Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 16 : Akibat Virus

341 34 5
By FithFith

"Jangan bergerak."

Seakan-akan mematuhi kata Fithri, semua tidak bergerak.

Pisau bedah kecil, atau skalpel, masih digenggam kuat Fithri. Begitu kuat, hingga berdarah jemarinya ditekan bilah tajam itu. Namun Fithri tidak pula kisah. Diteruskan jua menghunus skalpel itu ke arah kumpulan rakan-rakannya berdekatan pintu hac bilik sakit.

"A-A-Apa kau buat ni, Fith???"

Skalpel segera dihunus pada Aqilah yang berada semeter di sebelah. Aqilah agak ketakutan. Tangannya masih mendepa dari tadi, melindungi Hafiz di dalam beg tidurnya, di belakang Aqilah.

"F-Fifi..."

Raja pula dihalanya pisau kecil itu.

"Kau... kau kenapa...?"

Raja nampak Fithri menggigil. Tangannya, bibirnya, satu badannya menggeletar. Wajah amarahnya yang pucat lesi menakutkan semua orang yang berada di situ, membuatkan mereka berlindung di belakang sang ketua.

"Hafiz... Dia akan mati... Kenapa kau biarkan dia terseksa?..."

Raja menelan air liur.

"Jadi... kau nak bunuh dia?"

"Aku bukan nak bunuh dia! Aku nak hentikan penyeksaan dia!"

Menghampiri Raja, Andrew meluncur sedikit ke hadapan.

"JANGAN BERGERAK AKU KATA!"

Andrew terkejut. Dia panik, namun dia beranikan diri.

"Fithri... Tak perlu buat macam ni. Hafiz masih ada peluangnya-"

"Peluang apa lagi yang ada??"

"Abang Andrew seorang doktor saintis, Abang tahu bagaimana nak rawat dia. Dan Hafiz sendiri sedang melawan sakitnya tu, dia tak mahu mengalah sekarang!"

Fithri hanya mendiam. Tiada sepatah apa pun disebutnya, tetapi pisau masih dihunus. Hembusan nafasnya kedengaran kuat di bilik itu.

"Aku tak percaya. Aku tak percaya Abang Andrew, aku tak percaya sesiapa!"

Pisau kecil itu kembali dihunus kepada Aqilah.

"Pergi dari sini."

Aqilah mengetap gigi geram.

"Dan biarkan kau menggila macam ni?? TAKKAN!!"

Fithri mendekatkan hujung skalpel pada leher Aqilah. Aqilah tidak juga berganjak walaupun ketakutan menguasai diri.

Isyarat mata diberi Raja kepada Aqilah, mengarahkan dia beredar. Pun Aqilah berasa sakit hati, dia terpaksa berundur.

Kini Hafiz dibiar tidak berpelindungan.

"Fith-"

"Halang aku, dan aku bunuh kau."

Hani cuba menolong lagi, namun dihalang Ansar. Gelengan Ansar berisi maksud, mengatakan ia terlalu berbahaya untuk melawan.

Andrew bersiap sedia menghalang Fithri jika sesuatu terjadi.

"Fifi... Jangan buat macam ni."

Raja perlahan-lahan ke hadapan, sementara yang lain semakin menjauh.

"Kau diamlah!"

"Jangan begini. Kau akan mencederakan kawan-kawan kau sendiri-"

"Siapa kawan aku? Siapa??" Skalpel dihunus tanpa teragak-agak. Hampir sahaja terkena Raja yang semakin menghampiri.

"Tch, okey, okey. Sekarang, berikan aku pisau tu-"

"Jauhkan diri kau daripada aku!!"

Raja risau. Virus itu sudah menguasai diri rakannya. Mindanya bercelaru benar. Kerisauan makin meningkat, memandangkan tingkah laku Fithri mungkin sahaja akan mencederakan sesiapa sahaja di dalam bilik itu.

Raja menoleh, memberi lagi isyarat mata, ringkas sahaja kepada Ansar. Dengan segera, Ansar membawa rakan-rakan lain keluar dari bilik sakit. Manalah tahu, kalau-kalau Fithri semakin mengganas, semua orang akan berdepan bahaya.

Jadi kini, tinggal Raja, Andrew dan Natasha, juga Fithri dan Hafiz.

Saat teralih perhatian Raja dan lain-lain daripada Fithri ketika semua orang keluar dari bilik,...

Fithri terlihat peluang di hadapan matanya.

Hafiz didekati. Pisau digenggam kemas-kemas, dan-

"!"

Mujur Raja sempat menoleh. Tangan Fithri ditahan Raja.

"L...Lepaskan! Lepaskanlah!!"

Mereka berdua bergelut, agak ganas apabila kekuatan luar biasa Fithri melawan kekuatan lelaki Raja. Natasha segera membantu memegang kedua lengan Fithri menjauhi Raja, Andrew pula cuba mendapatkan skalpel dari genggaman Fithri sebelum pisau itu melukakan sesiapa.

Walau bagaimanapun, ia sudah terlambat.

"Arh!"

Skalpel terpelanting, dibiar berawangan. Titisan darah juga menerapung.

Fithri terpampan. Raja mengerengkot sakit menekup mukanya sebelah kanan.

Hirisan hampir menegak di pipinya memeritkan. Hampir sahaja ia mencecah mata. Raja terkejut. Makin deras nafasnya kerana gemuruh di hatinya.

"R-Raja..."

Langkahnya terbawa ke belakang. Fithri begitu terkejut. Dirinya masih ditahan Natasha.

"A-Apa aku dah buat ni...? Raja, aku... maafkan aku..."

Raja kaku. Gelombang kejut masih di dalam jiwanya. Lidahnya kelu.

"Raja, kamu okey??" Andrew sepantas kilat menekup lipatan kain kasa tebal di muka Raja. Lukanya yang besar masih menangkap perhatian Fithri.

Kekecewaan cepat menyelubungi jiwa Fithri. Melihatkan rakan baiknya sendiri dicederakan, Fithri tidak dapat menahan riak kekesalan dipancar pada air wajahnya.

Walau Fithri dianggap sudah pulih, Natasha masih tidak melepaskan Fithri.

"Aku perlu bertanggungjawab."

Raja mengangkat kepala.

"Aku... Aku yang buka pintu kepada Zaim untuk hapuskan kamu semua... Aku... aku tak pernah cuba melindungi sesiapa..."

"Kecelaruan personalitinya masih ada." bisik Andrew. Raja membenarkan dalam hati.

Terbebas tawa kecil Fithri. Matanya kembali nampak kosong.

"Dan sekarang... aku hampir bunuh kawan baik aku sendiri... Kenapa... Kenapa aku begitu jahat...?"

Pandangan dialih kepada skalpel yang menerapung hampir ke siling.

"F...Fifi..."

"Aku... perlu bertanggungjawab."

Laju tangannya menolak Natasha, membuat wanita itu terhumban ke hujung bilik, hampir sahaja pengsan akibat tolakan kuat itu.

Fithri kemudiannya menggapai skalpel, namun serentak itu, ada tangan lain menangkap tangan Fithri. Raja, dengan refleksnya, mengunci kakinya pada kaki Fithri, tangannya ditarik pantas, membuat Fithri terhumban ke dinding. Kepalanya terhantuk.

Raja segera melepaskan tangan. Dia terkejut. Fithri tidak sedarkan diri.

"Raja, kamu okey?? Natasha! Are you okay??..."

"I'm alright... Don't worry about me, Andrew- eh. Fithri, s-she..."

Raja tidak mengendahkan sekelilingnya. Remaja itu masih kaget. Matanya masih pada Fithri yang mula diperiksa Natasha. Nafasnya semakin deras.

"Raja? Okey tak ni?"

"S-Saya... tak bunuh dia... bukan?..."

Natasha periksa nadinya, pernafasannya. Raut separa kejut terpampang luas pada wajah wanita muda itu.

"Dia tak bernafas."

***

Dia menyendiri. Termangu ke luar jendela Adventure. Suasana gelap gelita di luar tidak membantu melegakan pergolakan hati Ansar.

"Hei."

Ansar pandang belakang, tempat dari mana punca suara itu hadir. Dia kemudiannya kembali termenung.

"H-Hei..."

Duduk perlahan Azim, mengunci dirinya pada kerusi kokpit utama. Dia mendiam lama, dan Ansar juga begitu.

"Raja macam mana? Fithri?"

Azim angkat bahu.

"Fith masih pengsan. Raja, aku lihat, rasa bersalah."

Ansar memberi angguk. Dia menyambung menungnya melihat suasana gelap dan suram di luar sana, luar kapal angkasa itu.

...

"Aku rasa... QASA ada kena-mengena dengan pemprograman Adventure."

"Ya... aku pun fikir macam tu."

Ansar agak terkejut, memandangkan Azim juga punyai idea sama. Ansar toleh arah Azim.

"Siapa lagi yang boleh programkan Adventure, kalau bukan QASA?" Azim menyedut minuman sarsi dari pek lutsinar. Wajahnya serius, tidak seperti selalu.

"Kau rasa? Mungkinkah Kak Natasha dan Abang Andrew ada terlibat sekali?"

"Mungkin. Sebenarnya, aku dan Hani ada minta Kak Natasha untuk patah balik ke Bumi."

Ansar beliakkan mata. "Lepas tu?"

"Kak Natasha macam tak setuju. Dia kata, Hafiz akan okey memandangkan Abang Andrew ada merawat. Muka Kak Natasha masa tu pun; macam nak-tak nak saja. Pelik juga."

Luar jendela Adventure menjadi tempat termenung lagi. Kali ini, Azim juga ikut menung sama.

"Jadi, sudah agak jelas, QASA yang programkan Adventure untuk tidak kembali ke Bumi, selagi kita tak sampai di Pluto.

Tapi, kenapa?"

Azim angkat bahu lagi. Pek minuman semacam pek ubat gigi lebar itu disedut lagi. Selesai meneguk banyak, Azim melepaskan keluh panjang.

"Serius aku kata, aku tak sedap hati."

Angguk-angguk sahaja Ansar. Dia tidak mampu menambah lagi. Ansar sebenarnya sudah agak letih dan mengantuk. Mentalnya penat. Sudah banyak perkara terjadi hari itu. Tidak larat lagi dia hendak mencerna apa-apa. Kepalanya rasa sakit semacam.

Ansar buka tali keledar di pinggang untuk beredar.

"Nanti kau bincanglah dengan kawan-kawan lain. Aku nak tidur."

Sejurus dia melepasi Azim, Hani pula datang menegur. Ansar hanya membalas senyuman tanda beri salam kepada Hani, lalu dia terus beredar.

Tempat Ansar tadi, Hani duduki.

"Kalian berdua pun... fikir perkara yang sama macam aku?"

"Ya, wahai Hani. Lain kali, jangan curi-curi dengar perbualan orang macam tu. Tak sopan!"

Hani menyengih lebar. "Oh ehehe... Maaf."

Senyuman dilontar Azim. Kemudian dia kembali termangu depan tingkap.

"Susahlah kalau nak dengar cakap daripada dua senior kita tu. Kita dah macam susah nak percaya pada Kak Natasha dan Abang Andrew." omel Hani sendirian sambil ada terselit keluhan kecil di sebalik kata-katanya.

Azim hanya angguk kecil. Dia tidak beri respon, dia sibuk berfikir. Entah betul atau tidak kesimpulan yang dia dan Ansar buat.

Kalau bukan QASA, siapa lagi?

Pastinya QASA yang programkan Adventure. Tapi kenapa? Apa agenda sebenar QASA sehingga berbuat sedemikian rupa? Apa yang begitu penting di Pluto, sampaikan mereka semua dilarang kembali ke Bumi selagi misi tidak disempurnakan?

"Azim."

"Hmm?"

Hani mengukir senyumnya. Manis.

"Janganlah serius sangat... Why so serious? Ketampanan kau menghilang apabila kau serius..."

"Tak, Hani. Cuma... kesihatan Hafiz merisaukan aku. Aqilah dan Fith ada potensi membahayakan kita semua, dan kita tak dapat balik untuk 'lari' dari virus tu, dan-"

"Azim! Relaks!~"

Tumbukan kecil terhinggap pada bahu Azim. Azim hanya tersengih menggosok-gosok bahu kanannya.

"Memang, semua yang berlaku sekarang ni begitu membimbangkan. Tapi janganlah kau terlalu banyak berfikir. Senyum ceria kau dah hilang!"

"Err... y-yakah?"

Pantas Hani mengangguk.

"Kaulah sumber kegembiraan kami tatkala semua orang berduka. Kau happy virus, bukan? Jadi, takkanlah kau juga nak bermuram?"

Azim terkedu. Betul juga, kenapa dia sekali hendak bermuram durja? Dia ada tugas menggembirakan rakan-rakannya.

"Kau berikan harapan kepada kami apabila kami berada dalam ambang kegagalan. Kau kena teruskan kerja kau tu! Jangan kau pula yang kecewa!"

"Ish, yalah, yalah... Banyak betul berleter!"

Hani tertawa besar.

"Sometimes... Aku terfikir. Kau happy virus, kau selalu gembira. Tak pernahkah kau rasa sangat sedih, marah atau down?"

"Hmm? Mestilah pernah. Selalu!"

"Tapi ke mana kau luahkan perasaan kau? Kau tak pernah luahkan apa-apa pun kepada aku atau sesiapa pun. Kau asyik buat lawak bodoh saja!"

Azim buat tak tahu. Dia tidak menjawab. Sebenarnya dia terkejut dengan soalan Hani. Malah dia sendiri tidak terfikir akan soalan seperti itu.

"Jadi, selama ni, kau hanya memendam perasaan. Jiwa kau ada bergolak bak tsunami, tapi kau sentiasa memaksa positiviti kau untuk keluar.

Kau tak rasa sakitkah?"

Hani menyoal lagi, dan sekali lagi, Azim mengunci mulut. Cuma kali ini, matanya bertentang mata Hani.

"Weh, aku ada di sisi kau. Aku akan bantu kau, dan andai kau perlukan bahu tempat kau bersandar; atau diari tempat kau mengadu... aku ada untuk kau. Okey?"

Azim terkejut. Terkaku, terkedu... Hatinya rasa berbunga namun jauh di dalam... ada rasa sakit. Sangat sakit. Pedihnya semacam, membawa beberapa mililiter air menakung pada bola matanya.

Adakah ini yang dipanggil rasa 'terharu'?

Remaja perempuan di hadapannya itu... selalunya dialah yang mengadu kepada Azim. Dialah yang selalu memerlukan bahu dan diari; dan bahu serta diari itulah Azim.

Tidak dia sangka, tidak pula dia terfikir menginginkan dirinya pula meluahkan segalanya kepada Hani.

Lubuk jiwanya semakin pedih tatkala dia ingin mengucapkan kata-kata.

"Hani. Terima kasih."

"Sama-sama-- Hei! Are you cryinnnnnn~?"

"What- Oh uh...." Sesegera Azim menekap lengan bajunya pada mata basahnya. Dikelip-kelip mata itu sambil mengelak pandangan mata Hani.

"Owh, kau ni comellah~~~!"

"Apaaaa??? Aku lelakilah! Aku tak comel, aku kacak!!"

"Ew, perasan kacak!"

Kedua-dua mereka menghambur tawa. Kokpit utama itu riuh dengan bunyi tawa mereka yang bermacam jenisnya. Sesekali siku masing-masing hinggap di perut atau lengan sesama sendiri. Hendak ketawa pun berganas-ganas.

Terbatuk-batuk Hani, barangkali tercekik air liur sendiri. Lagilah tawa menjadi semakin kuat.

Perlahan-lahan, kedua-dua mereka berhenti ketawa. Perut tidak dapat menahan sakit lagi.

Azim menghela nafas. Senyuman masih ada. Dia pandang mata Hani dalam-dalam.

Hani juga. Saki baki ketawa menghias suasana. Sambil itu, dia masih melihat sinaran mata Azim yang berkilau akibat refleksi cahaya pada air matanya. Ya, Hani masih fikir Azim 'comel'.

Hani tiba-tiba batuk lagi. Masing-masing ingat Hani tercekik air liur lagi, tetapi sebelah tangannya menekup mulut, sebelah lagi diletak pada lehernya. Batuk semakin kuat.

"H-Hani?"

Tidak dijawab. Batuknya mengganas. Azim panik, dia cuba menolong dengan menepuk belakang Hani yang membongkok.

Batuk akhirnya terhenti, tetapi...

"A...zim...."

Tangan Hani yang menggigil, penuh dengan darah merah memekat. Azim ketakutan.

"Oh, Tuhan, Hani...! Kau-"

Hani tiba-tiba layu. Matanya separa tertutup. Azim semakin kalut, tidak tahu hendak buat apa.

"H-Hani! Hani! Bangun, Hani!!!

Ansar!!

Raja!!!

SESIAPA, TOLONG AKU SEKARANG!!!"

***

"Dia okeykah?"

"Hidung Hani pernah berdarah dulu kan? Maksudnya Hani mungkin dah lama dijangkiti. Dan sekarang kesihatan Hani semakin teruk."

Azim toleh memandang Hani. Hani balas pandangan itu.

"Thanks, Abang Andrew, Kak Natasha."

"Sama-sama, Hani. Kami pergi dulu, uruskan Adventure. Dah nak sampai Pluto." balas Natasha dengan senyuman sambil dia dan Andrew melangkah keluar bilik sakit. Pintu hac akhirnya tertutup.

...

"Kau sakitkah, Hani??" tanya Izzah, risau benar dengan rakannya itu.

"Y-Ya."

Raja keluh. Tadinya dia berpaut pada beg tidur Fithri di sebelah Hafiz, sekarang dia berpaut pula pada beg tidur Hani.

Bahu Azim ditepuk.

"Janganlah bersedih."

"Kata orang. Kau tu?"

"Erh. Buat aku apa aku bersedih?"

Azim menyilang tangan. "Aku tahu kau rasa bersalah."

Raja hanya memutar bola matanya ke arah lain. Sengaja dia sorok perasaan sebenar.

"Kau bukan sengaja pun..." ujar Hani perlahan.

"Aku patutnya biarkan Abang Andrew yang tahan Fifi."

"Tapi kau yang paling dekat dengan Fith, bukan? Dah memang refleks badan kau, nak selamatkan Fith. Jadi bukan salah kau, Raja."

Azim angguk-angguk mendengar kata-kata Izzah. "Yup! Dan Fith cuma pengsan. Nanti-nanti okeylah dia."

Raja tidak membalas. Ada benarnya juga kata mereka.

Rasa bersalah masih ada tetapi sudah terasa lega hatinya.

"Ahh... aku nak keluarlah."

"H-H-Hani! Kau kena berehat dalam beg tidur!!"

"Tapi aku bosan!"

"Azim betul. Kau patut berehat sebab Abang Andrew dah ambil agak banyak sampel darah kau. Kau mungkin akan rasa letih."

Memandangkan Raja juga menyokong Azim, Hani terpaksa menurut. Arahan ketua perlu didengar.

"Ish, fine..."

"Aku pergi ambilkan apa-apa minuman untuk kau, ya?" Hani hanya mengangguk membalas kata-kata Azim.

Izzah peluk Hani, "aku temankan kau dekat sini, ya~"

Hani hanya tertawa sedikit lemah.

Lalu Azim pun dengan cepat keluar dari bilik sakit. Raja mengikut.

Pintu hac ditutup.

"Kau betul-betul suka dia, huh?"

Azim mengerut dahi. Dia sedang menahan sakit dek dalam jiwa.

"Suka atau tak,... dia kawan aku. Aku sayang dia."

Raja mengeluh. Dia mula meluncur melalui koridor.

"Jangan risaulah. Hani takkan mati!"

"Woah, s-straight-forward sangat ayat kau tadi!!"

Azim tawa cemas. Raja hanya mengeluh lagi.

"Huh... Hani akan okey."

Tawa kecil Azim masih berlarutan. Selari dengan luncuran mereka ke bilik graviti, tawanya semakin menghilang.

"Kau pastikah? Hani akan okey?..."

"Ish, jangan fikir sangat, boleh tak? Sampel darah Hani belum diperiksa lagi, jadi mungkin ia bukan fasal virus."

"...Y-Ya... maybe Hani cuma keletihan..."

Raja keluh lagi. Dia tahu sangat Azim masih risau gila akan si Hani itu.

Raja belok ke dorm lelaki untuk berehat. Azim masih meluncur ke bilik graviti di hujung. Terkejut dia apabila graviti tiruan sudah diaktifkan.

Ternampak dia akan Andrew, duduk di meja bulat meneliti mikroskopnya.

"Hai, Abang Andrew. Sibukkah?"

Andrew melontar sengih. Matanya yang dari tadi melekat pada kanta mata mikroskop cahaya biasa, kini teralih pada Azim.

"Ahahaha... virus ni nampaknya pelik semacam. Abang tak dapat nak simpulkan apa-apa lagi. Lagipun mikroskop biasa seperti ini tak berguna untuk kaji virus betul-betul!"

Azim garu-garu kepala. "Itulah, tak banyak peralatan makmal yang ada dalam Adventure... Kalau ada pun, peralatan zaman 'kuno' saja..."

"Hahaha. Ha, dah. Jangan ganggu Abang. Banyak kerja ni!"

"Ceh okey okey. FIGHTING!"

"Hahaha thanks!"

Saat Azim menggapai saja pek minuman jus kelapa di almari jauh sedikit dari meja, gegaran kuat terasa. Ia cuma sekejap, namun membuat Azim terkejut. Malah semua orang terkejut.

Sesegera dia keluar dengan pek jus di tangannya bersama Andrew. Raja dan Ansar juga tergesa-gesa keluar dari dorm. Terus sahaja mereka ke kokpit utama.

Kelibat Natasha menyambut mereka. Imej pada skrin mengejutkan para remaja di situ.

Seorang lagi kelibat datang laju melanggar bahu-bahu remaja lelaki itu.

"Apa hal ni?? Aku ada rasa gegaran tadi! Aku nak tidur pun terganggu!!"

"Aqilah. Kita dah sampai Pluto."

Aqilah ternganga. Ansar direnung. Kemudian satu - satu muka-muka di situ dipandang.

"Okey..., aku terkejut."

Continue Reading

You'll Also Like

33K 1.5K 7
❝ tunang macam bukan tunang. ❞ * Kim Taehyung * Song Jihyo [ RE-EDIT ] beautiful cover ; @cocokies ♡
Atin By mrk1921

Adventure

62.8K 524 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
194K 474 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
229K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...