Aku memasuki kedalam bilik tidurku . Pintu dikunci olehku sebagai langkah berjaga - jaga . Dari siapa ? Entah la tapi keselamatan untuk aku rasanya .
Aku membawa keluar kotak hadiah pemberian Harith Khuwalid yang aku simpannya tanpa pengetahuan suami aku .
Surat yang aku selit ditepi aku ambil . Perlahan - lahan aku membuka .
" Mungkin soalan yang Harith tanya aku , mesti ada kena mengena dengan isi surat dia ni ."
Okey mari kita baca .
' kehadapan Nur Rai'a Amlina ,
Awak apa khanar ? Sebelum tu Assalammualaikum . Mesti awak seronok dengan sekolah baru awak sekarang ? Jangan la lupa kawan - kawan awak dekat sini . Terutamanya saya . Haha , tak adalah gurau . Maksud saya Umairah Badriyah .
Saya tahu awak dan saya tak la serapat mana . Kalau tegur pun hanya bertanya khabar . Tujuan saya tulis surat ni untuk maklumkan sesuatu yang dah lama saya pendam . Dan ye , ianya ada kaitan dengan awak .
Rai'a saya sebenarnya dah lama sukakan awak . Bukan sejak awak dah cantik dan kurus sekarang . Sejak saya dengar suara awak membaca al-Quran . Ingat lagi tak kali pertama saya tegur awak setiap kali kita habis mendirikan solat berjemaah ? Saya selalu tegur awak .
Saya tahu awak tak suka berbual dengan lelaki dan berseorang tanpa berteman . Kalau ada apa mesti Umairah Badriyah akan temankan awak dan . . disitu juga saya diusikkan ? saya tahu awak malu dan segan setiap kali umairah mengusik kita . Tambahan lebih kepada saya .
Saya bukannya nak ulang kembali kisah lama . Ia mengigatkan saya pada awak . Awak perempuan pertama yang mencuri hati saya . Jujur . Saya tak kesah muka awak cantik atau tak , saiz badan awak besar atau tak . Tapi , hati dan diri awak suci . Dan itu yang saya suka tentang awak .
Sifat awak , yang pemalu , teguh agama , lemah lembut . sifat Keperempuanan awak jelas pada diri awak . Rai'a , mungkin awak tak sangka kan , diri saya berubah tak seperti yang saya yang malu dan tak banyak berbual dengan perempuan kecuali awak dan umairah .
Saya tak memaksa untuk awak menerima saya . Kalau awak rela Alhamdulilah saya gembira mendengarnya . Rai'a awak nampakan kotak kecil daripada saya ? Awak buka la . Kalau awak terima saya , tolong pakai barang saya yang tak seberapa ni .
Saya anggapnya sebagai persahabatan kita dan saya juga berjanji akan menikahi awak . Seperti mana yang disuruh oleh islam bagi mengelakkan maksiat . Itu sahaja daripada saya . Saya harap kita akan berjumpa lagi , InsyaAllah .
Assalammualaikum , bakal makmumku . InsyaAllah .
Harith Khuwalid '
' Harith suka aku ? Dari dulu lagi ?'
Aku memandang kotak dihadapan aku . Aku nak tahu juga isi dalam kotak ni tapi , tak baiklah kalau aku terima . Aku dah punahkan hasrat Harith selama ni . Dah tertulis aku bukan jodoh dia .
" aku perlu pulangkan balik pada Harith . Mungkin ada perempuan yang lebih baik daripada aku . " InsyaAllah aku doakan yang baik - baik pada dia .
Aku menyimpan semula barang itu surat yang telah aku baca , aku asingkan kedalam laci yang jarang dibuka oleh Rafi'e . Takut pula kalau dia dapat baca surat ni , cemburu dia datang lagi . Bertambah parut la kat tubuh aku ni haaa .
" Lina . Kau buat apa lama-lama dalam bilik . Marilah tolong kat luar . Kau tengok la suami kau tu , dah jadi zombi dah ." jerit Nawal sambil tak lepas mengetuk pintu bilikku .
" Apalah , nawal ni . " aku bangun membuka pintu . Nah , terpapar wajah nawal yang sudah menayang muka cemberut
" apa kau ni ?" marah aku lembut .
" kau tengok jelah . Zombi terlepas daripada game ." terus tangan aku ditarik oleh nawal .
" Nawal , perlahan la . Jatuh aku ni nanti ." mahu tak bising suara aku . Ditambahnya pula suara mama , umi dan misya didapur yang ketawa , sekejab marah tak berhenti .
Suara Rafi'e dan Asyraf pun ada juga aku dengar . Dah macam berperang ja aku dengar .
" kau memang nak kena ke ? Baju aku baru lagi ni wei ." Asyraf meremas geram .
" yang kau baling tepung kat aku kenapa ?"
" yang kau tu baling telur kenapa ? Busuk kau tau tak ?"
" long , asyraf sudah la . Kek tak jadi pun tak kan la perlu bergaduh ?" marah mama .
" Kamu berdua ni dah besar panjang . Cuma berfikir macam umur kamu berdua sekarang . " umi menambah .
Misya hanya ketawa tak berhenti . Memang patut la Nawal cakap zombi datang menyerang . Elok la .
" kau la ni . Aku dah cakap jangan ganggu aku . Aku nak buat kejutan untuk Rai'a .Tengok dah hancur kek vanila aku ." kek vanila yang sudah mencium lantai ditunjuknya geram .
"Mana la aku nampak . Tak sengaja wei , yang kau letak dekat situ kenapa ?" Rafi'e pula yang mengenai kemarahan Asyraf .
" senior sudah - sudah la tu ." kini misya pula yang naik angin .
" long boleh ajekan buat yang baru ." cadang mama .
" sudah biar umi , mama dan misya tolong . Asyraf kamu pergi mandi bersihkan diri . " arah umi dengan tegas .
Misya hanya mengeluh . ' kenapa aku pun kena kemas ?!' keluhnya , menjerit dalam hati . Tapi apakah daya hanya mampu tersenyum yang tak ikhlas lah . semestinya !
Asyraf menurut perintah .
"Asyraf . " asyraf berpaling apabila namanya diseru oleh Rafi'e dan dilihatnya Rafi'e sudah bersedia untuk melempar tepung yang berada didalam bekas .
"Apa yang - " ya , aku yang kena lemparan tepung berpandu dia . Asyraf sempat melarikan diri begitu juga Nawal . Dan sekarang aku juga turut menjadi zombi .
Terima kasih kepada suami tersayang .
" sayang ."
" Lina ."
"Rai'a ."
Hampir serentak nama aku disebut mereka . Seorang demi seorang menyebut namaku .
"Kau dalam masalah long ."
"Sayang . . sayang okey ? "
"Saya nampak okey ke sekarang ?" aku menekan pertanyaanku . Geram !
Tiba - tiba papa dan abah datang melangkah masuk daripada pintu dapur . Daripada mereka gelak ketawa terus diam membisu .
"Eh , dah kenapa ni ?" soal abah .
"Apa yang kamu berdua berperang dalam dapur ni ? Long , Asyraf ,Rai'a ?" abah bertanya dengan tegas .
Rafi'e menghiraukan pertanyaan ibu bapanya sekarang diri dan matanya hanya fokusan pada tubuh isterinya yang kini menunduk kepalanya kebawah . Tangan Rai'a digengam penuh kemarahan .
' Mampus la aku .'
Rafi'e menghampiri Rai'a , tepung yang menutupi wajah Rai'a diremes buang . " Sayang nampak cantik .Walaupun bertepung . "
sekali lagi dia buat kelakar . Ha . Ha . Ha. Sangat lawak . Herr !
"Astafirullahalazim . Rai'a apa yang dah jadi ? " umairah dan mak som tiba - tiba muncul sambil membawa dua beg plastik merah yang berisi barang yang dipesan oleh mama .
" sayang . . i'm sorry . Biy tak rancang pun semua ni. Sepatutnya kena Asyraf , sayang pun satu yang sayang datang kenapa ?" aik , dia pula yang marah ? Siapa yang kena ni , aku ke dia ? Ishh .
" Eh , gila kau ? cukup la dengan telur. Nak aku tambah lagi . Tak nak aku jadi zombi macam kau ."
" Rai'a pergi naik atas , bersihkan diri . " arah abah. Aku hanya mengikuti . Misya , Umairah dan Nawal mengikuti. Nasib baik la kak Rita dan abang Aliff tak lupa baby keluar membeli susu untuk baby. Kalau ada abang Aliff habis la kau suamiku . .
Setelah kami berempat menaiki anak tangga . Rafi'e dan Asyraf juga mahu meminta diri tapi ditahan oleh umi dan mama .
" Bersihkan dapur , baru boleh cabut lari . " arah mama .
"Alaa , mama . "
"Tak apa , biar mak som kemaskan ."
"Tak perlu mak som. Biar orang yang sepahkan yang kemas . Mak som boleh masuk rehat , solat ke apa yang patut . Biarkan mereka dua orang ni yang bekerja ." papa mencekak pinggang .
"Haa , tunggu apa lagi kemas ! "
-----------
"Eee . . geramnya aku . " pintu bilik air dihempas olehku kuat . Melepaskan geram . Bukan marah .
"Sabar la Rai'a . Rafi'e tak sengajakan ?" umairah menenangkan aku yang kini berada di dalam bilik air .
Habis . Nasib baik la aku bertudung tadi . Kalau tak ? Habis rambut aku meleket kena air ni .
" Yang kau ni dari tadi asyik gelak kenapa ?" peha misya dicubit oleh Nawal.
"Aduhh , lawak la tengok muka kecut Senior Rafi'e tadi . kecut gila muka dia , takut Lina marah . "
"A'haa kan ? Aku rasa rancangan kedua kita dah berjaya. " umum nawal gembira .
"Habis takkan nak serang abang kau disebabkan hal ni ?" umairah tidak berpuas hati .
"Betul juga cakap umairah ." misya menyokong .
" Agak - agak la girls . Itu hanya untuk panaskan badan kita aje. Kita perlukan yang lebih lagi . Lebih meletop . Lina ! Kau dah sedia lakonan kau untuk malam ni ?"
Aku menjawab tanpa berfikir dulu . Hati tengah panas . Memang nak kena Rafi'e ni . Tak apa cuma nak usik sikit aje. " Sedia ."
" Yeah , ini barulah Lina yang aku kenal dan my sister - in - law ."
Permainan akan bermula , suamiku .
- isteri 17 tahun -