Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 15 : Penemuan

347 37 15
By FithFith

Keadaan di Pusat Kawalan QASA sedikit bingit, seperti biasa. Langkah-langkah pantas pada lantai besi dan suara para manusia berfon telinga menjadi lagu wajib didengari di situ.

Berbaris-baris meja diduduki operator-operator, lengkap dengan komputer. Jemari mereka asyik menari pada papan kekunci, sambil mulut pun sibuk mengomel sesuatu. Skrin besar di hadapan bilik juga sesekali dipandang mereka.

Via pintu utama berpengawal, muncul seorang lelaki bertali leher. Dia berjalan ke tengah-tengah laluan, memerhati para operator yang sibuk di barisan meja kiri dan kanannya.

Lelaki berumur 50-an itu disapa seorang operator lelaki muda.

  "Tuan, krew misi sudah tahu bahawa Adventure diprogramkan untuk memastikan mereka semua sampai ke Pluto."

  "Mereka telah cuba balik ke Bumi?"

Operator itu mengangguk pantas.

Keluhan dilepas En. Khairul Bakri. "Maklumat lain?"

  "Natasha dan Dr. Andrew dalam keadaan baik. Keadaan Muhd Hafiz semakin parah. Raja Izzuddin Shah pula mungkin akan mendedahkan penemuannya."

Lelaki itu agak tersentak. Skrin di hadapan ditenungnya. Semua data berkenaan Adventure terpapar pada skrin. Gambar-gambar, malah video beraudio juga ada pada skrin.

Ada video baru diterima. Ia dimainkan, memapar krew misi sudah sampai di Enceladus. Dia tahu, video itu merupakan video dua jam lepas. Sungguhpun menggunakan kelajuan cahaya untuk penghantaran data dari Adventure ke Bumi, ia mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pusat Kawalan, kerana jarak Bumi-Enceladus adalah kira-kira 2 jam cahaya.

Jadi, mereka tidak mampu untuk mengetahui perkembangan krew misi yang seterusnya, secepat yang boleh.

En. Khairul Bakri melontar anggukan ringkas, lalu dengan segera operator itu beredar pergi.

  "Budak itu sudah rasa bersalah kerana merahsiakan penemuannya..."

Monolognya tenggelam dalam kebisingan pusat kawalan.

Wajah lelaki itu semakin serius, menampakkan lagi kebengisan durjanya.

***

"Fithri tidur."

  Tanpa disoal sesiapa, Natasha memberitahu semua sambil dia melangkah perlahan masuk ke bilik graviti. Dia duduk di sebelah Andrew, menghadap para juniornya.

  Semua ahli krew sudah berada di situ. Masing-masing duduk di meja bulat putih, di dalam bilik yang telah diaktifkan gravitinya. Wajah-wajah tampak sugul.

  "Raja."

  Hani dipandangnya.

  "Please... Say something."

  Raja kembali merenung meja. Dia tak tahu hendak mula dari mana. Berita yang hendak dia sampaikan, pastinya akan merobek hati mereka semua. Raja rasa bersalah hendak memberitahu - namun dia rasa bersalah juga merahsiakan perkara ini.

  "Aku... Aku ada benda hendak beritahu."

  "Well, of course! Kalau tak, kenapa kau nak kita semua berkumpul di sini?"

  "Qilah...,-"

  "Kau senyap, Ansar. Jangan bercakap dengan aku."

  Ansar mengurut pelipisnya, memujuk dirinya bersabar.

  Izzah menghidangkan bermangkuk-mangkuk mi sup daging. Kutleri diedarkan. Apronnya dibuka lalu duduk bersama di meja.

  "Hafiz... Hafiz akan okey?"

  Raja tersentak. Semua tersentak. Masing-masing mengharap Raja untuk menjawab.

  "Dia baik, setakat ini."

  "Kau tak menipu lagi, bukan?" sinis Aqilah bertanya. Raja merenung hidangan mi sup di hadapannya yang masih panas.

  "Aku tak tipu. Hafiz okey, setakat inilah. Aku tak tahu apa yang dia akan hadapi selepas ni."

  Keluhan dilepas semua. Izzah sedih, namun dia sudah penat menangis. Izzah tahan sahaja letusan tangisannya di hati, berpura tenang menghirup mi.

  "Jadi... kau nak beritahu apa, Raja?" soal Azim perlahan, sambil tangannya mengacau mi supnya. Raja mengeluh lagi.

  "Sebelum aku beritahu, aku nak minta maaf. Maaf sebab merahsiakan banyak perkara daripada kamu semua."

  Tiada yang membalas. Semua sibuk makan, namun telinga masih mendengar setia. Jiwa berdebar menanti. Cuma tiada respons diberi.

  "Aku, Kak Natasha dan Abang Andrew, dapat tahu semalam yang kita tak dapat berpatah balik ke Bumi."

  "Wha- w-what do you mean???"

  "Abang rasa, Adventure telah diprogramkan untuk tidak menerima arahan untuk berpatah balik ke Bumi. Tapi selepas kita sampai ke Pluto, kita pasti akan dapat kembali ke Bumi." Andrew segera membalas soalan Hani.

  "Seriuslah! Mengarut gila!"

  "Ini bukan mengarut! Ini bodoh namanya!! Siapa yang bodoh sangat nak programkan Adventure macam tu??"

  Teriak Aqilah menyakitkan telinga Ansar di sebelah. Tetapi, kata-kata Aqilah itu menyedarkannya terhadap sesuatu. Mungkinkah...

  "Betul juga. Siapa yang memprogramkan Adventure?" Azim membangkitkan soalan itu lagi. Jauh di sudut hatinya, dia berasakan ada kerja orang dalam. Namun apabila difikir balik, takkanlah rakan-rakannya sendiri yang melakukannya? Kak Natasha dan Abang Andrew pula sangat berdedikasi dan baik, tak mungkin mereka berdua.

  Jadi siapa?

  "Apa-apa pun, kamu semua jangan risau. Kakak dah langkau dua destinasi kita yang sepatutnya kita pergi, iaitu bulan-bulan Uranus dan Neptun. Kita akan terus ke Pluto, balik ke Bumi dan selamatkan Hafiz."

  "Masalahnya Kak Natasha..., sempatkah?"

  Natasha terkedu dengan bait kata Aqilah. Sinis dan tajam, malah benar juga.

  Sebab utama mereka hendak kembali ke Bumi dan batalkan misi, ialah Hafiz. Hafiz perlu diselamatkan sesegera mungkin. Mereka tidak tahu keadaan Hafiz secara keseluruhan, jadi tiada siapa tahu sehingga bila Hafiz mampu bertahan.

  Namun sekarang, mereka tetap perlu selesaikan misi sebelum kembali ke Bumi. Hati mengharap Hafiz mampu bertahan lebih lama.

  Raja keluh perlahan. "Okey, satu perkara sudah selesai. Rahsia seterusnya, Kakak dan Abang beritahu sendiri."

  Kali ini, Natasha dan Andrew menjadi tumpuan semua. Rahsia apa? Penting sangatkah? Berbagai soalan berlegar di minda, tetapi hati masih sabar menunggu.

  "Kakak dan Abang Andrew, sebenarnya adik-beradik."

  "THE FUK??"

  "M-M-Mustahil!!"

  Melopong. Ya, semua terlopong. Hampir sahaja mangkuk-mangkuk mi sup terbalik akibat hentakan lutut pada bawah meja. Punyalah terkejut.

  "Bukan tu saja, En. Khairul Bakri, pengasas QASA, bapa kami~"

  Kali ini tiada bunyi yang kedengaran. Terlalu mengejutkan.

  "APA PULA SEMUA NI??"

  "Err ehehe.. maaf semua... Kami terpaksa rahsiakan perkara ni, sebab kami diminta untuk merahsiakan identiti apabila menjadi sebahagian daripada QASA..." Abang Andrew gelak kecil. Semua masih ternganga. Boleh pula dia tergelak-gelak??

  "En. Khairul Bakri, ayah kami, berkahwin dengan emak, yang berkacukan Rusia dan Amerika, jadi... faham-fahamlah." tawa Kak Natasha pula. Dan, ya, semua masih ternganga.

  "N-Nama...-" Izzah masih dalam mod terkejutnya.

  "Oh, nama kami? Nama sebenar kami lain, tapi panggil saja Kakak dan Abang, seperti biasa. Nama sebenar kami memalukan!"

  Andrew tertawa mendengar pernyataan Natasha. Boleh pula mereka berdua bergurau senda, pukul memukul macam budak kecil? Yang lain-lain masih dalam mindanya sendiri. Terlebih dos terkejut.

  "Dan, kenapa pecahkan rahsia ni? Penting sangatkah?"

  Natasha pandang Andrew, Andrew pandang Natasha. Tawanya tadi terus lenyap apabila mendengar pertanyaan Aqilah.

  "Sebab... kami berdua nak pastikan kamu semua rasa selamat. Kakak kenal ayah kami. Dia baik, berusaha keras untuk lakukan apa sahaja. Jadi, hal berkenaan Hafiz dan Adventure, pasti dia akan tolong."

  "Yup! Sebab ayah kami tu sayang akan anak-anaknya~ Mestilah dia akan menolong kita semua,.... bukan?" Andrew tawa kecil lagi sambil dia menyokong kata-kata Natasha.

  Para remaja di hadapan mereka, walaupun mereka rasa menyampah dengan duo senior itu, kata-kata Natasha dan Andrew ada juga benarnya. En. Khairul Bakri pasti akan berbuat sesuatu untuk memprogramkan semula Adventure, walau apa cara sekalipun untuk menyelamatkan keadaan. Kerana anak-anaknya juga berada di dalam Adventure, bukan orang luar lain.

  Dr. Fakhrul pula, pastinya akan menyelamatkan Hafiz dengan skil kedoktorannya. Kerana; Dr. Fakhrul 'ayah' mereka semua.

  ...Namun tidak semua seyakin itu. Ansar punyai fikiran lain.

  Raja, yang dari tadi menekup muka dan dengan sikunya di meja, akhirnya bangkit. Dia tidak senang duduk. Semua orang tahu.

  "Ansar. Aku percaya akan makhluk asing."

  "Huh?"

  Badannya disandar pada dinding bilik. Dengan suara yang agak serak, dia menyambung kata.

  "Aku nampak macam-macam sejak kita di ISS lagi. Aku alami penculikan juga, dan yang hebatnya, ingatan aku tak hilang."

  "Wow, so, aku seorang sajalah yang tak percaya perkara tahyul macam ni? Wah wah, 'hebatnya'!" Aqilah menghentam kepala ke meja. Kuat. Mujur tidak kena pada mangkuk mi sup yang belum kosong.

  "Jadi, kenapa kau kata kau tak percaya dulu?" Ansar bersuara selepas lama berdiam. Raja masih tidak menunjuk muka.

  "Aku nak siasat banyak perkara. Aku bimbang apa yang aku lalui tu, semuanya halusinasi. Tapi selepas kejadian kau diculik, aku tahu ia bukti tetap, bukti konkrit; jadi aku tak perlu siasat apa-apa lagi."

  "Kami berdua pun. Kakak dan Abang Andrew percaya. Sebab kami dah nampak macam-macam sejak kami mula-mula jadi angkasawan lagi."

  Aqilah sengaja mengeluh protes, tetapi tidak diendahkan. Kerana yang lain-lain, berasa seram sejuk mendengarkan kebenaran yang baru diberitahu. Bukanlah perkara besar mana pun, cuma, Raja? Percaya akan makhluk asing? Mereka seakan tidak percaya.

  "Okay, enough. Ada satu lagi perkara. Dan ia sangat penting."

  Garang suara Raja kedengaran. Wajahnya makin nampak kecewa, makin sugul.

  "Virus."

  "A-Apa?"

  Raja duduk kembali, merenung tajam semua orang.

  "Dengar, bukan? Aku kata virus. Ada virus dalam Adventure."

  Ansar dan Azim, Aqilah, Hani dan Izzah saling berpandangan. Natasha dan Andrew juga. Masing-masing keliru. Raja hendak beritahu apa sebenarnya?

  "Aku dan Fifi klon pertama dicipta Zaim, jadi seperti Fifi ketika berada di pulau, aku juga mula alami bayangan. Mimpi-mimpi pelik. Benda ni sebenarnya maklumat yang diberikan otak sendiri secara tidak sedar, kata Dr. Fakhrul. Jadi, aku ambil berat hal ni.

  Aku mimpi; ada makhluk pelik. Hitam, bermata besar, badan kurus. Aku tak tahulah apa bendanya tu, tapi anggap sajalah ia makhluk asing.

  Ia beritahu aku supaya selamatkan diri aku, selamatkan kamu semua."

"  Selamatkan diri...?" perlahan suara Azim. Raja beri anggukan.

"  Dan entah apa yang aku fikir hari tu, aku ambil mikroskop terbiar di bilik sakit, mengambil sampel darah Hafiz, dan mengkajinya. Sebab aku... a-aku tak tahu. Aku begitu terdorong untuk ambil mikroskop dan mula mengkaji selepas beberapa mimpi pelik... Macam aku ni... dihipnosis...

...Dan waktu itulah, aku nampak virus tu.

  Aku bukannya seorang saintis, subjek Biologi pun aku lemah. Tapi aku tahu, ia virus, dan ia lebih berbahaya daripada virus lain."

   Azim berdiri tiba-tiba. "Macam mana kau tahu virus tu berbahaya?"

  "Virus tu begitu aktif pergerakannya. Pembahagian sel juga pada kadar yang begitu cepat. Dan virus tu... ada banyak dalam darah Hafiz. Sel darah putih Hafiz tidak berkesan melawan virus tu..."

  "Bila pula kamu mula tahu ada virus ni?" soal Natasha. Raja hanya jawab pendek.

  "Ketika hampir sampai di Io."

  "J-Jadi... Hafiz sakit sebab virus tu... bukan fasal radiasi sahaja..."

  "Izzah betul. Mungkin sahaja virus itu melemahkan lagi kita semua, membuatkan kita lebih lemah dan terdedah terhadap radiasi. Tambahan pula... kamu semua kan begitu lemah dengan radiasi..." nyata Abang Andrew, begitu yakin. Dia seorang saintis, dia sudah tahu asas-asas spesies mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.

  Raja mengangguk perlahan. "Itulah yang saya fikir."

  "Jadi sekarang kau rasa virus tu semua kerja alienlah, ya?"

  "Tak, Aqilah. Aku... Aku tak rasa makhluk asing yang lakukan semua ni."

  "Dan kenapa tiba-tiba kau percaya sangat dengan makhluk asing ni?"

  Keluh kasar dilepas. Raja masih boleh menahan sabar.

  "Manalah aku tahu. Tapi, kalau kau makhluk asing, takkan kau nak bunuh makhluk cerdas lain; tanpa sebab?"

  "Who knows?"

  Raja mengeluh lagi, untuk kali yang entah ke berapa. Rintikan peluhnya akhirnya mengalir di dahi, lalu sesegera dia mengesatnya dengan lengan bajunya. Nafasnya juga sudah deras. Entah mengapa, Raja betul-betul berasa terbeban waktu itu.

  "Aku ada teori."

  Semua semakin membawa badan mereka rapat ke meja.

  "Semua virus pasti akan menyerang organ-organ penting hosnya, bukan? Otak dan jantung.

  Virus yang aku temui ni... telah menjangkiti Hafiz dahulu. Sebab itu dia lebih tenat, walaupun Izzah juga mungkin terkena sisa radiasi di Marikh tempoh hari.

  Fifi juga. Virus tu menyerang otak, lalu membuat hosnya menghadapi masalah personaliti dan tingkah laku--"

  "Aku dah agak."

  Ansar tiba-tiba sahaja memotong penerangan Raja. Suaranya juga sudah ikut serak sekali dengan suara Raja. Dia berdiri.

  "Aku rasa Qilah dijangkiti...-"

  "Ish, tolonglah, Ansar!! Aku okey saja, bukan?? Janganlah buat aku ni macam lemah sangat!"

  Raja terkejut. Ansar sudah tahu apa yang akan diperkatakannya.

  "Ansar betul. Aqilah, kau mungkin ada virus tu."

  "Oh ya?? Bukti mana??"

  "Kau dah berubah, Qilah...! Aku tahu perangai kau macam mana, aku kenal sangat kau!" Ansar duduk. Perlahan bahu Aqilah digenggam Ansar, namun ditepis.

  "Kenal? 'Kenal'kah kau akan aku ni?"

  "Qilah, kita dah lama berkawan baik, aku kenal kau. Tapi sekarang, kau kena sedar ada virus dalam diri kau, tengah ubah tingkah laku kau!"

  "Dengar, aku tiada virus. Aku benci gila orang ingat aku lemah."

  "Qilah,... kau tak lemah, aku tahu. Tapi kau kena lawan virus tu dari dalam diri-"

  Meja dihentak hingga habis tumpah sup dagingnya. Aqilah menghentak kaki keluar dari bilik itu.

  "I'm not going to hear anything about this anymore! This is all shit!"

  Belum sempat sesiapa menghalang, pintu hac bilik graviti sudah dihempas kuat.

  "...Betulkah, Abang Andrew? Virus tu boleh ubah personaliti dan tingkah laku?"

  "Ya... bukan fiksyen sains. Memang ada kes virus menyerang lobus otak yang bertanggungjawab dalam urusan tingkah laku."

  Hani angguk perlahan. Puas hati dengan jawapan dari Andrew.

  Kini semua orang kembali senyap. Kecewa, ketakutan, tidak berdaya... Perasaan berbaur-baur dalam jiwa mereka, malah Natasha dan Andrew yang lebih dewasa, juga terkesan.

  Virus berbahaya menyerang mereka semua. Terperangkap di dalam Adventure; dan mereka tidak berpeluang untuk kembali ke Bumi lebih awal.

  Mungkinkah mereka semua akan mati di angkasa? Masing-masing rasa takut.

  "Kau patut beritahu kami semua awal-awal."

  Raja mendiamkan diri mendengarkan kata-kata Azim.

  "Kalau kau beritahu... mungkin kita dah sampai di Bumi sekarang. Mungkin; Adventure dapat diprogramkan semula lebih awal. Hafiz yang mungkin masih dapat melawan virus tu, barangkali sudah sihat di Bumi sekarang."

  "Maaf."

  Suaranya begitu perlahan. Ketua itu betul-betul berasa kesal.

  "Maaf. Aku... aku fikir... kalau aku rahsiakan saja... kamu semua takkan panik. Aku tak nak kalian cemas. Tapi apabila aku dapat tahu Adventure diprogramkan begitu... Aku rasa Hafiz takkan dapat diselamatkan... dan aku perlu beritahu kepada kamu semua akhirnya, bahawa yang menyerang Hafiz ialah virus."

  "Biarlah kami panik atau cemas sekalipun, kau tetap perlu beritahu kami awal-awal!..." marah Azim akhirnya terletus. Bagi seorang ceria seperti Azim, pastinya sukar untuk dia memarahi orang lain. Tapi, lihatlah sekarang.

  Raja kecewa. Jujur, entah apa dia fikirkan, sehingga dia ambil keputusan untuk merahsiakan hal itu daripada rakan-rakannya sendiri. Seperti, Raja tidak mempercayai rakan-rakannya sendiri. Atau dia sendiri yang cemas untuk memberitahu.

  Ansar menghampiri Raja yang merunduk, bersandar pada dinding bilik graviti. Bahunya ditepuk mesra.

  "Aku faham. Apabila orang yang dijangkiti virus itu panik, sakitnya lebih terasa. Virus tu juga makin aktif. Betul?"

  Raja hanya mengeluh. Serba sedikit, ada rasa lega dalam hatinya apabila Ansar berkata sebegitu.

  "Macam nilah. Kita akan lakukan apa saja untuk kurangkan - atau hentikan terus - jangkitan virus di Adventure," ucap Ansar, "Abang Andrew boleh kenal pasti dari mana datangnya virus tu, bagaimana ia berjangkit dan bagaimana untuk lemahkannya. Aku dan Raja akan menolong.

  Yang lain-lain, boleh gunakan cecair semburan antibakteria yang mungkin berkesan. Semburkan saja di semua tempat. Pastikan juga kebersihan diri dan persekitaran terjamin."

  Izzah bangkit. "Kalau kita terus   bersedih dan lemah semangat begini, ia takkan mengubah apa-apa. Kita perlu lakukan apa saja untuk lawan virus ni. Dan Aqilah sekarang, bukan 'Aqilah' kita. Fith juga. Kita terpaksa sabar saja dengan mereka berdua.

  Hafiz kawan baik aku, dan aku takkan biarkan dia mati. Aku dah penat menangis macam budak kecil. Aku akan buat segala yang sepatutnya untuk selamatkan kita semua."

  Semua terkejut. Izzah, seorang rakan perempuan yang lemah lembut dan masih seperti remaja muda, tampak lebih matang kali ini.

  Perlahan-lahan, mereka semua mengukir senyuman. Raja juga.

  "Ya! Kita takkan mati di angkasa!" Hani memeluk mesra Izzah.

  "Kita semua lebih besar daripada virus tu! Jadi kita lebih berkuasa!!" Semua tertawa melihatkan Azim kembali ceria dengan wajah yang sentiasa tersengih lebar.

  "Ah... Kamu semua dah dewasa~" melihatkan anak-anak muda di hadapannya, Natasha tawa kecil. Entah kenapa, Natasha berasa terharu. Bukannya dia 'emak' kepada budak-budak itu pun. Andrew hanya tersengih melihatkan kakaknya.

  Ansar tepuk lagi bahu Raja. Raja sudah rasa tenang. Terukir jelas senyumnya yang rare itu.

  Raja meluah kata. "Thanks. Maaf sekali lagi."

  "Tak mengapa~!"

  "Haih, aku nak pergi tengok Qilah sekejap, aku kena pujuk d--"

  "FITTHHHHHHHHHH!!!"

  Teriakan Aqilah tiba-tiba bergema nyaring. Terkejut dengan suara itu, Ansar dan Raja pantas keluar daripada bilik graviti. Yang lain juga ikut sama.

  Meluncur melalui terowong itu, mereka tercari-cari Aqilah. Ansar akhirnya membuka pintu hac bilik sakit yang tidak rapat, dan...

...kelihatan Fithri, di sebelah Hafiz yang masih tidak sedarkan diri, menghala sebilah pisau bedah kecil ke arah Aqilah.

Continue Reading

You'll Also Like

402K 13.8K 40
Sinopsis dekat dalam citer.Sinopsis panjang sikit..hehe..So,have fun!
31.7K 893 31
WRITTEN BY LOYLENCY YANSOI SINOPSIS; Kerana harta,Evy gadis 16tahun dihalau dari rumah dengan sehelai sepinggan.Tidak ada duit,tidak ada ic dan denga...
198K 483 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
12.6K 631 21
" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak top...