Part 13

443 12 0
                                    

Fatimah memandang Zahrah. Anaknya hendak apa pula daripadanya? Muka tu macam orang gelisah saja. Dia perasan anaknya memandang ke tingkat atas. Ada apa pula di tingkat atas? Hairan!

"Ada apa?"

"Zahrah nak naik atas sekejap."

"Nak buat apa pulak? Tolong ibu dekat dapur ni. Jangan asyik nak mengelak aje. Biar badan tu keluarkan peluh. Sihat sikit badan tu."

Zahrah sudah buat muka kelatnya. Sudah lama tak kena bebel, kena lagi ketika itu. "Ibu niiii. Ke situ pulak."

"Cuba beritahu ibu, ada apa dekat atas tu. Tak tengok TV, tidur. Itu ajelah kerja kamu kan. Dah berkahwin pun, perangai tu tak berubah langsung."

"Bukanlah. Zahrah..."

"Tak payah nak tipu ibu. Macamlah ibu tak kenal kamu ni."

"Zahrah nak ke atas bersebab."

"Hah! Sebab apa?"

"Suami Zahrah lah."

"Kenapa dengan suami kamu?"

Zahrah mengeluh perlahan. Sejak tadi dia asyik fikirkan tentang Faizul saja. Dia sendiri pun pelik dengan dirinya sendiri. Dia kena tahu suaminya berbuat apa ketika itu. Tak boleh kalau tak ambil tahu. Kalau tak ambil tahu, mulalah dirinya tak tenang.

"Dulu ibu sendiri pernah cakap, jadi isteri tu kena prihatin terhadap suami. Selalu ambil berat pasal suami, utamakan suami, sayangkan suami. Syurga isteri terletak di telapak kaki suami. Jadi sekarang ni, Zahrah nak tengoklah dia buat apa dekat atas tu. Tanya khabar ke, apa ke. Manalah tahu dia nak air, nak makan ke. Zahrah boleh tolong buatkan. Zahrah tak naklah ibu pandang serong aje dekat Zahrah. Seorang isteri yang baik akan disayangi suami."

Zahrah tersenyum nipis. Pandai pula dia mereka ayat. Dia mencuri pandang ke tingkat atas. Masih sunyi sepi dan tak ada sebarang bunyi. Rasa berdebar di hati, bertambah. Lagi pun, dia mahukan kebenaran di sebalik kata-kata Faizul. Lelaki itu mahukan kehidupan yang baru. Jadi dia mahu memulakan strategi.

Pasal tadi pun, tak selesai lagi. Lelaki itu tak mahu cakap sebab yang sebenarnya kenapa mendiamkan diri selama ini. Dia memang bersabar banyak tadi. Dia yakin suatu saat nanti, dia akan tahu juga apa sebab yang sebenarnya.

"Zahrah naik atas dulu ya, bu?"

"Pergilah. Jaga suami kamu tu elok-elok." Fatimah macam tak puas hati aje. Ada saja anaknya hendak katakan. Dia tak pernah menang. Sabar sajalah.

Pantas aje Zahrah mengatur langkah ke tingkat atas. Dalam langkah yang diatur, tiba-tiba rasa berdebar di hati, bertambah. Ruang tamu kosong. Dia sudah mula rasa pelik. Ke mana pula suaminya sudah pergi? Takkan berada di luar rumah pula. Leher dipanjangkan ke hadapan. Langkah terhenti. Mata terpaku di ruang sebelah kiri ruang tamu.

Faizul tidur dengan lena di atas sofa. Angin kipas yang berlegar di udara membuatkan rambut si Faizul sedikit berterbangan. Dia terpaku sekejap melihat keindahan yang satu itu. Langkahnya disambung kembali dengan perlahan. Takut pula kehadirannya itu nanti menyedarkan Faizul yang sedang tidur lena.

Tiba sahaja di sisi Faizul, wajah Faizul menjadi mangsa renungannya. Bahagia sungguh dapat melihat muka suaminya kala itu. rasa tenang aje. Dia mula melabuhkan punggung di lantai. Ketika itu, limpahan rasa kasih sayang Zahrah terhadap Faizul melimpah ruah. Sungguh dia rasa sayang terhadap Faizul. Tangannya terhenti untuk memegang tangan lelaki itu.

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now