Effisyien, Productiviti dan ROI

36 0 0
                                    

FadhlomminAllahiwanixmahh...

Lantang betul bilal di sof hadapan itu.Mungkin itu taktikal arahan imam kepadanya, lantaran gerak geri jemaah yg longlai kelihatan melalui refleksi cermin rak surau di bahagian hadapan. Walhal baru saja sang imam melewati rakaat terawih yg ke 10.

Aku yg berwitiran di belakang surau seusai rokaat ke 8 kagum dgn kudrat para jemaah yg rata2 berusia 40an ke atas. Mungkin pinggang mereka di bulan Puasa dedikasikan utk beribadah, sedangkan pinggang golongan 20an-30an masih diversify utk pelbagai kegunaan lain i.e. ibadah, non-ibadah dan sebagainya.

Teringat kembali ketika terawih sekitar 2001-2005 sewaktu di kampus institusi tertiari di timur KL satu ketika dahulu. Lazimnya terawih di masjid kampus dipimpin oleh para Hafiz Hufaza' yg bacaannya aduh keren banget sehingga mampu mengalirkan air mata jemaah meskipun tidak mengerti sepatah haram pun akan maksudnya.

Namun bagi aku dan rakan-rakan (seterusnya digantinama sebagai "kami") yg begitu mengejar keduniaan (sesuai dgn usia baru nak up) ketika itu berada di persimpangan dilema.

Mana mungkim kami melepaskan ganjaran berterawih di bulan puasa namun 8 rakaat di masjid kampus yg mencecah 1 1/2 jam menjadi cabaran yg begitu agung utk kami tempuh.

Lantas, kami nekad mencari solusi.

Bermula dengan sesi brainstorming secara spontan pada buka puasa hari ke 10 Romadhon beralaskan kuih muih sahaja, terus kami memutuskan utk melaksanakan tinjauan rambang.

Pada malam itu juga, gerakerja sir wa hazar kami bermula. Setiap seorang daripada kami telah berkunjung ke surau dan masjid berdekatan di luar kampus namun masih dalam jarak yg minimal.

Tepat 9.40 malam, kami berkumpul semula di kedai makan di hadapan kawasan perkuburan muslim. Suasana meriah di kedai makan itu aku fikir jauh berbeza dgn alam barzakh di seberang jalan.

Rakan A mula membentangkan laporan. "Masjid aku tadi, imamnya hafiz. Ayatnya panjang2. Namun purata hanyalah 2 ayat per rakaat selepas Al Fatihah. 5 minit per solat. Total 4 solat kurang lebih 20 minit."

Rakan B mula mencebik bibir. " Aku punya lagi better. Surau di kuarters guru itu lapang. Tiada aircond cuma kdk. Sejuk. Imamnya mungkin seorang ustaz sekolah yg tinggal di situ. Ayat Lazim. Slow dan steady. Lebih dekat dgn kampus. By 9.20pm dah rakaat ke 8."

Perdebatan kini kian panas diselangseli dgn Jus Air Gelas besar dan senyuman sang pelayan tomyam dipercayai berasal dari Selatan Thai.

Tepat pukul 10 malam, tiba-tiba dari kejauhan rakan C memberi salam.

"Wah lewat dia sampai. Malang sungguh nasibnya." Getus hatiku kecil.

"Teh tarik 1..." rakan C tergopoh gapah memulakan bicara kpd si pelayan yang datang mengambil order sambil menghulurkan menu. Kami tertawa dgn karenahnya.

"Abe, nok make gapo?" Soal si pelayan Selatan Thai sambil menguntum senyum kpd si C.

Si C dgn selamba membalas. "Abe dop seh orda make. Baru lepas moreh beriani di sejik tadi. Balik modal motor minyak kawe."

Kami akur. Thats the one.

Pengunyah AngkaWhere stories live. Discover now