HOUSEMATE

By DNaufal

12.3K 629 48

Jangan sangka semua yang pergi tak akan pulang kembali. Kadangkala tetamu yang datang bukan sekadar menziarah... More

Rumah Usang
Tolong
Berita Buruk
Janji
Pencarian
Bersama Menanti

Pulang

1.6K 83 5
By DNaufal

2.30 Pagi.

Rasa mengantuk tapi sukar nak melelapkan mata. Sengaja aku scroll News feed di Facebook milikku untuk melihat jika ada berita atau posting yang menarik. Sekurangnya terubat juga rasa bosan. Semasa asyik membelek fb aku terlihat status yang ditulis Samsul kira kira 3 jam lepas.

" Hujan lebat"

Itu sahaja status terbarunya. Aku sedia maklum dia memang tak begitu sesuai memandu pada waktu malam. Dah aku nasihat semasa dia buat keputusan untuk balik tadi.

" Sul, kau balik esok je la. Dah lewat sangat ni. Hujan pulak tu. Boleh ke kau drive ?" Kataku kepada Samsul.

"Boleh je. Lagi pun malam tak banyak kereta. Malas nak hadap jem kalau balik pagi esok" jawabnya.

"Kau ni degil la. Jadi apa apa nanti susah lah."

"Alaa kau ni. Takde ape ape la. Kalau jadi apa apa kat aku nanti, aku jadi hantu ke aku balik la rumah buruk ni cari kau. Haha" seloroh Samsul

"Dah kau jangan nak mengarut. Balik elok2. Jumpa nanti. Kalau ada apa apa bagitau aku" kataku lagi.

Dan akhirnya Samsul meneruskan perjalanan.

Tak sedar bila aku terlelap dengan telefon bimbit masih lagi di tangan. Hujan si luar semakin lebat. Aku dengar bunyi enjin kereta dimatikan betul betul di depan rumah ku. Sempat ku lihat jam di dinding. 4 pagi.

"Siapa pulak yang datang pagi pagi buta dalam hujan lebat ni. Gila ke." Bisik hati ku.

Ku singkap sedikit langsir. Dalam samar cahaya lampu kalimantang depan rumah, aku lihat susuk tubuh seorang lelaki yang kelihatan seperti menunduk.

"Samsul...?"

Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

54K 4.5K 10
Sebab kau yang gatal sangat nak cium aku
205K 12K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...
93K 7.7K 60
#1 in Fantasy (May 2016) K adalah puak werewolf & M adalah puak vampire, merupakan musuh tradisi & pantang bagi mereka untuk berbaik. M sangat melind...
57.1K 4.3K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned