Pengunyah Angka

By AzrieHafiz

328 10 2

Pabila angka bertemu abjad, lahirlah karya yg infiniti nilainya.. More

KL. Tidak ada lojika.
Setahun sekali henjut
Nota Raya 2016
Tekanan Ketidakperluan (Unnecessary Pressure)
Effisyien, Productiviti dan ROI
Ke mana tumpahnya kuah (1)

Ke mana tumpahnya kuah (2)

16 0 2
By AzrieHafiz

Selesai sahaja solat Isya', aku menoleh ke saf kanak-kanak di belakang. Ya anak sulungku juga baru selesai menunaikan solatnya. Alhamdulillah aku yakin yg beliau sudah boleh diharap, dan mungkin sudah berubah. Berbeza dgn kanak-kanak lain yg sibuk bermain mercun di luar surau.

Jemaah di sebelah menoleh kpdku yg tersenyum sendirian lalu berkata, "anak encik nampak sudah berubah." Aku hanya membalas dgn senyuman.

Fadhlommmm...sesi teraweh pun bermula. Harapnya malam tersebut ialah malam lailatul qadr. Bukan senang nak terawih dalam keadaan tenang spt begini.

Selesai rakaat ke 4, tiba-tiba aku perasan anakku tiada di sof belakang. 

Berikut ialah andaian Senario Analisis yg muncul ketika itu:

SENARIO

1. Spt biasa, beliau bermain bersama kanak-kanak di luar surau.

2. Beliau mungkin berada bersama imam di sof hadapan.

3. Mengorek tabung surau

4. Berada di balik tabir bersama jemaah wanita

Kesemua Senario 1-4 di atas merupakan projeksi historical based, yakni berdasarkan kejadian yg pernah berlaku sebelum ini.

1st thing ialah mengenalpasti samada selipar beliau masih di tempat yg sama. Sekiranya selipar beliau berada di tempat asal, besar kemungkinan Senario 1 boleh dihapuskan.

Lalu aku bergegas ke ruang tangga surau. Oh seliparnya tiada di tempat. Maka yakinlah aku bahawa Senario 1 adalah jawapannya.

Terus aku menuju ke arah sekumpulan kanak-kanak hingusan (sekitar 5-9 tahun) yg sedang bermain mercun pop-pop di laman Surau lalu bertanya adakah mereka mengenali beliau yg memiliki kriteria2 spt berikut:
- berkulit cerah
- ketayap perang
- berbaju melayu sepasang biru muda

Mereka terpinga-pinga.

"Hah sudah mana pulak budak ni pegi," aku mulai panas. Imam di dalam surau pula sudah bangun memulakan rokaat ke 7.

Dari laman surau, aku menuju ke khemah kecil jamuan moreh.

Di bawah khemah, dari kejauhan ku melihat ada sosok seorang anak kecil yg sedang rakus menghirup mangkuk bubur kacangnya.

Siapa pula yg berani memulakan moreh sebelum habis terawih ni.

Semakin hampir aku melangkah ke khemah, semakin benar telahanku. Sayup2 ku terdengar suara si anak kecil itu "Abah, jom makan. "

Continue Reading

You'll Also Like

23 0 1
Amaran pencetus : mengandungi unsur kematian dan eksperimen manusia Lawatan ke makmal rahsia ayahnya bukan sesuatu yang asing bagi Man, sehingga kehi...
Arc Chemist By Qaym

Science Fiction

85.1K 8.1K 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia sec...
68.1K 6.5K 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus j...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.3K 133 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...