Hikayat Pintu Sebelah

By _ljskwb

400K 23.4K 2.2K

[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pa... More

Welcome!
Meet Shin & Ayen
Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
Bonus, Not Really
Epilog

12

5.1K 340 6
By _ljskwb

GELAK ketawa kedengaran dari arah dapur membuatkan Shin halakan langkah ke dapur selepas menyalami papanya. Agak-agak semua orang kat dapur memandangkan papa seorang duduk kat ruang tamu.

Dan sangkaan Shin memang tak meleset apabila keempat-empat mereka sedang berada di ruangan tersebut.

"Hah... muncul pun." Shahrul yang terlebih dahulu menegur Shin.

Shin pamer sengih lantas terus menyalami abangnya. "Hi-lo bro."

Konon nak salam tapi berganti dengan fist bump.

"Amboi... greeting europe sangat," tegur Mama Nita. Shin dan abang Rul sama-sama tersengih. Habis dengan abangnya, Shin menghampiri Mama Nita.

"Hai mama kite." Shin bersuara lalu mencium tangan ibunya. Selepas itu terus tubuh wanita itu dipeluk. Back hug.

"Ewah, mommy's boy," komen Shahrul sambil menggeleng kepala sendiri. "Mama juga yang dia peluk dulu eh."

"Dah tu..." Itu je yang Shin balas seraya melepaskan pelukan pada mamanya. "Lama tak jumpa ni."

"Itulah... Nak juga tinggal kat luar. Kan elok duduk sini je," balas Mama Nita pantas.

"Ayen ni nak tinggal luar." Shin balas balik membuatkan Ayen menoleh lipat maut padanya. Laju je Ayen yang sedang duduk dibangku meja makan itu memalingkan mukanya memandang Shin.

"Eh? Ayen pulak?" Ayen kecilkan matanya. Berani abang Shin ni nak kenakan dia? Ada karang yang Ayen bocorkan rahsia depan khalayak ramai macam ni.

Eceh, khalayak ramai la sangat padahal cuma ada abang Rul, Arip dan mama Nita je.

Shin yang mengerti maksud pandangan mata Ayen terus ketawa kecil untuk menutup 'kesilapan'-nya.

Budak Ayen ni bukan boleh pakai sangat otak dia. Kadang dia cakap macam bergurau tapi dia buat betul-betul. Tak ke naya tu?

"It's a joke, Yen. Jokeeee." Panjang meleret suara Shin.

Ayen hanya balas dengan jelingan. Tahu pun takut encik suami kite ni.

"Biasalah pengantin baru nak privacy, mama." Aril menyampuk dengan sengihan gediknya.

"Haippp... Budak-budak suka hati je nak menyampuk." Shin jegilkan matanya. Namun Aril hanya balas dengan muka donno. Shin suka sangat 'membudakkan' orang. Masak sangat dengan sikap dia tu. Ayen yang dah dua puluh enam tahun pun dia masih panggil 'budak' juga.

Dia seorang je yang tak 'budak' lagi... Mata juling ke atas dengan tangan kat bahu.

"Abang Rul..." Selepas beberapa ketika, Shin bersuara dulu. "...souvenir mana?"

"Banyak hensem nak minta souvenir bagai." Shahrul membalas sambil mencebik. "Wedding gift la. Nak tak nak?"

"Wedding gift buat apa? Tu nak kongsi dengan Ayen... mana best."

"Tahu je nak kongsi dengan Ayen."

"Dah tu?" Pantas Shin membalas. Dah namanya wedding gift, bukannya Shin kahwin seorang-seorang.

"Oh ya..." Shin beralih pada Ayen. Dahi Ayen dijentik sedikit. "...budak ni cepat je menghilang. Bukan ingat nak jenguk ibu ayah dia."

"Alaa... Kepala jangan main. Abang niii." Ayen kerut muka sambil merungut. Benci ah abang Shin ni. Ingat kepala dia ni kepala mannequin ke apa nak main jentik-jentik bagai.

"Elehhh... Kepala je pun."

"Elehhh... Kepala je pun." Ayen mengajuk Shin. "Abang fikir kepala ada jual kat pasar ke apa?"

Shin tarik sengih entah untuk kali ke berapa. Berjaya membuatkan Ayen jengkel merupakan satu 'kejayaan' bagi Shin.

"Saja je... Manalah tahu lepas jentik macam tu fius dalam kepala Ayen tu okey jadinya. Ayen kan ada putus fius sikit." Selamba je Shin. Sengaja tambahkan petrol untuk kereta yang sedang memecut.

Ayen membulatkan mata. Ya ampunnn geramnya! Kalau kata-kata tu tak datang daripada Shin kesayangan dia, memang Ayen dah layangkan flying kick sedas.

"Sampai hati abang cakap Ayen macam tu." Mulalah Ayen buat nada sedih. Drama sangat.

"Korang berdua ni ingatkan dah sweet-sweet. Rupanya macam tu jugak," komen Shahrul yang duk memerhati sejak tadi.

"Nak sweet amende kalau dah abang Shin tu tawar mengalahkan paracetamol expired."

"Untunglah pernah rasa paracetamol expired."

Ayen menjeling geram. Malas dah nak layan. Shin sengaja cari pasal la tu.

"Paracetamol yang tawar tu juga yang Ayen sayang sangat-sangat. Ye tak?"

Ayen sengih. Dan Shin hanya senyum tak terbalas. Tiba-tiba rasa deep pula sepotong ayat tu.

"Do you wanna build a snowman..." Ayen bernyanyi kecil dengan tangan yang lincah membasuh pinggan. Wajah pun penuh reaksi. Ewah, fefeeling Anna dalam Frozen sangat.

"Come on let's go and play... I never see you anymore, come out the door..."

"It's like you've gone away..." Tetiba ada suara lain yang sambung.

Spontan Ayen melepaskan gelak kuat. Suara tu dia kenal, sebab tu tak menoleh pun dia dah gelak dulu. Lucu okey.

"Dr. Shin tak sangka tahu lagu Frozen." Komennya selamba. Mematikan terus lagu yang dinyanyikan tadi daripada mindanya.

"Dah tu? Ayen ingat abang tak tengok tv la?" balas Shin sambil membuka pintu sejuk, mengeluarkan sebotol air.

"Ayen ni berapa kali nak tegur? Suka sangat menyanyi kat dapur," kata Shin lagi sambil menuang air ke dalam gelas.

"Abang... Itu semua kepercayaan karut. Sebenarnya orang tua-tua letak pantang-larang tu sebab diorang tak nak air liur terpercik masa tengah masak je." Panjang lebar Ayen menjawab dengan tangan yang masih lincah di sinki.

Shin hanya mencebik dengan jawapan Ayen. Tahu je dia. Macamlah pernah temu bual orang tua yang buat pantang-larang tu dulu.

"Ni apasal keluar macam ni?" Ubah topik. Ayen yang berdiri di sinki dihampiri sebelum rambut ekor kuda itu ditarik perlahan.

"Alaa... Dah tengah malam pun, abang Rul dengan Aril confirm dah tidur." Ayen sekali lagi bagi alasan munasabah. Sebenarnya jarum jam dah tunjuk pukul satu pagi. Ayen tengah layan tv sejak tadi. Lepas tu gi dapur untuk masak maggi sebab tiba-tiba je lapar.

"Abang kenapa tak tidur lagi?" Okey sekarang baru terasa pelik sebab Shin tiba-tiba muncul kat dapur padahal tadi Ayen fikir Shin dah tidur.

"Minum air." Pendek jawapan Shin sebelum meletakkan gelas kosong ke dalam sinki.

"Basuh sekali," arahnya dengan nada lembut. Ceh, nampak sangat tunjuk baik sebab nak minta tolong.

"Suka hati abang je kan." Rungut macam tu aje. Padahal dia buat juga. Setakat satu biji gelas tu,  apalah sangat.

"Ayen nyanyi lagu pun, lagu Olaf. Tak de ke lagu yang lagi canggih. Dahlah bergema satu dapur," omel Shin sambil masukkan balik botol air dalam peti ais.

Lucu pula bila fikir lagu Ayen tadi. Kemain lagi dia feel sendiri nyanyi lagu tu. Nasib baik buka lampu dapur,  kalau tak... Memang Shin pun terjerit tadi.

"Itu bukan lagu Olaf la," bantah Ayen.

"Kata snowman. Olaf la snowman kan?" Shin tanya dengan dahi berkerut.

Ayen matikan pili air lalu mengeringkan tangan sambil menjawab,  "Ye la tapi yang nyanyi lagu tu--"

Dia baru je berpusing untuk memandang Shin dan melengkapkan ayatnya. Namun ayat Ayen terpotong tatkala Shin yang tadinya hampir dengan peti sejuk tiba-tiba je datang dekat padanya lalu berdiri tepat dihadapannya.

Terkejut jadinya apabila Shin berdiri sebegitu rapat dengannya. Ni dah kenapa? Saja nak buat Ayen sesak nafas ke apa? Karang putus nafas kat sini, naya je.

"Abang Rul turun." Jelas Shin. Ayat penyata tapi nadanya kedengaran macam ayat perintah.

"Alamak..." Ayen pandang kiri dan kanan,  mencari apa-apa je benda yang boleh menjadi penutup kepalanya namun tak ada apa-apa yang dia nampak. Serentak pula kedengaran derap kaki yang mendekat. Tiba-tiba Ayen rasa panik dan sudahnya, dia berlindung disebalik tubuh badan Shin. Nasib baiklah kepalanya terlindung disebalik dada Shin tu.

"Eh? Shin." Suara abang Rul kedengaran di ruangan itu sejurus selepas Ayen 'bersembunyi'.

"Tak tid--" Kerut dahi sendiri Shahrul dibuatnya. Pelik pula tengok posisi Shin yang macam...err? What is that?

"Hai abang Rul." Shin membalas dengan hanya kepala yang menoleh ke belakang. Tubuhnya masih membelakangkan Shahrul.

"Apa tu?" Soalan out of curiosity. Dia bergerak sedikit, mahu hampiri Shin. Tapi Shin laju berpusing sampaikan Ayen ikut sama bergerak.

"Ayen tak pakai tudung." Jelas Shin ringkas.

"Heheee... Hai abang Rul." Ayen angkat tangannya. Bukti bahawa dia berada disitu. Tangannya melambai-lambai.

"Sorry abang Rul. Kite nak greet tapi kite lupa tutup kepala," kata Ayen lagi dengan nada berseloroh. Padanlah muka. Nasib baik Shin boleh jadi benteng 'persembunyian'.

"Itulah... Padan muka kan?" Shin mengomel geram. Macam tahu je apa yang Ayen fikirkan. "Itupun boleh lupa?"

Ayen tunjuk muka geram. Manalah orang tahu abang Rul nak turun dapur tengah malam macam ni. Shin ni memang suka je nak mengomel kat Ayen.

Sengaja nak sakitkan hati Shin, Ayen merapatkan mukanya pada dada Shin. Lepas tu selamba je dia melingkarkan tangan pada pinggang Shin.
"Hah... Dah kenapa?" Ni tak lain nak menggedik la ni.

Ayen tarik sengih comel. "Jalanlah. Takkan nak kat sini sampai pagi esok?"

Shin mendengus tanpa suara. Pandai aje la Ayen ni. Nampak sangat sengaja ambik kesempatan.

"Naik dulu abang Rul. Bye bye. Good night." Ayen sekali lagi melambaikan tangannya.

Shin yang memulakan langkahnya hanya tersenyum. Dan automatik apabila Shin mula melangkah, Ayen yang sedang 'berpaut' padanya itu tergerak sama. Bezanya Ayen bergerak 'reversed'.

"Bye... Good night." Shahrul baik hati membalas ucapan Ayen.

"Suka dia je nak good night. Sekarang dah pagi pun," omel Shin.

Shahrul tergelak,  sama dengan Ayen.

"Abang,  abang,  abang. Ayen tak nampak jalan!" Ayen merungut tak puas hati apabila Shin bergerak pantas. Shin buat tak dengar rungutannya sambil tahan gelak sendiri. Ayen ni memanglah... Ada je karenah dia.

Dan sampai pasangan tu dah menghilang dari ruangan dapur pun masih dengar suara mereka berlawan kata. Shahrul senyum sendiri sambil menggelengkan kepalanya. Ada aje la budak dua orang ni!

"

Dah. Dah." Pautan tangan Ayen dileraikan sebaik pintu bilik tertutup dibelakangnya. Ikutkan awal lagi nak lepaskan tangan gadis itu pada pinggangnya. Tapi Shin ambil precaution step,  to avoid suspicion. Kut la abang Rul masih pandang diorang, bocor pula rahsia.

"Thank you abang," ucap Ayen dengan senyuman lebar. Ewah, suka pula dia. Nampak sangat suka ambil kesempatan.

"Siapa suruh keluar tak pakai tudung~~~" Shin bernyanyi kecil dengan irama 'Do you wanna build a snowman'.

Ayen tergelak mendengarnya. Alalala... Comelnya Abang Shin dia!

"Tak sangka dapat free hug malam ni." Ayen jongket kening berkali-kali.

Shin tunjuk muka toya seraya bergerak ke sofa lalu terus merebahkan dirinya. Sambung tidur lagi best. Ayen tak boleh dilayan. Kalau dilayan,  fius sama terputus karang. Nakal,  sengal,  gedik... semuanya tu definisi untuk Ayen. Tapi bagi Shin satu perkataan je untuk simpulkan semua tu... lucu.

Melihat reaksi dingin Shin, Ayen mencebik. Baru kejap tadi konon sweet tolong Ayen. Bila tak de orang yang nampak mereka berdua, terus jadi 'Shin si hati batu zaman Paleolitik'. Aisht!

Kalaulah abang Shin ni snowman macam Olaf,  senang juga sikit nak kasi cair. Tapi ni... alahai!

❤❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

159K 11.2K 19
Hidup tak sama macam cerita yang dikarang atas kertas. Hidup jugak tak semua indah macam fairytale. "Tell me, siapa je yang nak cacatkan keturunan de...
104K 7.4K 44
Love at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. Th...
102K 5.8K 36
💐💐💐 © 2016 All Rights Reserved -- "Hai." "Siapa ni?" "Poppy." "Sorry, salah nombor."
103K 12.2K 21
Dia benci, untuk berada dalam hubungan itu. Dia benci, untuk berada di situ. Hat benci, kerana Key paksa dia, berada di situ. "Tak suka bukan untuk s...