insan tersebut? Sudahlah hal lepas menjadi tanda tanya, sekarang hal baru pula yang timbul. Pening! Saja membuatkan otaknya terasa terbeban. Dia mahu mengiyakan tanggapannya sebentar tadi.

Zahrah terduduk di birai katil. Air mata mula bergenang di tubir mata. Tinggal menunggu detik untuk tumpah ke muka aje.

"Kenapa aku yang perlu diuji? Kenapa bukan orang lain?" suara yang bergetar cuba ditahan. Rasa sebak di hati pun pantas dikawal.

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 283K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
2.5M 148K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
732K 21.2K 23
Beau HATES Oliver Fowler. But Oliver doesn't hate Beau.. quite the opposite actually. Oliver is the univeristies 'Golden Boy', adored and admired by...
240K 27.2K 70
#Book-2 of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...