Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu

Epilog

504 48 4
By FithFith

  "Aqilah-"

  "Lepaskan aku!"

  "Aqilah, tolonglah...-"

  Aqilah menepis kasar tangan Izzah. Hampir terjatuh Izzah ditolaknya. Terus sahaja Aqilah melangkah pantas sepanjang koridor hospital itu.

  "Aqilah-"

  "Izzah. Stop. Please."

  Izzah menangis teresak-esak. Diambil tangan Aqilah, meramasnya. Masing-masing langkah mereka terhenti di tengah koridor, tanpa diperhatikan sesiapa kerana kurangnya pekerja pada waktu malam.

  "Please, Aqilah... Ansar dah tiada... Janganlah buat macam ni..."

  Tangan Izzah ditepis lagi.

  "Aku tahu Ansar masih hidup! Kau mungkin fikir aku ni tak dapat terima kenyataan sebab boyfriend dah mati or something tapi sebagai seorang kawan, aku tahu dia masih hidup!"

  "Tapi aku risau akan kau! Kau sakit, kau perlu berehat-"

  "Kisah apa aku?! Berhenti risau boleh tak??"

  Turun naik nafas Aqilah. Melihatkan Izzah merunduk dan menangis, serba sedikit dia rasa bersalah pula.

  "Maaf Izzah. Tapi aku betul-betul pasti Ansar hidup. Selagi aku tak nampak mayat dia... Aku takkan percaya dia sudah mati."

  "Betul?"

  "Huh?"

  "Kalau aku... bawa kau tengok mayat Ansar... Kau akan percaya?"

  Terkejut dia dengan pandangan mata Izzah yang masih berkaca itu. Nampak nekad.

  "Ya."

  Izzah berjalan laju ke hadapan. Aqilah, yang masih memakai pakaian wad, mengikut.

  "Masuk."

  Aqilah pandang atas, di dinding atas pintu. Tertulis besar-besar, 'BILIK MAYAT'. Jelas kelihatan kabus sejuk keluar menderu menyentuh kulit mereka.

  "Apa lagi. Masuklah."

  Aqilah terkejut lagi. Jarang sekali Izzah marah begini.

  Aqilah memasuki bilik mayat. Kesejukannya tidak mampu dia hiraukan, tetapi dia kuatkan diri juga.

  Kunci yang tergantung di belakang pintu berserta jaket sejuk, diambil dan dipakai.

  Izzah cepat ke hujung bilik mayat itu, di mana ada almari besi penuh dengan laci-laci besar, tempat tersimpannya mayat. Kunci yang sempat digapainya dari pintu ketika memasuki bilik mayat, diguna lalu membuka sebuah laci.

  Kain putih. Menutupi badan. Aqilah masih terkaku.

  "Mereka masih menyimpan mayat Ansar di sini untuk membuat penyelidikan klon. Kami semua bersetuju, memandangkan memang arwah dahulu memang teringin hendak membantu para saintis mengkaji mengenai klon."

  Aqilah mengeluh nafas berat.

  "Tapi aku pasti ini bukan Ansar. Ansar... masih hidup."

  "Kau kena terima kenyataan, Aqilah. Selak kain tu. Pandang dia puas-puas. Kelak kau pasti rindu akan Ansar."

  Perlahan-lahan tangannya menyentuh kain. Dibukanya perlahan, sehingga ke dada. Aqilah hanya mampu menekup mulut. Ya, itu Ansar. Memang Ansar.

  Kepalanya menggeleng-geleng pantas. "Tak... Aku... Aku pasti Ansar masih hidup..."



Suasana sunyi sahaja. Ada yang duduk di lantai koridor. Ada yang duduk di kerusi yang disediakan. Ada juga yang berbaring di lantai dan berdiri, bersandar di dinding. Hampir semua klon berada di situ, merenung pintu teater pembedahan yang entah bila akan terbuka.

  Semuanya resah. Kopi suam tidak membantu sesetengah daripada mereka untuk tidak tertidur. Tetapi ada juga yang masih mampu berjaga pada tengah malam itu, walaupun tanpa kopi.

  "Hani?"

  "Ya?"

  "Raja akan okeykah?"

  "...In syaa Allah. Berdoalah."

  Fithri senyap.

  "Kenapa Fith?"

  "Oh tak... C-Cuma sakit kepala... Tak ada apalah."

  "Oh. Jadi... macam mana Fithri berbual dengan Raja pagi tadi? Raja tu bagaimana orangnya bagi Fithri?"

  "Dia betul-betul baiklah. Tak sangka."

  "Budak Raja tu memang baik pun sebenarnya... Sengaja buat perangai macam sombong dia tu. Percakapan pun tak reti nak jaga."

  "Eh Azim? Ingatkan dah tidur?"

  Azim bangkit dari pembaringannya di lantai, lalu terus duduk, menghadap Hani dan Fithri yang duduk di kerusi.

  "Belum lagi, wahai Hani. Susah nak tidur."

  "Risau?"

  "Kawan. Mestilah risau."

  "Fith, lihatlah. Semua orang di sini. Menunggu berita gembira untuk Raja. Kami semua berkawan baik. Walau ada gaduh dan tragedi menimpa, kami semua tetap bersatu hati."

  Kata-kata Hani itu menikam dadanya. Fithri rasa sedih. Dia berharap tinggi Raja akan selamat, walaupun peluangnya tipis.

  Dan Fithri juga sedih kerana tidak dia ingat apa-apa memori lepas berkenaan rakan-rakannya. Hal ini menyukarkannya.

  "Tragedi apa yang menimpa kita semua sebelum ni?"

  Hani memandang Fithri. Senyumnya diukir.

  "Ceritanya terlalu panjang-"

  "Pendekkan ceritanya."

  "Tak, Fith. Terlalu rumit untuk aku ceritakan satu persatu."

  Fithri pun senyap. Tidak mahu memaksa.

  Pintu teater pembedahan terbuka akhirnya. Segala klon yang tertidur mati, semua terjaga. Wajah muram Dr. Fakhrul meremuk hati mereka.



"Ansar..."

  Rambut hitam yang putih akibat diliputi fros ais, disentuh sedikit. Gugur fros ke lantai, bagai salji.

  "Aku tahu kau masih hidup. Bangunlah."

  Tiada jawapan. Bibir pucat itu tidak terbuka untuk menyatakan jawapan. Sepasang mata itu tidak tercelik.

  "Aku nak pergi tengok Raja sekarang... Jomlah, weh."

  "Sekejaplah, Izzah. Ansar! Bangun!"

  "Aqilah, please...! He's dead!"

  "Ansar! BANGUNLAH WOI!"

  "Dia dah tiada, Aqilah... Tolonglah weh, kau kena sedar!-"

  "I don't care! ANSAR WAKE --"

  "WARHH!!"

  "AAHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!"



[Keesokan harinya]

Ada cahaya mentari menusuk tajam matanya. Sakit. Terus sahaja dia terjaga. Tetapi dia berbaring balik kerana dadanya sakit semacam.

  Buat sementara, dia terlupa apa yang sudah berlaku, sehinggalah dia membuka butang baju wad hijaunya.

  Tampalan dan balutan kain di dada.

  "Pembedahan jantung... Aku... Aku masih hidup..."

  Raja cuba duduk perlahan-lahan, namun tidak boleh. Dia putus asa, takut ada jahitan terbuka pula kalau dia memaksa diri.

  Di sebelah kirinya ada meja kecil. Ada telefon bimbitnya. Dia ambil dan periksa tarikh. Lega hatinya apabila Raja mengetahui dia tidak koma. Pembedahannya semalam. Hari ni dia sudah terjaga.

  Raja terdengar sesuatu. Lama. Sesuatu yang begitu perlahan, separa lembut, separa kasar. Bunyi dengkuran nafas.

  Raja pandang bawah, di sebelah kanan katil. Dia tersenyum nipis.

  "Fifi?"

  Tiba-tiba Fithri terjaga. Tegak dia duduk dalam beg tidur. Kepalanya dipegang. Berdenyut-denyut kuat, begitu sakit. Lega sahaja, dia nampak muka Raja.

  "R-R-Raja??"

  "M-Maaf aku tak sengaja kejutkan kau! Aku cakap slow sahaja kenapa kau tiba-tiba terjaga??"

  "Eh kenapa kau nak marah aku pula sebab tiba-tiba terjaga?? Marah selepas minta maaf pula tu!"

  "Sebab aku tak nak ganggu kau tidur- Eh? Kau guna beg tidur aku??"

  "Eh err... s-suka hatilah! Beg ni suam dan selesa... Maaf guna tanpa kebenaran!"

  "Huh!"

  Fithri buka zip beg tidur. Dia bangun dan mengeliat, tersengih macam kerang muntah memandang Raja. "Mujurlah kau dah bangun. Nak air?"

  "B-Boleh juga... Tunggu. Kau dah... ingat semula?"

  "Ingat apa?"

  "Kau kan... hilang ingatan-"

  "Eh yalah! Aku hilang ingatan! Dan tiba-tiba aku dah ingat balik!! Omg omg omg!" Fithri terlompat-lompat di situ juga. Memang benar-benar gembira. Raja tekup telinga.

  "Okey, okey! Tanya aku apa-apa soalan!"

  "Erh. Okey, hari jadi aku, bila?"

  "21 Ogos 1998!"

  "Makanan kesukaan?"

  "Piza!"

  "Hobi?"

  "Main video game!"

  "Hm. Hari jadi aku?"

  "21 Og- uh... Ogos atau September, eh...?"

  "Heh, kau belum pulih."

  Fithri garu-garu kepala. "Julai kot?"

  Pintu terkopak luas, macam nak pecah saja pintu tu. Muncul Aqilah dengan kegembiraan luas terpancar di mukanya.

  "I knew it Raja akan sedar pada pukul 12.30!"

  "Wow, aku terbuat telepati dengan kau. Ew."

  "Ceh, kurang ajar kau!"

  "Macam mana kau ni boleh gembira apabila orang sedang bersedih?" tanya Raja. Sesekali dia meneguk air dari botol mineral yang diberi Fithri tadi. Ya, memandang Aqilah mengingatkannya kepada Ansar. Raja masih terkesan dengan pemergian rakannya itu.

  "Kenapa nak bersedih pula?"

  "Ansar. Kau tak sedih pula? Semalam bukan main lagi meroyan jerit kata Ansar masih hidup?"

  Tidak semena-mena, pintu wad terkopak luas lagi.

  "Yo hooooo Raja segala raja!"

  Fithri tergelak melihat kerenah mereka berdua. Apatah lagi melihat reaksi Raja.

  "Ansar?? Kau... kau... kau...-"

  "Apa 'kau-kau'? Terkejut ehh! Akulah Ansar, keajaiban mati hidup kembali!~"

  "Dah Allah kata dia masih hidup, maka dia masih hidup. Dan sel istimewa klonnya masih kuat. Entah macam mana Aqilah macam tahu-tahu sahaja Ansar belum mati." kata Fithri, membelai-belai kucing hitamnya yang dari tadi duduk diam di penjuru dekat katil Raja.

  "Telepati wuu wuu~" spontan Aqilah menjawab. Tak habis-habis dengan telepatinya.

  "Kau pun sama, Raja. Berterima kasih dekat kawan-kawan lain, sebab mereka derma darah untuk kau." sambung Fithri lagi.

  "Dr. Fakhrul kata kau perlukan antibodi klon yang lebih. Virus Biave tu dah kurangkan tahap antibodi klon dan meningkatkan jumlah antibodi biasa. Antibodi biasa menyerang tisu jantung yang diganti, jadi... begitulah." terang Ansar.

  "Kami semua derma darah! Berlambak pula tu! Cepat, berterima kasih pada aku!" teriak Aqilah pula.

  Raja hanya diam. Sedikit sahaja senyum nipis. Dalam hati, memang dia bersyukur.

  "Terima kasih semua."

  "Eh, a-apa?"

  "Terima kasih."

  Aqilah dan Ansar menghempas badan di katil Raja. "Say it again, please?"

  "Aku cakap terima kasih dekat kalian semua!"

  "Yes, aku dah rakam! Bukan selalu nak dengar kau kata 'terima kasih'!"

  "Arh..." Malas Raja hendak melayan Aqilah lagi. Kecewa pula 'kepulangan' dia selepas pembedahan tidak disambut dengan cara yang sepatutnya.

  Seketika kemudian Fithri dan Aqilah sama-sama keluar dari bilik wad, hendak menyebar berita gembira. Raja keluh lega.

  "Hei."

  "Yo Ansar. Tak sangka... kau masih hidup."

  Ansar menghulur tangan. Seperti biasa, sejak dahulu, Raja berjabat tangannya mesra. Namun kali ini, Ansar menarik tangan Raja ke arahnya. Mereka peluk ringkas.

  "Kau pun sama, Raja."

  Selepas beberapa tepukan di bahu, pelukan dilepaskan.

  "Hahaha. Sejujurnya aku rindu kau."

  "Sama."

  "GAY ALERT!!!"

  "WTF AZIM WHY YOU-!?!?!"

  "Q-Qilah, jangan salah faham!!"

  "Wahahahahahhaahhh! Aku dah tangkap gambarrr!"

  "Jom masukkan dalam IG!!"

  "HANI, DON'T YOU FCKING DARE!"

Continue Reading

You'll Also Like

25.8K 612 28
Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di tahun 2030. Namun apa yang memeranjatkan...
1.3K 233 38
"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki...
522K 31.6K 200
AYAT : →fakta! →pernah tak? →betul tak? ^nk ayat fakta,pernah tak or betul tak di sinilah.Ada yang copy ada yg sendiri bikin. (* semua ni harian yang...
1.7K 251 47
Park Jinyoung, seorang pelakon dan penyanyi yang terkenal. Yeo Hajin, seorang gadis yang tidak mengingati masa silamnya. ❝ They once fall t...