Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 14 : Berubah

331 32 12
By FithFith

  "Kenapa kau tak jawab soalan aku, Ansar?"

  "Ini bukan apa yang kaufikir-"

  "Apa? Apa yang aku akan fikir??"

  Atmosfera terasa padat dan tegang dengan situasi yang berlaku. Ansar terkaku, masih lagi tidak mampu bergerak dek kerana terlalu terkejut.

  "Alahai, aku dan Ansar bukannya dating--"

  "Shut up, Fith."

  Kali ini Fithri yang terkaku. Lidahnya kelu, wajahnya sedikit beraut terkejut.

  Durja remaja perempuan di hadapan Fithri dan Ansar semakin menegang. Amarah mula menakluk diri. Namun Aqilah masih mampu menjaga emosi.

  "Ansar. Kau tak rasakah kau makin menjauhi aku?"

  "Apa?"

  "Kau mengelak dari aku. Kenapa?!"

  "T-Tapi aku tak mengelak dari engkau..!"

  Mindanya bercelaru benar. Ansar tak tahu menahu mengenai sikapnya yang dikatakan berubah terhadap Aqilah.

  Fithri sekali lagi menyelit antara dialog mereka berdua. "Berhentilah begini! Apa maksud kau, Ansar menjauhi kau??"

  "Kata-kata kasar Ansar menyakitkan hati aku."

  "Itu saja?? Tak perlulah kau-"

  "Fith, apa kau ingat itu sajakah yang jadi??"

  Aura Fithri yang berubah lama sejak bermulanya misi ke Pluto juga menjadi faktor Aqilah meluahkan negativiti dari hatinya. Fithri pula, mulalah mengekalkan riak wajah kosongnya. Raja memasuki tempat kejadian, diikuti rakan-rakan lain.

  "Apa hal memekak malam-malam buta?? Aku nak tidurlah--"

  "Diamlah, Raja."

  Raja terpaku.

"Fifi?? A-Ansar... dan Aqilah... Jangan beritahu aku yang ada perbalahan cinta tiga segi di sini--"

  "Bukan masa yang sesuai, Raja~" Azim menekup pantas mulut celupar Raja, namun tangannya ditepis. Sekurang-kurangnya Raja tidak berkata-kata lagi.

  Kini semua orang ada di tempat adegan itu. Kecuali Hafiz di bilik sakit, dan Andrew serta Natasha yang mencuri dengar dari kokpit utama. Itu hal peribadi remaja, mereka tidak patut masuk campur. ...Atau mereka patut masuk campur? Entah. Mereka berdua hanya mendengar penuh debar.

  "Aqilah...," Hani memegang lengan Aqilah namun ditepis.
"Janganlah macam ni..."

  "Hani, kenapa kau break up hari tu? Ni, aku tanya balik, kenapa dengan ex tak guna kau tu?"

  Hani tersentak dengan kata-kata perli Aqilah yang dilontar ganas kepadanya.

  "Qilah! Apa kena dengan kau ni??"

  Suara Ansar mula dinaikkan. Dia tahu, ada sesuatu yang tak kena dengan Aqilah. Itu bukan dia. Pun Aqilah jenis yang memang kasar, namun sekarang ini, itu bukan Aqilah. Dia tahu.

  "Apa? Kau nak marah aku?"

  "Berhentilah, benda remeh pun kau nak perbesarkankah??"

  "Remeh? Sekali lagi. Hani break up setiap kali ex-ex dia buat hal. Kau, Ansar? Kau tak buat hal. Fine, kau tak buat hal. Malah sebenarnya, kau buat tak endah."

  "Apa maksud kau, aku buat tak endah?"

  "Kau tak kisah akan aku! Kau cuma fikir akan makhluk asing mengarut luar sana, konon dah culik - buat eksperimen bagai-"

  "Tapi tu memang betul!"

  "See?"

  Pertarungan dua jiwa itu semakin berlarutan, semakin parah. Yang menyaksikan, tak tahu hendak buat apa. Nak duduk situ dan lihat saja; atau beredar untuk beri ruang kepada Ansar dan Aqilah? Entah kenapa, badan mereka memilih pilihan pertama. Hanya kaku.

  "Tak bolehkah kau hanya pandang aku? Care tentang aku?... Atau sekurang-kurangnya kau cari aku apabila kau ditimpa masalah?"

  Sungguhpun nada suaranya merendah, keadaan masih belum reda.

  "Qilah, aku--"

  "Bukannya cari Fith! Fith, Fith, Fith! Dia dah gila dan sombong, kau cari dia kenapa??"

  Fithri hampir tergelak. Menyengih penuh sinis. Membuat Aqilah jadi tak keruan. Hatinya makin panas. Yang lain terkejut dengan sinis Fithri di belakang Ansar.

  "Qilah, dengar kata aku-"

  "Tak, Ansar. Kau. Tolonglah, berhenti. Alien tak wujud. Dan Hafiz okey, kita semua akan selamat."

  Ansar perlahan memegang kedua bahu Aqilah. "Tapi, Qilah... Tolonglah percaya! Kita ada banyak bukti dan-"

  "Ah!" Aqilah menepis kasar tangan Ansar. "Semua lelaki dekat dunia memang bodoh macam ni, bukan???"

  "...Kau bukan Aqilah sekarang ni." dingin ayat Ansar menyentak dada semua yang berada di situ.

  "...Tak, Ansar, kau yang tak kenal aku sebenarnya.

  ...Maafkan aku, Raja, tapi aku tak dapat teruskan hubungan ni dengan Ansar."

  Pedihnya, hanya Dia tahu. Hancur hatinya mendengarkan kata-kata Aqilah sambil dia berlalu ke dorm perempuan. Ansar berasa lemah.

  Rakan-rakan lain masih terkejut. Tidak mampu bergerak walau seinci pun. Yang mana punyai hati lembut sudah berjujuran air mata.

  "...Biar saja Aqilah tu. Jangan dipujuk dulu, dia perlu masa. Dah, Hani, Izzah, Fifi; pergi masuk tidur sekarang."

  Dengan berat, mereka bertiga berlalu ke dorm. Tinggal Ansar seorang, apabila Raja dan Azim juga turut beredar menjenguk Hafiz yang mungkin terjaga akibat gaduh mulut tadi.

  Ansar rasa tidak berdaya. Hatinya mengulang-ulang;  'itu bukan Aqilah'.  'Aku kenal Aqilah.'

  Apa salah dirinya? Mindanya asyik mencari kesalahan terhadap Aqilah selama ini.

  Adakah ia sebab kata-katanya yang sedikit kasar, terguris hati Aqilah? Atau, dia sudah tidak menghiraukan simpati dan perkataan daripada Aqilah? Atau... Atau apa...?

  "Itu bukan... Qilah... Bukan dia..."

Sambil mindanya asyik menafikan kesemua yang baru berlaku tadi, remaja lelaki itu hanya berdiri di udara tak bergraviti, menahan sesak di dada, menahan tangis.


  "Saya tak sanggup lagi."

  Andrew dan Natasha tidak terkejut. Sebenarnya mereka sudah agak perkara seperti ini akan berlaku.

  "Kakak dan Abang tahu. Kamu simpan terlalu banyak rahsia, dan membawa amanah terlalu besar. Kami minta maaf."

  Remaja itu tidak memberi apa-apa respon. Hanya keluhan. Semua mata di situ asyik merenung skrin utama, menunjukkan data-data penting berkenaan Zuhal dan prestasi Adventure.

  "Saya rasa bersalah pada Ansar. Pada Hafiz.... pada Aqilah... Pada semua orang."

  "Wow, jarang kamu bersikap sebegini? Selalunya kamu jenis yang tak ambil kisah?"

  Sengaja Andrew bergurau senda, sekadar hendak melegakan hati remaja itu. Ia ada membuat senyuman kecil terukir pada wajah remaja itu. Namun ia tak bertahan lama.

  "Mereka semua sahabat saya."

  Keadaan bungkam. Ketiga-tiga mereka hanya mendiam seribu bahasa.

  Remaja lelaki tadi tak henti-henti mengeluh nafas resah sambil dia memeriksa panel kawalan penjana kuasa Adventure.

  "Abang rasa mereka akan okey."

  Andrew bersuara tiba-tiba.

  "Perihal Hafiz, kita akan kembali ke Bumi secepat boleh sejurus misi di Pluto diselesaikan."

  "Dan pergaduhan mereka tadi tu... perkara-perkara yang tak begitu teruk. Kamu semua sudah dewasa, pergaduhan seperti tu selalu terjadi. Lambat-laun, mereka pasti akan berbaik." nyata Natasha pula, memberi pandangan meyakinkan kepada Andrew dan remaja itu.

  "Tapi saya risau akan..."

  "...Risau akan...?"

  "...Tiada apalah. Saya pergi tidur dulu." Remaja itu membawa diri ke arah terowong, hendak ke dorm.

  "Kakak dan Abang Andrew tak kisah jika kamu nak beritahu mereka fasal rahsia kami tu. Lagipun, ia bukanlah rahsia yang besar sangat!" Natasha sengaja tawa kecil.

  Raja menoleh dan mengangguk ringkas sebelum beredar. Hatinya belum bebas daripada rasa resahnya.

  Kerana bukan rahsia mereka sahaja yang dia simpan.



  "ENCELADUS, AKU DATAAAAAANGGGG!~~~"

  Azim dibiar berpusing-pusing menari tarian Bollywoodnya. Suasana tidak seperti dahulu. Tiada teriakan ceria dan tiada lagi senyuman dan teguran manis kepada satu sama lain. Hanya Azim, cuba hendak mengembalikan semangat ceria kepada rakan-rakannya itu.

  Mereka semua, kecuali Andrew, Hafiz semestinya, dan Fithri, kini di dataran ais di Enceladus. Suhu bulan itu yang rendah lebih terasa walaupun sut angkasa QASA lebih hebat daripada sut-sut angkasa lain. Pastinya, jika bukan sut QASA, pasti mereka sudah beku di situ.

  Langit berwarna biru-merah jambu. Tampak berwarna-warni. Dataran berwarna putih dengan sedikit lorekan biru. Tapak kasut sut yang sedikit haus akibat sudah digunakan di Marikh dan Io, membuatkan mereka lebih berhati-hati semasa berjalan. Dataran ais itu bagai stadium luncur ais gergasi!

  "Hati-hati. Licin gila ni!-"

  "Adoi!"

  Tawa bergema sedikit melihatkan Azim jatuh pada punggungnya. Tawa bertambah lagi apabila kakinya menggigil-gigil cuba bangkit.

  "Nak ambil sampel apa dekat sini, Kak Natasha?" tanya Hani, sambil dia menolong Azim bangun.

  "Hmm... sampel ais air, ais kering dan... Ais kotor, ais yang dalamnya ada sedimen dari impak meteoroid."

  "Okey!"

  Ansar jauh di belakang sekumpulan manusia itu. Aqilah pula jauh di hadapan. Masing-masing mengunci mulut, mengelatkan muka sambil bersiap siaga dengan kamera masing-masing. Cuma Ansar, riak kecewanya begitu jelas dari air mukanya.

  Aktiviti mengumpul sampel dijalankan. Ia cuma dataran ais yang luas tidak berbukit bukau. Cuma ada beberapa ketul batuan berais kecil dan besar bersepah di sana sini. Jadi proses mengumpul sampel menjadi agak sukar kerana jenis tempatnya tidak bervariasi.

  "Ais kotor tu, dah ada!~" ujar Izzah gembira.

  "Saya pun jumpa satu!!"

  "Bagus, Izzah, Hani!"

  Tatkala mereka berempat mula bergembira, Aqilah dan Ansar masih bermasam muka. Namun tangan ada bergerak membuat kerja. Ansar kerap menjeling melihat-lihat Aqilah. Sudah terbiasa, itu tabiatnya dalam diam.

  Pun begitu, ia tidak kekal lama apabila Aqilah perasan akan pandangan Ansar.

  "I've done my work. Aku nak balik ke Adventure."

  Keras suaranya kedengaran. Tiada yang menjawab. Mereka hanya membiarkan Aqilah pergi. Ansar pula, hanya mengeluh. Dia menyambung kerjanya.

  Raja masih berasa gelisah. Berbagai soalan bermain di mindanya. Ditambah pula dengan rasa bersalah jauh di dalam sudut hatinya.

  Rahsia yang disimpan, patutkah dipecahkan? Untuk kebaikan semua orang, patutkah dia memberitahu?

  "Woi!"

  "Eh-! Hish, kau ni! Jangan buat aku terkejutlah!..."

  Azim sedikit terpinga-pinga melihatkan reaksi Raja. Tak pernah dia marah sebegitu apabila dia dikejutkan. Dan tak pernah dia...

  "Kenapa, Raja? Kau sakitkah?"

  "Hmm? Oh, uh, tak... Kenapa tanya?"

  Azim nampak tangan Raja memegang dada kirinya tadi. Tapi dibuat-buatnya tak kisah.

  "Tak ada apa! Btw...," Azim mengaktifkan sistem komunikasi jarak dekat.

  "Kau tolonglah nasihatkan Izzah tu..." Azim memulakan kata. Sambil mereka berjalan-jalan di dataran kosong menjauhi yang lain, Raja dan Azim mengintai-intai Izzah.

  "Hmm?"

  "Hafiz makin tenat. Memanglah kita merahsiakan betapa teruk keadaan Hafiz daripada mereka, tapi Izzah tahu Hafiz makin sakit."

  "Jadi,.... kau nak aku motivate dialah ni?"

  Azim mengangguk pantas.

  "Apa, kau ingat aku ni kaunselor?"

  "Weh... kau tahu kan PRS kita sekarang macam mana? Aqilah tak dapat nak ceriakan Izzah waktu sekarang ni. Ansar the cool caunselor kita tu pun tengah patah hati tu. Jadi sekarang, kita semua cuma ada kau."

  Raja berdiam diri. Ya, dia kan ketua? Ketua kepada bekas pelajar 5 Sains 1, ketua kepada klon-klon itu, ketua kepada kumpulan misi ke Pluto. Serba sedikit rasa bersalahnya semakin membebankan hatinya.

  "...Okey."

  "YEAYYYY-"

  "Tapi kau pun kenalah tolong sekali. Kau kan happy virus bagi kami?"

  "OMG, Raja! Kau tahu istilah happy virus?? Kau... Kau layan K-Pop jugakah???"

  "A-Apa-... Erh." Raja hanya melihat sahaja Azim berlari mendapatkan rakan-rakan lain, menyebar gosip 'Raja layan K-Pop'nya itu. Tak terdaya dia hendak menghalang Azim.

  Butnya tersepak batuan ais. Raja menunduk, mencangkung lalu mengutip ketulan ais itu yang sebesar penumbuknya. Kemudian, ais yang dilihat berasap-asap itu dimasukkan ke dalam beg sampel lut sinar.

  "Hmm. Mungkin ais kering."

  Raja bangkit dari cangkungannya namun tiba-tiba jatuh terduduk. Raja panik. Dia tahu, jatuh itu bukan disebabkan licinnya dataran ais, kerana tempat dia berdiri agak kasar akibat calaran daripada impak mikromeoroid pada Enceladus.

  Tak mungkin. Badannya terasa begitu lemah.

  "Kenapa...-"

  Dia cuba bangun lagi dan sekali lagi, dia terjatuh. Nafasnya deras serta-merta.

  Badannya diposisikan duduk melunjur. Jemari tangan kirinya digerak-gerak. Tangan kanannya memegang peha kirinya.

  Raja mengetap gigi. Dadanya terasa sakit. Bahagian kiri tubuhnya sudah kebas-kebas. Penglihatannya sudah berpinar.

  Buat seketika, Raja hanya duduk melunjur kaki di situ. Tiada siapa perasan atau teringat akan Raja, sehinggalah suaranya menggegar fon telinga mereka.

  "Aku nak kembali ke Adventure sekarang."

  "Eh? Kenapa cepat sangat?" Tanya Izzah. Yang lain juga tertanya-tanya.

  Raja segera bangkit dan berjalan seperti biasa ke arah Adventure, menyorok rasa sakit yang semakin mencengkam.

  "Uh... Aku nak ke tandas." tipunya.

  "Hek eleh...!- Eh! Kalian, tengok tu!"

  Terkejut dengan panggilan Kak Natasha, semua orang memandang langit. Langkah Raja terhenti, dan dia juga melihat langit.

  "S...Salji..."

  "Waahhhhh~" Azim berlari-lari di dataran tanpa mempedulikan licinnya dataran ais itu. Dia mengheret Hani sekali, bermain-main, berkejar-kejaran dalam kehujanan salji di situ.

  Izzah dan Kak Natasha pun turut bergembira. Salji yang mula menimbun, dibuatnya bebola salji lalu bermulalah perang salji antara mereka berempat.

  Telapak tangannya menadah empingan salji. Dadanya sebak. Ansar teringat akan Aqilah. Teringat akan pergaduhan semalam.

  Sudah bertahun menyimpan perasaan, diluah baru berbulan. Tak sangka jadi begini.

  Kekadang, Ansar mengeluh. Dia tahu, itu bukan Aqilah. Ada sesuatu berubah pada dirinya. Mungkin yang lain tidak perasan akannya, tapi dia tahu.

  Aqilah seorang yang kasar, ganas macam lelaki. Tapi tenangnya ada. Aqilah tak akan mengamuk sebegitu. Tambahan pula, kata-katanya semalam begitu keperempuanan, sebagaimana dalam drama cinta di mana seorang wanita muda bertekak kecewa dengan teman lelakinya. Tak, Aqilah bukan macam itu.

  Apatah lagi, Aqilah bukan jenis yang mengejek dan menghambur kata-kata tidak menyenangkan kepada rakan-rakannya. Ya, Aqilah yang sebenar takkan berkata sebegitu kepada Hani dan Fithri semalam.

"Tak, Ansar. Kau yang tak kenal aku."

  Ansar tersentak lemah. Ayat itu ada mencipta keraguan...

  Seketika kemudian, suara Aqilah tiba-tiba bergema, namun ia bukan dari imaginasi Ansar.

  "Hafiz dalam masalah!"

  "Apa?"

  "Azim, ikut aku tengokkan Hafiz!" Raja pantas mengajak. Mujur sakit di dadanya sudah hilang tiba-tiba, tak perlu dia susah-susah berlakon sihat.

  "Ya!"

  "Aku nak ikut!"

  Baru hendak beredar, langkah mereka terhenti. Raja dan Azim saling berpandangan. Jawapan yang diberi adalah atas dasar paksaan. Dan simpati.

  "Okey, Izzah. Jom." Lalu Izzah segera berlari bersama dua rakan lelakinya itu, menghala Adventure tanpa mengendahkan kelicinan dataran ais Enceladus.

  Yang berada di dataran terkaku sebentar, tetapi kemudiannya menyambung kerja sepantas boleh supaya dapat melihat-lihat Hafiz sesudah selesai kerja.

  "Kenapa?" Azim mengambil udara sejurus membuka topi keledarnya. Raja dan Izzah juga sudah di dalam Adventure, sudah membuka topi keledar.

  "KAU KATA KEADAAN HAFIZ STABIL??!"

  Pandangan dan teriakan yang dilontar Aqilah kepada Raja dan Azim, menyentak Izzah. Apa maksud Aqilah. Kedua-dua Raja dan Azim dipandang, mengharap jawapan. Riak wajah mereka membuat Izzah berlari segera ke bilik sakit tanpa membuka sutnya.

  "Hafiz-oppa-!..."

  Bunyi 'beep' menggema di dalam bilik. Berulang laju dan bunyinya memberi stress. Panik menguasai Izzah. Ditambah pula figura Hafiz terbujur kaku, kulitnya bernanah lebih teruk daripada semalam, malah matanya tertutup rapat tak dibuka.

  Andrew yang berulang alik memberi bermacam cecair ubat menggunakan picagari, terkejut melihat Izzah, namun kerjanya tetap diteruskan sambil amaran diberi.

  "Izzah, jangan masuk bilik ni!"

  Izzah tak mendengar. Otot-otot tubuhnya mengeras sendiri. Bibir menggeletar. Hanya memandang kosong wajah Andrew yang bertopeng mulut, dan wajah tenang Hafiz.

  "Izzah!..."

  Badannya dirasa ditarik seseorang dari belakang. Aqilah yang menarik keluar ke koridor. Raja dilihat memasuki segera bilik itu usai memakai topeng muka dan sarung tangan getah apabila Andrew memanggil untuk menolongnya.

  Pintu hac terus ditutup rapat. Pemandangan dan bunyian tadi serta merta lenyap.

  "I-Izzah?..."

  Izzah pandang lemah pada Azim. Azim nampak, kolam air matanya bertakung. Saat dia mengelip mata, bebutir air jernih mengalir mengikut graviti Enceladus. Ada putus asa dalam mata Izzah, Azim nampak.

  Keningnya berkerut macam marah. Bergetar-getar bibir Izzah cuba mengatakan sesuatu, tapi tiada bunyi terbebas dari mulutnya. Dia tidak larat. Tidak terdaya.

  "Look at what you've done!"

  Azim menukar pandangan ke arah Aqilah di sebelah.

  "Kau patut beritahu kami! Bukannya kau rahsiakan! Bukannya buat-buat cerita manis!" Aqilah menolak bahu Azim.

  "Tapi aku tak nak membuat Izzah sedih!"

  "Izzah sudah menangis dah pun! Apa lagi kau nak??"

  "Aku tak sangka pun akan jadi macam ni!"

  Sudah naik turun nafas Azim. Aqilah hanya meletak noktah pada pertikaman lidah itu. Tiada gunanya menambah. Dia membalas pelukan Izzah yang sudah teresak-esak.

  "Guys, what happened?" Hani, Ansar dan Natasha melalui koridor sesudah membuka sut. Serentak dengan itu, pintu hac bilik sakit terbuka. Yang menjadi tumpuan semua orang kini, Raja.

  Sarung tangan dan topeng mulut dibuka. Raja mengeluh. Tiada apa yang diperkatakan.

Continue Reading

You'll Also Like

251 51 12
Wardah Qalesya||Hazrel Aqeel ❝ Izinkan aku mengubah segalanya ❞ Wardah Qalesya merupakan pelajar baru di universiti.Dirinya susah untuk jatuh cinta...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
36.1K 2.3K 58
Kisah tentang kembar yang bernama Qisya dan Qaira yang tinggal bersama ibunya yang bernama Zana di Kerajaan Rainbow. Kehidupan mereka aman sehin...
33K 1.5K 7
❝ tunang macam bukan tunang. ❞ * Kim Taehyung * Song Jihyo [ RE-EDIT ] beautiful cover ; @cocokies ♡