Dia Roommate Aku

By anne3993

425K 4.7K 495

"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara ora... More

DRA - Prolog
DRA 2
DRA 3
DRA 4
DRA 5
DRA 8
DRA 6
DRA 9
DRA 7
DRA 11
DRA 12
DRA 13
DRA 14
DRA 15
DRA 16

DRA 10

11.7K 267 33
By anne3993

Selesai membetulkan tudung bawal yg dikenakan, aku meneliti sticky note di depan cermin.

Purse
Jam tangan
HP
Headset
Charger

Done, semua dah ada. Yes! Let's go.

Semester 2 tunggu aku. Sem 2 atau sem last program matriculation bagi pelajar satu tahun. Matrikulasi ni, ada PST dan PDT. PDT stand for pelajar dua tahun. Memang ramai kata zaman matrik maybe boleh jadi zaman ter- best yg di lalui. Yeke? Kita tengok lah nanti...

Along pun cakap macam tu. Dan aku pun mungkin salah seorang yg tambah rating dalam statement "Kami rindu zaman Matrik". Sebenarnya best celah mana pun aku tak tahu, kelas pagi sampai ke petang. Dari tudung cantik mcm Naelofa pagi2 elok smpai petang dah jadi cekpon.

Feel dia lain kot. Sebab time ni lah korang jumpa ramai kawan. Kawan dari sekolah lain. Midnight movie sama2, share maggi, sembang sampai pagi, study group yg tak berapa study dan macam2 lagi. Feel baru abis sekolah, baru nak rasa kuliah cemana, itu lah kot feel yg buat ramai org rindu zaman matriculation. *mohon jgn muntah*

Beg Bodyglove aku letak di bahu. Feel more energetic. Aku juga menggendong Hakimi masuk di passenger seat. Ayah dah tunggu di dalam.

Sampai je terminal, aku terus cepat2 cari teksi. Entah apa yg di kejar.

Masuk je pintu kolej, ada seseorang menarik perhatianku. Aku berlari anak menyaingi nya.

"Hai!! "sapaku sambil memukul sedikit keras bahu org di sebelahku.

"Eh jatuh aku melambung anak itik ayam goreng." Melatah betul budak ni. Tapi tak seteruk kitorang sekolah dulu. Ija memukul bahu ku.

"Kureng kau Risaa.. " ija masih lagi memukul kecil lenganku geram.

Hehehe, aku hanya terkekeh geli tengok gelagat ija.

"Sorang je? " tanyaku pada Ija. Kami berdua sama berjalan di koridor depan dewan besar menuju lorong dekat library.

"Memang kau ada nampak org sebelah aku ke? "

"Lone ranger gak rupanya. Hehe. Napa xmesej aku, boleh balik sama td. Jimat tambang teksi." Ujarku sambil menyepak batu2 kecil d jalan.

"Aku naik bas la tadi. Kau yg tak jimat" katanya lalu meminum susu cokelat Dutch lady nya.

Lagi aku tersengih.

"Aira ada mesej kau x? Fika ke?" Aku mengangkat kening sebelah mendengar pertanyaan dari Ija.

"Kenapa? Takde pun"

"Oho, Fika ajak gathering sabtu nih" ujarnya selamba.

"What? Seriously! Aku tak tahu pun" Aku teruja dengar nama member kitorang yg satu nih. Fika. Dia sorang je ambil foundation sains d uitm. Fika ni satu rumah merah dengan aku dulu. Satu floor. Berjiran bilik. Yg dorang Ija semua rumah lain. So, kalau sukan ke hape yg melibatkan rumah. Melekat lah aku dengan Fika. Tambah lagi dengan satu kepala, mmg kamceng habis laa.

"Aah, dia ada dengan budak lain nak dtg sini. Makan2 jugak sikit. Aku tahu pun dari status FB dia. Ada Fika tag kau sekali." jelas Ija.

"Dekat pesbuk ke. Memang tak lah aku bukak. Dah behabuk kot. Hehe"

Drtt drtt..

Reihan:
Assalam. Aku bawa makanan ni dari rumah. Nanti makan sama k dgn Farhah Angela. :)

Aku:
Wah2. Lauk apa? Okey, tak jadi aku singgah cafe. Hehe..

Send.

"Weh, aku naik dulu. Bai Riss." ujar Ija melambai aku. Kami berpisah kerana aku ikut tangga belah belakang dekat blok b manakala Ija pulak lalu ikut tangga tengah.

"Babaiii, ada apa2. Infom aku tau!"

Ija hanya mengangguk.

Fuh, 2 minggu tak naik tangga ke tingkat 4, rasa semput berabis lah pulak. Naseb aku tak bawa banyak barang. Aku membuka kunci pintu bilik. Huaaaa. Miss you my bed.

Aku terus baring terlentang menatap siling bilik kami. Kipas tidak berpusing, belum aku hidupkan. Aku menoleh katil Reihan yg masih rapi. Sony Ericsson aku tatap skrinnya. Aku mesej ayah dulu beritahu aku dah selamat sampai bilik. Lalu aku membaca pesanan dari Reihan yg belum aku sempat baca tadi.

Reihan:
Surprise lah. Wait n see. I cooked specially for u all. Hihi

Arissa:
Haha, terharu beta. Betul ke kau masak? Entah beli kat kedai. Hahaha

Reihan:
Oke, kau tak caya dengan aku :'(

Arissa:
Adehh, gurau je la. Ye kau masak. Make sure its finger lickin good okehh. :p

Reihan:
Mestilah. Kau dekat mana dah tu?

Arissa:
Di hati mu.

Reihan:
Ngade. K lah. Petang sikit aku sampai. No tidur petang alang. Baik kemas barang tuh and sapu habuk. Peacee.. Hehe. Bye

Arissa:
╮(╯▽╰)╭ tengok lah kalau rajin..

Aku tersenyum. Macam tau2 je aku dah sampai bilik dan menjadi kebiasaan tido lepas balik dr rumah.

Oke, first. Mari kemas bilik.

****

"Assalamualaikum!"

Mata aku pejam celik. Aku bangun lalu duduk dengan malasnya.

"Waalaikumsalam" jawabku dengan suara bangun tidur sambil menggosok mata sebelah kananku.

"Agak dah mesti tidoq punya." Ujar Reihan menggeleng2 kan kepalanya. Aku terus bangun mencapai beg bagasi Reihan lalu meletakkannya di depan loker. Dia kemudian meletakkan satu paper beg Parkson, mungkin berisi bekalan makanan di atas meja studinya dan beg laptop d kerusi.

"Thanks" ujarnya lalu merebahkan diri di atas katil. Terdengar Reihan melepaskan nafas kelegaan. Penat lah tu. Kesian.

"Aku baru je setengah jam tido, penat sapu2 habuk. Lepastu mandi. Tunggu makanan sampai. Lambat benor"

"He he, alolo. Dah lapar ke? Aku mandi jap. Pegi bagi tahu Farhah dengan Angela" perintahnya lalu mengeluarkan tuala mandi dari bagasinya dan berlalu ke toilet.

Dengan muka sememeh aku masuk bilik jiran sebelah.

"Hai korang" aku terus duduk di katil Angela.

"Hoi salam mana? Hai hai.. " Angela menegurku dari balik lokernya.

Aku hanya tersengih. Farhah pulak menahan tawanya.

"Sori sori. Assalam dan selamat petang" lalu serentak mereka menjawab salam ku.

"Haaa, macam tu la. Good girl" Angela lalu di depan ku lalu mengusik rambutku yang tersedia serabai. Aku merapikan lalu mengikat rambutku ponytail.

"Reihan ajak makan. Jom. Dia mandi jap." Aku bangkit lalu berjalan menuju bilikku. Terasa Ada lengan merangkul bahuku. Aku berada di bawah lengan Angela. Lagi dia mengusik rambutku.

"Aris aris, kau ni lembik semacam je. Tak rindu aku ke? He he. Aku bawa ole2 tau tuk kau." Ujar Angela masih merangkulku yang membuat aku terbongkok-bongkok sampai bilik. Sempat lagi dia gelitik aku di pinggang. Aku berjaya melepaskan diri.

"Wekk, aku tak geli laa. " lalu aku duduk di kerusi belajarku. Dalam sepuluh minit sembang tentang sukan antara matrikulasi yang diadakan di Melaka minggu lepas dengan Angela dan Farhah, Angela terlibat dalam sukan olahraga. Oh ya, aku tak tanya Pun dorang Dani dengan Popoi. Angela menang gangsa katanya. Dia juga sempat beritahu team basketball perempuan menang emas. Yeahhh! Cayalah Dani ngan popoi.

Lepastu, Reihan pun datang. Aku yang dah segar akibat bercerita dengan mereka jadi terpaku dan tekak aku rasanya tetiba kering. Lagi debaran aneh aku rasakan. Ketika ini Reihan hanya berkemban. Rambut panjang nya yg lurus hitam kelihatan basah dan kulitnya putih bersih. Mata kami bertemu sekejap sebelum Reihan teralih oleh sapaan Farhah. Dia tersenyum malu2 lalu beredar pergi ke lokernya. Sempat dia melirik ku lagi.

Angela mendekati ku, aku lihat Farhah tengah cek hp nya. Kemudian, Angela berbisik sesuatu di telingaku.

"Jaga pandangan Ris. Boleh tembus dinding mata kau" ucapnya lalu menjauh dariku.

Aku menelan air liur. Nampak sangat ke?

"Kuangajo kau Angiee! " jeritku keras. Angela Sudah lari tah kemana. Reihan pun satu, selalunya dia menutup bahu dan atas dada nya yg terdedah td dgn tuala kecil. Huh! Farhah menatap aku bingung.

"Kau dah kenapa?"

****

Makanan sudah tersedia di depan kami yg duduk bersila di lantai membentuk bulatan. Perut aku dah bergendang2. Rasa macam ada raksasa di dalam. Lauk ayam masak merah, kerabu mangga, pajeri nenas, makaroni dengan pencuci mulut puding roti dgn buah apple merah. Tak lupa nasi masih berwap panas. Air pun Ada. Twister apple. Tak sabar aku nak lahap semuanya. dah ready pegang sudu nak ambil nasi, Reihan mencegahku.

"Tunggu Angie" huh! Dah lah kantoikan aku. Sekarang buat aku harus menahan lapar lagi.

Farhah hanya mengiyakan sambil menahan tawanya melihatku yg muka dah nak bertukar jadi beast.

"Hai, sori. Gi toilet tadi" sengihnya sambil memandangku. Ish, geram aku.

Selesai membaca doa dengan Angela baca doa dia, kami pun mula menyantap. Tadi, Reihan yg mengambil kan aku nasi serta lauk pauk. Penuh pinggan. Yay!

Angela hanya senyum-senyum pandang aku. Kuangasam. Biarkan. Aku lapar sangat.

****

Alhamdulillah kenyang dah. Aku menyandarkan diri di dinding. Mengusap perut buncitku.

Deringan telefon kedengaran. Fon aku. Di meja belajar.ahhh, malasnya nak bangun. Melihat aku yg bermalasan hanya membiarkan deringan berlanjutan. Angela yg paling dekat dengan meja aku pun mencapainya.

"Uihhh, sapa ni? Sayangku tercintaaa??" Sambil menunjuk fon aku.

"Ellehhh, yelah tu. bak sini." Angela pun menghulur sambil tersengih.

Aira is calling...

"Helo"

.....

"Hehe, aku dah makan Ra. baru je."

......

" alaa, yeke? Sedapnya. Bukan rezeki aku. Enjoy. Kirimsalam dorang tuu"

......

"Orait. Waalaikumsalam"

"Aira ajak makan ke?" Soal Farhah.

"Aah hehe. Ada cheesecake kot" sambil duduk lagi di sebelah Reihan. Tetiba rasa nak melentok lagi. Aku pun menyandarkan diri ke Reihan. Sambil tu kami sambung sembang dengan sesi tunjuk gambar waktu cuti. Angela pun kotakan janji nak belikan kami ole2.

Walaupun hanya rantai kunci. Cukup lama sesi sharing setelah habis cuti semester. Farhah dengan Angela pun kembali ke bilik mereka setelah selesai mengemas dan mencuci apa yg patut.

****

9.47 pm.

Jenuh aku membalas segala pesanan dari Along ngan Angah. Masing2 mengutarakan rasa tidak puas kerana hanya dapat tengok gambar Kimi. Gmbr yg aku ambil hari tu dan MMS ke mereka. Along sambung study di Sarawak, final year dah jurusan bisnes. Angah pulak ambil medic di Indonesia.

Reihan pun dari tadi sibuk dengan Hp nya. Sekali dengan laptop terbuka di hadapan. Aku letak kepala di atas dua lipatan tanganku. Hahh, ngantuk dah. Aku pejam mata sebentar. Tak lama, aku memandang ke kiri. Reihan masih masih fokus dengan hp nya. Dari samping ni, aku berleluasa memerhati nya. Beautiful eyes! Bulu matanya lentik.

"Comel kan?" Ujarnya Tiba2 tapi tidak memandangku. Aku tercengang.

"Hah?"

"Comel sgt ke aku? Dari tadi dok perati je?" Wah, perasannya. Tapi memang betul pun.

"Helo, perasan nye makcik kita sorang nih. Aku tengok jendela belah kau tu haa, nampak macam ada makcik jual karipap tadi" balasku pula.

"Alang.. Mulut tu. Kang betul jadi.... " Suaranya memberi amaran.

Aku menekup mulut dengan kedua belah tangan pantas. Sape suruh, sendiri cakap, sendiri takut.

Akhirnya aku minta tidur sebelah Reihan malam ni.

Mungkin dalam sejam jugak kami sembang dalam kesamaran cahaya. Hujan kedengaran masih turun sekitar setengah jam yg lalu.

Prakkk!

Dentuman guruh di langit serta kilat memancar refleks membuat Reihan memeluk lengan kiriku. Lagi sekali rasa terkejut mendengar bunyi guruh di tambah dengan aksi Reihan membuat jantungku berdegup laju.

Aku mencuri pandang Reihan di sebelahku. Matanya tertutup rapat. Lenganku dirangkul erat. Lagi aku membuang pandang merenung syiling putih bilik kami. Aku kaku macam patung, tak tau nak buat apa.

Deg reg deg..

Mata aku tak dapat pejam. Tadi memang mengantuk. Sekarang.... tetiba kena serang insomnia.

Sudah satu jam mungkin dalam posisi macam ni. Hujan dah pun berhenti. Mungkin renyai2 sahaja. Aduh! Tegang dah rasa urat tangan aku. Dia sudah masuk ke alam mimpi tapi lenganku masih enggan di lepaskannya. Aku berinisiatif menggerakkan tangan kiriku untuk keluar dari pelukan Reihan. Malah dia semakin mengeratkannya.

Arghh, ingat aku bantal peluk ke. Dah lah kurus. Ayah, tolong. Mungkin satu, tangan aku dah cramp. Satu lagi, dari tadi aku merasakan ada benda menempel di lenganku. Itu yg buat aku susah nak lelap jugak. Reihan's u know what....

Gulp! Aku menelan liurku. Lagi. Badan aku terasa panas walaupun mungkin suhu sudah turun akibat hujan di luar.

Pikiran aku rasa dah ke lain. Brain! Please lah function properly.

Arissa, stupid la!


Bersambung....

22/09/2016

Continue Reading

You'll Also Like

207K 8.8K 81
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
229K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
79.2K 11.7K 15
Nadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaima...
55.1K 3.6K 41
Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...