Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Epilog

Bab 22 : Dahulu

366 30 8
By FithFith

Televisyen.

Sesuatu yang sudah lama tidak mereka tontoni.

Sambil menyumbat snek Super Ring masuk ke mulut, mata-mata mereka tidak teralih sesaat pun dari kaca televisyen LED itu.

Izzah duduk tenang di sofa bilik mesyuarat milik klon-klon bekas pelajar Tingkatan 5 Sains 1. Raja, dengan gaya separa berbaring - separa duduknya, asyik menguap, tanda protes hendak menukar siaran. Hani buat-buat tidak tahu, kekal dengan posisi bersilanya, menongkat dagu di meja. Syahindah dan Irdina juga ada, melayan sekali drama Korea.

Klon-klon lain yang bukan krew misi Pluto, termasuklah Diyana, menjalani aktiviti harian biasa sebagai pelajar lepasan SPM yang menunggu panggilan ke universiti. Ada yang bekerja, ada yang ke tuisyen pemantapan Bahasa Inggeris. Ada juga yang melakukan kerja-kerja sukarela.

Pintu diketuk. Ia terbuka, lalu terpacul wajah si tampan berkaca mata.

"Kalian. Doktor ada berita penting-"

"SHH!"

Dr. Fakhrul terdiam. Kenapa? Apa yang buat mereka terlalu khusyuk dengan televisyen? Dia memasang telinga, memanjang leher melihat televisyen di dinding tepi pintu.

"Huh! Song Joong Ki! Descendant of the Sun kan cerita lapuk! Sekarang ni zaman Scarlet Heart-"

"Ish, bisinglah, Doktor ni!"

Raja mengeluh sambil dia angkat badan dengan payahnya. Kemalasan memang sudah lama menguasai diri.

"Huh... Berita penting apa, Doktor?"

"Hafiz. Dah sedar."

Tegak tiba-tiba si Izzah berdiri. Persis askar.

"WHAT?"




"H-Hafiz oppa?"

Matanya tidak terbuka.

"Doktor kata dia sudah sedar??" marah Syahindah.

"Hafiz strok otak. Walaupun strok otak cuma di sebelah kanan, dia tak dapat buka matanya atau bergerak seperti biasa. Bukankah Doktor sudah beritahu semalam?"

Keluhan kedengaran. Lebih berat keluhan adalah milik Izzah. Bermacam perasaan terbit di hatinya. Bersalah, sedih, kecewa... Dalam senyap dia pikul perasaan bersalah itu apabila Hafiz ditimpa strok. Kalau bukan sebab dia pengsan di Marikh tempoh hari, Hafiz pasti tidak sebegini.

"Izzah. Cubalah, bercakap dengan dia. Mungkin apabila dia dengar suara Izzah, dia boleh memaksa matanya untuk dibuka." ucap Irdina. Yang lain mengangguk laju, setuju.

Izzah duduk di kerusi, di sisi kanan kepala Hafiz. Perlahan-lahan, tangannya menyentuh kain kasa yang membaluti kepala Hafiz. Keluh dilepas lagi. Rasa macam hendak menangis.

"Hafiz? Kau dengar aku tak?"

Tiada pergerakan. Tiada bukaan mata. Tiada balasan.

"Hafiz? Ni aku, Izzah. Ingat lagi? Kita... Kita kenal masa tadika. Kawan baik sejak Darjah Enam. Kita selalu pergi tuisyen sama-sama."

Masih tiada balasan. Izzah memandang Dr. Fakhrul. Doktor itu hanya memberi senyuman, meminta Izzah untuk terus bercakap dengan Hafiz.

"H-Hafiz... Ingat lagi tak? Kita selalu main kejar-kejar di taman permainan? Ada sekali, aku terjatuh. Lutut aku berdarah, aku menangis. Dan kau tiba-tiba saja tinggalkan aku. Aku fikir kau tak nak tolong, jadi aku menangis seorang-seorang dekat taman tu. Tiba-tiba kau datang balik, bawa basikal kau. K-Kau..."

Izzah segera mengesat air matanya. Tetapi esakannya tidak mampu dia hentikan. Yang lain-lain terkesan dengan suara pecah Izzah. Malah Raja yang selalunya keras hati pun, ada terkesan sedikit.

Izzah menekup matanya dengan kedua-dua tangannya. "Kau... Kau beri aku... sebatang lolipop kecil... kau p-pujuk aku sambil kita balik ke rumah naik basikal... Hafiz, kau ingat?"

Dia menekap mukanya di tilam Hafiz. Izzah menangis.

"Aku minta maaf... Aku... tak nak kau jadi macam ni... Maafkan aku, weh..."

Dia terus menangis perlahan. Irdina menepuk-nepuk perlahan belakang Izzah. Syahindah juga memujuk.

Tepukan dan pujukan dari rakan-rakannya berhenti tiba-tiba. Bukanlah Izzah begitu peduli, namun dia terkejut, pegelangan tangannya digenggam perlahan.

"Ha...Hafiz!"

Izzah begitu gembira. Hafiz dapat menggerak-gerak tangannya. Dr. Fakhrul dan Raja tumpang gembira. Hani, Irdina dan Syahindah kecoh dengan babak bagai drama Korea, berlaku depan mata.

Pun matanya masih belum dapat dibuka dan ekpresi wajahnya tidak mampu dibuat, Izzah sudah cukup girang dengan pergerakan tangan kanan Hafiz. Hampir sahaja budak Izzah itu memeluk Hafiz kerana terlalu gembira.

Tangan Hafiz tiba-tiba menerjah ke muka Izzah. Dibuat jemarinya jadi seperti simbol 'peace', menunjuk ke mata Izzah, kemudian digerakkan perlahan atas bawah. Kemudian, digoyang-goyangkan pula jari telunjuknya ke kiri kanan.

"Err Izzah..., apa dia kata?"

"Hafiz kata... 'Jangan menangis'."

"AWWWW!"

"Erh, dia ni buat aku rasa nak muntah! Nak mencuri hati perempuan konon!"

Habis sahaja ayat Raja, Hafiz mengangkat satu jari menghadap dari mana arah suara Raja datang.

Semua tertawa besar. Raja terutamanya. Dengan penerimaan simbol middle finger dari Hafiz, Raja memang puas hati. Dia tidak kehilangan seorang kawan baik. Seseorang yang senyap namun lidah setajam pedang seperti Hafiz, memang mustahil untuk dicari ganti jika Hafiz tiada.

"Ish, tak baiklah buat macam tu, Hafiz!" Izzah bawa turun tangan Hafiz. Hani tergelak.

Gelaknya tidak lama. Lama-kelamaan, ia bertukar suram. Rasa sedih pula. Tatkala rakan lain gembira menyambut Hafiz, Hani teringat akan seseorang.

"H-Hani? What's wrong?" tanya Syahindah, rakan seperjuangan Hani ketika mereka masih belajar di kelas, mahupun bertugas di perpustakaan sekolah. Hani tersenyum nipis memandang Syahindah.

"Azim. Memang tak sangka dia sanggup buat begitu untuk aku.
Huh..., aku rindu dia..."

"OMGGG, YAKAH? AKU PUN RINDU KAU JUGAAAA!~"

"EHHH???"

Kesemua mereka menoleh ke hujung bilik wad lelaki itu. Cahaya terik mentari pagi dari tingkap mencipta bayang milik seorang remaja lelaki yang duduk di katilnya. Kalau bukan kerana rambut pacaknya, sudah pasti dia susah dikenali.

"Azim! Kau dah sedar!"

Azim pula dikerumuni. Semakin lebarlah sengihan Azim. Dia membetul-betulkan sedikit penampung leher plastik yang dipakainya.

"Haha! Panjang umur aku, bukan??-- ADOI!"

"KAU!" Hani membelasah Azim dengan pelbagai cara. Tumbuk, tampar, cubit putar bahu Azim...

"Sa...Sakit weh!"

"Kau ni kan! Kau dah nak mati pun kau fikirkan orang lain jugakah?? AKU RISAU AKAN KAU, TAHU TAK??"

"Warhhh!! TOLONG AKU!!"

"Hmm, satu lagi 'kisah cinta'..." Dr. Fakhrul menjauhi Azim dan Hani. Yang lain juga beredar segera. Tidak sanggup melihat kekejaman yang berlaku.

Bunyi panggilan telefon tiba-tiba menggema di dalam wad itu.

"Helo? Ah, ya, ya. Saya akan ke sana."

"Kenapa, Doktor?"

Dr. Fakhrul mengeluh perlahan. "Doktor ada kerja sebentar. Kamu semua berbual-buallah dulu!"

"Baik~!"

"Oh ya, Raja!"

"Huh?"

"Kamu boleh mula berpuasa!"

Raja membuat ekspresi muka kecewa yang tidak dapat diperjelaskan. Hanya dia yang tahu.

"Apa?? Doktor ganggu saya makan keropok tadi, dan sekarang Doktor tiba-tiba suruh saya berpuasa?!"

Hanya senyuman kecil dilontar penuh ejekan sebelum Dr. Fakhrul melangkah keluar dari wad. Raja buat kelakuan seperti menerbalikkan meja halimunan, tanda dia begitu protes dan tidak puas hati.

"Kenapa kau kena berpuasa, Raja?" soal Azim. Hani juga memandang Raja, menanti jawapan.

"Huh... aku perlu dibedah esok."

"Eh? Untuk apa??"

"Jantung dia dah rosak teruk fasal virus tu. Walaupun Raja dah ambil vaksin virus tu, kerosakan pada jantung dia tetap ada."

Azim angguk-angguk mendengarkan penerangan Syahindah.

"Good luck, Raja!"

Raja tidak membalas. Durjanya berubah. Rakan-rakannya perasan.

"Kau kenapa, weh?"

"Tak ada apa. Aku... Aku nak pergi berehat."

Raja beredar ke katilnya di hadapan katil Hafiz, meninggalkan rakan-rakannya dalam kekeliruan. Mereka tidak tahu apa yang Raja simpan dalam hatinya sebagai rahsia.

Raja berbaring di katilnya. Kata-kata Dr. Fakhrul semalam tatkala mereka memeriksa keputusan sinar-X, menggema dalam mindanya.

"Raja, ini... tisu-tisu dan otot-otot jantung kamu. Ia sudah rosak teruk."

"Saya tahu. Jadi pembedahan tu nanti, Doktor nak buat apa?"

"Doktor akan buang tisu yang dah rosak. Otot yang koyak, Doktor jahitkan sedikit."

"...Berapa peratusan kemungkinan saya akan mati?"

"Raja-"

"Ini fasal jantung. Saya belajar Biologi di sekolah. Kalau saya tak belajar pun, saya tahu jantung saya ni dah tiada bentuk jantung."

"...Maaf... barangkali 60/40 pembedahan tidak berjaya. Walaupun cuma membuang tisu dan menjahit otot, jantung kamu terlalu sensitif-"

"Kalau pembedahan berjaya? Berapa lama lagi saya boleh hidup tanpa tisu dan otot jantung yang sempurna?"

Raja masih ingat riak muka Dr. Fakhrul apabila ditanyakan soalan itu. Dia menarik selimut, mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang bising. Mata dipejam, cuba untuk tidur.

"Setahun, paling lama."






Televisyen dibuka lagi. Berita tengah malam. Ternampak muka sendiri dalam berita yang hangat diperkatakan di setiap siaran. Azim kecoh setiap kali mukanya terpapar di kaca TV, macam tengok perlawanan bola sahaja. Hani menyekeh Azim berulang kali.

Semua klon remaja ada di bilik mesyuarat itu. Pastinya, kecuali Fithri dan Aqilah yang masih belum sedarkan diri. Hafiz pula sedang tidur. Semua menghadap TV, menonton berita menantikan wajah masing-masing untuk keluar di TV.

Pintu terkuak tiba-tiba. Zaim menjenguk ke dalam bilik yang gelap itu.

"H-Hai... Uh... boleh aku join?"

Semua klon di situ memandang Zaim, kemudian dipandangnya pula Raja, menunggu jawapan darinya. Sang ketua mengeluh, melontar anggukan ringkas.

Zaim menyengih. "Okey, semua! Aku ada surprise!"

Pintu terkuak lagi. Ada seorang mamat Inggeris bertopi besbol, membawa kotak-kotak leper.

"Siapa ada order piza~?"

"Abang Andrew!"

Azim berpelukan dengan Andrew. Raja juga. Hani dan Izzah menyambut Andrew masuk. Remaja perempuan lain? Histeria apabila nampak orang putih kacak cakap Melayu.

"Lama tak jumpa Abang Andrew!!"

"Hahaha, Abang pun rindu kamu semua. Nasib baik Abang jumpa Zaim tadi, kalau tidak, Abang sesat nak ke hospital ni!"

Tawa besar mereka hamburkan. Andrew seronok berjumpa dengan anak-anak buahnya semula. Tidak dia lepaskan rangkulan ringkas pada Azim dan Raja.

"Jadi Abang dan Zaim dah berkenal-kenalanlah ni?"

"Yup! Tak sangka dia ni anak Khairul Bakri tu!" jawab Zaim, tangannya tidak sabar-sabar membuka mangkuk-mangkuk polisterina kecil berisi sup cendawan. Dia juga mengedarkan tin-tin air berkarbonat yang dibelinya tadi, kepada anak-anak klonnya.

"Kenapa dengan muka Abang? Lebam-lebam!" tanya Hani. Andrew terkejut sebentar, kemudian barulah dia teringat.

"...Ketika kamu semua dikurung minggu lepas, Abang dikurung dan diseksa oleh ayah Abang, supaya Abang ubah fikiran untuk kekal bekerja di QASA. Yalah, Abang kan seorang yang agak berkepentingan untuk syarikat tu."

"Oh..."

"Alah, lebam biru hijau ungu pelangi pun, Abang tetap kacak!"

Sampuk Fatin membuat semua gelak besar. Merah padam muka Andrew mendengar pujian.

"So, Zaim? Ceritakanlah, bagaimana kau boleh kenal En. Khairul Bakri?"

Pertanyaan Raja serba sedikit mengejutkannya. Teringat akan dia kenangan pahit itu. Zaim lalu memulakan kisah sambil dia membuka sekotak piza.

"Kalian tahu bukan, aku dah tua sebenarnya? Tapi disebabkan ubat antipenuaan sel ciptaan aku, aku kekal remaja macam ni."

"Ya, kami dah tahu."

"Aku dan Bakri berkawan baik ketika di kolej. Sebagaimana kamu semua yang rapat bagaikan keluarga, aku dan dia dah macam adik-beradik. Kami berdua begitu rapat. Lagipun kami ambil jurusan sama. Jurusan sains kejuruteraan aeronautik.

Aku dan Bakri suka mencipta barang. Memang hobi kami, mencipta barang baharu ketika bosan. Kami bercita-cita hendak tubuhkan syarikat sains sendiri selepas graduasi. Syarikat ni, akan pasarkan ciptaan produk baharu yang dapat memudahkan kehidupan manusia.

Atas berkat usaha kami, kami berjaya dapat wang pelaburan syarikat lain, sebanyak RM7.5 juta untuk memulakan syarikat kami sendiri."

"WTF banyak gilaaaaaaa!"

"Diamlah, Liyana! Mata duitan betul!"

"Kau pun sama, Amrit!"

"Shhhh!"

"Alkisah, satu malam, aku dalam proses mencipta ubat antiradiasi. Well, y'know, ramai yang terdedah kepada radiasi belakangan ni, dan niat aku nak menolong mereka."

"Ubat yang kami pakai tukah?"

"Ahahah, ya! Yang itulah!"

"Wow......."

"Jadi, ubat itu hampir siap pagi-pagi buta itu, ketika tiba-tiba Bakri masuk bilik aku yang aku jadikan makmal tu, dan ambil semua buku-buku yang aku tulis sebagai jurnal aku. Aku terkejut, aku tanya dia berulang kali. Dan satu soalan aku dijawab dengan tembakan peluru Plutoniumnya. Tepat ke jantung aku.

Dia terus meninggalkan aku, keluar meredah hujan lebat, membawa semua wang dan idea aku yang dicurinya. Aku terkapai-kapai menyiapkan ubat antiradiasi. Mujur sahaja Bakri tu tak tahu yang aku tengah buat ubat tu, kalau tidak, pasti dia akan hapuskan atau curi juga ubat tu.

Aku guna ubat tu, tanpa buat ujian keberkesanan terlebih dahulu. Waktu tu, aku begitu berharap ubat itu berkesan.

But, here I am, still alive. Ubat itu memang berkesan. Dan aku ambil ubat antipenuaan sebagai pengekal dan penjaga badan aku. Dan, sejak itu aku berdendam dengan Bakri. Aku dapat tahu dia dah ada syarikatnya sendiri, dengan sekutu-sekutunya sendiri. Aku cipta klon-klon, iaitu kamu semua, untuk membalas dendam, bukan untuk takluk dunia. Supaya kamu semua dapat melawan sekutu Bakri.

Selepas peristiwa di pulau, Bakri terkejut apabila dia dapat tahu aku masih hidup. Dia juga dilanda masalah dengan hal New Horizons 2 yang akan pecahkan rahsia misi Plutonya yang pertama. Jadi, aku rasa, Bakri ambil kesempatan atas kamu semua ketika aku sedang koma, sebagai angkasawan-angkasawan ekspres yang tidak memerlukan latihan ke angkasa sebagaimana manusia biasa perlu lakukan."

Suasana sunyi sepi. Semua memandang Zaim yang termenung merenung lantai berkarpet. Sesekali Zaim mengeluh.

"Aku minta maaf."

Mereka tidak tahu hendak beri reaksi apa. Patutkah mereka maafkan? Atau terus berdendam dengan orang yang hampir membunuh mereka? Masing-masing takut untuk membuat keputusan.

Azim tiba-tiba tepuk bahu Zaim. Senyum manisnya menenangkan Zaim.

"Zaim. Aku tak percaya aku berkawan dengan orang tua selama ni."

"Ish, kurang ajar kau! Sel otak aku juga masih remajalah!"

"Hahahaha! Zaim, aku maafkan kau. Kami sedia memaafkan kau! Betul tak, guys??"

"Ya!!"

Lega hatinya. Mereka dapat menerimanya semula. Zaim rasa terkilan, terharu.

"Raja? Kau... maafkan aku?"

"Kau selamatkan kami dengan ciptaan kau, jadi... Haih, aku maafkan kau."

"YEAYYYYY!"

Raja menggeleng-geleng. Sudahlah sakit hati sebab tidak dapat makan piza, sakit kepala dia dengan perangai budak-budak yang tidak reti senyap sedikit tengah-tengah malam buta. Raja memeriksa telefon pintarnya yang tadinya bergetar.

Ada mesej. Dari Dr. Fakhrul.

"Fifi dah sedar!"







"Fith!!!!!!"

Hani, Izzah, Diyana, Syahindah dan Irdina, secara literalnya, menghumban diri mereka terus memeluk erat sang pesakit yang sesak nafas. Mereka lepaskan pelukan setelah dimarahi Zaim.

"Kamu okey?"

Fithri angguk perlahan, tersenyum kecil memandang Andrew.

"Waaaah! Kami rindu kau! Nasib baik kau okey!" Dia dipeluk Hani lagi. Fithri hanya terus tersengih. Dia membuka mulut hendak berkata sesuatu namun dipotong Izzah.

"Kau tahu tak?? Kau jadi gila semasa kita masih di angkasa! Memanglah tak segila Aqilah, tapi rupa kau macam zombi!!"

Fithri tawa kecil. "Err... T-Tapi--"

"Lol seriuslah Izzah? Hahahaha aku pun rindu kau, weh! Um... maafkan aku, sebab selama ni aku banyak tipu kau. Dan aku hampir bunuh kau. Sudikah dikau memaafkan diriku?"

"Ceh, Zaim!"

"Jangan risau, Fith! Boyfriend dah baik!"

Fithri angguk lagi. Semua bersorak gembira.

"Um...-"

"Wei, Raja! Cakaplah sesuatu! Menyorok belakang Zaim kenapa??"

"Erh. Aku tak menyoroklah. Zaim yang menghimpit-himpit dekat aku."

"Um, maafkan saya!"

Teriak sederhana Fithri mengejutkan semua. Fithri kelihatan gelisah. Ragu-ragu. Ketakutan juga ada pada riak mukanya.

Raja terkejut besar.
'Saya'?
Dia menolak semua orang ke tepi, memberi dirinya ruang untuk melihat Fithri dengan lebih jelas.

"M-Maaf, tapi... s-saya... tak kenal kamu semua..."

Tiada yang membalas. Dr. Fakhrul yang memeriksa dan mencatat tekanan darah Fithri, juga terkejut. Kaku, semua kaku. Setiap pasang mata di situ merenung si pesakit yang tidak selesa dipandang sebegitu.

Dr. Fakhrul berlari keluar, mengambil fail perubatan pembedahan Fithri.

Raja menolak semua ke tepi, beredar pantas ke luar bilik. Tiada yang menghalang.

Dia di koridor. Bersandar di dinding, mencungap-cungap menghirup udara sejuk malam itu. Sesekali dia tumbuk dada kirinya sendiri. Bukannya ia melegakan sakit jantungnya pun.

Kelibat Zaim muncul menghampiri Raja.

"Raja-"

"Esok aku dibedah. Cuma ada peluang 40 peratus untuk hidup."

"Ma-Maaf weh, aku tak tahu."

Raja menarik nafas dalam. Dia menekap pipi kanannya, menyentuh butiran keras parutnya. Setiap butir ingatan mengenai peristiwa di angkasa itu, dia imbas kembali.

"This... This is too much..."

Dia, lelaki yang dikenali sebagai yang tidak berperasaan dan keras hati ketika masih belajar sebagai pelajar sekolah menengah. Siapa kata? Dia juga punya perasaan. Dia akan mati esok. Kenapa ada lagi begitu banyak ujian yang menimpanya sebelum dia meninggalkan dunia? Raja rasa tidak terdaya. Cukuplah dia kehilangan seorang sahabat... Kenapa perlu seorang lagi?

"Raja,-"

"I've had enough! Apa lagi akan jadi sebelum aku mati?? Sekarang ni seorang kawan aku hilang ingatan! Dia dah tak kenal aku, lupa akan aku! Tinggal aku saja yang terseksa dengan kenangan tu semua sebelum aku mati esok! Dan berapa ramai lagi nak tinggalkan aku sebelum aku sendiri pergi?? Cukuplah hanya A-"

"Wei, kau ada 40 peratus untuk hiduplah--"

"Just let me die now! Cukuplah hanya Fifi! Aku tak nak tunggu sampai Aqilah pula yang terjaga!" Raja melangkah pergi.

Zaim garu kasar kepalanya. Geram dengan Raja. Dia akhirnya menarik nafas, menenangkan diri.

"Raja!"

Raja toleh. "What!?"

"Kau kawan baik Fithri, bukan?"

Pertanyaan Zaim dibiar tidak berjawab. Zaim memang sudah tahu jawapannya pun. Raja mengawal pernafasannya, mengawal sakitnya. Mengalir peluh sejuknya di dahi.

"Raja, pergi tolong dia. Bantu kembalikan ingatan dia. Aku tak mampu, tak layak. Hanya kau yang boleh. Dan, itu, yang kau patut buat sebelum kau mati. Apa, kau nak lihat Fithri kekosongan bertanyakan di mana kawan baik dia selepas kau mati? Kau nak mati dalam penyesalankah?"

Tidak sempat Raja menghadam betul-betul bicara Zaim tadi, Andrew membuka pintu wad.

"Zaim, Raja." panggil Andrew, masih menahan pintu wad daripada tertutup. Zaim dan Raja menoleh.

"Aqilah dah sedar."

Raja begitu tersentak. Zaim terkejut. Raja rasa macam hendak mati. Macam hendak meraung, melarikan diri dari situasi. Dia sudah tidak sanggup. Dia tidak mahu berhadapan dengan Aqilah.

Sesiapa pun tidak mahu.

"H-Hai, Aqilah! Kami rindu kau!" lambai Azim berpura ceria.

Pesakit berbaju wad berwarna hijau itu tersenyum gembira tatkala dia dipeluk rakan-rakan. Dia ingin duduk dari pembaringan, tetapi terasa lemah badannya.

"Woah... aku rasa... pelik... Aku dekat mana sekarang ni?"

"Hospital!"

"Hospital?? Kejadahnya aku dekat hospital pula ni?? Bukankah kita di angkasa?? Kita sepatutnya on the way ke Zuhal, bukan??"

Semua ketawa. Hambar. Izzah terangkan satu persatu tentang apa yang berlaku. Aqilah ketawa sahaja memanjang, mendengarkan kisah dia jadi gila di angkasa akibat Virus Biave. Akibat virus itu jugalah, dia hilang ingatan sepanjang dia di angkasa. Tragedi yang menimpa Natasha juga diceritakan.

"I'm sorry to hear that, Abang Andrew."

Andrew hanya tersengih. "Nah, it's okay, Aqilah."

Pintu wad terbuka. Dua lelaki kelihatan melangkah masuk.

"Z-ZAIM???"

"Eh, eh, jangan risau weh! Zaim dah baik! Aku lupa nak ceritakan part tu!" Izzah tawa kecil.

"Iyakah................?"

"Hahaha, aku dah baiklah! Tengok!" Raja dipeluk-peluk. Mangsa malang itu hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu.

Aqilah terbahak-bahak gelak lagi.

"Eh, kenapa dengan muka kau Raja? Macam parut gengster pula aku tengok!"

"...Tak ada apa."

Hairan betul. Aqilah tahu ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu sudah hilang. Dia sudah biasa melihat wajah setiap rakan-rakannya. Tidak pernah sekalipun mereka bermuram sebegini. Aura yang menyelubungi bilik wad itu pun, terasa lain macam. Aqilah berasakan, kembalinya dia dari koma tidak dialu-alukan...

"Kenapa dengan kalian ni?"

"A-A-A-Apa? Tak ada apa-apa pun!"

"Azim, nampak sangat kau menipu. Kalian ada sorokkan sesuatu dari aku, bukan?"

Aqilah melihat setiap sudut bilik itu, setiap durja kawan-kawannya yang mendiam.

"Mana Hafiz?"

"Tidur."

"Oh. Fith? Oh tu dia. Haiiii Fithh!"

"Uh... H-Hai."

"Hmm... Mana Ansar?"

Setiap seorang daripada mereka menunduk. Tidak mahu mereka bertentang mata dengan Aqilah. Aqilah rasa tidak sedap hati.

"Guys...? Mana Ansar?..."

"Aqilah... Aku terus terang. Kami berlawan dengan orang-orang En. Khairul Bakri yang jahat tu, dan-"

"Izzah, kau dah ceritakan part tu. Aku tanya mana Ansar?"

"Ansar... D-Dia...

dah meninggal."

"......LOL weh... Tak lawaklah weh."

Aqilah cuba bangkit hendak duduk lagi. Sedaya upaya dia melihat setiap sudut bilik, mencari Ansar.

"Ini mesti Ansar suruh buat prank, bukan? Apa dia ingat sweetkah?? WOI, ANSAR! TAK LAWAKLAH DER!"

Dia menanti. Dia tunggu suara itu yang memberitahu memang itu suatu 'prank'. Dia tunggu seorang mamat bersongkok berkaca mata datang kepadanya dengan telinga merah tanda malu. Tetapi tiada.

"Kalian... Kalian tipu, bukan?..."

Dr. Fakhrul menggeleng. "Tak, Aqilah. Maafkan Doktor. Ansar memang dah meninggal. Dia dah ditembak banyak kali guna peluru radiasi. Doktor cuba selamatkan dia walaupun Doktor tahu dia dah tiada, tapi virus tu melemahkan imunisasi klon yang-"

"Keluar."

"A-Aqilah...-"

"KELUAR! AKU DAH TAK NAK DENGAR APA-APA LAGI!"

Kesemua mereka, buat seketika, keras tidak bergerak di situ. Hendak sekali mereka tenangkan Aqilah, namun Aqilah begitu sedih. Apa boleh mereka buat? Mereka semua perlahan-lahan beredar pergi.

Aqilah baring. Bibirnya diketap kuat, selimut dibawa naik, membungkus seluruh badannya. Rapat matanya dipejam.

Cuba bangun dari 'tidur', bangun dari mimpi buruk.



Fithri terjaga pagi itu. Dua orang remaja perempuan kejutkan. Sungguhpun rasa takut dan hairan dengan orang yang tidak dikenalinya, Fithri ikut sahaja mereka bertiga ke mana entah, menaiki kerusi roda.

Dahinya berbalut. Badannya ada sakit-sakit. Semua orang baik dengannya, rindu dengan dia. Entah siapa mereka, dia pun kenal. Fithri hairan. Kenapa dia tidak ingat apa-apa?

Sambil mereka menyusuri koridor, dua sekawan itu memperkenalkan diri masing-masing. Izzah dan Hani. Dia dimaklumkan mereka semua berkawan baik, memandangkan ada bermacam tragedi menimpa mereka semua. Fithri pada mulanya malu hendak bercakap, namun terlalu banyak soalan yang berlegar di minda memaksa mulutnya mengeluar suara. Semua soalannya dijawab penuh ceria.

"Err... Kita semua klon. Tahu kan, klon tu apa?"

Fithri angguk.

"Kita klon, tapi tak sama rupa. Kita dicipta oleh seorang saintis bernama Zaim Hafizi. Dia dulu jahat, tapi sekarang dia kawan kita!" terang Hani.

"Dan kita semua berkawan baik. Sekarang ni, kami nak bawa Fithri jumpa kawan baik Fithri yang paling rapat. Lelaki. Okey?"

Terang Izzah pula. Fithri hanya mengangguk dengan setiap patah kata yang didengarnya.

Tetapi, lelaki? Takut juga. Risau dengan orang baru yang dia akan kenal.

"Don't worrylah, Fith. Dia memang kawan Fithri yang paling rapat dengan Fithri. Jadi jangan takut bila nampak muka dia. Muka dia memang kelat sikit."

"Kelat, tapi handsome tau, Fith!"

"Ewwww seriously Hani??"

"Hahaha kalau dalam mengikut kedudukan keempat-empat budak lelaki kelas kita, Rajalah yang paling corot. Tapi dia boleh dikira kacak."

"Oohhhh jadi, siapa tangga teratas tahap ketampanan? Pasti Azim, bukan?~"

"Hish, Izzah!"

Mereka tertawa dengan gurauan Izzah. Fithri juga tertawa sama. Serba sedikit, dia sudah rasa selesa dengan mereka.

Mereka sampai di taman kolam ikan kap. Hani biarkan kerusi roda Fithri berdekatan kolam yang indah disinari cahaya subuh. Raja terus bangun dari duduknya di kerusi taman, mendukung sesuatu. Dia mendekati Fithri.

"Nah."

Fithri ambil kucing hitam itu. Gemuk. Comel. Tersenyum lebar Fithri.

"Ini kucing kau. Kau bela sejak kecil. Nama penuhnya Brad Pitt, sempena nama satu-satunya pelakon luar negara yang kau kenal. Tapi kau selalu panggilnya Apit."

Fithri membelai kucing itu. Kucing itu pula seronok dibelai, rindu dengan tuannya setelah lama tidak berjumpa.

Raja tegur Izzah dan Hani. "Yo, Hani. Izzah."

"Hai, Raja. Pembedahan kau bila, weh?" tanya Hani.

"...Tengahari nanti."

"Tak apakah kau lepak di luar ni?"

"Tak mengapalah, Izzah. Lagipun, aku bosan hanya baring di katil wad."

Raja mengeluh. Dipandangnya Fithri yang asyik sangat membelai kucingnya.

Hani bertanya lagi dengan nada perlahan. "Kau pasti kau boleh kembalikan ingatan dia?"

"Aku cuba."

"Kau jangan nak takutkan dia pula."

"Aku tak seburuk dan segarang raksasa!"

Izzah dan Hani ketawa besar.

"Eh. Aqilah bagaimana? Okeykah dia?"

Hani dan Izzah serentak mengeluh berat.

"Dia macam... meroyan. Menjerit-jerit Ansar masih hidup. Aku risau dia trauma."

Terkejut Raja dengan balasan Izzah. Pastilah Aqilah trauma. Siapa tak trauma? Terjaga sahaja dari koma, teman lelaki sudah tiada. Dan Ansar bukan sahaja teman lelaki Aqilah. Dia kawan baik Aqilah. Kawan sepermainan, berkongsi segalanya sejak kecil. Malah Raja juga terkesan dengan pemergian Ansar, walaupun berkawan tidak selama Aqilah. Pastinya Aqilah lebih terkesan.

"Aku nak pergi tengok Aqilah sekejaplah. Hani, kau tunggu sini. Teman Fithri."

"Okey. Bye Izzah."

Remaja perempuan berkulit putih itu melambai pergi. Hani duduk di kerusi taman. Raja mendekati Fithri.

"Comel, huh?"

"Ha?"

"Tu, Apit."

"Oh. Y-Ya..."

Fithri pandang sekilas muka Raja yang tegak di hadapannya. Malu hendak bersua.

"Hani ada beritahu kau fasal aku?"

"Kita kawan baik..."

Fithri hanya terus membelai kucing itu. Raja kelihatan seperti seorang lelaki yang sombong dengan gaya dia berdiri dan wajah kelatnya itu. Kadang-kadang dia pandang Hani yang bermain-main dengan ikan kap gergasi di tepinya, hendak minta tolong lari dari Raja.

Raja melutut tiba-tiba. Fithri terkejut.

"Kau tahu kan, kau hilang ingatan? Kau tak nakkah tanya soalan? Asyik aku sahaja yang bertanya."

Raja mengukir senyuman. Manis walaupun cuma sesaat. Tetapi kenapa sepasang mata perang itu, di sebalik kaca matanya, berisi kekecewaan? Fithri rasa begitu tertanya-tanya.

"Kita... Kita sebaya?"

Raja tertawa. "Mestilah sebaya. Kenapa tanya?"

"T-Tinggi."

Raja menghela nafas. Teringat dia akan Fithri berumur tujuh tahun dulu.

"Aku Raja Izzuddin Shah. Kita kawan baik sejak kecil. Panggil aku 'Raja'. Dan aku selalu panggil kau 'Fifi'."

Terkebil-kebil Fithri memandang lelaki itu. Ada sesuatu pada dirinya, membuat Fithri percaya akan dia. Pun wajahnya tampak sombong dan agak tidak berperasaan,... entahlah. Memang ada sesuatu yang memberi sinar pada remaja lelaki itu. Membuatkan dia rasa semakin tenang.

"Ada soalan?"

"Kenapa dengan..." Fithri tunjuk muka Raja.

"Parut ni? Kaulah yang buat."

"Ooh uh... m-m-maaf....."

"Tch. Kau tak sengajalah."

"Oh."

"Tenanglah. Aku tak makan orang pun. Tak sedap. Kau tak payah nak takut."

"Oh uh... o-okey."

Raja menyengih. Tangannya mengusap ringkas kepala Fithri.

"Fifi... Lama tak jumpa kau."

Continue Reading

You'll Also Like

16.9K 532 59
"What do you mean dia lelaki terakhir you? Habis I ni siapa pada you?" Tegas Hadi. "You is you... Dia adalah dia... Dan dia tidak hiprokrit macam you...
77.4K 2.9K 30
Kisah dimana seorang perempuan yang menjadi gangster.Dia menyorokkan identitinya sendiri daripada adik-beradiknya. Apa yang akan terjadi sekiranya ad...
4.1K 752 200
Bismillahirrahmanirrahim Sabda Rasulullah s.a.w: "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat." (Riwayat Bukhari) ANCAMAN BAGI PENYEBAR HADIS...
33K 1.5K 7
❝ tunang macam bukan tunang. ❞ * Kim Taehyung * Song Jihyo [ RE-EDIT ] beautiful cover ; @cocokies ♡