Ke mana tumpahnya kuah (2)

16 0 2
                                    

Selesai sahaja solat Isya', aku menoleh ke saf kanak-kanak di belakang. Ya anak sulungku juga baru selesai menunaikan solatnya. Alhamdulillah aku yakin yg beliau sudah boleh diharap, dan mungkin sudah berubah. Berbeza dgn kanak-kanak lain yg sibuk bermain mercun di luar surau.

Jemaah di sebelah menoleh kpdku yg tersenyum sendirian lalu berkata, "anak encik nampak sudah berubah." Aku hanya membalas dgn senyuman.

Fadhlommmm...sesi teraweh pun bermula. Harapnya malam tersebut ialah malam lailatul qadr. Bukan senang nak terawih dalam keadaan tenang spt begini.

Selesai rakaat ke 4, tiba-tiba aku perasan anakku tiada di sof belakang. 

Berikut ialah andaian Senario Analisis yg muncul ketika itu:

SENARIO

1. Spt biasa, beliau bermain bersama kanak-kanak di luar surau.

2. Beliau mungkin berada bersama imam di sof hadapan.

3. Mengorek tabung surau

4. Berada di balik tabir bersama jemaah wanita

Kesemua Senario 1-4 di atas merupakan projeksi historical based, yakni berdasarkan kejadian yg pernah berlaku sebelum ini.

1st thing ialah mengenalpasti samada selipar beliau masih di tempat yg sama. Sekiranya selipar beliau berada di tempat asal, besar kemungkinan Senario 1 boleh dihapuskan.

Lalu aku bergegas ke ruang tangga surau. Oh seliparnya tiada di tempat. Maka yakinlah aku bahawa Senario 1 adalah jawapannya.

Terus aku menuju ke arah sekumpulan kanak-kanak hingusan (sekitar 5-9 tahun) yg sedang bermain mercun pop-pop di laman Surau lalu bertanya adakah mereka mengenali beliau yg memiliki kriteria2 spt berikut:
- berkulit cerah
- ketayap perang
- berbaju melayu sepasang biru muda

Mereka terpinga-pinga.

"Hah sudah mana pulak budak ni pegi," aku mulai panas. Imam di dalam surau pula sudah bangun memulakan rokaat ke 7.

Dari laman surau, aku menuju ke khemah kecil jamuan moreh.

Di bawah khemah, dari kejauhan ku melihat ada sosok seorang anak kecil yg sedang rakus menghirup mangkuk bubur kacangnya.

Siapa pula yg berani memulakan moreh sebelum habis terawih ni.

Semakin hampir aku melangkah ke khemah, semakin benar telahanku. Sayup2 ku terdengar suara si anak kecil itu "Abah, jom makan. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pengunyah AngkaWhere stories live. Discover now