Bunga-bunga Cinta (EBOOK)

By areejairin

62.4K 2.7K 72

Kisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness. More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
EBOOK

BAB 10

8.3K 329 38
By areejairin

TEMPOH sebulan dating mereka bakal tamat hari ini. Lepas tu Dayana bebas dari Rizal dan tak perlu berjumpa dengan lelaki itu lagi tapi kenapa dia rasa sedih? Sejak kebelakangan ni asyik teringat dengan lelaki itu saja. Ke dia memang dah jatuh hati dengan Rizal. Entahlah. Dia malas nak fikir pasal benda ni. Sedih.

Telefonnya juga sudah dirampas Abah dan Abah suruh dia berhenti kerja. Suka atau tidak, sekarang ni dia hanya duduk di rumah. Tak boleh keluar ke mana-mana kecuali kawasan rumah. Nampak sangat Abah dah tak percayakan dia lagi. Semua pergerakannya diperhati. Abah pun dah tak mesra macam dulu, buat dia rasa dipinggirkan.

Memang apa yang dia buat tu salah tapi dia terpaksa. Sepatutnya dari awal lagi dia beritahu Abah dengan Ma pasal benda ni tapi dah terlambat. Mujurlah Ma faham perasaan aku. Dekat Ma, dia ceritakan semuanya, tak tahulah samada cerita tu singgah di telinga Abah atau tidak.

"Yana. Keluar bilik kejap." Novel ditinggalkan atas katil ssbelum dia keluar ke dapur.

"Apa dia Ma?"

"Ni, hantar kuih ni rumah Bihah. Mak dia pesan dengan Ma tadi." Dia masuk ke dalam bilik mencapai tudung sarung sebelum keluar bersama sebuah bekas berisi karipap yang sudah dimasak. Rumah Bihah bukannya jauh sangat, selang dua buah rumah belakang dia saja. Kalau bosan, memang rumah Bihah tempat dia melepak sambil tengok cerita Korea.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Masuklah Yana. Macamlah kau tak biasa." Salam Yana disambut Bihah sebelum dia menapak masuk ke dalam.

"Mak ada?"

"Ada, dekat dapur. Pergilah. Lepaa tu masuk bilik aku. Ada drama korea baru. Kau nak tengok tak. Cepatlah," gesa Bihah. Dia memang peminat kpop. Dulu bukan main lagi tak suka Korea tapi sekarang dah jadi fans nombor satu.

"Mak, ni kuih Ma suruh hantar." Dengan Mak Bihah dia panggil Mak saja. Diorang tu bukan kawan baik saja, sepupu juga. Bekas diletakkan atas meja.

"Yalah. Terima kasih Yana. Mak ingatkan nak pergi rumah kau tadi. Dah alang-alang Yana hantar, tak apalah." Aku senyum sebelum masuk bilik Bihah. Satu-satunya pintu bilik yang aneh dari yang lain. Pintu bilik dia saja warna pink, yang lain warna sama. Dah fanatik merah jambu nak buat macam mana.

"Cerita apa kau nak tunjuk." Tanpa dijemput, dia merebahkan badan di katil single Bihah. Dinding yang bercat warna merah jambu bercampur putih dipandang. Bihah yang tengah mengadap laptop tidak dipedulikan.

"Ni, cerita baru. W tajuk dia. Lee Jong Suk aku berlakon tau. Bakal suami aku tu tau tak." Dayana mencebik.

"Bakal suami konon. Macamlah dia tu kenal kau. Angan-angan Mak Jenin sudahlah Bihah. Realitinya tak sama dengan fantasi," tempelak Dayana.

"Mana tahu mungkin dia jodoh aku satu hari nanti. Dia masuk islam lepas tu kitorang kahwin." Bantal dibaling pada Bihah.

"Angan-angan kau tinggi sangatlah minah. Dah, mana ceritanya. Aku nak tengok. Best ke tak." Cerita dipasang ssbelum mereka sama-sama meniarap atas katil menonton. Tengok saja muka Lee Jong Suk, dia terbayang wajah Rizal. Kenapa eh, dia rasa lelaki tu dekat saja dengan dia. Macam Rizal ada di rumahnya sekarang. Tiba-tiba jantung berdegup laju tak tentu pasal. Yang pasti bukan sebab tengok Lee Jong Suk.

RIZAL rasa tak selesa dengan pandangan tajam Abah, Mama dan adik Dayana. Pertama kali datang ke rumah Dayana, memang dia nervous gila. Lepas saja kapal terbang mendarat pagi tadi, terus dia ke tempat kerja Dayana. Berita yang diterimanya tersangat mengejutkan. Dayana dah berhenti kerja seminggu lepas. Jadinya dia meminta alamat gadis itu dan sekarang dia tengah mengadap keluarga Dayana. Dayana pula awal-awal lagi dah diberitahu tak ada. Pastinya mereka tak mahu mempertemukan dia dengan gadis tu sedangkan tujuannya ke sini memang mahu berjumpa Dayana. Rindu.

"Kalau datang sini nak jumpa Dayana saja, tak payah berangan. Boleh balik." Tu ayat pertama selepas salamnya dijawab. Nampak sangat Abah Dayana kenal dia. Tak pun mungkin disebabkan dia lelaki pertama mencari anak dara mereka, tu yang terus disergah dia. Kecut perut juga. Tengok muka Abah dia nampak baik tapi tak sangka garang juga.

"Pak Cik, Mak Cik. Terlebih dahulu, saya nak minta maaf sebab dah bawa Yana keluar tanpa izin Pak Cik dengan Mak Cik sebelum ni. Saya tahu saya silap. Sepatutnya sa..."

"Kau serius dengan anak aku?

Terkedu Rizal lima saat bila ayatnya dipotong dengan soalan mengejut macam tu.

"Dengar tak apa aku tanya?"

"Se... Se..." Tergagap dia nak menjawab. Berdebar gila dalam hati.

"Se apa?!"

"Serius Abah!!" Kuat suaranya keluar. Pijo dah tahan gelak tengok muka priceless bakal abang ipar dia tu. Terkejut sangat kena jerkah sampai terbabas panggil Abah.

"Sejak bila aku jadi Abah kau?"

"Maaf pak cik. Tersasul." Merah muka Rizal bila tersasul tadi. Abah pula dah nak tersenyum tapi tahan. Dia nak tengok sejuh mana lelaki ni nakkan anak dia.

"Sejak bila suka Dayana?" Dia dah tahu cerita sebenarnya dari isteri dia. Dia memang dah tahu anak daranya tak akan semudah tu keluar dengan mana-mana lelaki cuma dia kecewa bila anaknya tergamak rahsiakan perkara tu daripada dia. Tu yang dia naik angin.

"Dua bulan lepas."

"Bukan kau baru kenal dia sebulan lepas ke. Apahal dah jadi dua bulan? Kau main-main ya?" Muka Abah nampak bengis.

"Tak Pak Cik. Saya dah suka Yana dah lama. Masa dekat bank lagi. Lepas sebulan baru saya terjumpa balik. Jodoh kot." Sempat dia berloyar buruk, nak hilangkan nervous sebenarnya.

"Kau loyar buruk ya."

"Tak Pak Cik. Saya yakin Dayana jodoh yang saya cari selama ni."

"Apa bukti kau kata anak aku jodoh kau?"

"Saya istikharah dan wajah Yana muncul dalam mimpi saya."

"Betul ni. Kau tak salah orang. Kot-kot muka dia aje sama dengan anak aku."

"Tak Pak Cik. Memang Dayana. Saya yakin sangat." Yakin dia bercakap. Dah jelas memang Yana jodoh dia. Muka Abah nampak berpuas hati.

"Dah tu buat apa kau datang sini?"

"Saya nak merisik Yana."

"Merisik? Tu bukan kerja kau. Tu kerja mak bapak kau. Dah, pi balik. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Mulai hari ni jangan datang jumpa anak aku lagi. Jangan wasap, jangan mesej, jangan call anak aku lagi. Aku bagi amaran ni. Jangan buat pekak pula." Terkejut Rizal bila dihalau dan paling penting dia dihalang dari berjumpa dengan Dayana lagi. Terasa hatinya bagai disiat-siat. Sedih.

"Tapi Pak Cik. Saya sayang Yana. Saya ikhlas nakkan dia." Bersungguh dia merayu. Ni kali pertama dia datang sini dan dah jadi kali terakhir.

"Dah. Keluar. Aku tak nak tengok muka kau."

"Abah..." Empat pasang mata singgah di muka pintu.

"RIZAL... Awak datang." Terkejut Dayana bila tengok kereta Rizal terparkir depan rumah. Lagi tambah terkejut bila tengok drama sebabak dalam rumah. Tengok wajah Rizal, luruh rasa rindu dalam hati. Sebab tulah tergerak hati dia nak pulang. Rupa-rupanya Rizal datang ke rumahnya.

"Yana..."

"Dah, dah. Tak payah tengok anak aku lama-lama. Pergi balik," halau Abah tanpa perasaan.

"Pak Cik..."

"Keluar, aku cakap. Yana, masuk bilik. Tak payah terhegeh-hegeh tunjuk muka depan mamat ni. Pergi masuk bilik." Wajah Dayana berubah sedih. Abah tak suka Rizal ke?

"Pak Cik, bagi saya peluang. Saya betul-betul nakkan Dayana." Abah mendengus. Budak ni tak dengar katalah.

"Sebab tulah aku suruh kau balik. Lain kali nak datang sini bawa mak bapak kau terus. Aku nak bercakap dengan diorang, bukannya dengan kau." Tergamam Rizal dan Dayana dibuatnya. Ma dengan Pijo dah tersenyum. Dari tadi lagi mereka diam, sengaja nak tengok drama pukul lima petang ni. Best juga.

"Apa Pak Cik cakap?" tanya Rizal semula. Kot-kot dia tersalah dengar ke. Buat malu saja.

"Aku bukan radio, apatah lagi Astro. Tak ada masa nak ulang dua tiga kali. Pergi balik. Ingat amaran aku tu. Jangan berhubung pun dengan anak aku sampailah korang dah ada hubungan yang halal, aku tak izinkan," tegas suara Abah. Dia dah ada rancangan untuk anaknya.

"Terima kasih Pak Cik. Nanti saya bawa Ibu dengan Ayah datang sini." Memang tersenyum lebarlah Rizal bila dah dapat green light dari bakal pak mertua. Wajah Dayana yang tersenyum dipandang sejenak. Nak buat hilang rindu plus bekal takut dia rindu nanti.

"Tunggu apa lagi? Baliklah! Ke nak suruh aku hantar sampai pintu kereta!" jerkah Abah. Ternaik bahu Rizal sebelum kelam kabut pakai kasut.

"Terima kasih Abah. Balik dulu." Macam lipas kudung dia melarikan diri. Takut dan juga gembira. Tak sangka hubungan mereka direstui.

"Abah..." Abah berpaling dengan muka buat-buat garang. Terus Dayana peluk hero kesayangan dia. Birai mata yang dah panas dari tadi dah mengalirkan air mata. Sebak bercampur gembira. Abah sukakan Rizal.

Abah pula berbalas senyum dengan Mama sambil Pijo angkat ibu jari. Sama-sama mereka tersenyum. Dia bukannya kejam sangat cuma dia nak tengok betul ke Rizal sukakan anak dia dan bukan sekadar main-main tapi ternyata anak muda itu memang ikhlas.

"Terima kasih Abah."

"Abah tak bagi kau kahwin dulu. Habiskan belajar lepas tu baru kahwin. Kalau betul lelaki tu nakkan kamu, tiga empat tahun bukan masalah untuk dia tunggu kau kan." Dayana mengangguk. Kalau ada jodoh antara mereka, masa bukan penghalang.

TAMAT

👏👏👏
Finally, kisah pendek Dayana dan Rizal ni berjaya juga sampai ke titik penamat, berkat kerajinan cik writer yang menulis dalam masa tiga hari. Tu sebab tak ada mood nak sambung cerita lain.

Untuk sebarang typo atau error dalam kisah pendek ni harap dimaafkan. Cik writer malas nak edit banyak kali.

Anyways, thanks untuk semua yang baca, vote and comment dari awal bab sampailah ke akhir bab.

Terima kasih semua.

Awak semua memang awesome!!
😘😘😘

Continue Reading

You'll Also Like

6.7K 1K 5
• 일기 • [ c o m p l e t e ✓ ] ❝ terambil diary milik pembunuh bersiri ? pulangkan atau pulang dengan nyawa? ❞ 2020 fanfic'stion
1.1M 3.2K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...
4.9K 219 7
Farhan menggeleng laju. Dengan rasa teruja, dia berdiri menghadap Hana yang tengah tayang muka cemberut. Mana tak cemberut kalau dah Farhan punya res...
12.8K 1.3K 29
"Live a happily ever after? Ayat itu hanya wujud dalam cerita dongeng barat. Tidak semua cerita berakhir dengan bahagia. Mungkin hidup kita serba ser...