Cinta Roller Coaster -Ery Aie...

By EryAieril

10.2K 227 28

Sebuah cerita suspense romance yang penuh dengan kejutan dan debaran. kisah pasal Faizul Arman dan Zahrah Ima... More

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15

Part 2

846 24 4
By EryAieril


"Awak nak air?"

"Air kosong aje."

Zahrah terus berlalu ke dapur dengan segaris senyuman di bibir. Serba sedikit dia berasa lega sebabnya Faizul sudi menjawab pertanyaannya dengan baik. Tak seperti pagi tadi, jawab acuh tak acuh saja. Ungkapan Alhamdulillah dia ucapkan. Selesai saja menuang air ke dalam gelas, dia terus mengatur langkah ke ruang tamu.

Faizul yang sudah duduk di sofa, dia melepaskan satu keluhan. Rasa penatnya hilang sedikit. Angin dari bilah kipas yang berputar di siling, terasa di badan. Dia meraup wajah pula. Dia berasa lega sedikit. Entah kenapa penat pada hari itu lain macam. Mungkin banyak berfikir? Dia memang banyak berfikir dan kena menghadiri banyak perjumpaan dengan rakan niaga.

"Ini airnya." Hulur Zahrah di hadapan Faizul.

"Terima kasih."

Segelas air diambil. Zahrah duduk di bersebelahan Faizul. Dia macam mati kata pula. Tak ada idea yang hendak dicakapkan. Sudah menjadi kebiasaan, Faizul akan balik pada waktu malam. Tak lebih dari pukul sepuluh malam. Lagi pun suaminya tak suka balik lewat malam. Faizul bukanlah seorang yang kaki lepak dan suka bersosial. Ibu mertuanya pun mengakui hal tersebut.

"Awak dah makan?"

"Dah. Dekat luar tadi."

"Kenapa awak tak nak makan dekat rumah? Kenapa nak membazir duit?"

"Duit saya dan bukannya duit awak."

"Saya tahu duit awak tapi..."

"Saya penat!"

Faizul terus bangun dengan muka ketatnya laly capai beg bimbit di atas sofa. Elok saja dua langkah di atur, Zahrah turut bangun. Rasa tak puas hati si Zahrah, adalah juga. Dia menarik nafas dan hembus perlahan-lahan.

"Buruk sangat ke muka saya ni sampai awak tak sudi nak tengok muka saya?"

"Saya penat. Tolong faham!"

"Awak tolong cakap dekat saya, apa yang saya perlu buat lagi?"

"Soalan tu tak penting bagi saya."

"Penting bagi saya. Saya nak awak jawab."

"Saya takkan jawab. Awak isteri saya. So, patuh cakap saya."

"Termasuk tak boleh salam tangan awak? Sentuh awak? Cium awak?"

Zahrah mengatur langkah ke sisi lelaki itu. Dia menahan sebak dan tak akan menangis. Anak mata dah kemerahan. Sejak kebelakangan itu, dia asyik menangis saja. Semuanya pasal si Faizul. Kali ini tahap kesabarannya hilang lagi. Kini sepasang mata bertemu sepasang mata.

"Kenapa? Tak puas hati dengan saya?" soal Faizul.

"Kenapa awak berubah? Saya macam dah tak kenal awak siapa."

"Saya berubah?"

"Ya. Mana personaliti awak yang saya kenal dulu?"

Faizul diam. Mulalah dia teringat detik-detik kemesraannya dulu dengan perempuan itu. Facebook. Walaupun hanya bertemu di alam maya, cara mereka bergaul macam sudah lama kenal. Tak kekok langsung. Dirinya juga yang banyak memulakan satu hal di antara mereka. Kenalah jadi seorang lelaki yang budiman.

"Kenapa diam? Cakaplah! Mana personaliti awak yang dulu?"

"Ini diri saya. So, suka hati saya nak berbuat apa pun. Tolong..."

"Saya penatlah awak. Saya penat! Oh... suka hati? Disebabkan rasa suka hati awak tu, buat saya pening! Saya tak tenang! Saya rasa macam nak bunuh diri aje. Saya tak sanggup nak hidup macam ni lagi. Awak tahu tak?!"

Zahrah melepaskan keluhan dan sedikit tertunduk. Faizul terkejut apabila Zahrah berkata begitu. Bunuh diri? Dia mula tertelan liur. Sekali lagi dia menganggap dirinya seorang yang kejam. Sampai bila dia hendak membiarkan keadaan seperti kala itu berlarutan? Dia tidak mendapat jawapan.

"Kalau awak ada masalah, tolong cerita dekat saya. Kalau saya boleh tolong, saya bersedia hulurkan pertolongan saya. Saya ni isteri awak. Isteri jenis apa kalau suami sendiri ada masalah tak boleh nak tolongkan? Sekurang-kurangnya apabila awak bercerita dekat saya apa masalah awak, saya boleh cuba ringankan beban awak tu."

Puan Hafizah yang baru saja menutup pintu bilik, langkah yang hendak diatur ke tingkat bawah terhenti. Telinganya menangkap satu suara. Dia menjengah ke tingkat bawah dan pelik. Anak dan menantunya masih bermasam muka? Masih bertikam lidah? Dia mengeluh. Masih tiada perubahan yang positif di antara mereka.

Dulu semasa mereka hendak berkahwin, bukanlah main mesra lagi. Selepas dua hari berkahwin, segalanya berubah. Bukan sikap menantunya yang berubah tapi sikap anaknya, Faizul. Dia pening dibuatnya. Dia malas hendak menyelidik dengan tujuan tak mahu campur tangan dalam hubungan mereka. Biar anak dan menantunya selesaikan sendiri. Tapi selagi hal anak dan menantunya tak selesai, dia takkan tenang. Apa yang menjadi persoalan di benak fikirannya adalah apa permasalahan sebenar di antara mereka berdua?

Faizul terus menyambung langkah kembali ke mata-mata tangga. Macam biasa dia hanya membiarkan percakapan perempuan itu tanpa memberi sebarang jawapan yang sepatutnya.

Zahrah mengeluh. Dia semakin bingung. Dia mahukan jalan penyelesaian di antara mereka tapi lelaki itu seperti asyik mengelak saja. Dia duduk kembali di sofa dan tertunduk. Mulut mula terkumat-kamit. Apa yang dibebelkan pun tidak tahu.

Langkah terhenti apabila sampai di tingkat atas. Faizul terkejut besar apabila mama muncul di hadapannya. Kelihatannya mama seperti sudah mengetahui apa yang berlaku. Dia pun naik rimas dengan segala pertannyaan yang terbit dari mulut mama. Muka bosan mula dilemparkan.

"Kenapa anak mama ni dah berubah?"

"Faizul masih macam dulu. I'm still your son."

"Tak baik buat Zahrah macam tu."

"Ini hal Faizul. Mama tak payahlah masuk campur."

"Mama ni mama kamu. Mama patut tahu apa yang sebenarnya dah terjadi."

"Faizul penat!"

"Jangan nak mengelak!"

"Mama..."

"Faizul Arman!"

Bibir Faizul tertutup rapat. Dia meraup wajah sekejap. Satu lagi hal yang dia kena hadapi kala itu. Ingatkan balik rumah boleh terus dapat berehat ternyata tidak.

"Kamu nak menguji si Zahrah tu? Atau kamu nak apa yang sebenarnya daripada dia? Dia tu isteri kamu! Kamu tak boleh buat dia macam tu! Dia ada perasaan! Apa yang kamu buat dekat dia, mama dapat rasa. Sebab apa? Kami mempunyai naluri yang sama."

"Apa maksud mama ni?"

"Dia materialistik atau tak?"

Faizul terdiam. Takkan dia hendak mengangguk pula. Mama pandai meneka. Puan Hafizah melihat ke ruang tamu. Kedengaran tangisan kecil yang dikeluarkan oleh Zahrah. Mulalah hati seorang ibu mula berasa sayu. Anak lelakinya memang menyeksa perasaan isterinya. Hidup tiada ketenangan. Dia harus campur tangan juga dalam hal anak dan menantunya. Dia mahu kedamaian dan bukannya persengketaan.

"Tiga bulan bukan sekejap. Itu detik perkenalan kamu dengan isteri kamukan?"

Faizul diam. Memang betul.

"Kamu dah kenal isteri kamu macam mana orangnya. Dia bukan seperti yang kamu sangkakan. Kalaulah dia seperti yang kamu sangkakan, barang-barang berharga dalam rumah ni dah hilang. Barang kemas mama dah hilang. Pintu bilik mama tak kunci. Dia boleh masuk pada bila-bila masa saja. Tolonglah kamu jangan seksa perasaan isteri kamu tu lagi. Kasihan mama tengok dia. Kalau ibu dan ayah mertua kamu tahu hal ni, kamu boleh agak apa reaksi dia orang? Tak kasihan dekat dia orang? Disangkakan anak dan menantu hidup bahagia tapi sebaliknya."

Faizul mula melihat ke tingkat bawah. Tubuh seorang perempuan menjadi mangsa penglihatannya. Siapa lagi jikalau bukan isterinya. Apa yang dirinya sedang fikir? Fikiran bercelaru. Hanya dia seorang saja yang tahu.

"Layan dia. Tolong hargai apa yang dia dah buat untuk kamu. Dia dah masak untuk kamu, tolonglah makan. Perasaan seorang isteri ni teramat rapuh. Kamu patut beruntung dapat isteri macam Zahrah tu. Dia banyak bersabar dengan kamu. Kalau perempuan lain, dah mengambil kesempatan dekat kamu. Kamu dah lupa, kamu tu siapa? Kamu tu orang terkenal. Orang berduit. Mama harap kamu faham apa yang mama cakapkan ni."

Faizul diam.

Puan Hafizah berlalu dari situ dengan muka ketatnya. Sabar dan terus bersabar.

Continue Reading

You'll Also Like

221K 24K 30
She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful She is innocent He is cunning She is broken He is perfect or is he? . . . . . . . . JI...
2.8M 180K 87
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
292K 24.4K 15
MY Creditor Side Story ပါ။ Parallel Universe သဘောမျိုးပြန်ပြီး Creation လုပ်ထားတာမို့ main story နဲ့ မသက်ဆိုင်ပဲ အရင် character ကို ရသအသစ် တစ်မျိုးနဲ...
1.5M 91.7K 38
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...